Anda di halaman 1dari 32

ISI KANDUNGAN

BIL. KANDUNGAN M/SURAT


1. Abstrak 2

2. Latarbelakang KTM Bhd. 4

3. Carta organisasi syarikat dan kedudukan penyelia 6

4. Latarbelakang penyelia 7

5. Latarbelakang pekerja bawahan 8

6. Paparan soalan yang diajukan 9

7. Penjelasan jawapan beserta soalan 11

8. Rumusan

9. Penutup

10. Lampiran

ABSTRAK
Dalam subjek Penyeliaan Industri ini, kumpulan kami telah pergi
ke Keretapi Tanah Melayu Berhad untuk menemubual seorang senior
executive yang ditempatkan di “Unit Staff Learning” iaitu En. Noor
Ihsan bin Ismail dan juga pekerja bawahannya iaitu Pn.Zaidah bt Zanun
yang merupakan pembantu tadbir rendah.
Sesi temubual telah dijalankan pada Khamis, 15 Mac 2007.
Walaupun demikian, segala surat bagi memohon kebenaran untuk sesi
temubual dan soalan yang akan diutarakan telah di e-mailkan terlebih
dahulu dan akhirnya satu masa yang bersesuaian telah ditetapkan.
Kami bertolak dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dengan
menaiki LRT dan tiba di pejabat KTMB kira-kira jam 1300H. Proses
temuduga berjalan dengan lancar dan mengambil masa selama 2 jam.
Terdapat banyak input-input yang telah diberi oleh En. Ihsan dan
pekerja bawahannya.
Ahli kumpulan kami terdiri dari 6 orang ahli, dengan itu kami
membahagikan tugasan kepada 2 kumpulan kecil dimana satu
kumpulan telah menemubual En.Ihsan dan satu kumpulan kecil lagi
menemubual Pn.Zaidah.Ini bertujuan bagi menggunakan masa yang
ada dengan sepenuhnya.
Setibanya di pejabat KTMB, kira – kira jam 1330H temubual
dimulakan dengan pemberian borang maklumat peribadi kepada En
Ihsan dan pekerjanya. Sesi temubual bersama En. Ihsan dan Pn.Zaidah
kemudiannya diasingkan. Setelah selesai borang maklumat peribadi
diisi temubual diteruskan dengan sesi soal-jawab. Soalan-soalan yang
diutarakan kepada En.Ihsan dan Pn.Zaidah adalah soalan yang
dibentuk dari setiap bab di dalam buku “SUPERVISION concept and
skill-building 5th Edition”.
Maklumat yang disampaikan semasa sesi temubual itu direkod
dengan menyalin semula melalui penulisan tangan dan juga disertakan
lagi dengan rakaman menggunakan “digital camera”. Pelbagai aspek
telah diperbincangkan dengan rapi. Selain itu, kumpulan kami juga

2
masih menjalinkan hubungan dengan En Ihsan melalui e-mail. Ini
bertujuan supaya soalan berkaitan perkara-perkara yang tidak sempat
disentuh dan mengalami kesulitan dapat dijawab oleh beliau.
Setelah selesai sahaja sesi temubual itu kami memberikan
sedikit cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan kepada En.Ihsan
dari UPNM.
Selain itu,di dalam kumpulan ini terdapat seorang ketua yang
menganalisis segala perkaitan berkenaan tugasan dan perlaksanaan.
Beliau telah merangka perlaksanaan dan mengagihkan tugasan
kepada setiap ahli kumpulan. Beliau juga memantu perkembangan
setiap tugasan yang diagihkan. Segala pembetulan dan pembaharuan
dari segi persembahan maklumat didalam laporan akan disampaikan
dengan berkesan. Selain itu, beliau juga menggunakan system
demokrasi dimana beliau memberi peluang kepada setiap ahli untuk
memperbaiki dan mengemaskini laporan ini berdasarkan idea masing-
masing.

LATAR BELAKANG ORGANISASI

3
Keretapi telah memainkan peranan penting dalam pembangunan
di Malaysia sejak abad yang lalu. Pada tahun 1901-1948, fungsi
perkhidmatan keretapi adalah menjadi perantaraan berkomunikasi
untuk pihak kerajaan serta pengangkutan. Landasan keretapi yang
pertama dibina pada tahun 1885 setelah pihak kerajaan Perak
menyempurnakan pembinaan jalan di Taiping. Seterusnya, landasan
keretapi dari Kuala Lumpur ke Klang telah siap dibina pada tahun 1886
oleh pihak kerajaan Selangor. Kemudiannya, landasan keretapi dari
Seremban ke Port Dickson juga siap dibina pada tahun 1891. Landasan
keretapi tersebut dibina atas sebab Tanah Melayu memerlukan
pengangkutan yang boleh bertindak dengan lebih berkesan serta lebih
cepat.
Penggunaan keretapi ini telah memainkan peranan yang penting
dalam pembangunan ekonomi Malaysia. Malaysia telah menggunakan
keretapi untuk memunggah barang-barangan serta menghantar
barang-barangan dari sebuah tempat ke tempat yang lain. Ini banyak
dapat membantu peniaga-peniaga menjimatkan masa dan kos mereka
untuk penghantaran barang.
Perang dunia kedua merupakan kerugian atau halangan yang
pernah dihadapi oleh landasan keretapi di Tanah Melayu ini. Ini adalah
kerana tentera Jepun telah menggunakan landasan keretapi ini sebagai
tempat untuk mereka memunggah senjata-senjata atau batu-batu
yang diperlukan semasa perang. Justeru itu, banyak landasan telah

4
dirosakkan atas sebab tersebut. Bukan begitu sahaja, pihak komunis
juga meletupkan dan merosakkan landasan keretapi untuk
kepentingan mereka sendiri. Dalam sejarah keretapi Tanah Melayu, ini
merupakan kerugian yang paling besar pernah mereka hadapi.
Selepas kemerdekaan pada tahun 1957, landasan keretapi telah
diambil alih oleh pihak kerajaan bawah kementerian pengangkutan
Malaysia. Ini adalah kerana pihak kerajaan telah mendapati fungsi
penting landasan keretapi dalam pembangunan negara dan ia
membawa banyak keuntungan serta kelebihan kepada negara jika ia
digunakan dengan betulnya. Akhirnya, pada 1 Ogos, 1992 Keretapi
Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah ditubuhkan atas tujuan tersebut.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) merupakan pengendali
kereta api utama di Semenanjung Malaysia. Dahulunya sebuah agensi
di bawah Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu (Malayan Railway
Administration), ia kini dikenali sebagai Keretapi Tanah Melayu Berhad
(KTM Bhd atau KTMB) kesan kempen pengkorporatan yang diterajui
kerajaan pada tahun 1992. Namun, KTM masih dimiliki sepenuhnya
oleh kerajaan persekutuan. Sejarah sistem gerabaknya bermula
sewaktu zaman penjajahan British, apabila laluan kereta api asalnya
dibina untuk mengangkut timah. Tambang keretapi agak munasabah,
namun kelajuan keretapi Antara Bandar (Intercity) yang rendah di
laluan sempit sering menyebabkan pengangkutan KTM kurang berdaya
saing berbanding jenis pengangkutan yang lain.

CARTA ORGANISASI

KTMB HUMAN RESOURCES ORGANIZATION STRUCTURE

5
General Manager Human
Resource
Samat Mahat

Secretary
Noraziah Shahbaki

Sr. Manager Sr. Manager Acting Sr. Manager SBU HR


Manager
Ind /Eyee Rel, Benefits & Staff Planning Payroll & Admin Manager/Executive
Training & Development
Welfare Sharifah Mohd Sharif Hj. Hamdan Husori Asmah, Azhari, Azli,
Muslimah Shamsudin
Zulkifli

Supervisor
Unit Staff Planning
En. Noor Ihsan

Pentadbir Kanan
: Puan Zaidah
Zainun

Pentadbir Biasa

Pentadbir Kanan Rendah


Nadirah

Pembantu Am

LATAR BELAKANG PENYELIA

6
EN. NOOR IHSAN BIN ISMAIL
KTMB mempunyai seorang penyelia di bahagian “Unit staff
learning” iaitu En. Noor Ihsan bin Ismail. Beliau merupakan seorang
pekerja yang sangat berwawasan, ikhlas dan beretika dalam
melaksanakan tanggungjawabnya.
Beliau berumur 43 tahun dan sudah berumah tangga. Beliau
berada di bawah cawangan Human Resources & Administration yang
berperanan secara terus dengan pekerja-pekerjanya. Di cawangan ini
beliau memegang pangkat sebagai “senior executive”. Beliau
merupakan seorang penyelia yang berkelulusan Bac. Science of
Human Resources Development. Beliau juga adalah seorang yang
menghubungkan “manager” nya dengan pekerja-pekerja bawahan.
Segala maklumat akan melalui beliau terlebih dahulu sebelum sampai
kepada pekerja. Beliau juga merupakan seorang senior executive yang
bagus dan sangat berdedikasi.
Beliau telah berkhidmat di KTMB setelah beliau menamatkan
pengajian Sijil Penilaian Menengahnya pada tahun 1983. kemudian
beliau menyambung kembali pengajiannya ke universiti dan bekerja
semula bersama KTMB pada tahun 1986 sehinggalah ke hari ini.
Beliau boleh dihubungi melalui e-mailnya iaitu
ihsan@ktmb.com.my.
LATAR BELAKANG PEKERJA

7
PN. ZAIDAH BINTI ZANUN
Pekerja bawahan yang ditemubual oleh kumpulan kami adalah
Pn. Zaidah bt Zanun. Beliau telah berumur 51 tahun dan merupakan
seorang pekerja yang berdedikasi serta pandai membahagikan
masanya. Beliau memegang jawatan Pembantu Tadbir Kanan yang
berkelulusan SPM di Unit Payroll HRM.
Walaupun beliau merupakan seorang pekerja yang berkelulusan
SPM namun beliau amat gigih bekerja dan menghormati En. Ihsan yang
lebih muda darinya. Pn. Zaidah juga bekerja dibawah kelolaan Puan
Hajjah Salmi bt. Hj. Mohd. Tahir.
Pn. Zaidah merupakan seorang pekerja yang amat
berpengalaman. Beliau pernah bekerja di dua tempat sebelum ini.
Pada tahun 1981 beliau pernah berkhidmat di Pejabat Daerah Johor
Bahru dan kemudiannya telah bertukar ke KTMB pada tahun 1986.
Beliau merupakan seorang yang amat berpengalaman didalam KTMB
ini dan selesa dengan system pentadbiran dan pembayaran di KTMB
ini.
Beliau boleh dihubungi melalui e-mail iaitu
zaidah@ktmb.com.my.

PAPARAN SOALAN
Paparan soalan mengikut bab dari buku Supervision Concept and Skill-
building.

8
Chapter 3 : Soalan 1: Secara maksimumnya, Berapa ramaikah pekerja
yang bekerja dibawah seliaan anda?

Chapter 6 : Soalan 4 : Sejauh manakah En. Noor Ihsan menggunakan


ojektif syarikat sebagai rujukan utama dalam membuat sebarang
tindakan atau keputusan?

Chapter 7 : Soalan 5 : Nyatakan bagaimana anda menguruskan pekerja


bawahan yang menunjukkan prestasi yang baik dan sangat berkualiti?

Chapter 8 : Soalan 2 : Pada pendapat anda, jika saya menemubual


pekerja bawahan tuan apakah tanggapan mereka berkaitan cara dan
stail tuan mengurus?

Chapter 9 : Soalan 3: Berikan contoh dan penerangan mengenai


pengalaman En. Noor Ihsan pada masa dimana pekerja tuan
mengalami masalah(dalaman, peribadi dan berkaitan
kerja).Bagaimana tuan berhadapan dengan hal demikian?

Chapter 10 : Soalan 7 : Sebagai seorang penyelia, bagaimana anda


memenuhi kehendak pihak atasan dan didalam masa yang sama
mencapai objektif pekerja bawahan?
Chapter 11 & 12 : Sebagai seorang penyelia dikaitangan ini,
bagaimana En.Noor Ihsan membantu memotivasikan pekerja
disamping membentuk kesetiaan mereka terhadap KTMB?

Chapter 13 & 14 : Sebagai seorang penyelia yang berhadapan dengan


pelbagai jenis ragam pekerja. En. Noor Ihsan sudah semestinya
mempunyai pelbagai teknik dalam mengurus pekerja. Bagaimanakah
En.Noor Ihsan mengawal stress di kalangan pekerja tuan?

9
Chapter 14 : Soalan 6: Bagaimana anda menangani permasalahan
sekiranya pekerja diberikan tugas diluar bidang kerja mereka dan
bagaimana anda berhadapan dengan reaksi mereka?

SOALAN & JAWAPAN EN. NOOR IHSAN Jangan ulang lagi dalam
bentuk soalan dan jawapan, tetapi lebih kepada
‘heading/topic’ yang bersesuaian, yakni rumusan yang and
buat dari soalan yang telah diajukan dan jawapan yang telah
diterima!!!! Ini merujuk kepada mukasurat 11 hingga 25!!!!!
Berikut adalah soalan-soalan dan jawapan yang telah diajukan
kepada En Noorihsan dan pekerja bawahannya, Puan Zaidah Soalan ini
adalah berkaitan dengan setiap bab di dalam buku Supervision

10
concepts and skill-building. Walaupun begitu ia juga berdasarkan
kepada lima kemahiran yang diperlukan oleh seorang penyelia, iaitu
organizing, staffing, leading, controlling dan relationship among the
functions. Ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap keberkesanan
perlaksanaan beliau dalam tugasan kerja. Keluarkan ini!!!!

Soalan 1 : Secara maksimumnya, berapa ramaikah pekerja


yang bekerja dibawah seliaan anda? Tak perlu nyata ‘soalan’
dan ‘jawapan’!!!

ORGANIZING AND AUTHORITY


Menurut En. Noor Ihsan, dibawah seliaannya terdapat 10 orang pekerja
yang terdiri daripada 5069 kakitangan KTMBhd (masukkan ke
bahagian pengenalan ttg organisasi) iaitu:
o 3 Pentadbir Kanan,
o 3 Pentadbir Bawah,
o 2 Pembantu Tadbir Rendah dan
o 2 Pembantu Am.
Secara amnya disini dapat kita lihat bahawa En. Noor Ihsan dan
pekerjanya tergolong didalam kumpulan kecil yang terdiri dari sepuluh
orang yang memainkan peranan masing-masing dalam melaksanakan
tugasan.Mereka bersatu tenaga dalam usaha mencapai objektif KTMB
di bahagian Unit Staff Learning.Oleh yang sedemikian dapat kita
jangkakan bahawa saluran komunikasi di antara mereka adalah jelas.
Kumpulan yang ditadbir oleh En. Noor Ihsan ini boleh dikategorikan
sebagai “formal group” kerana mereka dilantik untuk berada di setiap
perjawatan itu secara formal dan menerima gaji berdasarkan tugasan
dan pekerjaan mereka. Walaupun demikian, mereka perlu memainkan
peranan masing-masing bagi memastikan tugasan kerja dapat
dilaksanakan dengan berkesan.

11
Pihak syarikat juga sering mengadakan majlis riadah bersama
bagi mengeratkan lagi hubungan diantara mereka. Mungkin lebih
sesuai disebut dalam bahagian lain!

Soalan 2 : Pada pendapat anda, jika saya menemubual pekerja


bawahan tuan apakah tanggapan mereka berkaitan cara dan
stail tuan mengurus? Jawapan Keluarkan bahagian ini dan
juga soalan jawapan untuk yg seterus2nya.

KEPIMPINAN
Menurut En. Noor Ihsan, beliau sentiasa mengamalkan kaedah
membuat keputusan dan mengeluarkan sesuatu arahan secara
demokrasi. Beliau sering mengutamakan moto organisasi dan sama
sekali tidak terburu-buru dan mementingkan diri sendiri. Setiap
perkara akan dinilai dari segi kesan kepada kedua belah pihak.
Beliau juga menegaskan bahawa didalam organisasi kita
seharusnya menerima dan memberi peluang kepada pekerja bawahan
untuk memberi pandangan serta pendapat. Ini kerana mereka akan
merasakan kepentingan mereka terhadap organisasi dan mungkin ada
diantara idea-idea mereka yang boleh diterima pakai. Kaedah ini akan
mewujudkan suasana kerja yang harmoni dan sikap saling bantu-
membantu diantara pihak pekerja dan penyelia.
Namun begitu, beliau tidak menafikan perlu ada satu jarak atau
“gap” bagi membezakan penyelia dan pekerja bawahan, selagi tidak
melanggar etika organisasi semua perkara diatas diamalkan dan
diakhir sekali penyelia akan menentukan keputusan yang ingin dibuat.
Hasil penelitian jawapan yang diberikan oleh En.Noor
Ihsan, kami mendapati beliau mengamalkan sifat (leading) dimana
beliau menerima pendapat dan akhir sekali memutuskan pilihan atau
tindakan.

12
Selain itu, bagi memastikan lagi kebenaran maklumat yang
diberikan oleh En. Noor Ihsan ini, kami juga menemuduga pekerja
bawahannya.

Soalan 3: Berikan contoh dan penerangan mengenai


pengalaman En. Noor Ihsan pada masa dimana pekerja tuan
mengalami masalah(dalaman, peribadi dan berkaitan
kerja).Bagaimana tuan berhadapan dengan hal demikian?

Jawapan : Berdasarkan penerangan En. Noor Ihsan, beliau


menyatakan bahawa sebagai seorang senior executive di bahagian
Unit Staff learning beliau sudah semestinya akan berhubung terus
dengan pihak atasan dan pekerja bawahan.
Beliau juga menyatakan bahawa pekerja-pekerja yang
bermasalah didalam prestasi kerjanya(permasalahan dari segi kerja)
akan dapat dikenal pasti dengan penilaian tahap kualiti kerja yang
dilakukan mereka. Ini berikutan dengan kerja yang diberikan kepada
mereka tidak dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan atau
terdapat pelbagai alasan yang diberikan oleh pekerja bagi mengelak
dari tugasan.Dalam hal ini, beliau akan memainkan peranan dengan
langkah bijak iaitu,dengan menggunakan pendekatan dalaman dimana
beliau menerangkan kepentingan kerja yang perlu disiapkan dalam
jangka masa ditetapkan itu.Berdasarkan pengalaman beliau, pekerja
akan bermotivasi dan berjaya melakukan kerja tersebut apabila
mereka mengetahui kepentingan tugasan yang diberikan.
Tidak kira di mana-mana syarikat sekalipun termasuk di KTMB
sendiri akan ada pekerja yang bermasalah. Contoh permasalahan
termasuklah tidak hadir bekerja, gangguan emosi dan seksual, tekanan
perasaan dan juga penyalah gunaan dadah. KTMB merupakan sebuah
syarikat yang menilai berdasarkan kepada profile pekerja. Rekod tahap
prestasi kerja mereka akan dimasukkan ke dalam profile pekerja.

13
Apabila profile mereka menunjukkan tahap disiplin dan tugasan
pekerja merosot maka En.Noor Ihsan akan membuat pemantauan
melalui pekerja-pekerja lain. Beliau akan menyelidik dengan
mendapatkan maklumat dari pekerja yang rapat dengan pekerja
bermasalah tersebut. Jika didapati pekerja itu sememangnya
mempunyai masalah peribadi, beliau akan cuba menghulurkan
bantuan. Beliau juga menegaskan bahawa mengawal pekerja
bermasalah adalah tidak semudah yang diperbincangkan. Setelah
maklumat diperolehi,beliau akan berjumpa dengan pekerja bermasalah
itu secara personal. Mereka akan berkomunikasi secara professional
dimana penyelia membantu untuk menyelesaikan permasalahan
tersebut.
En. Noor Ihsan telah memberikan satu contoh yang berlaku
dimana Pembantu Tadbir Rendah beliau telah mengalami tekanan jiwa
yang mana beliau telah mengenalpastinya melalui profilenya dan
menjalankan sedikit soal selidik. Beliau telah berjumpa dengan
pekerjanya itu secara personal dan berkomunikasi. Beliau telah
memberi sedikit nasihat dan memberi cadangan kepada pekerja
bermasalah tersebut berjumpa dengan kaunselor di bahagian
IR(Industrial Relation) dan menghadiri kursus motivasi diri. Akhirnya
pekerja itu pulih dari permasalahannya.
Disini dapat kita lihat bahawa peranan seorang penyelia adalah
amat sukar dan adalah tidak tersasar dari peranan yang telah
dinyatakan didalam teori. Dari kes ini dapat kita lihat bahawa beliau
telah (build relationship) mewujudkan hubungan dengan pekerja-
pekerja lain bagi mendapatkan maklumat dengan lebih jelas dan jitu.
Selain itu, beliau juga mengamalkan sifat (controlling) mengawal
dengan mengenalpasti masalah pekerja bawahannya dan mengawal
perlaksanaan tugas agar hasil lebih berkesan.
Selain itu, KTMB juga mempunyai bahagian IR(Industrial Relation)
yang menyediakan pakar-pakar kaunseling bagi membantu pekerja

14
menyelesaikan masalah. IR memainkan peranan keatas seluruh
pekerja termasuklah keatas penyelia itu sendiri.

Apakah En Ihsan sendiri ada mengalami kesulitan atau stress semasa


menjalankan tugas??? Bagaimanakah beliau mengatasinya?

Soalan 4 : Apakah yang menjadi bahan rujukan utama En.Noor


Ihsan dalam membuat sebarang tindakan atau keputusan
selain membuat perbincangan dengan pekerja?

Jawapan : Menurut En. Noor Ihsan, didalam membuat sebarang


tindakan atau keputusan beliau sentiasa merujuk objektif organisasi.
Secara amnya objektif utama KTM Bhd. adalah untuk menyediakan
satu perkhidmatan yang selamat dan berkesan serta meminimumkan
kerugian. Selain daripada itu juga, organisasi ini bertindak untuk
membantu masyarakat sekitarnya di dalam menampung perbelanjaan
petrol/diesel yang saban hari kosnya kian meningkat disamping
menjana ekonomi persekitaran. Bagi memenuhi perkara-perkara
diatas, beliau sentiasa mengutamakan kualiti perkhidmatan yang
diberikan kepada para pelanggan. Antaranya dengan memastikan
prestasi setiap pekerja bawahannya mencapai sekurang-kurangnya
standard minimum yang telah ditetapkan oleh organisasi.
Selain daripada itu, dorongan yang berterusan dan sentiasa
menjaga motivasi pekerja juga sentiasa diamalkan. Mana-mana
pekerja berpotensi yang dikenalpasti akan disyorkan untuk menjalani
kursus lanjutan yang berkaitan dengan kemahiran masing-masing
dipusat-pusat latihan yang dirancang. Bagi memastikan objektif
organisasi tercapai, beliau sentiasa melakukan pemantauan berjadual
atau secara mengejut untuk melihat sejauh mana kesedaran pekerja
bawahan akan faktor-faktor keselamatan dan sebagainya. Ianya
dilaksanakan selaras dengan dasar kerajaan yang sentiasa mahukan

15
pemodenan didalam memberikan perkhidmatan dan pihak kerajaan
juga memberi sokongan dalam bentuk modal pusingan bagi
membiayai kos-kos penyelengaraan yang agak tinggi.
Dengan itu dapat kita lihat bahawa beliau mengamalkan sifat
staffing dan controlling. Beliau telah mengesan pekerja-pekerja yang
berkebolehan untuk dinaikkan pangkat dan menghantar pekerja yang
bermasalah untuk menjalani kursus latihan. Bagi menjalankan tugasan
ini, beliau perlu bijak memilih pekerja yang bersesuaian bagi setiap
posisi tersebut dan ini merujuk kepada sifat staffing. Sifat controlling
yang diperolehi oleh beliau adalah apabila beliau sentiasa memastikan
objektif syarikat tercapai dengan megawasi pekerja secara berjadual
dan secara mengejut agar lebih berkesan.Hal ini juga merangkumi
pemantauan terhadap etika pekerja dalam menggunakan alat
keselamatan.

Soalan 5 : Nyatakan bagaimana anda menguruskan pekerja


bawahan yang menunjukkan prestasi yang baik dan sangat
berkualiti?

Jawapan : Menurut En. Noor Ihsan, pihak pengurusan KTMB sudah


mengariskan syarat-syarat dan tugasan yang perlu dilaksanakan bagi
sesuatu perjawatan. Berdasarkan garis panduan tersebut, beliau dapat
menilai perbezaan prestasi semasa pekerja dengan keperluan
minimum organisasi yang akan membantu beliau untuk membuat
sebarang keputusan sama ada perlunya latihan, pengekalan atau
kenaikan pangkat. Dari segi kemahiran, beliau merujuk kepada prestasi
pekerja disepanjang kariernya. Segala perkara yang direkodkan di
dalam fail peribadi pekerja akan dinilai sebelum disokong untuk ke
proses seterusnya seperti kenaikan gaji, pemberian merit dan
sebagainya. Beliau juga menegaskan bahawa sebagai seorang
penyelia kita tidak boleh bergantung pada rekod-rekod rasmi seperti

16
dokumen sepenuhnya kerana terdapat unsur-unsur lain seperti
hubungan pekerja terbabit dengan rakan sekitarnya. Bagaimana
pekerja itu memainkan peranan sebagai pekerja? Bagaimana
karakternya ketika berhadapan dengan teguran disiplin, pujian dan
sebagainya? Itu adalah antara persoalan-persoalan yang sering
mempengaruhi beliau kerana ada sesetengah pekerja menanggap
teguran atau pujian itu sebagai satu dorongan dan seterusnya
membantu meningkatkan motivasi dan prestasi manakala ada juga
pekerja yang memikirkan sebaliknya. Beliau juga menyarankan,
sekiranya ingin membuat teguran perlu ada cara dan berhemah
antaranya membuat teguran secara tertutup, memberi pendapat atau
penyelesaian bukan kritikan, mengenal pastu masalah terlebih dahulu
dan mesti ada ketegasan dalam suasana yang harmoni.

Soalan 6: Bagaimana anda menangani permasalahan sekiranya


pekerja diberikan tugas diluar bidang kerja mereka dan
bagaimana anda berhadapan dengan reaksi mereka?

Jawapan : Menurut En. Noor Ihsan, didalam hal-hal pekeranian


seringkali terdapat situasi sebegini. Ia boleh berlaku disebabkan faktor
masa yang semakin singkat, masalah kesihatan, masalah peribadi dan
sebagainya. Seperti yang kita sedia maklum pihak KTMB ada
menyenaraikan senarai tugas dan bidang tugas mereka. Garis panduan
ini sering dirujuk dan ditekankan kepada para pekerja akan
kepentingan isi kandungan tersebut. Namun kadangkala kita
kesuntukan masa dan perlukan bantuan dari orang lain. Beliau
menegaskan, pada waktu-waktu tertentu situasi begini pasti berlaku
dan reaksi pekerja berbeza mengikut suasana dan keadaan pada
ketika itu. Sebagai contoh, ada pekerja yang bulat-bulat menolak
tugasan yang diberi dengan berkata “Ini bukan kerja saya!” tidak
kurang juga yang menerima kemudian tidak mengendahkannya atau

17
menyiapkan tugasan sekadar melepaskan batuk ditangga. Menurut
beliau, kaedah terbaik adalah menerangkan tujuan sebenar kenapa
mereka diperlukan untuk membuat kerja tersebut. Disini ia
mementingkan teknik berkomunikasi yang berkesan antara penyelia
dan pekerja bawahan. Penerangan hendaklah ringkas dan padat, tidak
memberi tekanan, penggunaan bahasa yang berhemah dan
semestinya kita hendaklah memahami apa tugasan yang hendak
dilakukan. Kebiasaannya pekerja yang memahami situasi dan keadaan
tersebut akan memberi kerjasama yang baik dan secara
keseluruhannya ia dipengaruhi faktor penyelia itu sendiri seperti
personaliti, cara bersosial dan sebagainya.

Soalan 7 : Sebagai seorang penyelia, bagaimana anda


memenuhi kehendak pihak atasan dan didalam masa yang
sama mencapai objektif pekerja bawahan?

Jawapan : Menurut En. Noor Ihsan, perkara ini merujuk kepada


hierarki didalam organisasi, rantaian pemerintahan dan penyampaian
maklumat didalam suasana kerja. Beliau berkata bahawa penjawatan
sebagai seorang penyelia di KTMB terdiri daripada individu yang telah
berkhidmat lebih dari 3 tahun dan mempunyai kepakaran didalam
bidang masing-masing. Ia dibantu dengan prestasi kerja yang
konsisten sepanjang tahun dan kadar cuti sakit yang rendah sebelum
disyorkan untuk kenaikan pangkat dan sebagainya. Didalam situasi ini,
penyelia bertindak sebagai orang tengah diantara pihak atasan dan
pekerja bawahan. Proses penyampaian maklumat berlaku dari atas ke
bawah dan dari bawah ke atas.
Bagi memenuhi kehendak pihak atasan, kita perlulah bijak
mengawal situasi dan suasana. Setiap tutur kata juga memainkan
peranan disamping tidak menyembunyikan sesuatu perkara yang
mungkin penting dan memberi kesan kepada organisasi itu sendiri.

18
Kita bertanggungjawab untuk menyampaikan maklumat atau arahan
yang dikeluarkan oleh pihak atasan kepada pekerja bawahan dan
memastikan mereka memahami kehendak dan keperluan perkara
tersebut.
Beliau sebagai penyelia, akan membuat pemantauan bagi
memastikan pekerja melakukan kerja mengikut garis panduan yang
diberi dan sebarang permasalahan akan dibincangkan secara formal
seperti mersyuarat mingguan dan laporan pendek prestasi semasa
kepada pihak atasan setiap bulan manakala perbincangan secara tidak
formal juga sering diamalkan. Ia penting untuk mengeratkan hubungan
sesama pekerja disamping tugasan lain sebagai penyelia, iaitu untuk
membantu menyelesaikan permasalahan agar ia tidak mendatangkan
kesan kepada prestasi kerja

SOALAN & JAWAPAN PN. ZAIDAH

Soalan 1: Apakah posisi anda di dalam syarikat dan di

bahagian manakah anda berkhidmat sekarang?

Jawapan : Puan Zaidah merupakan Pembantu Tadbir Kanan dan

berada di dalam Unit Staff Learning iaitu di bawah seliaan En Noor

Ihsan.

19
Soalan 2 : Apakah pendapat anda tentang penyelia anda, En

Noor Ihsan?

Jawapan : Pada pandangan Puan Zaidah, En Noor Ihsan merupakan

seorang penyelia yang tegas, tidak pilih kasih tetapi mesra dengan

pekerja. Beliau juga seorang yang amat mementingkan kerja serta

berdedikasi dalam menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang

penyelia. Beliau amat menitikberatkan kebajikan pekerja-pekerja

bawahannya dan sentiasa bertolak ansur dengan pekerja.

Soalan 3: Apakah tindakan yang dilakukan oleh En Noor Ihsan

untuk memperbetulkan kesilapan yang dilakukan oleh pekerja

dan adakah penyelia anda berlaku tidak adil dalam dalam

melaksanakan tanggungjawabnya?

Jawapan : Menurut Pun Zaidah,tindakan yang akan dilakukan oleh En

Nuriksan apabila pekerja-pekerja bawahan beliau melakukan kesalahan

ialah dengan memanggil pekerja tersebut ke biliknya dan menegur

20
secara baik kesalahan tersebut, tetapi sekiranya perlakuan tersebut

tidak memberi kesan, beliau akan mengambil tindakan disiplin di

antaranya dengan memotong cuti, tidak menyokong pekerja terbabit

untuk proseskenaikan pangkat dan sekiranya masalah tersebut berat

dan di luar bidang kuasanya, En Noor Ihsan akan membawa perkara

terbabit kepada pihak atasan.

Menurut Puan Zaidah lagi, En Noor Ihsan tidak pernah berlaku

tidak adil dalam melaksanakan tanggungjawabnya dan beliau tida

kakan berkompromi sekiranya pekerja bawahannya melakukan

kesalahan tatatertib.

Soalan 4: Adakah En Noor Ihsan sentiasa memaksa para

pekerja bawahannya untuk melakukan kerja tanpa mengambil

kira masalah pekerja bawahannya?

Jawapan : Menurut Pun Zaidah, apabila terdapat sesuatu tugasan

yang perlu disiapkan oleh mereka dengan kadar yang segera, En Noor

Ihsan akan menggunakan strateginya sendiri untuk mengambil hati

pekerja. Menurut beliau lagi, KTMB tidak pernah menyediakan elaun

untuk kerja lebih masa, oleh itu pendekatan yang digunakan oleh En

Noor Ihsan adalah dengan membawakan makanan kepada pekerja-

pekerjanya untuk meningkatkan motivasi mereka supaya terus bekerja

21
di samping memberi kaunseling kepada mereka. En Nuriksan juga

tidak akan memaksa pekerja-pekerja yang sudah berkahwin untuk

terus menyiapkan tugasannya kerana baliau faham tentang

tanggungjawab yang dipikul oleh pekerja bawahannya yang sudah

berkahwin.

Soalan 5: Adakah anda pernah menghadiri mana-mana kursus

dan apakah tindakan penyelia anda?

Jawapan : Menurut Puan Zaidah lagi, KTMB akan menghantar pekerja

untuk berkursus tiga bulan sekali, iaitu lebih menekankan terhadapp

pekerja yang baru menyertai KTMB. Di dalam unit mereka, terdapat

juga pekerja yang dhantar untuk latihan dan tindakan yang dilakukan

oleh En Noor Ihsan adalah dengan bertanyakan perkembangan tentang

kursus tersebut di samping memberi galakan kepada pekerja-pekerja

untuk mengaplikasikan apa yang mereka pelajari semasa di dalam

laihan tersebut.

Soalan 6: Apakah karektor yang anda tidak suka tentang

penyelia anda?

Jawapan : Secara keseluruhannya, Puan Zaidah amat menyenangi

karektor penyelia beliau, namun terdapat satu tiingkahlaku yang

22
kurang disenangi oleh Puan Zaidah iaitu En Noor Ihsan merupakan

seorang yang cepat naik angin ( hot tempered ) terutamaya jika

terdapat pekerja yang tidak dapat menyiapkan tugasan yang telah

diberikan dalam masa yang telah ditetapkan. Ini adalah kerana En

Noor Ihsan merupakan seorang yang amat mementingkan kerjanya

dan En Noor Ihsan sndiri kadangkala tidak mengambil waktu rehat

tengahari semata-mata untuk menyiapkan tugasannya.

Soalan 7: Adakah En Noor Ihsan mengambil berat tentang

anda, seperti masalah keluarga dan lain-lain?

Jawapan : Menurut Puan Zaidah, walaupun En Noor Ihsan merupakan

seorang penyelia yang tegas dalam melaksanakan tanggungjawabnya,

namun beliau juga amat mengambil berat tentang kebajikan pekerja-

pekerjanya. Sebagai contoh pengalaman yang dialami oleh Pun

Zaidah sendiri iaitu sewaktu anak beliau mengalami demam campak

dan pada waktu yang sama Puan Zaidah mempunyai kerja yang perlu

disiapkan, Puan Zaidah telah berbincang dengan En Noor Ihsan

tentang masalah tersebut. Setelah berbincang, En Nuriksan telah

mencadangkan agar Puan Zaidah mengambil cuti untuk menjaga

23
anaknya sehingga anaknya benar-benar sembuh di rumah tetapi

dalam masa yang sama menyiapkan kerjanya di rumah.

RUMUSAN Satukan ‘rumusan’ dan ‘penutup’


Berdasarkan kepada jawapan yang diberikan oleh En. Noor Ihsan
dan juga pekerja bawahannya Puan. Zaidah, dengan itu dapatlah kita
lihat bahawa En.Noor Ihsan merupakan seorang penyelia di Unit Staff
Learning yang berwawasan.
Hasil pembacaan dari buku Supervisor Concept and Skill-Building
didapati seorang supervisor yang baik akan berupaya mengawal
(control), mengatur ( organize), menjaga hubungan dengan pekerja
dan pihak atasan ( build relationship), mengetuai (leading) dan bijak
memilih pekerja ( staffing). En.Noor Ihsan merupakan seorang penyelia
di KTMB yang lebih bersifat leading????? Sila guna perkataan yang
lebih sesuai dan tepat!!! Beliau yakin bahawa pekerja adalah
merupakan asset penting bagi merealisasikan visi, perancangan
organisasi dan pihak pengurusan. Segalanya tidak akan tercapai jika
beliau tidak memperolehi kerjasama dari para pekerjanya. Dengan itu,
En.Noor Ihsan merasakan beliau adalah seorang yang

24
bertanggungjawab bagi memastikan para pekerjanya tahu apakah
yang perlu dilakukan oleh mereka. Selain itu, beliau juga berperanan
memotivasi serta menyuntik semangat kepada para pekerjanya untuk
melakukan kerja. Ini dimana, beliau berupaya mengawal keadaan
genting bagi kerja-kerja yang perlu disiapkan dalam tempoh yang
singkat. Para pekerja beliau juga memberikan kerjasama yang jitu hasil
dari sifat leading???? beliau.
Walaupun En.Noor Ihsan merupakan seorang penyelia yang lebih
bersifat leading???, namun beliau juga mempunyai sifat-sifat yang
lain. Sifat-sifat ini menjadi pelengkap kepada dirinya sebagai seorang
penyelia. Beliau merupakan seorang yang menjaga tutur katanya dan
amat digemari oleh perkerja-pekerjanya disebabkan oleh sifat
pemimpin dan mesra yang wujud dalam dirinya (build relationship).
Beliau mampu mempengaruhi pekerja bawahannya dalam
melaksanakan tugasan. Beliau juga merupakan seorang yang sentiasa
memantau tugasan-tugasan pekerjanya yang mana boleh
didefinasikan sebagai controlling .
Selain itu, pekerja-pekerjanya juga menyatakan bahawa En.Noor
Ihsan ini merupakan seorang penyelia yang cekap dalam
membahagikan tugasan dan tegas dalam perlaksanaan tugas. Beliau
merupakan seorang yang bijak dalam membuat keputusan.
Dalam usaha untuk menjadi seorang penyelia yang berjaya
terdapat banyak cabaran yang dihadapi oleh En.Noor Ihsan.
Berbekalkan cirri-ciri seorang pemimpin yang wujud didalam dirinya,
En.Noor Ihsan telah berjaya menghadapi segala cabaran itu dengan
tenang (GLC). Maka KTMB mempunyai 2 objektif iaitu ;
a. KERAJAAN = meminimumkan kerugian
b. KOMPENI Syarikat/Korporat = meningkatkan jumlah
pengguna kenderaan KTMB.
Jestru itu, sebagai penyelia ( senior executive ) di Unit Staff
Learning, maka beliau dan pekerja bawahannya yang lain perlu bekerja

25
sebagai satu pasukan bagi membuktikan bahawa latihan yang
diberikan kepada kakitangan awalah berkesan dan berguna kepada
KTMB. Ini kerana jika program latihan yang dirancang adalah tidak
berkesan maka objektif syarikat untuk menarik penumpang dan
mengurangkan kerugian syarikat adalah tidak tercapai.
Dengan itu, bagi memastikan program latihan yang dirancang
dan dilaksanakan adalah berkesan, maka beliau memainkan peranan
dengan membahagikan tugasan kepada pekerja-pekerjanya,
menerangkan peranan masing-masing sehingga setiap individu
dibawah unit staff learning ini memahami tugasan mereka dengan
baik. Selain itu, En.Ihsan juga tidak sombong menerima pendapat
pekerja bawahannya. Beliau sentiasa mendapatkan meklumbalas dari
pekerjanya sendiri dan mempertimbangkan sebarang usulan.
Cabaran kedua yang sering dihadapai oleh En. Insan adalah
untuk membentuk etika dikalangan pekerjanya bagi melaksanakan
tugasan unit mereka. Kejujuran dalam membuat analisis terhadap
keperluan syarikat adalah amat penting supaya program latihan yang
dianjurkan menjadi amat berkesan. Tujuan kejujuran ini juga adalah
untuk mengurangkan kerugian syarikat dalam penggunaan sumber
yang berlebihan. Dengan itu, beliau merancang dengan baik sebarang
tugasn yang perlu dilaksanakan. Beliau sering menginagtkan
pekerjanya kepentingan tugasan masing-masing dengan
menggunakan cara kominikasi yang baik.
Selain itu, En.Ihsan juga menghadapi masalah dalam
menyatukan kumpulannnya untuk bekerja seiring bagi mengganding
tugasan. Kepelbagaian yang wujud didalam kumpulan unit staff
learning ini menyebabkan banyak cabaran yang perlu beliau hadapi.
Kepelbagaian ini termasuklah dari segi umur, status dan jantina. Di
dalam unit ini, terdapat perbezaan jurang umur yang amat besar
antara linkungan perbezaan 30 dengan 50 keatas, Ini dapat dibuktikan
sendiri apabila En.Insan hanyalah berumur 43 tahun tetapi pembantu

26
kanannya Puan. Zaidah sudah berumur 51 tahun. Selain itu, pekerja
yang sudah berumah tangga samaada lelaki atau perempuan adalah
mengami kesukaran untuk bekerja lebih masa dan mengikuti program
latihan.Terdapat banyak kesukaran yang dihadapi seperti permasalah
pekerja yang iri hati dan suka menuding jari. Namun , beliau sentiasa
mendengar pandangan pekerja bawahannya tapi tidak terpengaruh
dengan hasutan pekerja. Beliau juga sering merancang dan
melaksanakan program-program riadah bersama keluarga dan rakan
sekerja dengan melakukan aktiviti melancong atau aktiviti sukan.
Selain itu, beliau juga sentisa berpesan kepada pekerjanya supaya
sentiasa hormat-menghormati antara satu sama lain.
Dengan itu, dapat disimpulkan disini bahawa En. Noor Ihsan
sememangnya merpakan seirang penyelia yang baik, sentiasa
menjaga kebajikan pekerja dan merupakan seorang yang bersifat
demokratik dalam menyelesaikan masalah. Ini dibuktikan dengan
kesungguhan beliau mentadbir Unit staff learning sehingga berjaya
mencapai objektif KTMB. Beliau mampu meyediakan pekerja yang
mengamalkan cirri-ciri keselamatan sehingga membuatkan
masyarakat yakin dan percaya keselamatan mereka terjamin untuk
sampai ke destinasi.

27
PENUTUP
KTMB merupakan satu organisasi yang mempuyai sejarah yang

paling lama di Malaysia. Dalam sejarah pembangunan negara kita,

KTMB memainkan peranan yang penting serta banyak menyumbang

dan membatu negara kita menjadi antara sesebuah negara yang maju

di dalam dunia ini. Tak relevan di sini!!!

Banyak pengetahuan telah kami timba semasa menjalankan

temuduga bersama dengan Encik Noor Ihsan iaitu seorang penyelia

daripada unit latuhan staff di ktmb. Beliau memberitahu kami tentang

latar belakang serta sejarah organisasi tersebut dan menerangkan

rahsia-rahsia kejayaan organisasi tersebut sehingga kini.

Selain daripada itu, beliau juga mengajar kita cara-cara untuk

menjadi seorang penyelia yang baik dan dihormati oleh orang lain.

Kami mendapat pelbagai manfaat daripada tunjuk ajar beliau.

Contohnya, sebagai seorang penyelia yang bagus, kita harus

bertanggungjawap keatas semua arahan kerja daripada pihak atasan

kita. Kita juga perlu memahami keadaan pekerja bawahan kita serta

mengambil berat tentang mereka dan ahli-ahli keluarga mereka. Bagi

28
mewujudkan keadaan yang harmoni ini, teknik komunikasi amat

penting dimana En.Noor Ihsan telah menerangkan bagaimana cara

pendekatan berkesan yang diamalkan oleh beliau.Dengan cara begini,

pekerja bawahan kita akan menghormati kita dan pihak atasan kita

akan terus memercayai kita.

Di samping itu, sikap tidak mudah putus asa serta tabah

menghadapi segala cabaran dan rintangan juga telah diterapkan

kepada kami bermula dari perjalanan untuk menghadiri sesi temuduga

tersebut lagi.Ini berikutan dengan kesukaran bagi kami untuk tiba di

KTMB dimana tempat yang kami sendiri tidak pernah sampai sebelum

ini. Walaupun begitu dengan panduan yang diberikan oleh En.Noor

Ihsan sendiri akhirnya kami telah selamat sampai ke pejabat

pentadbian KTMB.

Selain itu, kami juga berasa bangga dengan pencapaian KTMB

yang mana masih dalam proses mengurangkan kerugian semata-mata

bagi kepentingan rakyat dan kecekalan KTMB menghadapi cabaran

contohnya semasa kerosakan dan kerugian yang dihadapi sewaktu

perang dunia ke-2 dijadikan sebagai iktibar untuk KTMB terus berjuang

dan berkhidmat untuk rakyat negara kita.

En. Noor Ihsan juga banyak menceritakan pengalaman beliau

dalam industi pengurusan KTMB ini sendiri. Beliau membuatkan kami

berasa bangga dengan kelahiran keretapi-keretapi yang serba canggih

sekarang ini. Bedasarkan cerita yang disampaikan, beliau juga

29
membuatkan kami berasa bertuah berada di bumi merdeka, bumi

Malaysia ini kerana mempunyai bekas pemimpin dan pemimpin yang

ketara hebatnya. Pemikirannya membuatkan Malaysia maju bersama

dengan pertambahan keretapi yang semakin meningkat harganya

sekarang ini.

Akhir kata, kita harus mencontohi semangat KTMB yang tidak

pernah putus asa dan sentiasa ingin untuk berkhidmat kepada rakyat.

Sikap ingin memajukan diri juga menjadi punca kejayaan kepada

organisasi ini. Sistem KTMB serta pengurusan yang teratur

menyebabkan organisasi ini tidak pernah ketinggalan zaman walaupun

sudah sekian lama berkhidmat.

Bahagian hujung penutup: Fokus kepada penyelia dan bukannya


KTMB!!!

Semak semula laporan anda agar ada ‘flow’. Jangan diulang perkara yg
sama. Lapor berdasarkan ‘heading/topic’ bersesuaian.

30
LAMPIRAN

31
32

Anda mungkin juga menyukai