Anda di halaman 1dari 4

BAB 3 : Proses Perancangan Sumber Manusia

3.1 Ringkasan :
Proses perancangan sumber manusia ialah satu proses menentukan
bilangan dan kategori pekerja yang diperlukan pada sesuatu masa untuk
memenuhi keperluan organisasi. Perancangan sumber manusia juga merupakan
satu strategi pengambilan, penggunaan, pembaikan dan pengekalan sumber
tenaga manusia sesebuah organisasi. Ia juga merupakan analisis kerja dasar
untuk meramal keperluan terhadap sumber manusia dan juga rancangan seperti
latihan, pertukaran atau kenaikan. Ia juga menggalakkan pengurusan personel
menimbang isu tenaga manusia secara menyeluruh dan strategik. Perancangan
sumber manusia membolehkan organisasi dan jabatan sumber manusia
membentuk rancangan penstafan yang dapat menyokong pelaksanaan strategi
organisasi dengan mengisi kekosongan jawatan dalam organisasi secara proaktif.

Perancangan sumber manusia bukan sahaja meliputi skop pengambilan


pekerja dan menguruskan rekod-rekod perkhidmatan tetapi pada masa kini
kepentingannya semakin ketara meliputi pengurusan tentang kebajikan para
pekerja, perubahan persekitaran organisasi, penggubalan undang-undang dan
peraturan serta perubahan pasaran buruh. Semenjak tahun 1980an pengurusan
personalia atau perancangan tenaga manusia bertindak sebagai kebajikan dan
dan juga penyimpan rekod kakitangan. Firma-firma yang memberi penekanan
terhadap pengurusan sumber manusia dilihat mencapai prestasi cemerlang
seterusnya peningkatan trerhadap produktiviti organisasi.

Tujuan perancangan sumber manusia untuk memastikan wujudnya


kestabilan dalm suasana yang tidak menentu , dengan tugas pembangunan
dasar dan membuat keputusan semasa yang akan membawa kesan kepada
tenaga kerja pada masa aka datang. Perubahan persekitaran dan peningkatan
pengaruh luaran terhadap organisasi seta penggubalan un dang-undang dan
perubahan serta peraturan senakin diperlukan. Oleh itu, pengurusan tentang
kebajikan para pekerja yang pelbagai ini perlu diberi perhatian oleh organisasi
manakala perancangan sumber manusia merupakan fungsi yang paling penting
dalam pengurusan sumber manusia.

Refleksi : Proses Perancangan Sumber Manusia


8

3.2 Idea Utama


Meningkatkan produktiviti organisasi

Kurangkan masalah sumber

Proses Perancangan Sumber Manusia


Fungsi pengurusan sumber manusia yang
Meningkatkan daya saing organisasi
berkesan

1. Meningkatkan daya saing organisasi


Perancangan sumber manusia yang berkesan dapat meningkatkan kelebihan
daya saing organisasi. Melalui ramalan permintaan dan penawaran sumber
manusia untuk masa hadapan, organisasi akan dapat memastikan operasi tidak
terganggu disebabkan oleh kekurangan atau terlebih tenaga buruh. Jika lebihan
tenaga buruh, majikan akan menanggung kos untuk membayar pampasan dan
sebagainya. Manakala kekurangan tenaga buruh akan menyebabkan majikan
mungkin akan membayar gaji yang lebih dan kos akan meningkat.
2. Meningkatkan Produktiviti Organisasi
Organisasi yang dapat menguruskan sumber manusianya dengan cekap akan
dapat menggunakan tenaga kerja yang ada dengan optimum. Masalah seperti
mengambil rehat yang panjang pada waktu tengahari mungkin tidak akan
terjadi. Pengambilan dan pemilihan pekerja yang berterusan tanpa memikirkan
tentang perancangan boleh menyebabkan berlakunya lebihan tenaga manusia.
Jika ini terjadi, ia akan menyebabkan kebolehan dan kemahiran tenaga tenaga
kerja tidak digunakan dan akan menjejaskan produktiviti organisasi secara
keseluruhannya.
3. Mengurangkan Masalah Sumber Manusia
Perancagan

sumber

manusia

yang

cekap

dan

berkesan

akan

dapat

mengurangkan masalah sumber manusia. Masalah sumber manusia seperti,


kebosanan melakukan tugas rutin, masalah moral dan ketidakhadiran kerja
merupakan perancangan sumber manusia yang lemah. Perancangan sumber
manuiia yang baik akan menjadikan tugas lebih menarik dan selesa serta
kebolehan dan kecekapan sumber manusia dapatdigunakan dengan optimum.
4. Fungsi Pengurusan Sumber Manusia Yang Berkesan
Organisasi akan berfungsi dengan lebih berkesan jika perancangan sumber
manusianya lebih cekap dan berkesan. Apabila perancangan sumber manusia
selari dengan perancangan strategik maka ia akan mempengaruhi fungsi
pengurusan sumber manusia yang lain. Aktiviti atau program pengurusan
sumber manusia yang dirancang perlu selari dengan ramalan keperluan dan
Refleksi : Proses Perancangan Sumber Manusia
9

penawaran kerja di pasaran. Fungsi-fungsi seperti pengambilan dan pemilihan,


pentadbiran pampasan, pembangunan kerjaya, latihan dan pembangunan akan
dapat dilaksanakan dengan berkesan serta menambah nilai kepada organisasi.

3.3 Idea Yang Boleh Diterapkan Dalam Organisasi Pendidikan

Pendidikan

yang

cemerlang

dan

berkualiti

merupakan

usaha

bagi

membangunkan generasi alaf baru selaras dengan hasrat kerajaan dalam


falsafah pendidikan. Para pendidik perlu sedar bahawa dalam usaha negara
menghadapi masa depan yang penuh saingan, pendidikan adalah bersikap
futuristik, maka kita hendaklah mampu menyediakan generasi yang berilmu,
bertindak

dan

menghasilkan

sesuatu

yang

bermanfaat

serta

berupaya

mengangani gelombang perkembangan dan perubahan masa kini. Namun ia


mungkin

tidak

tercapai

sepenuhnya

jika

sesebuah

sekolah

mengalami

kekurangan guru. Guru diminta mengajar subjek yang bukan opsyen dan diluar
kemahirannya.

Akibatnya,

masa

mengajar

guru

bertambah

dan

tugas

sampingan juga bertambah. Ini adalah disebabkan oleh perubahan sistem


pendidikan mengikut arus peredaran zaman.

Setiap guru mempunyai kemahiran mengikut bidang kepakarannya. Oleh


itu, pentadbir perlu menetapkan spesifikasi kerja mengikut kebolehan guru
tersebut. Ini secara langsung dapat mengurangkan masalah sumber dan
mengoptimumkan kemampuan guru di sekolah. Sekiranya guru yang tidak
mempunyai kemahiran dalam bidang yang diamanahkan, tugas tersebut akan
sukar dilaksanakan dan akan mengakibatkan objektif sekolah tidak tercapai.
Contohnya dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Walaupun bahasa Melayu
merupakan bahasa ibunda dan bahasa kebangsaan namun ia tidak boleh
sewenangnya diberikan tugas mengajar kepada guru yang tidak mahir dan tidak
mempunyai pengalaman mengajarnya.

KPM juga hendaklah meningkatkan bilangan guru terlatih mengikut


opsyen di kawasan pedalaman. Matlamat meningkatkan bilangan guru hanya
akan tercapai dengan mewajibkan guru baharu berkhidmat di kawasan
pedalaman. Sebagai galakan dan tarikan, KPM telah menambah insentif dengan
menyediakan insurans, menyediakan rumah guru serta kemudahan asas yang
sempurna. Kekurangan guru akan meningkatkan kos kepada sekolah. Sekolah
terpaksa memberi latihan kepda guru berkenaan bagi memantapkan lagi
pengajaran dan pembelajaran guru tersebut. Guru juga Kementerian Pendidikan
Refleksi : Proses Perancangan Sumber Manusia
10

Malaysia juga telah mewujudkan penggredan sekolah dalam program Standart


Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Program ini adalah bertujuan untuk
membantu sekolah mengenalpasti tahap band sekolah mereka. Program ini amat
membantu

pihak

pentadbiran

supaya

dapat

merancang

program

dan

melengkapkan segala dokumen yang diperlukan bagi meningkatkan prestasi


band sekolah. Pemantauan dari pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta jemaah Nazir dari Kementerian Pendidikan
Malaysia

(KPM).

Pemantauan

ini

adalah

untuk

membantu

keputusan prestasi band sekolah ke tahap yang lebih baik.

Refleksi : Proses Perancangan Sumber Manusia


11

meningkatkan

Anda mungkin juga menyukai