Anda di halaman 1dari 48

MALIKKA UTHAI

NURUL FITRIYAH KHALID


PENGHARGAAN

Alhamdullilah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan

rahmat serta nikmat masa, nyawa, tenaga yang

dianugerahkan kepada kami dapat juga kami menyiapkan

tugasan PMC527 ini dengan jayanya.

Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan

penghargaan ini kepada pensyarah tercinta kami, Prof

Madya Dr Aziah Ismail kerana dengan tunjuk ajar serta

bimbingan daripadanya membuka ruang kepada kami

untuk menyiapkan tugasan ini dengan sukses dan menjadi

lebih kreatif. Banyak ilmu baru yang kami peroleh dan

terokai. Terima kasih Prof.

Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kami kepada

para responden kami iaitu 6 orang guru sekolah menengah dan rendah yang

telah sudi meluangkan masa untuk ditemubual oleh kami. Kami akur akan

permintaan mereka agar latar belakang peribadi mereka serta sekolah mereka

dirahsiakan. Banyak perkongsian menarik dan nasihat yang telah kami pelajari.

Buat rakan seperjuangan, terima kasih atas perkongsian idea-idea yang

bernas dan menarik, sumbangan tenaga dan kerjasama yang baik, telah

berjaya mendorong kita untuk bersama-sama menyiapkan tugasan yang diberi

ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Ucapan terima kasih juga

ditujukan khas buat semua rakan-rakan dan keluarga yang sudah menolong

kami sepanjang menyiapkan tugasan ini. Jasa kalian amat kami hargai

Malikka a/p Uthai Nurul Fitriyah Khalid


(P-PM0175/20) (P-PM0194/20)
ISI KANDUNGAN
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PAGE 1

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


DI SEKOLAH MALAYSIA
PAGE 6

CERITA 1 PAGE 10

CERITA 2 PAGE 15

CERITA 3 PAGE 20

CERITA 4 PAGE 25
CERITA 5 PAGE 29
CERITA 6 PAGE 34
REFLEKSI PAGE 39
REHATKAN MINDA ANDA PAGE 40

RUMUSAN PAGE 41
RUJUKAN PAGE 42
PENGURUSAN SUMBER
MANUSIA

Sumber manusia ditakrifkan


PENGENALAN sebagai sekumpulan kakitangan
dan pekerja yang berkhidmat
Sejak tahun 1980an, dalam sesebuah organisasi.
kepentingan pengurusan Tidak mungkin sesebuah
tenaga kerja yang cekap organisasi boleh wujud tanpa
merupakan satu isu yang sumber manusia yang
mendapat perhatian para membantu atau
pengamal dan penyelidik mengendalikannya.
pengurusan. Amalan
pengurusan tenaga kerja yang Tujuan pengurusan sumber
baik sering dikaitkan dengan manusia diwujudkan adalah
konsep pengurusan sumber untuk memastikan tenaga
manusia. Konsep ini manusia yang diambil bekerja
menyaran satu pendekatan oleh organisasi digunakan
baru dalam pengurusan dengan cekap dan berkesan dan
tenaga kerja. berupaya untuk menyumbang
kepada pencapaian matlamat
organisasi.

Konsep Pengurusan Sumber


Manusia merupakan hasil
daripada perbincangan dan
penyelidikan di Barat,
khususnya Amerika Syarikat
dan United Kingdom

PAGE 1
DEFINISI
Pengurusan Sumber Manusia

Menurut Bohlander et al (2001), pengurusan sumber


manusia merangkumi penggabungan semua tenaga kerja
yang pelbagai untuk mencapai matlamat bersama.
Ivencevich (2001) pula mentakrifkan pengurusan sumber
manusia sebagai fungsi yang dilaksanakan dalam
organisasi bagi membantu memudahkan penggunaan
sumber manusia secara berkesan untuk mencapai
matlamat organisasi dan individu.

Di samping itu, terdapat berbagai perspektif terhadap


fokus pengurusan sumber manusia iaitu:

Pengurusan sumber manusia dianggap pengurusan


manusia yang mengurus pekerja sebagai aktiviti
langsung dan interpersonal.
Pengurusan sumber manusia sebagai pengurusan
personalia yang memberi penekanan kepada
kemahiran teknikal untuk penilaian, pemilihan,
latihan dan sebagainya.
Pengurusan sumber manusia sebagai pengurusan
strategik yang menekankan pekerja sebagai harta
dalam sesebuah organisasi.

PAGE 2
DEFINISI
Pengurusan Sumber Manusia

Pengurusan sumber manusia merujuk kepada amalan,


dasar dan sistem yang mempengaruhi tingkahlaku, sikap dan
prestasi pekerja. Antara amalan-amalan pengurusan sumber
manusia termasuk menentukan keperluan sumber manusia
(perancangan sumber manusia), menarik pekerja yang
berkelayakan (perekrutan), memilih pekerja (pemilihan),
mengajar pekerja bagaimana untuk melaksanakan kerja dan
menyediakan mereka untuk masa depan (latihan dan
pengembangan), memberi ganjaran kepada pekerja
(pampasan), menilai prestasi pekerja (penilaian prestasi), dan
membentuk persekitaran kerja yang positif dan harmoni
(perhubungan pekerja), Noe et al. (2000).

Amalan pengurusan sumber manusia yang berkesan


perlu dibentuk dan digunakan untuk membantu mencapai
matlamat dan organisasi. Menurut Tsui dan Gomez Meija
(1998), Danaley dan Huselid (1996) amalan pengurusan
sumber manusia yang berkesan perlu dikaitkan dengan
prestasi organisasi di mana ia boleh mempengaruhi kepuasan
pekerja dan pelanggan, inovasi, produktiviti dan juga
pembangunan reputasi yang baik di kalangan organisasi lain.

PAGE 3
FUNGSI
Pengurusan Sumber Manusia

Fungsi pengurusan sumber manusia merujuk kepada tugas dan


kerja yang dilakukan oleh organisasi yang kecil atau besar dalam
usaha untuk memberi dan menyelaras sumber manusia. Fungsi-
fungsi ini meliputi pelbagai aktiviti yang memberi signifikan
kepada semua bahagian dalam organisasi. Byres dan Rue (1998)
telah mengenalpasti enam fungsi pengurusan sumber manusia
iaitu:

1.Perancangan Sumber Manusia


Melakukan analisa pekerjaan bagi melakukan keperluan yang
spesifik bagi tugas-tugas individu dalam organisasi.
Meramal keperluan sumber manusia bagi mencapai objektif
sesebuah organisasi.
Membangun dan melaksanakan rancangan bagi mencapai
keperluan tersebut.
Merekrut dan mengambil sumber manusia bagi memenuhi
tugas-tugas spesifik dalam organisasi.

2. Pembangunan Sumber Manusia


Orientasi dan melatih pekerja
Mengurus dan mengimplimentasi pengurusan dan program-
program
pembangunan organisasi.
Membentuk kumpulan yang berkesan dalam struktur
organisasi.
Mereka sistem bagi menilai prestasi setiap pekerja.
Bantu pekerja dalam membangunkan rancangan kerjaya
mereka.

PAGE 4
FUNGSI
Pengurusan Sumber Manusia

3. Pampasan dan Kemudahan


Reka dan implimentasi sistem pampasan dan
kemudahan untuk semua pekerja
Memastikan pampasan dan kemudahan adalah adil
dan konsisten.

4. Keselamatan dan Kesihatan


Reka dan implimentasi program yang memastikan
keselamatan dan kesihatan pekerja terjamin.
Memberi bantuan kepada pekerja yang mempunyai
masalah peribadi yang boleh mempengaruhi prestasi
kerja mereka.

5. Perhubungan Industri
Sebagai orang tengah di antara organisasi dan
kesatuan sekerja.
Merekabentuk sistem bagi mengurus disiplin dan
bantahan

6. Penyelidikan Sumber Manusia


Mewujudkan asas maklumat sumber manusia
Bentuk dan implimentasi sistem komunikasi pekerja

PAGE 5
PENGURUSAN SUMBER
MANUSIA DI SEKOLAH
MALAYSIA

PENGENALAN Setiap sistem pendidikan di


setiap peringkat sangat
Pengurusan sumber manusia
bergantung pada sumber daya
dapat dilihat sebagai reka
manusia untuk pelaksanaan
bentuk sistem formal dalam
programnya.
sesebuah organisasi sekolah di
Malaysia. Sekolah merupakan
Perancangan sumber manusia
sebuah organisasi pendidikan,
dalam organisasi sekolah di
maka tiada sekolah yang dapat
Malaysia seharusnya dirangka
lari daripada isu sumber
untuk memastikan agar
manusia dan pengurusan
keperluan dari segi tenaga kerja
sumber manusia.
dapat dipenuhi secara
berterusan dan tepat dari
semasa ke semasa

Konsep Pengurusan Sumber


Manusia di sekolah Malaysia
merupakan hasil daripada
perbincangan dan penyelidikan
yang dijalankan di beberapa
buah negeri yang terdapat di
Malaysia.

PAGE 6
DEFINISI
Pengurusan Sumber Manusia Di Sekolah Malaysia

Nwakaand Ofojebe (2010) menyatakan bahawa guru adalah


sumber penting untuk keberkesanan sekolah dan merealisasikan
polisi dan objektif pendidikan di peringkat praktikal bilik darjah.
Pengetua atau Guru Besar memainkan peranan sebagai pengurus
sumber manusia yang memastikan bahawa tenaga kerjanya tidak
kekurangan bagi sesuatu jangka masa tertentu. Selain itu, mereka
juga harus menentukan apa yang perlu dibuat oleh siapa dan berapa
orang yang boleh melaksanakan sesuatu tugas.

Pengetua atau Guru Besar seharusnya bijak menurunkan kuasa


dan mengagihkan tugas serta melantik orang yang berkelayakan
dalam menjalankan tugas-tugas yang penting dalam sekolah atau
organisasi pendidikan. Mereka perlu melaksanakan pengurusan
sumber manusia yang melibatkan perkhidmatan dan perjawatan guru
serta kakitangan sokongan yang bukan akademik. Sekiranya
seseorang guru atau kakitangan itu akan bersara adalah mustahak
untuk menentukan akan penggantinya terlebih dahulu (Omardin
Ashaari , 2007).

Pengurusan sumber manusia dalam pendidikan melibatkan banyak


proses. Sebagai permulaan, adalah penting untuk menentukan bentuk
dan jenis kerja yang dikehendaki daripada seorang staf baru dan siapa
yang diperlukan untuk melaksanakan tanggungjawab atau
mendukung kerja tersebut.

Langkah yang seterusnya adalah menentukan pegawai atau


kakitangan yang diperlukan untuk menyempurnakan kerja dan
bagaimana dia boleh disesuaikan dengan jawatan tersebut. Di sini
akan wujudnya pengkhususan dan penempatan.

PAGE 7
DEFINISI
Pengurusan Sumber Manusia Di Sekolah Malaysia

Apabila tugas yang perlu dilakukan oleh seorang tenaga kerja


telah ditentukan, maka perihal kerja yang meliputi perjawatan,
latihan dan perkembangan, penilaian, kenaikan pangkat dan
sebagainya perlu dirangka untuk tindakan yang selanjutnya.

Omardin Ashaari (2007) turut menyatakan bahawa tujuan


pengambilan adalah untuk menyediakan sebilangan calon
yang ramai supaya calon yang berkelayakan dapat dipilih
untuk memenuhi kehendak sesebuah organisasi pendidikan
di Malaysia.

Proses pengambilan ini akan melibatkan prosedur temu


duga, penempatan, latihan dan pembangunan pegawai dan
kakitangan. Tatacara pengambilan adalah penting untuk
membekalkan organisasi pendidikan dengan pegawai dan
kakitangan bagi jawatan tertentu pada sesuatu jangka masa.
Di Malaysia, pengambilan selalunya dilakukan oleh
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dalam konteks
di sekolah.

SPP merupakan sebuah badan yang bebas ditubuhkan pada


1 Januari 1974 di bawah Perkara 14A (1), Perlembagaan
Persekutuan dan mempunyai bidang kuasa yang meliputi
semua anggota dalam perkhidmatan pendidikan. Ahli-ahli SPP
dilantik oleh Seri Paduka Baginda di-Pertuan Agong setelah
berunding dengan Majlis Raja-raja

PAGE 8
FUNGSI
Pengurusan Sumber Manusia Di Sekolah Malaysia

Fungsi Pengurusan Sumber Manusia dalam Pendidikan

Pengurusan sumber manusia dalam pendidikan adalah


sekumpulan amalan dan kaedah penyatuan dan menjaga tenaga
pengajar di sekolah supaya sekolah dapat mencapai tujuan mereka
dan juga sebagai memenuhi matlamat yang telah ditetapkan. Ini
adalah motivasi dan koordinasi dari aktiviti dan usaha guru-guru di
sekolah untuk mendapatkan hasil maksimum dari mereka dan
seterusnya mencapai matlamat pendidikan secara optimum. Fungsi
merangkumi yang berikut:

i. Penyelenggaraan kakitangan
memastikan para guru diberi latihan
menyediakan persekitaran pembelajaran kepada semua staf tenaga
pengajar dan kakitangan sokongan bukan akademik
Pemimpin dan pengurusan sekolah mempunyai tanggungjawab
terhadap semua ahli dalam sekolah yang mempunyai inisiatif untuk
terus belajar
ii. Hubungan kakitangan
menawarkan bantuan dan sokongan yang diperlukan oleh guru baru
dalam proses menyediakan diri untuk mendaftar sebagai ahli baru
dalam sekolah berkenaan
Bagi guru baru, mereka seharusnya bertindak proaktif untuk
menerokai maklumat berkaitan sekolah dan mencari peluang untuk
berkenalan dengan staf dan guru senior di sekolah
iii. Pembangunan pekerja
sentiasa memantau prestasi kerja
memberi khidmat sokongan supaya emosi pekerja sentiasa terjaga
iv. Perolehan kakitangan
sumbangan yang diberikan oleh kakitangan sekolah kepada sekolah
nama baik sekolah dan imej sekolah akan berada dalam keadaan baik
v. Ganjaran prestasi kerja
mengadakan program pembangunan sumber manusia untuk
membangunkan prestasi staf
proses kenaikan pangkat

PAGE 9
NAMA : CIKGU A UMUR : 29 TAHUN ASAL : PENANG

SUBJEK DIAJAR : BAHASA CINA PENGALAMAN MENGAJAR : 5 TAHUN

JANTINA : PEREMPUAN

LATAR BELAKANG :
Cikgu A, seorang guru yang berbangsa Cina dan
mengajar di sekolah sekitar Daerah Timur Laut, Pulau
Pinang. Raut wajahnya yang manis dan rambutnya
dilepas bebas. Beliau memakai baju kurung berwarna
merah jambu tersenyum apabila ingin ditemubual.
Diminta untuk profilnya dirahsiakan dari tatapan umum.
Tiada pengalaman yang banyak kerana beliau baru sahaja
berkhidmat di sekolah tersebut iaitu selama 5 tahun.

Sekolah yang beliau khidmat pula merupakan sekolah


kurang murid. Jumlah murid adalah sekitar 40 orang.
Beliau merupakan graduan lepasan Institut Pengajian
Guru di selatan tanah air dan terus mendapat
penempatan di sekolah ini. Pengalamannya adalah sangat
berbeza dengan guru yang lain kerana sekolah beliau
tidak mempunyai banyak murid.

Change
before
you have
to!
PAGE 10
JACK WELCH
CIKGU A:
AMALAN KOMUNIKASI BERKESAN
DALAM ORGANISASI.

Perubahan yang dilaksanakan oleh pemimpin di


sekolah ini bagi cikgu A adalah sangat menarik. Sebelum
perubahan ini dilaksanakan, guru hanyalah membuat
kerja masing-masing dan tiada amalan kerjasama yang
berlaku semasa melaksanakan sesuatu tugasan. Dengan
adanya saluran komunikasi seperti di dalam mesyuarat,
organisasi, setiap individu atau kelompok bukan sahaja
dapat berinteraksi, memahami dan bertukar-tukar
maklumat antara satu sama lain, tetapi juga dapat
mewujudkan kerjasama yang berterusan dalam
kalangan staf.

Menurut cikgu A lagi, kecekapan perjalanan sesebuah


organisasi amat berkait rapat dengan sejauh mana
baiknya saluran komunikasi dapat disediakan dan
dilaksanakan. Selain itu, semasa mesyuarat dijalankan
dapat dilihat bahawa pemimpin sekolah dapat
menyampaikan maklumat dengan berkesan dalam
memastikan tugas dapat dilaksanakan dengan baik dan
lancar. Sebagai contoh, arahan atau peringatan yang
diberikan oleh pemimpin sekolah agar warga organisasi
sentiasa dikemaskini dengan maklumat terkini sekaligus
membantu pematuhan undang-undang dan arahan yang
berkuatkuasa.

JACK WELC

PAGE 11
CIKGU A:
AMALAN KOMUNIKASI BERKESAN
DALAM ORGANISASI.

Menurut Cikgu A lagi, tidak dapat dinafikan wujud


halangan dan rintangan yang mengakibatkan proses
komunikasi yang berlaku tidak dapat dijalankan
seperti biasa. Apabila berlakunya Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) dalam pandemik COVID 19,
komunikasi yang lazimnya secara bersemuka antara
pemimpin dengan warga organisasinya telah
berubah kepada komunikasi secara dalam talian.
Pada masa yang sama kemahiran baharu juga
dituntut agar komunikasi secara dalam talian ini
dapat dikuasai sepenuhnya.

Krisis pandemik COVID-19 dan PKP yang dihadapi


telah membawa kepada peningkatan penggunaan
komunikasi terkini (Webex, Google Meet, Skype)
secara tidak langsung dalam kalangan warga
organisasi disekolah. Cikgu A mengatakan bahawa
pemimpin di sekolah beliau telah merancang untuk
memastikan kesediaan kemudahan yang diperlukan
seiring dengan peningkatan penggunaan komunikasi
terkini dan staf di sekolah dapat menguasai teknik
komunikasi yang berkesan.

PAGE 12
CIKGU A:
MELETAKKAN SASARAN
PENCAPAIAN SEKOLAH
.

Cikgu A juga berkata berkaitan dengan


pemimpin sekolah beliau, sejak mula
ditugaskan pada tahun 2017, pemimpin
sekolah sudah merangka strategi awal dan
meletakkan sasaran pencapaian yang harus
dilepasi oleh sekolah dari segi disiplin
mahupun pelajaran. Baginya, penetapan
sasaran ini adalah sebagai garis panduan
untuk semua warga sekolah untuk
meningkatkan pencapaian sekolah.

Menurut cikgu A, pemipin sekolah sentiasa


memandang berat isu berkaitan isu disiplin
murid. Oleh itu, pelbagai program dan inisiatif
telah dijalankan menyebabkan masalah
disiplin murid telah berkurangan. Antaranya
ialah pihak pentadbir sendiri turun padang
setiap hari meronda kelas dengan satu tujuan
iaitu mengawal disiplin murid. Pengetua
sendiri telah berada di pintu besar menanti
bagi menyambut murid-murid ke sekolah.

JACK WELC

PAGE 13
CIKGU A:
MELETAKKAN SASARAN
PENCAPAIAN SEKOLAH
.

Menurut cikgu A lagi, disebabkan sekolah beliau


ialah sekolah kurang murid, amalan guru penyayang
telah menjadi satu budaya yang berterusan di
sekolah ini. Aktiviti mengalu-alukan kehadiran murid
di pintu pagar sekolah telah menjadi rutin harian
bagi guru-guru. Semangat guruguru tetap utuh dan
tidak pernah pudar untuk mengalu-alukan kehadiran
murid-murid ke sekolah. Amalan ini telah sedikit
sebanyak meningkatkan peratus kehadiran murid.
Setiap murid juga diberi perhatian dalam usaha
membantu mereka memperoleh keputusan
cemerlang dalam mata pelajaran.

Walaupun murid beliau bukanlah berada dalam


kategori murid bermasalah dalam pelajaran, namun
bagi memastikan setiap daripada mereka berpeluang
memperoleh kecemerlangan yang hebat, sekolah
telah merangka pelbagai program yang terbaik.
Walau bagaimanapun, sekolah tidak dapat mencapai
sasaran bagi pencapaian dalam pelajaran. Hal ini
demikian kerana, murid sekolah agak kekurangan
sumber-sumber pembacaan. Selain itu, mereka tiada
semangat untuk belajar dan fasiliti sekolah yang
kurang memuaskan.

JACK WELC

PAGE 14
NAMA : CIKGU B UMUR : 54 TAHUN ASAL : KEDAH

SUBJEK DIAJAR : MATEMATIK PENGALAMAN MENGAJAR : 30 TAHUN

JANTINA : LELAKI

CERITA 2
LATAR BELAKANG :

Cikgu B, merupakan seorang guru di sebuah sekolah


luar bandar yang terletak di Kedah. Beliau merupakan
guru yang berbangsa Siam. Ketika pertama kali
berjumpa dengannya, beliau sangatlah peramah dan
lucu orangnya. Beliau tidak segan untuk menceritakan
perubahan-perubahan yang telah berlaku di sekolah
perkhidmatan beliau.

Hal ini demikian kerana, beliau telah berkhidmat di


sekolah tersebut hampir 26 tahun. Sememangnya
beliau boleh melihat secara langsung perubahan demi
perubahan yang berlaku di sekolah. Beliau akan
menceritakan beberapa perubahan yang agak menarik
yang dirasakan semasa beliau berkhidmat di sekolah
tersebut.

Teachers affect
eternity; no one
can tell where
their influence
stops!
HENRY BROOKS ADAMS

PAGE 15
CIKGU B :
MENGAPLIKASIKAN TEKNOLOGI TERKINI

Menurut Cikgu B, pelaksanaan Perintah Kawalan


Pergerakan menyebabkan semua sekolah ditutup
memerlukan pemimpin sekolah dan guru-guru
menstrukturkan semula proses pengajaran dan
pembelajaran kepada pembelajaran berteknologi
digital. Aspek kreativiti dan inovasi sangat diperlukan
untuk guru berhadapan dengan situasi krisis ini agar
dapat menyelesaikan sebarang permasalahan. Oleh
itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah
mengubah fokus pembelajaran daripada kaedah
pembelajaran secara tradisional iaitu kaedah
bersemuka di dalam kelas kepada pendidikan secara
dalam talian.

Menurut cikgu B, pembelajaran melalui Google


Classroom sangat dipergiatkan. Perubahan dari segi
amalan pengajaran dan pembelajaran telah
meningkatkan penggunaan pelbagai aplikasi seperti
Whatsapp, Telegram, Skype, Google meet, video
conferencing dan banyak lagi.Menurut cikgu B lagi
amalan aplikasian teknologi terkini dapat
menjimatkan kewangan dan masa. Walau
bagaimanapun, pemimpin dan guru mestilah
mempunyai kreativiti dan daya tahan yang tinggi
semasa menjalankan tugas tanpa amalan bersemuka.
PAGE 16
CIKGU B :
MENGAPLIKASIKAN TEKNOLOGI TERKINI

Pada pendapat cikgu B lagi, pengaplikasian teknologi


ini mengalami permasalahan di peringkat awal. Hal ini
demikian kerana, para guru dan juga murid kurang
didedahkan dengan amalan pembelajaran teknologi
terkini. Jadi perkara tersebut memerlukan jangka masa
tertentu untuk membolehkan semua guru dan murid
dapat menguasainya. Disebabkan sekolah mempunyai
pemimpin sekolah yang berwibawa, maka terdapat
beberapa strategi yang telah dijalankan. Antara strategi
yang dijalankan ialah dengan menganjurkan kursus
dalam talian kepada guru di sekolah berkaitan amalan
pengajaran dalam talian.

Selain itu, kepada murid yang tidak mempunyai akses


kepada internet atau tiada telefon pintar, pemimpin
sekolah telah melantik satu jawatankuasa khas untuk
menghantar kertas latihan dan nota kepada murid.
Seterusnya, pemimpin sekolah juga telah membantu
dari segi permohonan telefon pintar percuma kepada
murid-murid. Selain itu, pemimpin sekolah juga
meminta guru untuk menyediakan laporan
perkembangan terkini murid-murid setiap bulan.
Strategi-strategi yang dilaksanakan tersebut telah
menyebabkan permasalahan berlaku dapat diatasi.

PAGE 17
CIKGU B :
AMALAN SEKOLAH TANPA TONG SAMPAH

Perubahan yang menarik lagi di sekolah ini


ialah, pemimpin sekolah cuba untuk
melaksanakan program sekolah tanpa tong
sampah. Pemimpin sekolah telah mewujudkan
jawatankuasa khas untuk merancang prosedur
pelaksanaan program ini. Murid-murid di sekolah
juga telah didedahkan dan diberitahu dari
semasa ke semasa berkaitan dengan program ini.
Semua warga sekolah terlibat dalam menjayakan
program ini.

Terdapat banyak aktiviti menarik yang


dijalankan pada setiap minggu. Menurut cikgu B
lagi, sekolah ini hanya punya satu tong sampah
besar. Jadi semua pelajar dan guru di sini
mendisiplinkan diri untuk menyimpan sampah
masing-masing dengan cara yang tersendiri
sebelum dibuang ke dalam tong sampah besar.
Selain itu, pemimpin sekolah juga telah
menggalakan guru dan juga murid untuk
membawa bekas makanan ke sekolah.

PAGE 18
CIKGU B :
AMALAN SEKOLAH TANPA TONG SAMPAH

Murid-murid juga didedahkan dengan amalan


kitar semula di sekolah. Selain itu, bahan-bahan
kitar semula seperti kertas dan plastik telah
diasingkan dan dijual kepada syarikat kitar
semula. Hasil jualan yang diperoleh itu telah
digunakan untuk membeli hadiah menarik
dalam program penukaran bahan kitar semula.

Selain itu, program penukaran bahan kitar


semula kepada hadiah misteri yang dijalankan
juga telah mendapat banyak sambutan dalam
kalangan murid mahupun guru. Dapat dilihat
bahawa pemimpin sekolah dapat melaksanakan
amalan perubahan yang bukan sahaja
bermanfaatkan kepada guru serta warga
sekolah malah dapat meningkatkan lagi amalan
kelestarian dalam kalangan murid.

PAGE 19
CERITA 3
CIKGU C

UMUR: 36 TAHUN ASAL: PERAK

JANTINA: PEREMPUAN

SUBJEK DIAJAR: SEJARAH PENGALAMAN


MENGAJAR: 11 TAHUN

LATAR BELAKANG :

Cikgu C, merupakan cikgu mengajar subjek sejarah di


sebuah sekolah yang terletak di sebuah bandar. Beliau
telah mempunyai pengalaman mengajar selama 11
tahun. Semasa temubual dijalankan, cikgu C telah
meminta profilnya dirahsiakan untuk memudahkan
beliau berkongsi tentang perubahan yang dilaksanakan
di sekolah beliau.

Ibu kepada tiga orang anak tersebut tersenyum sambil


menceritakan berkaitan dengan sekolah beliau.
Disebabkan sekolah beliau terletak di bandar, maka
jumlah pelajar di sekolah juga agak tinggi. Beliau juga
banyak berkongsi tentang pengalaman semasa pertama
kali dihantar ke sekolah tersebut.

PAGE 20
CIKGU C:
PELAKSANAAN E-RANCANGAN PENGAJARAN
HARIAN

Menurut Cikgu C, sekolah beliau telah melaksanakan


penghantaran Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
secara dalam talian atau lebih dikenali dengan
panggilan digitalnya e-RPH. Berbeza dengan amalan
sebelum ini iaitu guru hanya menyediakan RPH
dengan cara menulis dalam Buku Rekod Mengajar
kemudian menyediakan lembaran sama ada menaip
atau menulis RPH itu dan dimasukkan ke dalam fail
Rekod Mengajar dan kini perubahan dilaksanakan
dengan cara menyediakan e-RPH

Menurut cikgu C lagi, pihak sekolah telah


melaksanakan e-RPH secara rasmi pada bulan Mac
2017 sehingga kini. Sebelum dilaksanakan program ini
pihak sekolah telah meminta guru untuk
membangunkan satu sistem perisian komputer untuk
dijadikan tapak kepada e-RPH. Selepas itu barulah
pihak sekolah mengadakan Latihan Dalam
Perkhidmatan secara berfokus kepada pihak
pentadbir dan guru-guru untuk memberi pendedahan
dan kemahiran kepada mereka tentang e-RPH.

PAGE 21
CIKGU C:
PELAKSANAAN E-RANCANGAN PENGAJARAN
HARIAN

Setelah program ini dilaksanakan didapati timbul


beberapa isu dalam pelaksanaan e-RPH tersebut.
Antaranya ialah kegagalan guru untuk menghantar
RPH melalui e-RPH dan juga terdapat guru yang kurang
mesra dengan sistem komputer terumatanya guru
yang berkhidmat lama.

Beberapa strategi telah dilaksanakan oleh pemimpin


sekolah untuk mendedahkan guru-guru dengan sistem
e-RPH ini. Kesannya, dapat dilihat oleh cikgu C bahawa
guru-buru di sekolah beliau dapat menerima kaedah
penyediaan RPH melalui e-RPH. Hal ini demikian
kerana ia dapat memudahkan kerja guru, dapat
menjimatkan masa, guru tidak perlu bergerak ke
pejabat untuk menghantar RPH dan dapat
menjimatkan kos operasi mereka. Oleh itu, dengan
adanya pemimpin sekolah yang kreatif dan inovatif
dalam pengurusan maka isu ini dapat ditangani
dengan baik sekali.

PAGE 22
CIKGU C:
MENGGABUNG AMALAN PENGURUSAN LAMA
DAN BAHARU

Menurut Cikgu C, wabak penyakit COVID-19 yang melanda


negara telah menyebabkan wujudnya kecelaruan dalam
semua aktiviti kehidupan seharian. Cikgu C telah
menyatakan bahawa sesi pengajaran dan pembelajaran
yang lazimnya dilaksanakan secara bersemuka di sekolah
tidak dapat dijalankan menyebabkan warga pendidik perlu
berubah ke arah pengaplikasian teknologi sebagai
pendekatan terkini. Sesi perbincangan dan perjumpaan
untuk tujuan pengurusan dan pentadbiran juga dilakukan
secara dalam talian. Hal ini telah menyebabkan pemimpin di
sekolah beliau telah menggabung amalan lama atau sedia
ada dengan amalan baharu yang lebih relevan bagi
memastikan peranan mereka masih dilaksanakan semasa
dan selepas waktu krisis ini.

Walaubagaimanapun, menurut cikgu C lagi, usaha yang


dijalankan oleh pemimpin dalam mengurus perubahan
dalam organisasi ini telah berdepan dengan pertembungan
kepimpinan dua generasi iaitu golongan senior dengan
golongan muda yang mewujudkan percanggahan idea dan
pendapat. Sebagai contoh, apabila ingin menjalankan
pengajaran secara atas talian, guru muda akan lebih cepat
untuk menguasai berbanding dengan guru senior.

PAGE 23
CIKGU C:
MENGGABUNG AMALAN PENGURUSAN LAMA
DAN BAHARU

Disebabkan berlakunya krisis ini, maka pemimpin


membuat keputusan dan bertindak secara drastik
dan kreatif dengan memastikan setiap arahan kerja,
idea, dan tindakan itu benar-benar dapat memenuhi
tuntutan kerja. Untuk mengelakan pertembungan
dua generasi berbeza tersebut, maka pemimpin
sekolah telah menggabungkan amalan pengurusan
yang lama dengan baharu.

Sebagai contoh, kursus akan diberikan kepada


guru senior terlebih dahulu sebagai pendedahan
berkaitan dengan amalan pengajaran dalam talian
manakala guru muda pula diberi peluang untuk
melaksanakan pengajaran dalam talian tanpa
diwajibkan untuk menghadiri kursus. Tindakan yang
dilakukan dilhatkan dapat merapatkan jurang
antara guru.

PAGE 24
NAMA : CIKGU D UMUR : 32 TAHUN ASAL : ALOR SETAR

JAWATAN : GURU KAUNSELING TEMPOH BERKHIDMAT : 6 TAHUN

JANTINA : PEREMPUAN

LATAR BELAKANG :
Cikgu D, seorang guru perempuan yang berbangsa
Melayu dan mengajar di sekolah rendah sekitar Daerah
Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Mudah mesra dan
suka bercerita membuatkan tiada rasa kekok sepanjang
proses temubual dijalankan. Dengan raut wajah yang
manis dan berbaju kurung batik berwarna ungu beliau
sangat bersemangat untuk berkongsi pengalamannya
mengenai perubahan unik yang dijalankan di
sekolahnya.

Beliau juga telah meminta untuk profilnya dirahsiakan


dari tatapan umum. Beliau merupakan graduan lepasan
sebuah Universiti Awam di Perak dan sekolah ini
merupakan sekolah pertama beliau setelah mendapat
penempatan guru.

Change
before
you have
to!
JACK WELCH

PAGE 25
CIKGU D:
PENGURUSAN ETIKA DAN INTEGRITI GURU

Sebagai seorang guru, etika dan integriti guru sangat


penting. Menurut Cikgu D, sebagai seorang guru kita
perlu mengikut polisi yang telah ditetapkan oleh
pentadbir sekolah. Salah satu strategi menarik yang
telah digunakan oleh pentadbir sekolah ini adalah
dengan menekankan aspek pemupukan etika dan
integriti guru terutamanya dalam aspek pemakaian
guru.

Menurut Cikgu D juga, sebelum ini memang dapat


dilihat bahawa ada segelintir cikgu dan rakan
setugasnya yang masih tidak mematuhi peraturan
dalam aspek pemakaian terutama sekali jelas dapat
dilihat dalam perhimpunan mingguan di mana guru
lelaki ada yang tidak memakai tali leher dan blazer.
Guru perempuan juga turut tidak terlepas dalam isu
etika pemakaian ini.

Menurut beliau lagi, guru perempuan juga kadangkala


sering terikut-ikut dengan "trend" fesyen zaman
sekarang yang kurang sesuai dipakai ketika ke sekolah.
Saya sangat tertarik apabila beliau berkata " Dah tua-
tua masih nak pakai baju ikut "trend"... Sendat, ketat
macam boleh balut sebagai sarung nangka... Malu
murid-murid tengok...."

PAGE 26
CIKGU D:
PENGURUSAN ETIKA DAN INTEGRITI GURU

Dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak, saya bertanya


kepada Cikgu D bagaimanakah pendekatan yang digunakan oleh
pihak pentadbir dalam membendung isu ini. Menurut Cikgu D,
langkah pertama yang dilakukan oleh barisan pentadbir adalah
dengan memberi teguran secara umum kepada semua guru.
Kemudian, seminggu selepas itu, mereka akan memberi teguran
secara peribadi kepada guru yang masih ingkar.
Langkah seterusnya, guru yang masih ingkar akan dipanggil dan
diminta untuk menulis surat tunjuk sebab mengapa gagal untuk
mematuhi polisi etika pemakaian dengan betul.

Selain itu juga,usaha barisan pentadbir yang sering


mengingatkan para guru menggunakan medium whatsapp dan
telegram serta sering meletakkan garis panduan mengenai etika
pemakaian ketika sesuatu majlis diadakan di sekolah untuk
mendisiplinkan guru telah membuahkan hasil meskipun
mengambil masa hampir 2 bulan. Disebabkan rasa terbeban
dengan perlu mengemukakan surat tunjuk sebab dan
sebagainya, lama-kelamaan para guru di sekolah rendah
tersebut mula menunjukkan perubahan positif dan mula
mematuhi pemakaian yang telah ditetapkan.

Seperti yang telah dilihat sendiri oleh saya, sememangnya


guru-guru sekolah ini telah memakai pakaian dengan sangat
kemas di mana guru-guru lelaki segak bergaya berbaju kemeja
bersama tali leher manakala guru-guru wanita ada yang berbaju
kurung biasa dan moden tetapi masih sangat menutup aurat
dan manis mata memandang.

PAGE 27
CIKGU D:
TRANSFORMASI SEKOLAH DALAM MEMUPUK ADAB MEMBERI
SALAM DALAM KALANGAN MURID KEPADA KAKITANGAN
SEKOLAH DAN PELAWAT SEKOLAH

Menurut Cikgu D, strategi unik yang seterusnya dibuat di sekolah


mereka adalah dengan memupuk adab memberi salam dalam kalangan
murid kepada guru-guru, kakitangan sekolah dan pelawat-pelawat yang
hadir ke sekolah. Hal ini demikian kerana Guru Besar berasa murid-
murid kurang peka dan tidak memberi salam ketika pelawat datang ke
sekolah. Malahan ketika berselisih dengan guru-guru pun mereka hanya
memandang sahaja. Cikgu D telah menceritakan mengenai pendekatan
yang digunakan oleh pentadbir sekolah iaitu pada setiap pagi, Guru
Besar sendiri akan membuat pengumuman sebagai ingatan kepada
murid-murid supaya sentiasa memberi salam kepada sesiapa pun yang
telah mereka berjumpa .

Selain itu, para guru juga perlu mempraktikkan dan menjadi "role-
model" di mana setiap kali berjumpa rakan guru atau murid-murid,
senyum dan memberi salam dengan mesra. Hal ini akan menjadi ikutan
murid-murid apabila mereka melihat kemesraan yang terjalin. Secara
tidak langsung juga, ianya juga telah memupuk semangat guru
penyanyang dan cakna akan murid.

Pada permulaan, ianya agak sukar untuk dilakukan kerana guru-guru


masing-masing agak terkejar untuk terus ke kelas dengan cepat namun
apabila pihak pentadbir sendiri turun padang dan mempraktikkan
dengan semua kakitangan sekolah, ianya sudah menjadi kelaziman bagi
semua kakitangan sekolah. Hatta pada waktu pagi ketika baru keluar
dari kereta pun, tukang sapu dan pengawal keselamatan sekolah sudah
memberi salam. Suasana sebegini sangat menyeronokkan kerana kita
akan berasa seolah-olah berada di dalam satu komuniti yang
hubungannya sangat erat.

PAGE 28
NAMA : CIKGU E UMUR : 34 TAHUN ASAL : PERLIS

SUBJEK DIAJAR : PENDIDIKAN KHAS PENGALAMAN MENGAJAR : 8 TAHUN

JANTINA : PEREMPUAN

CERITA 5
LATAR BELAKANG :
Cikgu E, merupakan seorang guru di sebuah sekolah
menengah luar bandar yang terletak di Seberang Perai
Utara, Pulau Pinang. Beliau merupakan guru perempuan
berbangsa Melayu. Beliau merupakan seorang guru yang
sangat peramah dan gemar bercakap. Beliau juga
membahasakan diri beliau sebagai Kak Fida (bukan
nama sebenar).

Senyuman dan ketawa besar tidak lokek dengan


beliau sepanjang beliau menceritakan pengalaman
beliau mengenai strategi unik yang telah digunakan oleh
pentadbir sepanjang 8 tahun berkhidmat di sekolah
menengah tersebut. Cikgu E merupakan graduan
daripada sebuah Universiti Awam di Pulau Pinang dan
ini merupakan sekolah pertama beliau setelah diberi
penempatan.

Teachers affect
eternity; no one
can tell where
their influence
stops!
HENRY BROOKS ADAMS

PAGE 29
CIKGU E:
PROGRAM READ IAITU PROGRAM MAHIR
BACA BAHASA INGGERIS

Perubahan menarik yang dijalankan di sekolah Cikgu E


adalah program READ iaitu program mahir baca Bahasa
Inggeris. Program ini ditubuhkan bagi memupuk minat pelajar
terhadap penguasaan Bahasa Inggeris. Program ini telah
dijalankan secara kolaborasi antara Panitia Bahasa Inggeris
serta semua guru termasuklah guru-guru dari Program
Pendidikan khas Integrasi (PPKI). Program READ ini telah
dijalankan pada setiap pagi waktu hari persekolahan sebelum
perhimpunan dijalankan.

Semua pelajar diwajibkan untuk membeli buku READ ini


yang berharga RM5.00 dan wajib membawanya pada setiap hari.
Pada permulaan program READ ini dijalankan, ianya agak sukar
kerana tidak semua pelajar dan ibubapa yang boleh memberi
kerjasama dengan baik. Namun, pendekatan tegas yang
digunakan oleh PH HEM sendiri di mana , mana-mana kelas
yang tidak membeli buku READ ini akan diminta untuk tunggu.
Disebabkan sikap tegas PK HEM, pelajar berasa gerun dan takut
akan beliau. Jadi proses pembelian buku READ juga menjadi
lebih cepat.

Bagi pelajar yang tidak membawa buku READ ini pula,


mereka perlu berdiri dan pengawas akan mengambil nama
mereka dan dikenakan markah dimerit. Apabila markah dimerit
semakin banyak, mereka akan dipanggil oleh PK HEM dan
mereka perlu melakukan aktiviti-aktiviti kerohnian untuk
mengumpul mata merit semula. Guru-guru turut diwajibkan
untuk membeli buku READ.

PAGE 30
CIKGU E:
PROGRAM READ IAITU PROGRAM MAHIR
BACA BAHASA INGGERIS
Program READ ini akan dipimpin oleh pelajar-pelajar pada
setiap pagi. Panitia Bahasa Inggeris akan memantau dan
menyusun nama pelajar yang akan mengetuai Program READ.
Pelajar-pelajar lain akan ikut membaca dan menyebut satu
persatu perkataan dalam Bahasa Inggeris tersebut. Ynag sangat
menarik perhatian, ianya bukan sekadar cerita malahan ada
juga berbentuk lagu dan sajak. Pada ketika ini, bakat pelajar
juga dapat dicungkil.

Menurut Cikgu E juga, pelajar-pelajar PPKI juga akan terlibat


secara lansung. Amat menghiburkan hati apabila mereka
sedaya upaya akan cuba menyebut juga perkataan -perkataan
dalam Bahasa Inggeris tersebut. Bak kata Kak Fida sambil
ketawa, " sengau pon sengau lah.... Asalkan depa berusaha.
Tersemboq-semboq ayaq liuq nak cakap orang putih..."

Keberkesanan Program READ ini dapat dilihat apabila


markah pencapaian pelajar semakin meningkat dalam Bahsa
Inggeris. Hal ini demikian kerana, di samping mereka membaca,
maksud juga akan diterangkan dan pada akhir program READ
setiap pagi, guru-guru Bahasa Inggeris akan membuat
keimpulan. Jadi, pengetahuan dan kosa kata pelajar akan
semakin bertambah. Menurut Cikgu E, kekangan yang dialami
adalah dalam menarik minat pelajar kelas belakang untuk cuba
tampil di hadapan tapak perhimpunan dan mengetuai program
READ ini dan program READ ini juga memakan masa yang agak
lama untuk memupuk minat pelajar terhadap bahan bacaan
Bahasa Inggeris.

PAGE 31
CIKGU E:
PROGRAM JOM SOLAT

Menurut Cikgu E, satu strategi yang dianggap unik


oleh beliau adalah apabila pihak pentadbir telah
mewujudkan program Jom Solat di mana pada setiap
hari persekolahan, semua pelajar dan guru
diwajibkan solat Zohor secara berjemaah di surau
sekolah. Bagi pelajar dan guru yang uzur, mereka
akan terus kekal berada di dalam kelas dan
membuat program bacaan nilam. Setiap guru akan
diberi jadual tugasan untuk memantau pergerakan
dan kehadiran pelajar. Kehadiran pelajar akan
diambil sebanyak dua kali iaitu sebelum solat Zohor
dan selepas solat Zohor. Sistem dimerit dan merit
akan digunakan bagi pelajar yang cuba ingkar.

Pelajar juga akan dipanggil semasa perhimpunan


keesokkan harinya untuk tunjuk sebab kenapa
ponteng jom solat Zohor di sekolah. Dengan
berpegang pada prinsip pengetua sekolah Cikgu E
iaitu “kita mesti seimbang dunia dan akhirat” serta
“the power of duas” beliau yakin dan percaya ini
merupakan salah satu usaha meminta pertolongan
dari Allah iaitu sebaik-baik penolong dalam
meningkatkan pencapaian akademik pelajar-pelajar
sekolah Cikgu E ini.

PAGE 32
CIKGU E:
PROGRAM JOM SOLAT

Setiap apa yang dilakukan pasti akan ada kesukaran.


Menurut Cikgu E, antara kesukaran yang telah berlaku
sepanjang perubahan ini adalah guru-guru agak terkejar
dengan masa kerana ada yang perlu mengambil anak-anak
dan perlu bergegas datang semula ke sekolah untuk
program jom solat sekiranya mereka bertugas pada hari
tersebut.

Keadaan akan menjadi sedikit kelam kabut apabila tiba


hari yang ada kokurikulum. Mereka juga agak kepenatan
kerana seharian berada di sekolah sampai ke lewat petang.
Selalunya ini terjadi kepada guru-guru yang mengajar kelas
SPM.

Kesukaran yang dapat dilihat dalam program jom solat


adalah apabila untuk menggalakkan pelajar terutamanya
pelajar kelas belakang untuk kekal di sekolah dahulu
selepas waktu persekolahan tamat dan solat Zohor di
sekolah. Guru-guru juga berasa agak terbeban kerana
kehadiran perlu diambil sebanyak dua kali kerana tidak
semua guru boleh berdisiplin dalam memberikan
kerjasama dengan baik juga. Namun begitu, lama
kelamaan program ini sudah menjadi rutin wajib di sekolah
mereka. Bak kata Kak Fida " tak kenal maka tak cinta...."

PAGE 33
CERITA 6
CIKGU F

UMUR: 39 TAHUN ASAL: KEDAH

JANTINA: PEREMPUAN

SUBJEK DIAJAR: PENGAJIAN AM PENGALAMAN


MENGAJAR: 13 TAHUN

LATAR BELAKANG :

Cikgu F, merupakan seorang cikgu Pengajian Am


di sebuah sekolah menengah yang terletak di
Seberang Perai Utara. Beliau telah mempunyai
pengalaman mengajar selama 13 tahun. Ibu kepada
dua orang anak ini telah meminta profilnya
dirahsiakan untuk memudahkan beliau berkongsi
tentang perubahan yang dilaksanakan di sekolah
beliau.

Beliau juga merupakan seorang yang sangat


peramah dan berkongsi gambar aktiviti yang telah
dijalankan di sekolah beliau.

PAGE 34
CIKGU F:
PENDEKATAN "5 WIVES 1 HUSBAND" BAGI
PELAJAR GALUS

Menurut Cikgu F, pendekatan yang dianggap unik dalam


pentadbiran sekolah beliau adalah di mana pengetua sekolah ini
sendiri telah menubuhkan pendekatan "5 Wives 1 Husband" bagi
pelajar-pelajar yang GALUS terutamanya pelajar Tingkatan 3, 5
dan 6.

Sebagai permulaan pendekatan ini, Cikgu F menceritakan


bahawa pengetua sekolah sendiri telah mengambil alih dengan
memberi taklimat dalam perjumpaan bersama-sama dengan
pelajar-pelajar GALUS. Beliau telah membimbing langkah demi
langkah strategi ini sehinggalah pelajar mahir dan boleh
mengaplikasikan strategik ini di dalam proses PdPc.

Menurut Cikgu F lagi, pengetua juga membimbing semua guru


dalam menggunakan pendekatan "5 Wives 1 Husband" ketika
ingin mengajar pelajar di dalam kelas. Tindakan pengetua ini
sangat menepati Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 di
mana pengetua bertindak sebagai mentor dalam Gelombang Ke-
3. Para guru perlu mempraktiskan pendekataan ini dalam
opengajaran di kelas dan berada di bawah pemantau pengetua
sendiri di mana mereka perlu menghantar pelaopran semasa
akademik pelajar.

PAGE 35
CIKGU F:
PENDEKATAN "5 WIVES 1 HUSBAND" BAGI
PELAJAR GALUS

Menurut Cikgu F, pendekatan ini membuahkan


hasil di mana pencapaian akademik pelajar
semakin meningkat dan peratus lulus sekolah juga
meningkat mengikut subjek. Usaha-usaha guru-
guru ini patut diberikan kredit kerana mereka
sangat komited menjalankan tugas serta
mengadakan kelas-kelas tambahan untuk pelajar
GALUS sebelum peperiksaan tiba.

Kekangan yang dihadapi adalah guru-guru perlu


menyediakan pelaporan semasa akademik pelajar
kepada pengetua untuk perbincangan mengenai
penambahbaikan dan juga tindakan lanjut.
Keberkesanan pendekatan ini adalah ianya
dikembangkan melalui kaedah "mind map" di
mana minda pelajar akan lebih terbuka dan
menjadi lebih kreatif. Ianya akan memudahkan
pelajar faham mengenai topik yang mereka telah
pelajari.

PAGE 36
CIKGU F:
PROGRAM MENTOR MENTEE

Menurut Cikgu F, pendekatan yang dianggap unik


dalam pentadbiran sekolah beliau adalah di mana telah
diwujudkan Program Mentor Mentee. Guru-guru
bertindak sebagai mentor yang sentiasa memantau
untuk membantu peningkatan akademik pelajar sebagai
mentee mereka. Dalam seminggu, beberapa perjumpaan
akan dilakukan dan pelajar akan diberi latihan
pengukuhan sebagai ulangkaji. Melalui latihan yang
diberikan, guru akan tahu tahap dan pencapaian pelajar
yang mana perlu dibaiki dan perlu dimantapkan. Kelas
tambahan juga diadakan pada minggu cuti sekolah.

Selain itu, Cikgu F juga telah memaklumkan bahawa


pengetua sekolah akan berkomunikasi dengan guru
yang mengajar kelas PMR, SPM dan STPM dan pelajar
PMR, SPM dan STPM secara lisan melalui perhimpunan
mingguan. Pengetua selalu memberi motivasi melalui
ucapan tahniah kepada pelajar dan ucapan terima kasih
dan penghargaan kepada pelajar dan juga guru-guru.
Pengetua menggunakan teguran secara halus iaitu
menggunakan analogi perjalanan yang masih jauh bagi
membandingkan pencapaian pelajar sekarang dengan
sasaran yang hendak dicapai.

PAGE 37
CIKGU F:
PROGRAM MENTOR MENTEE

Menurut Cikgu F juga, sekiranya perbincangan ingin


diadakan, ianya sering dilakukan pada waktu tengah hari.
Hal ini demikian kerana dapat mengurangkan gangguan
terhadap aktiviti pengajaran dan pemudahcaraan. Dengan
cara ini, masa berkualiti pelajar terjaga dan seterusnya
dapat meningkatkan kecemerlangan pelajar.

Akhir kalam, menurut Cikgu F juga, Pengetua sekolah


juga sering mengadakan perjumpaan bersama ibu bapa
pelajar-pelajar PMR,SPM dan STPM. Hal ini demikian
kerana beliau amat mengharapkan kerjasama yang baik
dari pihak ibu bapa dalam membantu meningkatkan
pencapaian akademik pelajar.

Setiap kali perjumpaan, ibu bapa akan dimaklumkan


mengenai target yang telah dilakukan oleh mentor iaitu
guru terhadap mentee iaitu pelajar-pelajar PMR,SPM dan
STPM. Oleh hal yang demikian, ibu bapa akan cakna
terhadap tahap peningkatan akademik anak mereka.

PAGE 38
REFLEKSI TENTANG
PERUBAHAN YANG
DILAKSANKAN OLEH
PEMIMPIN
Sebarang perubahan dan perancangan yang
dilakukan oleh pemimpin perlulah bersifat mudah
ubah. Ini bermakna setiap peranan pemimpin
pendidikan perlu berubah mengikut keperluan
semasa.Pemimpin perlu mempersiapkan diri dalam
segala aspek apabila berhadapan dengan dunia
yang berubah-ubah agar dapat mengadaptasi apa
jua keadaan (Drucker, 2017). Apabila berhadapan
dengan risiko, seorang pemimpin boleh mengenal
pasti tindakan yang sesuai sama ada menerima,
mengelak, memindah atau mengurangkan risiko.
Tindakan pemimpin dalam mengurus risiko
memerlukan pemimpin melakukan perubahan
dalam pengurusan dan kepimpinan.

“The greatest danger in times of


turbulence is not the turbulence. It is to
act with yesterday’s logic.”
(DRUCKER, 2017)

PAGE 39
REHATKAN MINDA ANDA!
ARAHAN- SILA IMBAS KOD QR DI BAWAH!!

INFO
TAMBAHAN AKTIVITI CATATAN

PAGE 40
RUMUSAN

Rumusannya, tahap kesediaan dan kepekaan


pemimpin pendidikan terhadap perubahan
persekitaran dunia yang sentiasa berubah-
ubah perlu sentiasa tinggi dan dinamik dalam
menggalas tanggungjawab melaksanakan
tugasan seharian. Dugaan dan cabaran dunia
pendidikan datang silih berganti. Oleh itu,
pemimpin masa kini perlukan persediaan jitu
yang menjangkaui batas sempadan
pendidikan. Selain itu, pemimpin juga perlu
bersikap fleksibiliti terhadap keperluan
semasa dan pada masa akan datang agar
selaras dengan tuntutan dunia semasa.

PAGE 41
Rujukan

Al-Alawi, A. I., Abdulmohsen, M., Al-Malki, F. M., & Mehrotra, A. (2019).


Investigating the barriers to change management in public sector
educational institutions. International Journal of Educational
Management

Drucker, P. F. (2007). Management Challenges for the 21st Century.


Burlington, MA: Elsevier

Drucker, P (2017). Human Prosperity in a Changing World. Peter


Drucker challenge 2017. The future economic man. PDC 2017.

Guest, D. & Peccei, R. 1994. The Nature and Causes of Effective Human
Resource Management. British Journal of Industrial Relations 32 (2):
219-241.

Imam, S., Jamila, S. S., Ibrahim, M. S., Hamzah, M. I., & Mohd Ali, H.
(2013). Tret personaliti pengetua dan guru besar novis di Malaysia.
Dicapaidari:
http://irep.iium.edu.my/36475/1/TRET_PERSONALITI_SEMINAR_PAPE
R_6.pdf

Sonia, B. (2010). Middle Management In Schools. Kuala Lumpur: Institut


Terjemahan Negara Malaysia.

Sonia, B. (2010). Resource Management In Schools. Kuala Lumpur:


Institut Terjemahan Negara Malaysia.

PAGE 42
LAMPIRAN
Gambar-gambar perkongsian yang
telah diberikan oleh responden
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai