Anda di halaman 1dari 20

1.

0 Pendahuluan

Kebangkitan dan perubahan yang dipelopori Nabi Muhammad SAW dengan

bantuan Allah bertitik tolak daripada jauhnya manusia daripada Allah SWT dan fitrah

manusia itu sendiri. Zaman jahiliah dalam masyarakat Arab ketika itu menyaksikan

pelbagai kebejatan yang dilakukan oleh manusia yang jahil lagi bodoh seperti

mempercayai perkara-perkara karut, menyembah berhala, menanam bayi

perempuan hidup-hidup, berleluasanya penzinaan dan pelacuran, jurang yang besar

antara golongan kaya dan miskin, penindasan golongan lemah dan hamba,

ketaksuban kepada kabilah hingga menyebabkan peperangan walaupun hanya

kerana perkara yang remeh-temeh.

Datangnya Islam melalui perjuangan Rasulullah SAW, dan diteruskan oleh

pejuang-pejuang Islam telah merubah suasana jahiliah kepada kemakmuran di

mana setiap manusia tunduk dan patuh pada perintah Allah SWT. Islam menjadi

begitu dominan dan berpengaruh selepas itu sehinggalah perancangan oleh musuh-

musuh Islam seperti Yahudi dan Nasrani hingga menyebabkan umat Islam yang

ramai bilangannya menjadi lemah dan kemuncaknya jatuhnya empayar Islam

terakhir iaitu Empayar Tukri Uthmaniah yang rebah pada tahun 1924. Rentetan

daripada itu, Palestin dijajah Yahudi, umat Islam semakin berpecah belah dan jauh

daripada nilai-nilai al-Quran.

Gejala pembuangan bayi dan kelahiran anak luar nikah, penyalahgunaan

dadah, dan rasuah akan dikupas dengan lebih mendalam berserta cadangan-

cadangan mengatasinya berdasarkan Al-Quran dan hadis serta peranan guru

sebagai penggerak ‘islah’ dalam masyarakat yang berpenyakit.

1
2.0 ISU 1: Pembuangan Bayi dan Kelahiran Anak Luar Nikah

Tahukah kita bahawa di antara tahun 2005 – April 2010 terdapat 105 kes

pembuangan bayi yang direkodkan mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM)

di mana Selangor mencatat angka yang tertinggi iaitu 105 kes dan diikuti oleh Johor

sebanyak 83 kes. (Utusan Malaysia 7/4/2010). Manakala kelahiran luar nikah yang

direkodkan dari tahun 2000 hingga Julai 2008, menunjukkan bilangan bayi yang

tidak dicatatkan nama bapa dalam sijil kelahiran adalah seramai 257,000 hasil

statistik Jabatan Pendaftaran Negara.

Secara purata, setiap 17 minit, 17 saat akan lahir seorang anak luar nikah

hasil daripada hubungan tanpa ikatan sah melibatkan pelbagai kaum di Malaysia.

Angka di atas adalah kes-kes yang dilaporkan dan diketahui. Mungkin angka itu jauh

lebih besar daripada yang kita sangka.

Statistik ini amat mengejutkan kerana ianya sebagai petunjuk masalah

hubungan seks rambang sangat berleluasa dan tidak terkawal khususnya di

kalangan remaja. Betapa kejam dan tidak berhati perut manusia yang berbuat

demikian. Sudahlah melakukan dosa besar dengan berzina kemudian membunuh

pula anak hasil hubungan haram berkenaan.

2
Kes itu dipercayai antara ribuan kes pembuangan bayi hasil hubungan luar

nikah yang dilakukan pasangan muda-mudi terlanjur dalam perhubungan mereka.

Al-Quran dan sunnah acap kali memperingatkan bahawa Allah melarang perbuatan

yang pernah dilakukan oleh kafir Quraisy Mekah sebagaimana dalam firmanNya:

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan;

Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya

perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang sangat besar” [al-Israa'

17: 31]

2.1 Punca-punca Pembuangan Bayi dan Kelahiran Anak Luar Nikah

Pada masa zaman Arab jahiliyah, bayi perempuan ditanam hidup-hidup oleh

si bapa kerana menganggap ianya boleh mendatangkan sial kepada keluarga,

manakala anak hasil perhubungan zina akan diberikan kepada lelaki

bertanggungjawab melalui undian. Apa yang berlaku pada zaman kini bukan

merupakan kepercayaan khurafat tetapi ianya berpunca akibat hubungan luar nikah

atau penzinaan yang dilakukan oleh pasangan muda-mudi seawal di bangku

persekolahan. Secara logiknya, keluarga yang miskin tidak akan sewenang-

wenangnya membuang anak mereka kerana takut kepada kemiskinan. Sudah jelas

hikmah larangan Allah SWT dalam firmanNya:

“Dan janganlah kamu menghampiri ZINA, Sesungguhnya ZINA itu adalah satu

perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (membawa kerosakan)” [al-Israa' 17:

32]

Zina! Itulah punca utama kepada kelahiran anak luar nikah dan sebahagian

daripadanya menjadi mangsa dibuang dalam keadaan yang menyayat hati.

3
Sebenarnya perkara-perkara yang mendekati zina terlalu banyak dilakukan

oleh para pemuda pemudi dan sering tidak diambil berat oleh ibu bapa dan

masyarakat. Berikut adalah contoh-contoh perkara-kara yang mendekati zina:

a. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

b. Memakai pakaian yang tidak menutup aurat dan menjolok mata.

c. Menonton gambar-gambar dan video-video lucah.

d. Mudah mempercayai dan termakan pujuk rayu pasangan yang berlainan

jantina.

e. Bergaul dengan orang yang rosak akhlaknya.

f. Mengikut cara hidup barat yang bebas.

g. Media massa mempromosi gaya hidup kebaratan.

Peranan guru menerangkan cara pemakaian aurat yang bertepatan dengan syariat.

Jalan-jalan yang menghampiri zina sekiranya tidak ditutup dan ditangani

dengan segera akan menyebabkan keadaan ini akan berterusan dan tidak mustahil

Allah SWT akan menurunkan azabnya kepada semua.

4
2.2 Cadangan Langkah-langkah Penyelesaian

Kaedah-kaedah mencegah seks bebas ataupun perzinaan yang menjadi punca

utama masalah di atas:

2.2.1 Tidak berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan

mahram.

Ibu bapa dan guru wajar selalu mengingatkan anak-anak mereka agar

tidak sama sekali berdua-duaan antara lelaki dan perempuan bukan

mahram walaupun dengan niat untuk belajar bersama-sama.

2.2.2 Menutup aurat dan tidak berhiasan secara berlebihan bagi wanita.

Hikmah Allah mewajibkan menutup aurat seluruh badan kecuali muka

dan tapak tangan bagi kaum wanita supaya menutup rangsangan

syahwat lelaki.

5
2.2.3 Hindari membaca buku atau filem yang mempunyai unsur-unsur

porno.

Peranan kerajaan untuk menapis kandungan majalah hiburan dan

filem agar ianya tidak membangkitkan rasa syahwat. Begitu juga

akhbar, tidak perlu mensensasikan cerita-cerita berkaitan jenayah

sesksual.

2.2.4 Mencari teman yang soleh

Teman yang soleh akan sentiasa dapat mengingatkan kita sekiranya

kita melakukan perkara-perkara yang boleh menjuruskan kita kepada

kemaksiatan.

Teman yang soleh secara tidak langsung dapat menjaga peribadi kita.

6
2.2.5 Berkahwin dengan sah

Perkahwinan secara sah adalah penyelsaian sekiranya sudah

berkemampuan dari segi zahir dan batin. Masyarakat pula tidak

seharusnya membebankan pasangan-pasangan yang ingin berkahwin

dengan tututan-tuntutan adat yang menyusahkan dan membebankan

bahkan tidak selari dengan syariat.

Sebagai rumusan, suruhan dan tegahan Allah dalam al-Quran supaya

menjauhi zina kerana ianya membawa kepada jalan kejahatan (buang bayi dan

pembunuhan), ialah semata-mata untuk menjaga kehidupan manusia agar lebih

aman dan sentosa. Sebagai pendidik, seharusnya kita selalu menasihatkan murid

dengan wahyu-wahyu Allah dan bermujahadah mengurangkan maksiat ini daripada

berleluasa dengan apa cara sekalipun.

7
3.0 ISU 2: Gejala Penyalahgunaan Dadah

Isu penagihan dadah seperti ganja, heroin, morfin mahupun dadah sintetik

seperti syabu merupakan masalah yang kerap berlaku khususnya kepada remaja

dan belia lelaki Melayu yang beragama Islam. Kes-kes jenayah seperti curi, rompak,

pembunuhan dan sebagainya banyak berpunca daripada aktiviti penagihan dadah

dan jual beli dadah. Berikut adalah adalah statistik yang dikeluarkan oleh Agensi Anti

Dadah Kebangsaan (AADK) daripada tahun 2002 hingga 2006:

8
Dadah merupakan bahan yang banyak digunakan dalam perubatan moden

tetapi penyalahgunaan dadah boleh menyebabkan seseorang itu ketagih, khayal,

dan bertindak di luar daripada kewarasan akal. Dadah boleh dibahagikan kepada

tiga jenis utama, iaitu :

1. Depresan - termasuk heroin, morfin, candu, kodein dan barbiturat.

2. Stimulan - termasuk kokain, amfetamin, gam, pelarut organik seperti benzin

dan cat.

3. Halusinogen - termasuk ganja, habish, LSD, PCP,’Crack’ dan bahan yang

mengandungi psilosibin.

Larangan pengambilan dadah adalah jelas haram berdasarkan kepada dalil

yang diqiaskan kepada arak. Dalam al Qur’an banyak menyebut mengenai

pengharaman arak dan dalil pengharaman ini bersandarkan kepada keterangan nas-

nas (al-Qur’an dan al hadith) kerana ia termasuk dalam pengertian umum ‘benda-

benda yang memabukkan, yang menghilangkan akal dan kedua-duanya mempunyai

9
alasan hukum yang sama iaitu‘memabukkan’ atau kerana terdapat keburukan-

keburukan terhadap individu-individu dan masyarakat.

Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Setiap yang memabukkan adalah khamar

dan setiap khamar adalah haram”. (Riwayat Muslim)

3.1 Punca-punca Penagihan Dadah

3.1.1 Pengaruh rakan sebaya.

Ini merupakan punca yang paling ramai bagaimana seseorang mula

terjebak dengan penagihan dadah. Cuba kita merenung sejenak,

pernah kita dengar atau lihat seorang ayah mengajar anaknya menagih

dadah atau mengajar anaknya bercita-cita menjadi pengedar dadah?

Remaja lebih banyak dipengaruhi oleh rakan sebaya.

10
3.1.2 Perasaan ingin tahu.

Keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru dikenali merupakan

perkara lumrah bagi seseorang. Perasaan ini lebih menonjol dalam

usia remaja. Semuanya berpunca dari alasan, saja suka-suka nak

cuba nanti kalau tak berkenan boleh berhenti.

3.1.3 Keseronokkan.

Masa di usia remaja merupakan zaman yang sungguh manis dan

penuh dengan keseronokan. Pada usia ini kebanyakan aktiviti-aktiviti

yang paling digemari kebanyakannya ialah berbentuk keseronokan

yang sementara.

3.1.4 Tidak mengetahui bahaya dadah.

Tidak mengetahui atau tidak mempunyai sebarang maklumat tentang

bahaya dadah terutamanya dadah jenis baru yang berada di pasaran.

Kebanyakan selepas mengambil, menggunakan, memakan dan

sebagainya dadah ini barulah kita mencari kesannya dari segi

perundangan dan kesannya pada diri kita.

3.1.5 Mencari ketenteraman jiwa dengan cara yang salah

Jiwa yang tenang akan dapat mengimbangi keputusan tindakannya.

Sesetengah daripada penagih menganggap dengan pengambilan

dadah, masalah dapat dilupakan dengan seketika dan tidak sedar

bahaya yang bakal memakan diri mereka sendiri.

11
3.2 Cadangan Langkah-langkah Penyelesaian

3.2.1 Menyedarkan tentang risiko dan kesan buruk penagihan dadah.

Pelajar dan remaja khususnya daripada semasa ke semasa di

terangkan tentang bahaya penyalahgunaan dadah. Kaedah

menerapkan nilai dalam P&P di sekolah dan gambaran secara jelas

bahaya dadah patut ditekankan dalam semua subjek. Peranan guru, ibu

bapa dan tidak terkecuali media massa boleh mendidik rakyat dengan

holistik.

3.2.2 Meningkatkan jati diri dengan penerapan nilai kerohanian.

Telah diketahui umum bahawa fitrah manusia inginkan kebaikan dan

peranan pendidikan Islam secara syumul dapat membina benteng

pertahanan supaya remaja tidak mencuba sesuatu yang jelas dilarang

oleh Allah SWT. Oleh yang demikian, keyakinan yang mendalam

tentang perkara-perkara ghaib dan syariat Islam merupakan sesuatu

yang dapat menghalang penggunaan dadah yang setaraf dengan arak.

3.2.3 Mengisi masa terluang dengan perkara-perkara yang berfaedah

Remaja khususnya tidak suka dikongkong dan ingin mencuba sesuatu

yang baru. Dalam fasa ini, pengaruh rakan sangat dominasi. Oleh itu,

wajar bagi ibu bapa, guru dan masyarakat setempat menyediakan satu

aktiviti yang diminati remaja masakini di mana secara tidak langsung,

penerapan nilai-nilai Islam dapat dilakukan dengan bimbingan orang

dewasa.

12
3.2.4 Ibu bapa mesti prihatin dengan anak remaja.

Realiti hari ini, kebanyakkan ibu bapa sibuk bekerja mencari nafkah.

Kadangkala mereka tidak sedar perubahan tingkahlaku anak-anak

remaja khususnya dengan siapa mereka berkawan. Dengan

mengenalpasti siapa kawan rapat anak-anak, ibu bapa dapat mencegah

dengan lebih awal sekiranya anak-anak berkawan dengan orang yang

rosak akhlaknya. Hampiri anak remaja seperti seorang kawan dan

jadikan diri tempat mereka meluahkan masalah.

Secara umumnya, bagi seseorang muslim yang beriman dengan Allah SWT

dan kitabNya iaitu al-Quran pasti akan mematuhi apa yang telah diwahyukan kepada

kita melalui firmanNya:

“Jangan kamu campakkan diri kamu kepada kebinasaan”. (Al Baqarah: 195)

13
4.0 ISU 3: Rasuah barah dalam masyarakat.

Rasuah adalah harta yang diperolehi kerana terselesainya suatu kepentingan

manusia (baik untuk memperolehi keuntungan mahupun untuk menghindari

kemudharatan) yang sepatutnya wajib diselesaikan tanpa imbalan. Di dalam

sesetengah keadaan, rasuah ini hampir sama dengan upah sehingga ada orang

yang cuba menyatakan bahawa ‘ini bukan rasuah, tapi upah'.

Pengharaman rasuah adalah jelas berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis. Allah

Subhanahu wa Ta'ala berfirman,

Ertinya : " Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di

antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan)

harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta

benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." ( Al-

Baqarah : 188 )

Kajian yang dilakukan oleh Transparency International Malaysia yang

mengatakan bahawa golongan berpendapatan tinggi di Malaysia lebih cenderung

memberi rasuah kepada pihak berkuasa. Menurut kajian itu, golongan

berpendapatan bulanan RM5,000 ke atas didapati paling ramai memberi rasuah iaitu

52%, diikuti kumpulan berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM5,000 (40%),

RM1,501 - RM3,000 (31%) dan kurang RM1,500 (18%) (Berita Harian 6 Mac 07).

Menurut kajian Transparency International Global Corruption Barometer 2006,

mendapati kesan rasuah menurut sector di Malaysia seperti berikut :-

Sektor Tahap

14
( 1 = terbersih , 5 = paling kotor)
Parti Politik 3.5
Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan 3.0
Bisnes & Syarikat Swasta 3.3
Polis 3.8
Kehakiman 2.8
Media 2.4
Badan Cukai 2.5
Perubatan 2.1
Pendidikan 2.2
Ketenteraan 2.0
Perkhidmatan 2.2
Pendaftaran & Permit Perkhidmatan 3.1
NGO ( Badan bukan kerajaan) 2.2
Badan Keagamaan 1.7

Rujukan: http://www.transparency.org/policy_research/surveys_indices/gcb/2006

Suatu kajian yang dikeluarkan oleh Transparency International mendedahkan

bahawa terdapat perkaitan yang rapat di antara gejala rasuah dan kemiskinan, iaitu

gejala rasuah berlaku kerana didorongi oleh faktor kemiskinan [laporan Corruption

Perception Index 2006 (CPI 2006)].

4.1 Punca-punca pengambilan rasuah

4.1.1 Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa.

Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-

undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini

termasuk dalam teori “Technique of Neutralization” oleh Grisham Sykes

dan David Matza. Mereka mengatakan, “Lakukan rasuah secara rahsia

asalkan tiada siapa yang tahu”. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-

nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong

berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.

15
4.1.2 Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi.

Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada

pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada

penyelewengan khususnya rasuah.

4.1.3 Sosial dan budaya.

Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah

dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran

hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari

yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima

rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa

disedari.

4.1.4   Modenisasi.

Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan

pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek

pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang

juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan

untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya melalui jalan pintas.

4.1.5 Politik.

16
Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada

masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan

kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan,

menagih populariti dan sebagainya.

Pemimpin berperanan dalam mengekang gejala rasuah


dengan apa cara sekalipun.

4.2 Langkah-langkah Mencegah Rasuah

4.2.1 Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan Jatidiri

Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling

ampuh untuk membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu

bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin,peniaga, atau

jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman

dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa

tang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata.

17
4.2.2 Mendidik pelajar tentang bahaya rasuah.

Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar

dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik 

benci rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih

bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya

membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah.

4.2.3 Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Hukuman

Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi

agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika

tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu

para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba

melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.

4.2.4 Mengurangkan karenah birokrasi.

Seringkali ketidakcekapan sesuatu badan organisasi menjadi peluang

kepada pemberi rasuah untuk mempercepatkan sesuatu proses

melalui rundingan bawah meja. Sekiranya setiap urusan cekap dan

telus, maka ruang-ruang untuk rasuah dapat dikurangkan.

Penggunaan teknologi maklumat sebagai contoh dapat menjadikan

sesuatu urusan dilakukan secara automatik dan cepat.

18
5.0 Rumusan

Gejala-gejala sosial yang melanda masyarakat bukanlah sesuatu perkara

yang remeh untuk dibincangkan. Seringkala isu-isu ini diutarakan dalam dada-dada

akhbar dan dibincangkan di peringkat kerajaan, ahli akademik, agamawan dan

sebagainya. Tetapi satu persoalan yang perlu dijawab ialah bagaimana

keberkesanan tindakan-tindakan yang diambil itu berjaya menghapus atau setidak-

tidaknya mengurangkannya. Peningkatan angka-angka statistik dalam kes-kes

gejala sosial menunjukkan bahawa usaha yang dilakukan sekarang perlu dinilai

semula dari akar umbi hinggalah ke puncaknya.

Manusia selalu melupakan sejarah dimana kejayaan Rasulullah mengubah

zaman jahiliyah bermula daripada meruntuhkan kepercayaan atau idealisma-

idealisma jahiliyah dalam fikiran dan hati orang-orang Arab ketika itu. Metodologi,

strategi dan teknik Rasulullah melalui pimpinan wahyu Allah merupakan cara terbaik

menangani apa jua permasalahan umat. Peranan al-Quran sebagai as-syifa’

(penyembuh) perlu dijadikan rujukan utama.

Oleh yang demikian, tarbiyah atau pendidikan berpaksikan wahyu Allah

adalah ubat paling berkesan dalam menangani semua masalah sosial. Setiap jiwa-

jiwa manusia perlu diisi dengan sinaran keyakinan tentang perkara-perkara ghaib

seperti kewujudan Allah SWT dengan sifat-sifatNya, pembalasan syurga dan neraka,

masyhar dan kehidupan yang kekal abadi di alam akhirat. Iman bukanlah satu

angan-angan tetapi perlu diterjemahkan dalam seluruh aspek kehidupan kita.

19
6.0 Rujukan.

http://www.bharian.com.my/articles/Takpedulidorongjumlahanakluarnikahmeningkat/
Article/ (3.35 PM, 27/8/2010)

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Buangbayigejalajahiliahmoden/Article/in
dex_html (3.52 PM 27/8/2010)

http://saifulislam.com/?p=7913

http://www.adk.gov.my/modules/xt_conteudo/index.php?id=214

http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=459

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2005&dt=0201&pub=utusan_malaysia&sec=pendidikan&pg=pe_02.htm&arc=hive
&arc=hive (1.2.2005 Arkib Berita)

http://www.finfacts.com/irelandbusinessnews/publish/article_1011276.shtml

http://www.zaharuddin.net/content/view/622/95/

http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=2088

20

Anda mungkin juga menyukai