Anda di halaman 1dari 5

Mengira Hari dan Jumlah Hari Lahir (ILMU FALAK)

Dicatat oleh nukilan siswa on Jumaat, 2010 Mei 14 di 22:54


Siri 1 : Pengiraan Hari Menurut Kalendar Masehi

Latar belakang :
            Idea ini mula muncul selepas melihat pelajar dari jabatan Syariah sedang stady
group tentang pengiraan-pengiraan dalam ilmu falaq. Kerana minat juga dalam ilmu
Matematik dan pengiraan saya cuba mendekati dan melihat perbincangan itu. Ada
beberapa benda yang menarik minat saya untuk mengcuba. Walaupun Ilmu falak ini
bukan bidang usuluddin, namun tidak salah untuk kita mengetahuinya.

            Selepas beberapa hari, saya mula


meneliti dengan meminjam buku-buku yang berkaitan dangannya dan cuba belajar.
Agak rumit juga kerana memerlukan masa 5 – 6 jam untuk memahami hanya empat
fomular Ilmu Falaq daripada banyak-banyak Fomular. Antaranya Cara mengira hari
dalam bulan Masehi, mengira hari dalam bulan Hijrah, dan Mencari tarikh Masehi
dalam Hijrah dan Mencari Kalendar Hijrah dalam Bulan Masehi. Untuk dikongsi
bersama, siri pertama ini saya cuba kongsi satu formular dahulu bagi mengelakkan
terlalu panjang dan bercampur, iaitu menghitung Jumlah Hari mengikut Kalendar
Masehi. Fomular lain  akan bersambung pada siri-siri yang akan datang. InsyaAllah...

Pendahuluan.
            Ilmu Falak adalah ilmu pengetahuan yang mempelajari lintasan benda-benda
langit, seperti Matahari, Bulan, Bintang-bintang, dan benda-benda langit lainnya,
dengan tujuan untuk mengetahui posisis dari benda-benda langit itu sendiri serta
kedudukannya dari benda-benda langit lainnya, agar dapat diambil manfaatnya bagi
manusia, khsususnya umat islam dalam menentukan waktu untuk beribadah.

Secara umum Ilmu Falak mempelajari 4 hal, yaitu:


1. Penentuan Arah Qiblat dalam Sholat
2. Penentuan Waktu-waktu Sholat
3. Penentuan Awal bulan kalender Hijriyah dan Masehi
4. Penentuan terjadinya Gerhana Matahari dan Bulan.

            Disini penulis cuba berkongsi satu ilmu dari cabang ilmu falaq yang begitu
menarik untuk dikongsi bersama. Dalam nukilan kali ini, saya cuba menghuraikan
secara paling mudah untuk difahami bagaimana untuk kita menentukan hari pada
tarikh tertentu seperti tarikh lahir, tarikh bersejarah dan lain-lain.
            Memang tidak diakui sekarang sudah ada program secara automatik dapat
mengetahui hari pada tarikh-tarikh tertentu sehingga tidak perlu memeningkan kepala
dan mengambil masa yang panjang. Tetapi bagi penulis, selepas meneliti fomular-
fomular pengiraan secara manual mencari hari dan jumlah hari ini ada fakta-fakta yang
hampir kebanyakan orang tidak tahu. Secara ringkasnya cuba diterangkan di bawah ini.
            Cara Pengiraan Tahun Masehi
Sebelum memulakan pengiraan hari dalam tarikh tertentu perlu memahami dan
faham beberapa perkara :
1.      Siklus (daur)  Tahun
·         Setiap 4 tahun masehi disebut sebagai daur ( 1 daur = 4 Tahun)
·         1 daur (4tahun) bersamaan dengan 1461 hari.
·         Dalam 4 tahun mempunya 3 tahun pendek(Basitah) dan 1 tahun panjang atau tahun
mompat (Kabisah). Tahun pendek 365 hari, dan tahun panjang 366 hari.
2.      Umur Bulan.
Satu tahun Masehi  adalah 12 bulan. Tahun pendek 365 hari dan tahun panjang 366
hari. Adapun hari setiap bulan seperti jadual berikut
Januari 31 Februari 28/29
Mac 31 April 30
May 31 Jun 30
Julai 31 Ogos 31
September 30 Oktober 31
November 30 Desember 31
3.      Fakta Penting lain :
·         Setelah sistem Yustinian itu berjalan lebih XVI abad maka timbul keraguan, sebab
matahari sudah berada di titik Ares beberapa hari sebelum tanggal 21 Maret.
·         Paus Gregorius XIII atas saranan Klafius mengadakan pebetulan pada tarikh masehi
dengan memotong tanggal sebanyak 10 hari.
·         Tepat pada 4 Oktober 1582, titetapkan esok  bukan tanggal  5 Oktober 1582,
tetapi tanggal 15 Oktober 1582. (penundaan itu untuk menyamakan titik Ares
Matahari). Penolakan 10 hari itu akan digunakan di dalam pengiraan nanti.
·         Sejak itu satu tahun tidak lagi dihitung 365.25 hari. Akibatnya setiap 400 tahun
terdapat selisih 3 hari dalam 400 tahun dengan cara memendekkan tahun ke-4 yang
jatuh pada tahun yang tidak habis dibagi 400, yaitu tahun 1700, 1800, 1900, 2100,
2200 dan seterusnya. Sekarang baru menlebihi tiga kali iaitu 1700, 1800, dan 1900, jadi
kena tolak 3 hari. Penolakan 3 hari ini juga akan digunakan dalam pengiraan nanti.

CARA MENGHITUNG JUMLAH HARI DAN HARI


1.      Langkah pertama ialah memilih tarikh yang dikehendaki : Contohnya 30 jun 1987.
2.      Mengira sudah berapa hari tarikh itu telah berlalu bermula dari 1 januari tahun 1.
a.       30 – 06 – 1987
Mula mengira jumlah hari.
-           30 tahun + 5 Bulan + 30 hari.
     Tukar tahun kepada daul (1 daul = 4 tahun) rujuk nota diatas.
   Dikira 1986 bukan 1987 kerana 1987 itu masih tidak cukup setahun, begitu juga
belaku pada bulan.
-          1986 ÷ 4 = 496 daul (baki 2 dari bahagi 4 itu adalah tahun)

cara bahagi 496 = daul, manakal baki 2 menjadi tahun.


Cara 2 : 1986  ÷ 4 = 496.5 (0.5 x 4 = 2)

-      496 daul + 2 tahun + 5 bulan + 30 hari


Tukar semua menjadi hari (peringatan 1 daul = 4 tahun = 1461 hari)

-          (496daul  x 1461hari) + (2 tahun x 365hari) + (5 bulan = jan+feb+mac+aprl+may)  +


30 hari.
Jika 5bulan atau seterusnya, kira ikut bil hari bermula bulan 1 iaitu Januari (rujuk
nota diatas untuk mengetahui bil hari setiap bulan)

-          724656 + 730 + (5bulan = 31+28+31+30+31) + 30.


-          724656 + 750+151 + 30
-          725567.
Tolak  penundaan hari Gregrius XIII 10 hari dan Ditolak dengan tahun Abad = 3
hari.  (rujuk nota utama diatas)

-          725567 – 10 – 3 = 725554 hari.


Tarikh 30 jun 1987 ialah 725554 hari dari tarikh 01/01/01
Selepas itu dibahagikan dengan 7 ( 1minggu = 7 hari) dan dikalikan 7 kembali seperti
dibawah.

-          725554 ÷ 7 = 103650.571


-          Hanya ambil sebelum titik sahaja iaitu 103650 x 7 = 725550.
Seterusnya tolak jumlah sebelum dibahagi 7 dengan selepas dikali dengan 7.

-          725554 – 725550 = 4


-          Kira bermula dari hari sabtu kerana 1 haribulan 1 tahun 1 adalah hari sabtu.
-          Jawapannya 30/06/1987 adalah hari Selasa.

SUDAH BERAPA HARI KITA HIDUP?

Pada mulanya letak dahalu tarikh tarbaru (hari ini) untuk menentukan jumlah hari.
Contoh : 16 May 2010.

a.      16 – 05 – 2010

-           2009 tahun + 4 Bulan + 16 hari.


     Tukar tahun kepada daul (1 daul = 4 tahun) rujuk nota diatas.

-          2009 ÷ 4 = 502 daul (baki 1 dari bahagi 4 itu adalah tahun)
-     502 daul + 1 tahun + 4 bulan ( 31+28+31+30) + 16 hari
Tukar semua menjadi hari (peringatan 1 daul = 4 tahun = 1461 hari)

-          (502daul  x 1461hari) + (1 tahun x 365hari) + 4bulan(120)  + 16 hari.

-          733422 + 365 + 120+ 16.


-          733923.
Tolak  penundaan hari Gregrius XIII 10 hari dan Ditolak dengan tahun Abad = 3
hari.  (rujuk nota utama diatas)

-          733923 – 10 – 3 =733910  hari


Tarikh 16 May 2010 ialah 733910 hari dari tarikh 01/01/01 

Untuk semak betul atau salah, semak tarikh 16 May 2010 jatuh hari apa
Jumlah hari 733910 dibahagikan dengan 7 ( 1 minggu = 7 hari) dan dikalikan 7
kembali seperti dibawah. 
-          733910 ÷ 7 =  104844.286
-          Hanya ambil sebelum titik sahaja iaitu 104844 x 7 = 733908.
Seterusnya tolak jumlah sebelum dibahagi 7 dengan selepas dikali dengan 7.

-          733910 – 733908 = 2


-          Kira bermula dari hari sabtu kerana 1 haribulan 1 tahun 1 adalah hari sabtu.
-          Jawapannya 16/05/2010 adalah hari Ahad.

JUMLAH HARI HIDUP IALAH :

Tarikh Lahir : 30 Jun 1987


Tarikh Hari Ini : 16 May 2010

Jumlah Hari : 30 Jun 1987 = 725554


Jumlah Hari : 16 May 2010 = 733910

Jumlah dari 30 jun 1987 hingga 16 May 2010 : 8356 hari.

Peringatan :
berhati-hati ketika mengira, kesilapan kecil boleh mengeluarkan fakta
yang salah.
Jika salah pengiraan atau tidak keluar mengikut kelaendar, emel kan jalan kira ke
faez_kel87@yahoo.com
Rujukan :
 - 12 Ogos 1989 (Sabtu)
 - 27 Mac 2001 (Selasa)
 -  10 Okteber 2007 (Rabu)

SELAMAT MENCUBA....

(siri kedua : pengiraan Kelendar Hijrah )


(siri ketiga : Menukar dari Kelendar Hijrah ke Masihi dan sebaliknya)

Anda mungkin juga menyukai