Anda di halaman 1dari 4

ARKIB : 06/03/1998

Buasir punca dan rawatan


Keadaan ini berlaku kepada orang yang kerap mengalami keadaan sembelit atau
kesusahan membuang air besar. Buasir terjadi akibat daripada turunnya lapisan
permukaan dalam (mukosa) liang dubur akibat daripada geseran najis yang keras.
Darah yang keluar berwarna merah terang dan kadangkala memancut.

Pada amnya, seseorang yang mengalami pendarahan sebegini buat pertama kali akan
merasa takut dan gelabah. Pendarahan berterusan dan dalam jangka masa yang lama
(kronik) akan menyebabkan penghidapnya mengalami sindrom kekurangan darah
(anemia) dan berasa tidak bermaya dan mudah letih. Muka akan nampak pucat dan
tidak menarik.

Penyakit buasir mengambil masa yang lama untuk berkembang. Penyakit ini memang
kerap berlaku di kalangan orang awam, cuma tandanya berbeza bergantung kepada
peringkat mana ia terjadi.

Pada peringkat pertama pesakit akan mengalami pendarahan selepas buang air besar.
Pada peringkat kedua pesakit akan mendapati dubur akan keluar selepas episod susah
membuang air. Walau bagaimanapun dubur akan masuk dengan sendiri selepas ia
mengecut.

Di peringkat ketiga, dubur yang keluar selepas membuang air besar didapati tidak mahu
masuk ke dalam badan tanpa ditolak dengan jari. Di ketiga-tiga peringkat, pendarahan
adalah simptom utama.

Jika kesusahan membuang air ini dibiar berterusan tanpa rawatan, keadaan buasir
akan bertambah besar dan teruk sehingga menjadi bengkak, sakit, berkudis dan
mengalami perdarahan dalam buasir tersebut.

Rawatan buasir Oleh kerana keadaan 'sembelit' adalah punca utama berlakunya
penyakit ini, keadaan yang menyebabkan susahnya membuang air besar dan najis
keras perlu dijauhi dengan sedaya upaya.

Walaupun selepas menjalani rawatan dan pembedahan, amalan hidup memakan


sayuran, buah-buahan dan serat gentian secukupnya perlu diteruskan kerana dikhuatiri
penyakit yang serupa akan berulang.
Untuk penyakit peringkat pertama langkah-langkah yang disebut di atas sudah
memadai. Bagi peringkat kedua, buasir yang kembang itu perlu disuntik ubat atau diikat
supaya saiznya kecil dan hapus.

Penyakit di peringkat ketiga memerlukan pembedahan untuk membuang buasir dan


memotong salur darah yang menjadi punca masalah.

Di samping langkah-langkah di atas pesakit kadangkala disaran menggunakan ubat


suppositori untuk melembutkan najis. Walaupun begitu, 'rawatan' paling penting ialah
mengajar semula perilaku usus kita - educate your bowel.

Buang air besar berdarah - sakit Kadangkala proses membuang air besar menjadi
tidak selesa dan menyeramkan kerana adanya rasa sakit. Apatah lagi apabila kesakitan
itu disertai oleh pendarahan. Kesakitan yang dirasai boleh berlaku sebagai satu episod
sahaja atau boleh berlaku setiap kali anda membuang air besar.

Ada orang akan cuba melambatkan proses membuang air besar untuk menghindar
rasa sakit. Sebenarnya, langkah sebegini akan lebih memburukkan keadaan kerana
najis akan menjadi lebih keras dan mengakibatkan kecederaan di dubur yang lebih
teruk.

Buasir yang tidak dirawat akan merebak kepada peringkat keempat dan boleh
menyebabkan beberapa perkara boleh berlaku.

Buasir akan pecah selaputnya dan boleh mengalami jangkitan kuman. Pendarahan
dalam ketulan buasir boleh berlaku dan menyebabkan ia lebih besar. Saluran darah
dalam ketulan buasir boleh tersumbat dan menyebabkan tisu di ketulan buasir mati.

Keretakan di dubur boleh berlaku bila buasir tidak mendapat jagaan yang sepatutnya.

Jangkitan kuman boleh menyebabkan bisul berlaku di dubur dan ia boleh menyebabkan
kesakitan yang amat sangat. Bisul akan pecah dan kemungkinan akan meninggalkan
lubang fistula di dubur.

Keretakan di dubur boleh berlaku dan boleh menyebabkan kesakitan yang sangat kuat
apabila seseorang cuba membuang air besar.

Retak di dubur dikenali sebagai anal fissure dalam istilah perubatan. Keretakan yang
sedikit diketahui akan menyebabkan kesakitan yang memang tidak berpadanan dengan
kecederaan itu. Keretakan boleh berlaku di bahagian belakang atau hadapan dubur.
Kadangkala ia akan mengeluarkan darah apabila najis yang melalui dubur itu keras.
Retak di dubur boleh disebabkan oleh najis yang keras dan keadaan sembelit.

Retak di dubur boleh dilihat oleh pesakit dengan cara duduk bertinggung di atas cermin.

Penyakit radang usus seperti Crohn's Disease dan Ulcerative Colitis boleh
menyebabkan keretakan di bahagian dubur. Keretakan di dubur pada amnya lebih
kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Kekerapan itu lebih jelas pada
masa wanita yang mengandung.

Cara mengatasi Retak di dubur biasanya akan sembuh dalam masa dua atau tiga
minggu. Walaupun begitu, najis hendaklah sentiasa lembut dan jangan sekali-kali
dibiarkan menjadi keras.

Jangan sekali-kali menunda waktu buang air besar kerana ini akan lebih memburukkan
keadaan. Amalan memakan sayur yang mempunyai banyak serat gentian akan
menolong membentuk najis yang lembut dan mengandungi banyak air.

Amalan memakan buah adalah satu kaedah yang menguntungkan dalam keadaan
terutama untuk kesakitan retak di dubur dan buasir. Sayuran dan buahan yang dimakan
hendaklah dalam bentuk segar.

Jikalau amalan di atas tidak dapat menolong, menggunakan ubat julap dan meminum
minyak akan menyebabkan najis menjadi lembut. Bagi pesakit yang mempunyai retak
di dubur tetapi disebabkan oleh penyakit lain, penyakit utama perlu dirawat dahulu.

Amalan menyapu ubat pelali di permukaan retak boleh mengurangkan sakit dan
seterusnya memudahkan membuang najis. Jika rawatan konservatif tidak berkesan,
penyakit ini akan berlanjutan ke peringkat kronik dan kerap kali buasir kecil akan
muncul di muka retak tersebut dan dikenali sebagai buasir pengawal.

Rawatan anal fissure Rawatan pembedahan adalah dianjurkan untuk pesakit yang
menderita retak di dubur untuk jangka masa lama atau yang tidak dapat dirawat dengan
cara menggunakan ubatan sahaja.

Sebelum pembedahan dilakukan pesakit perlu mengasimilasikan cara pemakanan yang


baik dan sesuai untuk masalah retak di dubur supaya tidak berlaku ulangan penyakit
yang sama selepas menjalani pembedahan.

Rawatan pembedahan terbaik ialah dengan memotong otot yang mengawal permukaan
dubur pada sebelah tepi kiri atau kanan, dikenali sebagai lateral sphincterotomy.
Dengan memotong otot ini, kekemutan pada dubur akan berkurang dan memberi masa
yang cukup untuk keretakan itu melalui proses penyembuhan.

Oleh: DR. HASSAN MAT

Anda mungkin juga menyukai