Anda di halaman 1dari 4

Definisi

Buasir adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan
dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan
membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.
Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu banyak tekanan di bahagian rektum,
menyebabkan dinding vena darah teregang atau memberi dan membonjol.
Kadangkala ianya boleh pecah.

Ada dua jenis buasir : Dalaman dan Luaran

Buasir Dalaman: Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia
terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran
dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh
mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah.
Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu
atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan
perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti
ketumbuhan atau kanser kolorektum.
Buasir Luaran

Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti
sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan
terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat
sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan
perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum
teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau
ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan
tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.

PENYEBAB UTAMANYA

Sentiasa duduk
Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
Cirit-birit
Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
Batuk yang teruk
Bersalin
Mengangkat berat

PENCEGAHAN

Mengelak dari melakukan perkara-perkara di atas boleh mencegah anda


dari buasir. Amalkan petua-petua berikut:
Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda
perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam.
Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan
langsung dari rektum.
Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika
mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda. Dapatkan rawatan
awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir
selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.
Jadikan sebagai satu peraturan: Jangan membaca atau berehat-rehat di
dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5
minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari
buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda
sentiasa lembut.
Jika langkah-langkah ini gagal anda perlu bertindak segera. Sembelit
merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah
sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat
mengazabkan.
RAWATAN

Terlebih dahulu anda perlu mengenalpasti penyebabnya, kemudian


jauhkan diri anda darinya. Tiada gunanya anda merawat buasir tersebut
kemudiannya anda meneruskan semula amalan yang boleh mencetuskan
semula keadaan ini. Apabila anda telah bertekad untuk menghapuskan
faktor-faktor pencetus buasir, maka barulah anda boleh merawatnya.
Terdapat dua matlamat untuk merawat buasir. Pertamanya menghentikan
gejala atau simptom (sakit, pedih dan gatal). Keduanya ialah
mengecutkan buasir tersebut.
Mandian Sitz (rendamkan bahagian rektum ke dalam air suam) untuk
selama 15-20 minit, 3 hingga 4 kali sehari. Rawatan ini sangat mudah dan
berkesan untuk mencapai kedua-dua matlamat di atas.
Anda boleh membeli ubat krim buasir dan supositori untuk
menghilangkan gangguan dan kesakitan tetapi ianya tidak boleh
mengecutkan buasir.
Untuk mengecutkan buasir kepada saiz asalnya, pengubatan semasa
adalah berguna.
Cucikan seluruh bahagian rektum dengan air suam setiap kali anda
membuang air besar dan gunakan julap serat pukal (bulk fibre laxative)
untuk melembutkan najis. Ini boleh mengelak anda dari meneran semasa
membuang air besar.
Kebanyakan orang mengambil ubat tambahan serat pukal ini setiap hari
untuk mengelak dari buasir. Tetapi perlu diingat bahawa serat pukal ini
mengambil masa beberapa hari untuk memberi kesan. Jika anda sedang
menghidapi buasir dan membuang najis yang keras anda mungkin
memerlukan ubat atau julap yang dapat melembutkan segera najis anda
untuk mengelakkan anda dari meneran yang boleh memburukkan lagi
buasir anda.
Bagi buasir yang tidak dapat disembuhkan dengan rawatan konsevatif,
rawatan yang standard boleh dijalankan iaitu mengikat dengan lingkaran
getah (rubber band ligation). Satu atau dua lingkaran getah diikat di
sekeliling pangkal buasir. Ini akan menyekat peredaran darah ke buasir
tersebut. Dalam masa 7 hingga 10 hari buasir tersebut akan tertanggal
keluar. Ikatan lingkaran getah ini hanya digunakan untuk buasir dalaman
sahaja. Ia dilakukan tanpa menggunakan ubat bius dan tidak
menimbulkan kesakitan. Tetapi anda mungkin mengalami sedikit
ketidakselesaan untuk beberapa hari.
Koagulasi inframerah - sinaran inframerah dipancarkan selama satu atau
dua saat untuk menghentikan bekalan darah ke buasir. Anda mungkin
terasa bahang panas ketika prosedur ini dilakukan dan terdapat sedikit
pendarahan berlaku dalam beberapa hari selepas itu. Prosedur ini sama
juga seperti ikatan lingkaran getah, dilakukan hanya untuk buasir
dalaman. Tetapi ianya lebih cepat dan kurang menyebabkan jangkitan.
Elektrokoagulasi bipolar - Prosedur ini dikenali juga dengan nama Bicap,
adalah sama seperti prosedur koagulasi inframerah dan ia mempunyai
kebaikan dan keburukan yang sama.
Terapi laser- pancaran laser akan mengewapkan tisu buasir. Tetapi
prosedur ini didapati lebih mahal dan tidak menunjukkan sebarang
kelebiha nnya dari prosuder-prosedur lain. Ianya perlu dijalankan dengan
berhati-hati dari segi kedalaman dan lokasinya bagi mengelakkan
pendarahan dan kesakitan kepada pesakit.
Pembedahan biasanya dilakukan sebagai langkah terakhir apabila kedua-
dua jenis buasir tersebut menjadi semakin teruk dan rawatan-rawatan lain
tidak berjaya menyembuhkannya. Kaedah ini didapati berkesan tetapi
pesakit terpaksa tinggal di dalam hospital sehari dua dan mengambil
masa yang agak lama untuk sembuh berbanding dengan pendekatan-
pendekatan lain.

BILAKAH ANDA PERLU BERJUMPA DOKTOR?

Rawatan yang agresif seperti yang dinyatakan di atas sepatutnya boleh


menyembuhkan buasir dalam beberapa hari sahaja. Tetapi ia mungkin
mengambil masa 2 - 4 minggu untuk pulih sepenuhnya. Jika tidak, anda perlu
berjumpa doktor semula dan berbincang dengannya. Masalah-masalah
perubatan penyakit keradangan usus atau jangkitan usus boleh menyerupai
gejala-gejala buasir. Oleh itu, jika keadaan anda masih berterusan walaupun
telah mendapat rawatan asasnya, anda perlu berjumpa doktor.

PENGURUSAN SENDIRI

Banyak meminum air sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter sehari


Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi
serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur
setelah meminum segelas besar air.
Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan
(makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh
merangsangkan usus (kopi atau teh).
Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis,sakit
atau gangguan pada dubur), berjumpalah doktor.

Anda mungkin juga menyukai