Anda di halaman 1dari 3

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB PENGELUPASAN CAT LUARAN BANGUNAN

Memahami faktor penyebab pengelupasan cat luaran pada sesebuah bangunan dapat
menjamin tempoh masa yang lebih lama untuk di cat semula. Faktor utamanya adalah air.

Sekiranya wap air terkondensesi di bawah permukaan kemasan cat, ini akan menyebabkan cat
yang telah disapu akan terkopek dari permukaan dinding bangunan dan merekah.

Pada dasarnya, rekahan ini adalah sangat kecil, tetapi ini pasti akan mendedahkan permukaan
dalam dan luar dinding tersebut kepada lebih banyak unsur air. Proses ini akan berterusan
sehingga pengelupasan cat berlaku.

Selain itu, jikalau pengelupasan cat berlaku pada kawasan yang sama seperti bilik air,
berkemungkinan disebabkan oleh wap sejuk atau kelembapan yang terhasil menyerap keluar
ke bahagian dinding luaran bangunan. Langkah terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah
dengan memasang kipas ekzos serta mengawal kelembapan supaya sentiasa berada pada
takat yang rendah.

Antara faktor penyebab yang lain juga adalah penggunaan cat pada jenis kayu yang sepatutnya
digilap. Contoh kayu yang tidak perlu di cat adalah T1-11. Kayu jenis ini mempunyai rongga-
rongga yang memudahkan penyerapan air dan akan mengakibatkan rekahan berlaku pada
kadar waktu yang singkat. Akibatnya cat yang telah disapu pada kayu tersebut akan mengalami
pengelupasan.

AIR ADALAH BUKAN FAKTOR TUNGGAL PENGELUPASAN CAT LUARAN BANGUNAN

Sekiranya sesuatu kawasan tersebut mengalami kelembapan melampau, anda perlu mencari
punca sebenar dahulu sebelum kerja membaiki dijalankan.

Ketidaksesuaian antara lapisan-lapisan sapuan cat juga turut mengundang kepada


permasalahan ini. Penggunaan kemasan Latex atau Acrylic ke atas kemasan berasaskan
minyak atau Alkyd tidak boleh dilakukan tanpa penggunaan cat dasar yang bersesuaian dahulu.

Kemasan cat latex mempunyai sifat kemudah lenturan atau flexibility yang jauh lebih baik
berbanding cat berasaskan minyak. Cahaya panas matahari yang memancar ke permukaan
dinding bangunan akan menyebabkan permukaan dinding tersebut mengembang. Dengan sifat
kemudah lenturan yang ada pada cat latex dapat mengelakkan pengelupasan daripada berlaku.
Manakala permukaan dinding yang di cat dengan cat minyak pula akan mengalami rekahan
seterusnya pengelupasan turut terjadi.

Sehubungan itu, sekiranya kemasan cat latex disapu pada permukaan dinding yang telah
disapu berkali-kali dengan lapisan cat minyak, ini akan menyebabkan lapisan cat minyak
tersebut tertanggal secara semulajadi. Hal ini kerana cat minyak akan kehilangan sifat
melekatnya semasa proses ini dilakukan.
FAKTOR TAMBAHAN

 Penggunaan cat dinding dalaman banguinan pada permukaan luar bangunan

 Proses mengecat dilakukan dalam cuaca sejuk/beku

 Permukaan dinding yang dicemari/kotor

Pastikan keadaan sekeliling dan dinding bangunan yang hendak di cat sebelum memulakan
kerja. Jika perlu, umpil dahulu cat-cat yang telah mengelupas pada permukaan dinding yang
hendak di cat serta baiki segala kerosakan sebelum menyapu sebarang cat dasar atau cat.

FAKTOR PENYEBAB PENGELUPASAN CAT PADA DINDING DALAMAN DAN CARA


PENCEGAHAN

Factor kebiasaan pengelupasan cat dinding dalaman adalah air yang berada dibawah selaput
cat, penyediaan/pembersihan permukaan dinding yang tidak mencukupi/tidak cukup bersih, cat
yang digunakan telah lama serta ketidaksuaian/keserasian antara lapisan-lapisan cat. Dengan
mengetahui masalah serta punca masalah seterusnya membaikinya dahulu adalah lebih baik
dari mengecat dinding itu semula.

KESAN TERHADAP AIR YANG BERADA DI ATAS SELAPUT CAT

Air boleh menyebabkan dan mengakibatkan pelbagai masalah cat dinding dalaman. Bahan
yang mudah terlarut seperti dinding kepungan/partition akan menyerap air dan ini akan
mengakibatkan dinding tersebut mengalami perubahan rupa bentuk serta saiz. Perubahan ini
akan menyebabkan tarikan serta regangan terhadap selaput cat dinding tersebut. Tambahan
lagi, air turut memberi tekanan ke atas selaput cat itu.

Unsur air tersebut akan melonggarkan daya tarikan selaput cat ke atas dinding yang akhirnya
menyebabkan pengelupasan cat terjadi.

Kebanyakan kes pengelupasan cat dapat di atasi. Kawasan dinding yang kerap berlaku
pengelupasan adalah sekitar tingkap dan bilik air.

Tingkap

Kebiasaannya, tingkap kaca jendela akan berwap/berair ketika musim sejuk. Wap air pada kaca
tingkap tersebut akan mengalir dan perlahan-lahan menyerap masuk di antara kaca dan bingkai
seterusnya menyerap masuk ke dalam kayu. Pengelupasan tetap akan berlaku tidak kira
sebagus mana pun cat asas atau cat yang di sapu. Cara pencegahannya cukup mudah dengan
menyapu penampal lutsinar pada bingkai dengan kaca tingkap selepas cat disapu dan cuba
merendahkan kadar kelembapan sekitar dalam dan luar rumah.
Bilik dengan kadar kelembapan tinggi

Bilik air sememangya mengalami kadar kelembapan yang tinggi akibat dari aktiviti mandi dan
penggunaan am. Wap ir yang terhasil perlu di hapuskan sebelum ia berpeluang keluar
seterusnya memasuki ruang loteng atau ruang dibawah papan lantai.

Dengan pemasangan dan pemilihan saiz kipas ekzos yang sesuai dapat mencegah pelbagai
masalah cat dinding dalaman termasuk masalah lumut dan kelapukan.

Sekiranya terdapat lembapan di bawah selaput cat, rekahan dan kupasan akan terjadi.

Asas bangunan

Asas bangunan adalah antara punca dan sumber kelembapan. Kebanyakan tingkat bawah
tanah pada rumah lama mengalami masalah disebabkan oleh rekahan pada asas rumah
tersebut atau kekurangan penampal konkrit atau tar.

Faktor tambahan

Terdapat komponen yang lain di rumah juga yang boleh menyebabkan kerosakan akibat dari air
seperti kebocoran bumbung. Selain itu, paip saluran penghawa dingin akan mengkondensesi
air pada permukaan logam/besi sekiranya kadar kelembapan dalam rumah terlalu tinggi.

Anda mungkin juga menyukai