Anda di halaman 1dari 15

Cerpen

Lambaian Malar Hijau


SINOPSIS
 Cerpen ini mengisahkan tentang seorang anak orang asli yang
bernama Daneng.Dia merupakan seorang pelajar yang pintar
dalam bidang akademik tetapi dia tidak ingin meneruskan
pelajarannya ke tingkatan 4 walaupun dia mendapat keputusan
yang cemerlang dalam Peperiksaan Menengah Rendah
(PMR).Cikgu Jo yang merupakan guru Daneng sanggup
meredah hutan belantara untuk menemui Daneng hanya untuk
satu tujuan iaitu memujuk Daneng agar kembali
bersekolah.Akan tetapi,Daneng tetap dengan pendiriannya
untuk menjaga warisan nenek moyangnya.Akhirnya Cikgu
berjaya memujuk Daneng dengan memberi pelbagai alasan
yang kukuh yang tidak dapat lagi disangkal oleh
Daneng.Selepas 25 tahun kemudian,Daneng telah berjaya
mencapai cita-citanya dan mendapat gelaran Datuk.Dia juga
menerima Hadiah Nobel kerana usahanya menyelamatkan
hutan balantara dan turut diberikan kepercayaan oleh kerajaan
Brazil untuk memulihkan hutan di Lembangan Amazon tetapi
dia tidak pernah melupakan jasa yang telah Cikgu Jo curahkan
padanya.
TEMA
 Cerpen ini bertemakan tentang
perasaan cinta akan alam
sekitar.Daneng sanggup
meninggalkan alam persekolahannya
agar dia boleh memelihara hutan
belantara yang merupakan warisan
tinggalan nenek moyangnya.Dia
tidak rela melihat hutan tersebut
dimusnahkan oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab
PERSOALAN
 1. Kesedaran tentang kepentingan pendidikan
 Pengarang telah mengutarakan isu pendidikan
dalam kalangan remaja orang asli di negara
ini.Kebanyakan mereka belajar setakat PMR
kerana ketika menimba ilmu,mereka terpaksa
menempuh pelbagai halangan dan rintangan.
 Dalam cerpen ini, Daneng ditonjolkan sebagai
remaja yang bijak namun enggan meneruskan
persekolahannya.Daneng lebih bahagia dengan
alam yang penuh dengan ketenangan,keindahan
dan keasyikan yang telah menemaninya
membesar.
 Watak Cikgu Jo juga digambarkan sebagai
seorang yang tidak mudah putus asa untuk
menyedarkan
 2. Kekayaan flora dan fauna
 Cerpenini menonjolkan keindahan flora dan
fauna negara ini.Pengarang
menggambarkan hutan yang dihuni oleh
orang asli itu sangat indah,tenang dan
mengasyikkan dengan pelbagai jenis pokok
dan bunyi serangga dengan kicauan burung
yang mempersonakan.

 3. Sikap tamak manusia


 Secara tidak lansung pengarang telah
menyentuh persoalan ini.Kegiatan
pembalakan haram berlaku secara
berleluasa di hutan tempat tinggal orang
asli.Pembalak haram ini tidak peduli akan
kepupusan flora dan fauna kerana didorong
oleh sikap tamak haloba.
 4. Kehidupan orang asli
 Melalui cerpen ini,pengarang menyuluh
kehidupan lahiriah dan batiniah orang asli.
 Orang asli bergantung sepenuhnya dengan
hasil hutan.Mereka selesa dengan kehidupan
yang sederhana,tidak terburu-buru
mengejar masa,tidak sibuk,aman dan
tenang.Oleh sebab diulit kehidupan
sedemikian,mereka tidak mengambil kisak
tentang kepentingan ilmu.
 Golongan ini juga masih berpegang dengan
kepercayaan animisme dan berpegang kuat
dengan pelbagai pantang larang.Ini dapat
dilihat melalui watak Daneng yang berpesan
kepada gurunya agar mengikut pantang
larang tertentu ketika berada di hutan.
GAYA BAHASA
– Personifikasi~memindahkan sifat manusia
kepada benda-benda biasa atau yang bukan
hidup.
 Kabus pagi yang sejuk mengucup mesra
jiwa Daneng.
 Kemesraan suria perlahan-lahan mendakap
kehalusan kabus pagi
– Metafora~merupakan perbandingan yang tidak
jelas(tanpa bak,seperti, umpama ,ibarat)
 Manik-manik peluh
 Rantai keresahan
 .....diselubungi awan kerisauan
– Simile~perbandingan langsung terhadap
sesuatu keadaan
 Seperti seekor rerama yang terbang bebas
 Bagai seorang pemburu gagah.
– Perlambangan~menerangkan sesuatu dengan
mernggunakan benda-benda lain.
 Engkau bunga bangsa belantara ini
 Atau mengeji tingkah hitam segelintir
manusia.
– Peribahasa
 Terdapat penggunaan peribahasa yang telah
diterbalikkan iaitu bara digenggam perlu
menjadi arang.Sepatutnya genggam bara
api biar sampai jadi arang .
– Pengulangan~sama pengulangan ayat
ungkapan baris dan rangkap.
 Tidak!Tidak!Aku mesti melaksanakan
tugas!
 Milik kami bersama,milik kami bersama
LATAR
– Latar Masa
 Cerpen ini berlangsung dalam jangka masa satu hari
sahaja (dari pagi hingga ke petang).
 Pengarang menggunakan teknik imbas kembali untuk
mengimbas kembali peristiwa yang berlaku 25 tahun
yang lalu untuk menggerakkan cerita.
– Latar Tempat
 Perkampungan orang asli di Lembah Tualang yang
menjadi tempat tinggal Daneng
 Pada akhir cerita,Lembah Tualang dimajukan dan
telah ditukar namanya kepada Dataran Tualang.
– Latar Masyarakat
 Cerpen ini mengambil latar masyarakat orang Asli
yang ditonjolkan melalui watak Daneng.Masyarakan
orang Asli hidup sederhana di dalam pondok dan
mempercayai pelbagai kepercayaan dan pantang
larang.
WATAK DAN
PERWATAKAN
 DANENG
-Watak Dinamis (perubahan)
-Fizikal tubuh badan – tubuh berotot kental,sihat,gagah dan
tahan lasak.(ms : 91)
-Sifat Dalaman – Bijak berdebat ( ms : 93 )

1.Mempunyai minda yang bijak


-mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan
PMR
2.Mempunyai jiwa yang halus dan sensitif
- Bercerita tentang hutan ditebang hatinya menjadi sayu
3.Memiliki sifat rendah diri dan amat menghormati gurunya
- Dia tidak mahu Cikgu Jo memanggilnya Datuk
4.Mengambil Berat
- Apabila beliau sudah dewasa,beliau mengambil berat tentang perihal
hutan.
 Cikgu Jo
1.Mengambil berat dan bertanggungjawab terhadap pelajaran
2.Perihatin terhadap masa depan hutan
3.Tidak putus asa
4.Gembira apabila Daneng berjaya di dalam hidupnya.

 Ibu Bapa Daneng


1.Menghormati Cikgu Jo dan Pemurah

 Zamri,Inok,Siti dan Tuk Ketua


1.Watak sampingan bagi menguatkan jalan cerita ini
 Dany

-Anak Daneng
-Generasi muda yang bernasib baik
kerana masih berpeluang melihat
dan menikmati serta mengagumi
pohon petualang tua itu.
PLOT
 Eksposisi – Keindahan hutan dan
pengenalan watak-watak ( Imbas Kembali)

 Perkembanga- Cikgu Jo memujuk Daneng


kembali ke sekolah.

 Konflik- Cikgu Jo telah menimbulkan soal


kepentingan ilmu

 Puncak – Daneng bersetuju untuk


bersekolah semula

 Peleraian-Dipamerkan dengan pertemuan


mereka 25 tahun selepas peristiwa atau
konflik yang telah disebut.
TEKNIK PLOT

 Pemerian– Digunakan semasa di


bahagian ekposisi.(ms:88)

 Imbas Kembali – Digunakan dari


awal cerita hingga akhir.

 Dialog (ms: 89)

 Monolog Dalam – (ms:95)


Nilai dan Pengajaran
 Nilai Kemasyarakatan
 Nilai Kebudayaan

 Pengajaran

- Kepentingan menjaga alam sekitar

-Kepentingan menghargai jasa seseorang

-Kita mestilah rajin berusaha untuk


mencapai kecemerlangan

Anda mungkin juga menyukai