Anda di halaman 1dari 10

FALSAFAH PENDIDIKAN

KEBANGSAAN
FPK menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di
Malaysia.

FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan


untuk individu dan juga kepada negara.

Ia bertujuan untuk melahirkan insan yang berilmu,


berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan
menjadi seorang warganegara yang baik.

FPK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi


jasmani, emosi, rohani dan intelektual yang sering
disebut oleh guru-guru sebagai JERI.
TEKS FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Faktor agama
• Agama islam agama rasmi dan agama lain
bebas dianuti mengikut undang- undang Negara

• Agama islam merupakan faktor-faktor yang


penting sebagai pertimbangan asas dalam proses
penggubalan FPK.
Faktor sosial
•tujuan mencapai perpaduan kaum telah menjadi salah satu
matlamat pendidikan yang dinyatakan dalam FPK.

Faktor politik
•FPK digubal berlandaskan kepada ideology Negara yang
dicerminkan dalam dokumen – dokumen rasmi seperti
laporan pendidikan , rancangan Malaysia dan Rukun
Negara .
Faktor ekonomi
•Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai
kemahiran dapat membantu Negara
memperkembangkan ekonomi dengan meningkatkan
daya pengeluarannya

Faktor individu
•Potensi individu dapat dikembangkan melalui proses
pendidikan . potensi individu ini meliputi aspek- aspek
intelek rohani , emosi dan jasmani.
IMPLIKASI FPK TERHADAP
SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

Implikasi terhadap kurikulum


•Perubahan kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan FPK .
Ini meliputi :
 Perubahan sukutan pelajaran yang berorientasikan kepada
program bersepadu.

 Perubahan bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilai-


nilai murni.

 Perubahan program pendidikan yang berorientasikan untuk


melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.

 Perubahan sistem pendidikan yang berorientasikan ke arah


pendidikan umum.
Implikasi terhadap pendidik
•Perubahan sikap pendidik profesionalnya untuk
menjalankan tugas sejajar dengan tujuan dan cita FPK . Ini
meliputi;
– Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan
pandangan dan visi yang positif terhadap tugasnya
untuk merealisasikan tujuan dan cita FPK.

– Perubahan profesionalnya dengan mengubah strategi


dan teknik pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan
insan yang berilmu pengetahuan , berketrampilan serta
berakhlak mulia.
Implikasi terhadap institusi pendidikan
•Perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai
untuk melahirkan pelajar – pelajar mengikut tujuan dan cita FPK .Ini
meliputi;
 Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar - pelajar
mendapat peluang mengembangkan potensi mereka dari segi
intelek , rohani , emosi , sosial , dan jasmani , secara menyeluruh
dan seimbang.
 Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk
nilai – nilai murni dalam jiwa pelajar .
 Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajar-
pelajar yang mencintakan ilmu dan seterusnya membentuk budaya
membaca di kalangan mereka.
DISEDIAKAN OLEH,
KUMPULAN 1
NAMA AHLI:
ESPARY A/P KRISHNAN
HEMANATHAN A/L HARIKRISHNAN
VALARMATHY A/P KUNASEKARAN
UMA MAGESWARY A/P MUNIANDY

Anda mungkin juga menyukai