Anda di halaman 1dari 5

ULASAN VIDEO 1: PARADIGM PIONEERS OLEH JOEL ARTHUR BARKER.

Jika dikaji, Joel Barker telah memperkenal anjakan paradigma yang boleh dianggap penting

dalam mengharungi zaman yang serba mencabar ini. Secara ringkasnya'anjakan paradigma' ini

bermaksud 'ubah kaedah atau ubah cara lama'.'Ubah' ini termasuklah tukar, buang, tinggalkan,

perbaiki dan sebagainya. Dan 'cara' pula ini termasuklah ruang-lingkup gaya pemikiran,

kaedah,pentadbiran, teknik, pendekatan dan yang sama erti dengannya. Anjakan paradigma ini

sesuai digunakan untuk menerangkan perubahan untuk sesuatu kemajuan berasaskan teknologi

atau rekacipta terkini kepada masyarakat. Bermaksud, paradigma akan sentiasa berubah selaras

dengan perubahan dunia semasa.

Ada 2 jenis orang yang berkaitan dengan paradigma yang disajikan dalam video tersebut

iaitu;

1. Paradigma Shifter:Kumpulan orang yang mencipta perubahan dalam peraturan dan undang-

undang dalam batas-batas lama pengetahuan yang menyebabkan perubahan dalam pola hidup

kepada orang lain.

2. Paradigma Pioneer:Kelompok orang yang bersedia menerima risiko yang tinggi untuk

membuka jalan yang baru.

         

         Ciri-ciri Pioneer Paradigm

1. Intuisi: tahu bahawa sesuatu adalah idea yang tepat tanpa data untuk membuktikannya.

2. Keberanian: untuk bertindak dalam apa yang anda yakini benar.


3. Komitmen masa: bersedia untuk mengambil masa dan ketekunan untuk membuktikan bahawa

idea itu adalah benar.

Paradigma Shifter telah menyelesaikan beberapa masalah dengan menukar peraturan

lama, dan hanya mencipta peraturan-peraturan baru di awal, yang masih belum sempurna.

Tahap A: pembangunan telah bermula dengan perlahan pada awalnya kerana masalah yang tidak

dapat diselesaikan dengan cepat sehingga mereka mempunyai cukup pemahaman tentang

peraturan-peraturan baru.

Tahap B: kemudian, setelah mendapatkan idea yang tepat, pembaikan menjadi lebih cepat dan

sebahagian besar masalah telah ditemui untuk diselesaikan.

Tahap C: Ia menjadi semakin perlahan dan mengalami masalah yang semakin sukar kerana

sebahagian besar paradigma tertinggal dalam tahap terakhir.

         Bangsa yang paling banyak melakukan anjakan paradigma dengan tahap tertinggi untuk

mencipta paradigma baru dalam tempoh 50 tahun terakhir adalah Amerika Syarikat, tetapi
mereka bukan pelopor apa yang mereka ciptakan kerana bangsa yang terbaik dalam merintis

paradigma di dunia adalah Jepun. Bangsa Jepun tidak bermula dengan idea orang lain kerana

meraka sanggup bekerja keras dengan komitmen yang tinggi dan memiliki kemahiran mendalam

untuk jangka masa panjang.

  

Contoh Anjakan Paradigma Mekanikal Swiss Vs Quartz Jepun. Dahulu pembuat jam

mekanikal terkemuka dunia dikuasai oleh orang Swiss. Tidak mengguna bateri dan mereka

sangat bangga dengan kepakaran itu. Tiada siapa yang boleh menggalahkan orang Swiss dalam

kadeah pembuatan enjin jam. Akibatnya mereka leka dan selesa dalam paradigma itu lalu tidak

memperdulikan idea dan teknologi baru yang lebih bernas. Sehinggalah, Seiko dari Jepun,

membuat 'reverse engineering' terhadap teknologi Quartz. Iaitu mengubah keseluruhan

paradigma enjin mekanikal kepada enjin Quartz yang menggunakan bateri. Ini telah

mengakibatkan perubahan menyeluruh terhadap industri tersebut. Penerimaan jam Quartz yang

begitu menggalakkan dari pengguna seluruh dunia menyebabkan penjualan jam mekanikal Swiss

jatuh merudum. Hampir-hampir mereka gulung tikar. Akhirnya, pengusaha jam Swiss terpaksa

berubah dan menerima pakai paradigma baru (Adapt or Die!) dengan memperkenalkan jam

Swatch berenjin Quartz untuk menandingi Seiko keluaran Jepun. Mereka bernasib kerana cepat

sedar dan berubah untuk kekal dalam persaingan sehingga sekarang.

Contoh Paradigma Zon Selesa. Paradigma yang sedia ada selalu dikategorikan sebagai

paradigma zon selesa - atau comfort zone. Justeru, amat berat bagi mereka untuk meninggalkan

paradigma zon selesa itu. Lebih-lebih lagi ia tidak mengganggu gugat status-quo yang dikecapi.

Oleh itu, untuk melakukan anjakan paradigma, ia memerlukan satu kesedaran dan kekuatan
dalaman untuk merobah kebiasaan itu. Melainkan mereka mendapati zon selesa itu tidak lagi

sesuai dengan gaya hidup mereka, lalu inginkan perubahan yang total, maka disitu anjakan

paradigma lebih mudah dilakukan.

Cara menjadi Perintis Paradigma:

1. Dapatkan idea di luar sempadan kebiasaan.

2. Memahami keperluan dengar melanggar peraturan lama, memahami kejayaan masa lalu untuk

mencapai kejayaan di masa depan, dan peraturan-peraturan baru mungkin akan ditemui oleh

beberapa pihak luar.

3. Membuat pembacaan melampaui kebiasaan dengan mencari ilmu yang baru dan asing untuk

mendapatkan beberapa idea yang boleh membantu meningkatkan amalan.

4. Bersedia untuk menghadapi kegagalan, tapi jangan biarkan kegagalan menghentikan perilaku

perintis.

5. Dengar apa kata semua orang di sekitar.

Contoh ini seharusnya dapat dijadikan panduan khususnya para pendidik yang berada

dalam zon selesa. Apabila mengecapi status-quo, dengan senioriti yang ada, telah melupakan

anjakan paradigma yang perlu ada. Adakah pengajaran anda masih sama sebagaimana 15 tahun

yang lepas? Bagaimana masyarakat luar memandang profesion perguruan. Untuk mengangkat

profesion perguruan ini sendiri memerlukan anjakan paradigma yang harus dihayati. Guru bukan

sekadar sebuah kilang yang mengeluarkan produk. Jika kilang, apabila produk dihasilkan kurang

bermutu ianya boleh dibuang atau disekat pengeluaranya. Namun sekolah umpamanya akan terus

menghasilkan produk yang bermutu atau tidak, ianya akan dikeluarkan.


Jika mengambil pendapat Barker, Jepun merupakan negara yang menghasilkan 'paradigm

pioneer' berterusan. Dengan mengambilkira konsep Kaizen (Pembaikan Berterusan) ianya patut

dijadikan contoh dalam industri pendidikan kini. Jika setiap guru atau pengajar mengamalkan

hari ini adalah sesuatu yang baru dari hari semalam berdasarkan konsep Kaizen ini, ianya amat

membantu dalam menghasilkan modal insan berkualiti untuk masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai