Anda di halaman 1dari 4

MEDIA SEBAGAI PENGAWAL SOSIAL & PEMANGKIN TRANSFORMASI

Seperti yang kita ketahui, media terdiri daripada media cetak dan media elektronik yang

semakin hari berkembang maju sejajar dengan perkembangan semasa dunia hari ini. Media-

media di Malaysia ketika ini juga, tidak ketinggalan dalam mengikuti arus kemajuan dunia masa

kini. Melihat kepada peranan utama media iaitu medium untuk menyebarkan berita dan

maklumat, tidak hairanlah jika media-media ini diamalkan oleh masyarakat yang tidak

mengenal usia dan pangkat. Saluran-saluran media ini terdiri daripada media elektronik seperti

radio, tv dan internet dan media bercetak seperti akhbar-akhbar. Media elektronik seperti radio,

tv dan internet menjadi sumber berita utama kepada masyarakat. Melalui radio dan tv, banyak

siaran yang disediakan sama ada oleh pihak kerajan melalui saluran RTM mahupun syarikat-

syarikat swasta yang beroperasi di negara ini seperti TV3 dan Astro yang banyak menyediakan

isu-isu semasa untuk sajian masyarkat hari ini. Tidak ketinggalan juga, syarikat-syarikat akhbar

bercetak seperti Berita Harian, Utusan Malaysia, New Street Times dan media-media tempatan

yang lain setiap hari akan menyediakan akhbar yang memuatkan berita-berita terkini mengenai

perkembangan semasa dunia. Akhbar-akhbar ini juga mudah diperolehi dan mampu dimiliki

oleh semua golongan kerana harganya yang murah. Syarikat-syarikat akhbar ini juga tidak

ketinggalan untuk menyediakan berita online yang mudah dicapai oleh semua pihak melalui

computer di rumah mahupun pejabat dengan melayari laman-laman web yang disediakan. Ini

dapat kita lihat seperti seperti Utusan Malaysia, Berita harian dan New Street Times yang begitu

popular di kalangan masyrakat hari ini.

Melihat kepada pengaruh media yang amat besar kepada masyarakat hari ini, tidak

hairanlah jika media-media massa boleh membawa kepada pengawalan social dan dikaitkan

dengan pemangkin transformasi. Kesan transformasi yang tercetus disebabkan oleh media

kepada masyarakat sama ada baik atau buruk terpulang kepada individu itu sendiri untuk
menilai sejauh mana kebenaran yang dibawa oleh sesebuah media. Namun pada masa yang

sama kita tidak boleh menolak bahawa perubahan yang tersecus disebabkan oleh media

merupakan satu landasan ataupun platform bagi membuat pengawalan kepada manusia

khususnya masyarakat untuk berubah kepada yang lebih baik lagi. Perubahan yang berlaku ini

juga boleh menyebabkan kita membuat persiapan untuk membawa kepada perubahan social

setelah memikirkan baik buruk sesuatu perkara tersebut.

Bagaimana media dikatakan boleh mempengaruhi masyarakat dalam sesuatu perkara?

Ini kerana media memainkan peranan penting dalam menyiarkan sesuatu. Syarikat-syarikat

besar sanggup membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk industri pengiklanan jenama-jenama

yang dikeluarkan untuk menarik minat masyarakat sekeliling. Contohnya, penyiaran produk-

produk terbaru keluaran jenama terkenal seperti Levis, Dove dan perkhidmatan-perkhidmatan

sesuatu jenama. Pengiklanan yang dilakukan oleh media memulakan usaha-usaha untuk

menyebarkan kepada masyarakat tempatan bahawa sesuatu produk itu adalah yang terbaik di

pasaran. Melalui bunyi-bunyian, pemandangan yang mengasyikkan dan penyebaran kebaikan-

kebaikan yang diperolehi melalui penggunaan jenama tersebut, pihak media dapat

mempengaruhi pemikiran seseorang untuk membeli sesuatu produk sama ada produk

kecantikan, fesyen dan makanan. Sebagai pengguna, kita kebanyakannya ditentukan oleh iklan-

iklan ini, yang boleh mempengaruhi dan menyebabkan cara hidup kita mula berubah.  Ini

adalah selaras dengan fitrah manusia yang sentiasa inginkan kelihatan cantik dan bergaya di

mata orang lain.

Namun begitu, kebiasaannya perubahan yang berlaku kepada diri seseorang individu

tersebut ada kebaikan dan ada keburukkannya. Sebagai contoh, seseorang individu yang

sanggup membelanjakan wang ringgit yang banyak untuk memperolehi sesuatu bagi
memuaskan hati masing-masing ada kalanya dilakukan secara tidak sedar akibat pengaruh

media tersebut. Ini akan membawa kepada penyesalan dalam diri seseorang individu. Dari situ

wujudlah kesedaran untuk membuat perubahan bagi mengawal sikap dan keinginan diri dalam

membuat sesuatu keputusan.

Kerajaan juga tidak ketinggalan menggunakan media bagi mencapai sesuatu objektif

dalam sesebuah masyarakat. Kerajaan mengarahkan media-media sama ada media cetak

mahupun media elektronik bagi menyebarkan maklumat-maklumat penting untuk membawa

kepada pengawalan social di kalangan masyarakat. Contohnya kempen-kempen kesedaran

social seperti iklan gaya hidup sihat. Dalam iklan ini, pihak kerajaan bekerjasama dengan pihak

media bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya mengamalkan gaya

hidup yang sihat bagi menjamin kualiti hidup yang baik. Pihak media akan menyalurkan iklan-

iklan yang berbentuk nasihat seperti pengambilan makanan yang sihat dan aktiviti-aktiviti

riadah.

Peranan media juga dapat dibuktikan melalui kemunculan teknologi radio yang turut

memainkan peranan menyebarkan maklumat kepada orang ramai di mana meninggal kesan

kepada masyarakat Melayu pada masa dahulu. Penyebaran maklumat melalui corong-corong

radio pada masa dahulu telah membawa kepada perubahan masyarakat melayu yang berfikiran

lebih terbuka dan berpengetahuan. Dalam pada masa yang sama juga, bermacam-macam

maklumat yang dapat disalurkan melalui radio seperti, berita, nyanyian, drama, dan

sebagainya. Ini menunjukkan bahawa kemunculan media-media ini membawa kesan implikasi

pro dan kontra.

Walaupun media cetak dan media elektronik di Malaysia ini dikawal melalui akta-akta

yang telah disediakan oleh kerajaan, namun masih ada media-media tertentu yang melanggar

peraturan penyiaran yang membawa kepada tranfrormasi budaya yang kurang sihat di
kalangan remaja masa kini. Perubahan budaya ini selalunya hasil daripada pengaruh media

yang sering mengagung-agung budaya Barat yang jauh terpesong dari budaya timur.

Perubahan yang amat ketara ini menyebabkan pemerintah Negara menekankan peri penting

konsep pembangunan modal insan di kalangan rakyat di Negara ini agar sejajar dengan

kemajuan teknologi dan modenisasi. Ini merupakan salah satu langkah kerajaan untuk

mengawal dan memberi kesedaran social kepada rakyat di Negara ini.

Anda mungkin juga menyukai