Anda di halaman 1dari 4

Hukum Bersalaman Selepas Solat

Dimasukkan oleh IbnuNafis Label: Soal Jawab Perkara Khilafiyyah

Soalan :

Apakah hukum berjabatan tangan bagi seorang Muslim kepada saudara seagamanya setelah
selesai solat?

Jawapan :

Berjabatan tangan itu adalah Sunnah pada hukum dasarnya. Imam Nawawi berkata,

"Ketahuilah bahawa berjabat tangan ketika berjumpa itu adalah Sunnah hukumnya. Ini
sudah menjadi ijma' di kalangan para 'alim ulama." (Al Hafiz Ibnu Hajar, Fathul Bari, vol
11, hlm 55 diambil daripada pendapat Imam Nawawi).

Ibnu Baththal berkata,


"Hukum dasar berjabat tangan itu adalah baik dan elok sekali menurut para ulama'
umumnya." (Al Hafiz Ibnu Hajar, Fathul Bari, vol 11, hlm 55 di ambil daripada pendapat Imam
An Nawawi : dan Al Mubarakfuri, Tuhfat al Ahwazi vol 7, hlm 426).

Banyak di kalangan para ahli feqah dari pelbagai mazhab yang menyatakan dengan tegas bahawa
sunnahnya berjabat tangan di antara sesama kaum lelaki. Mereka mengambil dalil di atas hal itu
dari sejumlah hadith-hadith sohih dan hasan, antara lainnya hadith yang diriwayatkan oleh
Saidina Ka'ab bin Malik RadiyaLLahu 'anhu, beliau berkata :

"Aku memasuki Masjid, ternyata bahawa di dalamnya (masjid) ada RasuluLlah sallaLLahu
'alaihi wasallam. Lalu saidina Abu Talhah bin UbaiduLLah radiyaLLahu 'anhu yang berdiri
kepadaku (menyambut) dengan langkah cepat (bergegas) hingga dia menjabat tanganku dan
mengucapkan selamat padaku." (Hadith riwayat Ahmad, Musnad Ahmad vol 3, hlm 458 :
Bukhari, Sohih BUkhari, vol 4, hlm 1607 dan Muslim, Sohih Muslim vol 4, hlm 2126)

Juga hadith yang diriwayatkan daripada Saidina Qatadah radiyaLLahu 'anhu, bahawa beliau
berkata,
"Aku bertanya kepada Saidina Anas radiyaLlahu 'anhu. Apakah berjabat tangan itu dilakukan
oleh para Sahabat Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam? " beliau (Anas radiyaLLahu 'anhu)
menjawab, "Ya" (Hadith Riwayat Bukhari, Sohih Bukhari, vol 5, hlm 231 ; dan Ibnu Hibban,
Sunan Ibnu Hibban, vol 2 hlm 245).

Hadith yang diriwayatkan daripada Atha' bin Abu Muslim AbduLlah Al Khurasani bahawa
beliau berkata, RasuluLLah SallaLLahu 'alaihi wasallam telah bersabda (yang bererti) :
"Berjabat tanganlah kalian, pasti hilang kedengkian. Dan saling kalian memberi hadiah, pasti
kalian saling sayang menyayangi dan hilanglah kebencian (sifat saling bermusuhan). " (Hadith
riwayat Dailami, Musnad al Firdaus, vol 2, hlm 47)

Manakala berjabat tangan setelah selesai solat, tidak ada seorang pun dari para ulama' yang
mengharamkan berjabat tangan. Mereka berpendapat, hukumnya (berjabat tangan) adalah
Sunnah dan itu adalah bid'ah hasanah, atau bid'ah yang mubah (diharuskan).

Imam Nawawi memperincikan penjelasan tentang masalah ini dan berkata :


" Jika seseorang yang berjabat tangan sebelum solat, maka itu adalah Sunnah yang baik. Jika dia
mengucapkan salam kepadanya (yang berjabat tangan) sebelumnya (solat) maka hukumnya
adalah mubah (harus)" (Imam Nawawi, Al Majmu' vol 3, hlm 469-470)

Al Hashkafi berkata,
"Sebutan secara mutlaq (menyebutkan secara mutlaq 'bersalaman setelah selesai solat' tanpa
mengaitkannya dengan solat tertentu atau keadaan tertentu) daripada pengarang (iaitu al
Tamartasyi) mengikut ad Durar, al Kanz, al Wiqayah, An Niqayah, al Majmu', al Multaqa' dan
selainnya menunjukkan hukumnya (berjabat tangan) adalah boleh, walaupun setelah selesai solat
Asar."

Adapun ucapan mereka. "Sesungguhnya itu bid'ah maksudnya adalah bid'ah hasanah yang
diperbolehkan' sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Nawawi di dalam kitab al Azkar. "
(Al Hashkafi. Al Durr Al Mukhtar, dicetak Kitab Hasyiah 'Abidin di bahagian tepinya, vol 6,
hlm 380)

Setelah menyebutkan pendapat sebahagian daripada ulama Mazhab Hanafi yang menyatakan
bahawa hukumnya adalah sunnah secara mutlaq. Ibnu Abidin memberikan pandangan mengenai
kenyataan tersebut dan berkata :...
"Itulah pendapat yang seiring dengan apa yang telah dikemukakan oleh Syarah (Al Hashkafi)
dari pemutlaqan ungkapan kitab-kitab matan. Beliau berdalil terhadap pendapat itu daripada
umumnya nas-nas yang diriwayatkan berkenaan dengan disyariatkannya kita berjabat tangan. "
(Ibnu Abidin Radd al Muhtar 'Ala Ad Durr Al Mukhtar yang dikenali dengan Hasyiah Ibnu
'Abidin, vol 6, hlm 381) Mereka menyatakan bahawa berjabat tangan setelah selesai solat adalah
sunnah secara mutlak.

Imam Thobari menguatkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad radiyaLlahu 'anhu dan
Bukhari dari Abu Juhaifah radiyaLLahu 'anhu, beliau berkata :

"RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam telah keluar pada tengahari yang panas ke lembah (di
luar batas Mekah; pada masa lalu). Lalu Baginda sallaLLahu 'alaihi wasallam berwuduk
kemudian melakukan solat Zohor 2 rakaat dan Asar 2 rakaat (solat jamak dan qasar). Dan di
depannya ada tongkat (bermata yang lebih pendek dari tombak) yang di belakangnya telah lalu
seorang wanita. Orang-orang pun berdiri, lalu mereka mulai meraih (mengambil) kedua tangan
Baginda sallaLLahu 'alaihi wasallam dan mengusap-usap dengannya (tangan Baginda
sallaLLahu 'alaihi wasallam) ke wajah-wajah mereka. Abu Juhaifah radiyaLlahu 'anhu berkata,
"Lalu aku meraih (mengambil) tangannya (tangan Baginda sallaLLahu 'alaihi wasallam) dan aku
meletakkannya ke wajahku; ternyata ia (tangan Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam) lebih sejuk
daripada salju dan lebih wangi daripada misk (minyak wangi) ". (Riwayat Bukhari, Sahih
Bukhari, vol 3, hlm 1304)

Al Muhib At Thobari berkata, "Dijadikan sandaran kuat dengan halitu, (bersalaman) terhadap
apa yang sesuai dalam tradisi orang ramai, iaitu berjabat tangan (bersalaman) setelah selesai solat
berjemaah. Khususnya Solat Asar dan Solat Maghrib. Apabila disertai dengan tujuan yang baik
seperti mengambil keberkatan, mengakrabkan diri, dan seumpamanya.

Sementara Izzuddin Abdissalam. setelah membahagi-bahagikan perkara-perkara bid'ah ke dalam


5 bahagian iaitu : Wajib, Haram, Makruh, Sunnah dan Mubah (harus), beliau berkata :

"Bid'ah-bid'ah yang mubah (harus) ada beberapa, antara lainnya ialah : berjabat tangan
(bersalaman) setelah selesai Solat Subuh dan Solat Asar." (Izzuddin Ibnu Abdissalam, Qawa'id al
Ahkam fi Mashalih al Anam, vol 2, hlm 205)

Imam Nawawi berkata, "Adapun berjabat tangan (bersalaman), yang telah mentradisi atau
mengamalkannya setelah selesai Solat Subuh dan Solat Asar ialah :

Syaikh Imam Abu Muhammad bin Abdissalam (semoga ALLah subahanahu wa ata'ala
merahmati beliau) telah menyebutkan bahawa itu termasuk di dalam bid'ah yang mubah (harus) ;
tidaklah disifatkan sebagai makruh dan galakan. Apa yang beliau sebutkan ini adalah baik.
Pendapat yang dipilih disebutkan begini : apabila seseorang yang berjabat tangan (bersalaman)
dengan orang yang bersamanya sebelum solat, maka hukumnya adalah mubah (harus),
sebagaimana yang telah kami kemukakan. Apabila seseorang berjabat tangan (bersalaman)
dengan orang yang tidak bersamanya sebelum solat, maka hukumnya adalah Sunnah. Ini adalah
sebab berjabat tangan (bersalaman) ketika berjumpa adalah perbuatan Sunnah Nabi sallaLLahu
'alaihi wasallam berdasarkan ijma' yang bersandarkan kepada hadith-hadith sahih tentang hal itu
(bersalaman). (Imam An Nawawi, Al Majmu', vol 3, h;m 469-470)

Dengan ini, maka bolehlah kita ketahui bahawa siapa yang mengingkari perbuatan ini
(bersalaman), maka boleh jadi dia tidak mempunyai pengetahuan tentang apa yang kami
sebutkan atau dia tidak berjalan di atas bidang 'ilmiah sama sekali. Dan ALLah subahanahu wa
ta'ala Maha Tinggi lagi Maha Mengetahui.

Sumber : Prof Dr Ali Jum’ah, Penjelasan Terhadap Masalah-masalah KhilafiahAl Bayan


– Al Qawin li Tashbih Ba’dhi al Mafahim, .2008, Penerbitan Dar Hakamah, Selangor
Hukum Mengusap Muka Selepas Solat

Dalil Dari Hadith

Hadits shahih Dari Ibn Sunni Riwayat Anas ra, bahwa Rasul saw bila selesai dari shalat, beliau mengusap
wajahnya dengan tangan kanannya, lalu berkata : Asyhadu an Laa ilaah illallahu Arrahmaanurrahiim,
Allahumma Idzhib anniy alhammu walhazn (Al Adzkar Imam Nawawi hal.69)

Fatwa Syeikh Ali Jum'ah Mufti Besar Mesir :

-Jumhur ulamak berpendapat sunat membaca doa selepas solat setelah selesai berzikir.

-Doa ini harus dibaca seorang diri atau dengan berjemaah yaitu imam berdoa dan makmum
mengaminkannya.

-Setelah memberi salam sunat imam berpusing bahagian badannya yg kanan kearah makmum dan
apbila sampai masa membaca doa imam boleh kekal duduk seperti itu dan bolih juga berpusing
kembali kepada kiblat.

-Dimajlis yang lain sunat membaca doa berpaling ke arah kiblat tetapi jika tidak mengadap kiblat
hukumnya adalah harus.

Anda mungkin juga menyukai