Anda di halaman 1dari 22

NIAGA DALAM

ISLAM
Disediakan oleh
MOHD AZEMI YUSOFF
BahaGiAn PeNdIdIkAn MeNeNgAh

m.a.r.a
ISLAM GALAK NIAGA
Terdapat 500 hadis sahih
riwayat Bukhari sentuh soal
perniagaan.
Terdapat 370 ayat Al-Quran
yang bersangkutan dengan
perniagaan.
(MUAMALAT, TIJARAH, RAJULUL A’AMAL DLL)
ISLAM GALAK NIAGA
“Hai orang beriman, janganlah
kamu makan harta orang lain
dengan cara batil, kecuali
dengan berjual beli atas dasar
suka sama suka.” (AN-NISAA’:29)
“Berniagalah walaupun semasa
dan selepas menunaikan
fardhu Haji.” (AL-BAQARAH: 2)
ISLAM GALAK NIAGA
“Kemiskinan hampir-hampir
menjadikan seseorang itu kufur”
(RIWAYAT ABU NU’AIM).

“Mata pencarian terbaik ialah hasil


usaha sendiri dan perniagaan yang
bersih.” (RIWAYAT Al-BAZAAR).
“Sembilan per sepuluh dari sumber
rezeki ialah dalam perniagaan.”
(RIWAYAT BUKHARI)
ISLAM GALAK NIAGA
Rasulullah pernah bersabda:
“Antara sekian banyak dosa, ada
dosa tidak dapat dihapus dengan
solat dan puasa.”
Sahabat baginda lantas bertanya:
“Jadi, amalan apakah yang boleh
hapuskan dosa berkenaan?”
Jawab Rasulullah: “Dengan pahala
dari bekerja mencari rezeki halal.”
ISLAM GALAK NIAGA
“Sesiapa yang menjual tanah
atau rumah dan tidak melabur
semua wang yang diperolehi
dari urus niaga tersebut
dengan membeli harta yang
serupa maka dia tidak akan
diberkati.”
(HADIS RIWAYAT IBNU MAJAH)
BERNIAGA ITU FARDU
KIFAYAH
“Mempelajari dan menghasilkan
sesuatu yang diperlukan dalam
urusan di dunia, hukumnya
adalah fardu kifayah. Usaha ini
diberi pahala oleh Allah yang
dinilai sebagai ibadah berdasar
kepada niatnya di samping
melaksanakan segala perintah
Allah demi untuk memudahkan
atau mengatasi kesulitan hidup
manusia. Ia pula tidak terbatas
kepada memenuhi keperluan
manusia sahaja bahkan meliputi
kepentingan haiwan dan serta
tumbuhan.
Sebarang kesulitan atau
dugaan yang dihadapi di
sepanjang menjalankan fardu
kifayah ini adalah merupakan
suatu penghapusan dosa bagi
orang berkenaan.”

(Hadis Riwayat Bukhari)


PERINGATAN
KHALIFAH UMAR
Khalifah Umar al-Khattab
pernah berpesan, “Hendaklah
kamu semua berniaga supaya
orang kafir tidak memfitnah
kamu dalam hal ehwal
berkaitan dengan keduniaan
kamu”
Beliau memberi peringatan ini
bila didapati kebanyakkan
peniaga di pasar yang
dilawatinya terdiri daripada
orang bukan Islam.

Beberapa sahabat beliau cuba


memberi alasan, “Tetapi tuan,
Allah telah mengizinkan kita
menewaskan banyak negara dan
kita memperolehi banyak harta
dan kita tak perlu lagi
berniaga untuk memenuhi
keperluan kita.”

Khalifah Umar lalu membalas,


“Jika kamu bersikap begitu dan
tak mahu menjadikan berniaga
sebagai satu tanggungjawab,
maka kamu akan mendapati
suatu hari nanti kaum lelaki kamu
akan memerlukan kaum lelaki
mereka dan kaum wanita
kamu pula perlukan kaum wanita
mereka.”

Apa yang ditakuti Khalifah Umar


itu terbukti benar apabila orang
Islam meninggalkan perniagaan
maka orang lain telah menguasai
bidang berkenaan. Kini tiba ke
peringkat di mana orang Islam
amat bergantung kepada orang
kafir bagi memenuhi kebanyakan
keperluan mereka.
MARTABAT NIAGA:
PERSEPSI KHALIFAH
UMAR AL-KHATTAB
“Tempat yang paling aku suka
sekali menemui ajalku selain
daripada di medan jihad ialah
di tempat di mana aku sedang
berurusniaga mencari rezeki
untuk menyara keluargaku.”
NIAGA DALAM SIRAH
RASULULLAH
1. Rasulullah mencebur diri dalam
perniagaan sejak usia 12 tahun.
(Mula-mula ikut pamannya Abu Talib kemudian
Siti Khadijah).
2. Dalam usia 24 tahun baginda
telah terlibat dalam perdagangan
antarabangsa di mana lebih 13
kota atau pasar dikunjungi
Baginda. (Zamattul Jandaq, Mushaqqar,
Suhar, Dabar, Syihir, Aden, Syria, Rabiyyah,
Ukaz, Zulmajaz, Mina, Nazat dan Hijr)
3. Apabila Muslimin berhijrah dari
Mekah ke Madinah, institusi pertama
yang diarah bina oleh Rasulullah
ialah pasar “Suqul Ansar”, kemudian
barulah masjid dan sekolah.
4. Rasulullah menjadikan niaga
untuk hapuskan penindasan. (Saidina
Usman membeli Telaga Raumah)
5. Rasulullah sebar syiar Islam
menerusi perniagaan. (Menghantar
Saad bin Abi Waqqas ke China).
SAHABAT RASULULLAH
YANG BERNIAGA
Abdurrahman Auf, Zubair bin
Awwam, Shuhaib bin Sinan, Abu
Zar al-Ghiffari, Uthman bin Affan,
Abu Bakar Al-Siddiq, Umar Al-
Khattab, Saad bin Abi Waqqas,
Saad Ibnu Aa’iz, Abu Maa’liq bin
Ansari, Talha bin Ubaidullah dan
Saidatina Siti Khatijah sendiri.
ANJURAN MENCARI
HARTA DALAM ISLAM
“Biarlah kamu mati
meninggalkan harta untuk
anak cucu kamu.
Sesungguhnya ia adalah lebih
baik daripada anak cucu kamu
meminta-minta daripada orang
lain selepas kamu mati.”
(HADIS)
TIADA SALAHNYA
MENGEJAR DUNIA
“Siapakah yang
mengharamkan perhiasan
dunia yang Allah ciptakan
untuk dinikmati hamba-
hamba-Nya?.”
(Al-A’raf ayat 32)
MENCARI HARTA
DALAM ISLAM
Islam memerintahkan umatnya
supaya mencari harta melalui
perniagaan (Al-Quraisy;1-5) melalui
pertanian (Abasa;24-32) melalui
perindustrian (Al-Hadid;25, Al-A’raf;26)
melalui aktiviti pembinaan (An-
Namli;44).
ISLAM ANJURKAN
KESEDERHANAAN
“ Sebaik-baik insan ialah yang
tidak menolak dunia kerana
terlalu mengejar akhirat dan tidak
pula mencampak akhirat kerana
terlalu mengejar dunia. Yang
terbaik di kalangan kamu ialah
yang mengimbangi keperluan
dunia dengan akhirat (HADIS)

Anda mungkin juga menyukai