Anda di halaman 1dari 2

Masih ramai umat Islam yang keliru dalam memahami zuhud.

Zuhud
difahami sebagai sikap menjauhi semua persoalan keduniaan, seperti
tidak mahu mencari kekayaan hidup, tidak mahu bekerja untuk
kebahagiaan dunia dan tidak mahu memanfaatkan sumber alam. Sikap ini
tentu saja tidak betul, seperti yang dibantah oleh para `ulama'
dengan kata-kata, "Ingatlah, bahawa menguruskan sumber alam adalah
bahagian yang sangat penting dari tujuan syari'at." Imam al-Raghib
al-Asfahani mengatakan, bahawa bagi umat Islam, dalam menguruskan
sumber alam. setidak-tidaknya dimotivasi oleh tiga hal yang sangat
penting iaitu:

Pertama: Ibadah kepada Allah. FirmanNya:

Ertinya: "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia


melainkan supaya mereka menyembah dan beribadah kepadaKu."(adz-
Dzariyat : 56)

Kedua: Menjalankan tugas manusia sebagai khalifah di muka bumi,


sebagaimana ditegaskan oleh Allah S.W.T. tentang fungsi manusia. di
bumi dalam firmanNya:

Ertinya: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.


(al-Baqarah :30)

Ketiga: Kewujudan perintah Allah S.W.T. agar manusia menjadi


pengelola seluruh sumber yang ada di bumi (imarat al-ardhi), seperti yg
terkandung di dalarn firmanNya:

Ertinya: "Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki
kamu memaknuikannya." (Hud : 61)

Ayat ini mengandungi perintah agar kita mengurus seluruh sumber atau hasil alam
yang ada di muka bumi. Oleh yang demikian, zuhud bukan bererti harus
meninggalkan usaha atau mengabaikan tugas sebagai pengurus sumber alam. Ia
adalah suatu komitmen untuk hidup secukupnya, tetapi tidak menjadikan diri
terbelenggu dengan kepentingan dunia sehingga melupakan kepentingan akhirat.
Pendek kata, ibarat kita berjalan di atas muka bumi tetapi kepala kita menengadah
ke atas. Kita hidup di dunia dengan hati sebagai penghuni akhirat. Kita bekerja untuk
dunia seolah-olah hidup selamanya dan
bekerja untuk akhirat seolah-olah akan mati esok. Inilah prinsip yang dipegang teguh
oleh para sahabat Nabi Muhammad s.a.w.

Jadi, prinsip zuhud yang benar ialah kita menguasai dunia tetapi dunia tidak
menguasai kita. Dunia hanya ada di tangan, tetapi tidak di dalam hati. Maka tidak
hairan kalau ramai sahabat Rasulullah s.a.w. yang menjadi orang kaya, misalnya Abu
Bakar r.a., 'Uthman r.a. dan 'Abdul Rahman bin 'Auf r.a. Padahal mereka tergolong
sepuluh sahabat yang dijamin masuk syurga. Mereka kaya, tetapi mereka tidak
dikuasai oleh harta benda dan hiasan dunia lainnya.

'Abdul Rahman bin 'Auf misalnya, telah mengikut Rasulullah s.a.w. berhijrah ke
Madinah. Dia rela meninggalkan rumah, kebun dan segala hartanya di Mekah. Di
Madinah dia mulakan hidup dari kosong. Namun, semangat berusaha 'Abdul Rahman
bin 'Auf tidak pernah surut. Ketika dipersaudarakan oleh Rasulullah s.a.w. dengan
Sa'ad bin Rabi'
al-Ansari, Sa'ad menawarkannya untuk memilih salah satu rumahnya sebagai tempat
tinggal dan menawarkan hartanya untuk dibahagi dua.'Abdul Rahman bin 'Auf
membalas pemberian yang sangat berharga ini dengan penuh kewibawaan, seraya
berkata,"Semoga Allah memberkati keluarga, rumah dan harta anda, tetapi aku
adalah seorang pedagang, maka tunjukkanlah kepadaku di mana ada pasar di sini."

Ketika itu pasar di bawah monopoli Bani Qainuqa' dari golongan Yahudi. Namun
'Abdul Rahman bin 'Auf yakin dan sedia bersaing dengan Bani Qainuqa' yang
menguasai ekonomi. Dalam waktu yang singkat dia mampu bersaing dengan orang
Yahudi. Sehinggalah pada suatu hari dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dengan bau
yang sangat harum. Maka apabila Rasulullah s.a.w. bertanya, dia menjawab, "Saya
sudah
bernikah, wahai Rasulullah." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi, "Apakah sudah
mengadakan walimah?" Dia menjawab, "Belum!" Maka Rasulullah s.a.w. berkata,
"Laksanakan walimah walaupun hanya dengan seekor kambing." Walaupun 'Abdul
Rahman bin 'Auf memulakan usahanya dari kosong di Madinah, namun ketika dia
meninggal dunia, dia meninggalkan emas yang cukup banyak. Seperti dikatakan Ibnu
Sa'ad, bahawa emas peninggalannya dibahagikan kepada empat isterinya dengan
bahagian masing-masing lapan puluh ribu dinar. Jumlah ini hanyalah satu pertiga
puluh dari semua jumlah hartanya. Cuba bayangkan berapakah jumlah keseluruhan
harta 'Abdul Rahman bin 'Auf yang pada saat itu nilai dinar dan dirham sangat tinggi.

Namun, dia tidak teragak-agak menginfaqkan berjuta-juta hartanya untuk membantu


semua keperluan pasukan jihad dan membantu fakir miskin. Demikian juga kekayaan
'Uthman bin 'Affan. Dunia dalam genggaman mereka, tetapi mereka tidak sampai
gila kepada dunia. Mereka memperbudakkan dunia tetapi mereka tidak
diperbudakkan oleh
dunia. Jelaslah, betapa dalam mencari harta dunia, yang penting, dunia tidak
dijadikan satu-satunya primadona supaya dunia tidak memperbudakkan kita. Inilah
zuhud yang sesungguhnya.

Bagaimanpun, ada juga umat Islam yang memburukkan imej ajaran Islam, seperti
yang dilakukan oleh segelintir masyarakat yang gaya hidup melambangkan
kemiskinan. Mereka memutuskan sama sekali dengan keduniaan. Mereka hidup
tanpa bekal, tanpa bekerja, padahal mereka mampu bekerja. Jelas amalan ini
bertentangan dengan syari'at Islam dan tidak sesuai.

Ketika 'Umar r.a. melihat beberapa orang berdiam diri di masjid setelah solat Jumaat,
dia bertanya kepada mereka, "Siapakah kamu?" Mereka menjawab, "Kami adalah
orang yang bertawakkal kepada Allah." Lalu 'Umar r.a. berkata, "Sesungguhnya kamu
adalah orang pasrah yang tidak mahu berusaha untuk mencari rezeki dan hanya
berdoa: "Ya Allah berilah kami rezeki." Padahal mereka tahu bahawa langit tidak
menurunkan hujan emas atau perak, tetapi Allah S.W.T. yang memberikan rezeki
kepada manusia. Apakah kamu tidak pernah mendengar firman Allah: Apabila telah
ditunaikan solat maka bertebaranlah kamu di muka bumi?" Setelah berkata
demikian, 'Umar r.a. segera mengusir mereka dari masjid.

Adaptasi dari Buku Sanggahan Salah Tafsiran Islam oleh Dr. Qardhawi

Anda mungkin juga menyukai