Anda di halaman 1dari 17

Terbit edisi e-book, Mei 2020

© Angkatan Belia Islam Malaysia

Pengarang: al-Ḥāfiẓ Ibn Rajab


Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail
Penyunting: Mohd Khairul Anwar Ismail
Reka Bentuk Kulit: Ainatunnadiah Azizan
Reka Bentuk Huruf: Muhammad Fateh

ABIM PRESS PLT (LLP0012799-LGN)


No. 6, Jalan TC 2A/2
Taman Cemerlang
53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA

No. Telefon (P): +603-4108 4500


No. Telefon (HP/Whatsapp): +6013 3916299
No. Faks: +603-41082400
Emel: abimpressmy@gmail.com
Laman Sesawang: www.abimpress.com
FB: @ABIM PRESS
MUKADIMAH
PENTERJEMAH

Atas nama Yang Kasih, daku menulis.


Selawat dan salam buat kekasih.

Segala puji bagi Allāh, yang dengan izinNya jualah, segala


kebaikan menjadi sempurna. Kita telah usahakan ringkasan
dan terjemahan bagi syarah hadis berkenaan ketamakan
harta dan pangkat, oleh Imam al-Ḥāfiẓ Ibn Rajab
raḥimahullāh ta‘ālā (w. 795H), sebagai bahan Usrah ABIM
Negeri Sabah, yang telah selesai dilaksanakan pada malam 2
Safar 1441H, di Rumah KAMI, Kota Kinabalu.

Ia merupakan syarahan bagi hadis yang masyhur dalam


babnya, mengecam ketamakan harta dan pangkat yang
memakan dan menghapuskan agama seseorang, sepertimana
dua serigala lapar memakan kawanan kambing.

3
Kita rujuk dalam ringkasan ini, teks asal syarahan hadis
yang diterbitkan dalam Majmū‘ Rasā’il al-Ḥāfiẓ Ibn Rajab
al-Ḥanbalī, taḥqīq Shaykh Abū Mus‘ab Tol‘at bin Fu’ād al-
Ḥulwānī, jilid pertama cet. Pertama tahun 2003M, al-Fārūq
al-Ḥadīthiyah li al-Ṭibā‘ah wa al-Nashr.

Kita dalam karya ini hanya cuba meringkaskan apa yang


dibawakan oleh Ibn Rajab dan tidak menyertakan teks-teks
yang berulang maknanya atau bersifat sampingan kepada
maksud asal risalah, maka bagi sahabat-sahabat pengkaji
yang ingin membaca penuh, silakan merujuk teks asalnya
dalam kitab tersebut.

Menurut kajian awal kita, telah terdapat terjemahan


penuh bagi syarahan Ibn Rajab tersebut ke dalam
bahasa Melayu, berjudul “Kecintaan kepada Harta dan
Kedudukan” yang diterjemahkan Muhammad Nazif cet.
ASN 1998M. Kita dapati ia terjemahan yang tidak menepati
piawai dan penterjemah tidak memahami maksud Ibn
Rajab bahkan kurang mengenal siapa Ibn Rajab dan
capaian ilmiah beliau. Misalnya dalam m.s. 2 buku tersebut,
bilamana Ibn Rajab melakukan iḥālah (referencing) kepada
buku Sharḥ al-Tirmīdhī, penterjemah menerangkan
bahawa ia “Penerangan oleh Tirmīdhī.” Sedangkan yang
dimaksudkan Ibn Rajab ialah karya beliau sendiri, Syarahan
beliau akan Sunan al-Tirmīdhī. Dan pelbagai lagi kesilapan
lain yang ruang ini kuranglah sesuai membahaskannya.
Dan kita tidak mengesyorkan terjemahan itu dijadikan
sebagai rujukan, sama ada untuk bacaan am apatah lagi
kajian ilmiah.

4
Sesungguhnya tiada apa yang kita miliki melainkan
kesalahan dan kesilapan. Sementara seluruh kebaikan
itu hanyalah milik Allāh. Sekiranya terdapat sebarang
kekurangan dan kesilapan dalam terjemahan ini, mohon
segera dimaklumkan agar segera diperbetulkan, kerana
tiada kitab yang sempurna melainkan al-Qur’ān.

Terima kasih kita ucapkan buat pihak ABIM PRESS atas


kesudian menerbitkan dan menyebarkannya secara gratis
nan online. Tiada hakcipta yang kita tuntut di balik terbitan
ini, ia bebas diulangcetak dan disebarkan oleh sesiapa saja,
dan digunakan dalam kajian-kajian.

Allāh Maha Mengetahui.

Syafiq atTauhidi (Mohammad Syafiq Ismail)

Sabtu 12 Rabiul Awwal 1441H / 9 November 2019M

Maktabah atTauhidi, negeri Sabah alMahmiyah billah.

5
6
KETAMAKAN HARTA DAN
PANGKAT: RINGKASAN
DAN TERJEMAHAN SYARAH
HADIS DUA SERIGALA
LAPAR

Atas nama Allāh yang Maha Kasih lagi Maha Sayang.

Nabi ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam bersabda:

‫ـان ُأ ْر ِسـ َـا ِف غَـ َ ٍـم ب َِأفْ َسـ َـد لَهَــا ِمـ ْـن ِحـ ْـر ِص‬ ِ ‫َمــا ِذئ ْ َبـ‬
ِ ‫ـان َجائِ َعـ‬
‫ـر ِف ِ ِلي ِنـ ِه‬َ َّ ‫املَـ ْـر ِء عَـ َـى املَــالِ َوالـ‬
“Tidaklah: Dua ekor serigala yang lapar dilepaskan
ke kawanan kambing itu; lebih memusnahkannya
(kambing); sekiranya dibandingkan dengan
ketamakan manusia akan harta dan pangkat
kemuliaan pada (memusnahkan) agamanya.”
(H.R. al-Tirmīdhī)
7
Ini merupakan perumpamaan yang agung, yang
diumpamakan Nabi ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam tentang
kerosakan agama seorang muslim kerana ketamakan
terhadap harta dan pangkat kemuliaan di dunia. Begitu
juga, kerosakan agama kerana demikian (ketamakan itu)
bukanlah lebih rendah (mudaratnya) berbanding kematian
kambing oleh dua ekor serigala lapar yang memudaratkan,
dan datang kepada kawanan kambing yang tidak dijaga
oleh penggembalanya di waktu malam. Kedua-duanya pun
memakan dan memburu kambing-kambing itu.

Diketahuilah, bahawa tak seekorpun kambing yang


selamat daripada kerosakan dua ekor serigala tersebut
dalam keadaan demikian pula (waktu malam dan tiada
penjaga), melainkan (yang selamat itu) cuma sebilangan
kecil. Demikianlah, baginda memberi isyarat bahawa tidak
selamat agama seseorang Muslim yang disertakan dengan
ketamakan terhadap harta dan pangkat kemuliaan duniawi,
melainkan sebahagian kecilnya saja. Perumpamaan ini
menjelaskan peringatan keras baginda terhadap keburukan
sikap tamak akan harta dan pangkat.

***

Ketamakan kepada Harta dalam dua jenis:

1 Kecintaan yang melampau-lampau kepada harta, dan


kesukaan yang melampau dalam mencari harta yang halal.
Serta berhempas pulas mengerah segenap tenaga untuk
mengusahakannya.

8
Bukankah; sikap tamak kepada harta begini membawa
kepada membuang-buang umur yang mulia demi sesuatu
yang tak bernilai (kalau dibandingkan). Sedangkan boleh
saja orang itu, mencapai ketinggian darjat ukhrawi dan
nikmat yang kekal abadi. Dia menyia-nyiakannya (umurnya
itu) berusaha (melampau-lampau) untuk mencari rezeki
yang sudah dijamin dan dibahagi-bahagikan; dan tidak
akan datang rezeki kepadanya melainkan apa yang telah
ditakdirkan dan dibahagikan.

Lalu, dia tidak pula mampu memanfaatkan hartanya


itu. Dia tinggalkannya untuk orang lain, dan dia akan
berpisah daripadanya (harta yang dikumpulnya itu).
Hisabnya (perhitungan dosa pahala) akan berbaki
padanya, manfaatnya pula untuk orang lain. Dia
mengumpulkan harta untuk orang yang tidakkan pun
memujinya. Dia mengumpulkan harta untuk orang yang
tidakkanpun memberi keampunan atas kesilapannya. Ini
saja cukuplah sebagai peringatan nan celaan bagi sikap
tamak haloba ini.

Sebahagian salafuṣṣāliḥ berkata, “Sekiranya takdir itu


benar, maka tamak itu adalah kebatilan.”
2 Situasi melebihi daripada situasi yang tersebut (jenis
pertama), hinggakan dia mencari harta dengan cara yang
haram, dan tidak menunaikan hak-hak yang wajib baginya.
Inilah yang dinamakan sebagai Shuḥḥ (ketamakan yang
melampau) yang tercela.

9
Allāh berfirman:

‫ﯿﰀﰁﰂﰃﰄﰅﰆ‬
“Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta
memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh
tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang
yang berjaya.” (al-Ḥashr, 9)

Nabi ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam bersabda:

‫ أَ َمـ َـر ُه‬.‫ـك َمــن َك َن قَبلَـ ُـم‬ َ َ ‫الشـ َّـح أَهـ‬ ُّ ‫ِات َّ ُق ـوا‬
ُّ ‫الشـ َّـح فَـإ َِّن‬
ِ ‫ِبلقَ ِطي َعــ ِة فَقَ َط ُعــوا َو أَ َم َــر ُه ِبل ُب‬
‫خــل فَ َب ِخلُــوا َوأَ َم َــر ُه‬
‫ــور فَ َف َج ُــروا‬
ِ ‫ِبل ُف ُج‬
“Hindarilah Shuḥḥ. Sesungguhnya Shuḥḥ telah
merosakkan umat sebelum kamu. Ia (Shuḥḥ)
itu memerintahkan untuk memutuskan
silaturahim, maka mereka memutuskannya. Ia
memerintahkan mereka untuk bakhil, maka
mereka bakhil. Ia memerintahkan mereka untuk
melakukan maksiat, mereka melakukannya.”
(H.R. Abū Dāwud).

Baginda bersabda:

ُّ ‫َل َيتَ ِم ُع‬


ِ َ‫الش َّح َو ا ِإلميَ ُان ِف ق‬
‫لب ُمؤ ِم ٍن‬
“Tidak berhimpun Shuḥḥ dan Iman di dalam
diri seorang Mukmin. “ (H.R. Aḥmad dan al-
Nasā’ī)

10
***

Ketamakan seseorang kepada Pangkat Kemuliaan itu lebih


merosakkan seseorang berbanding ketamakannya kepada
harta. Menghindarinya itu susah, kerana harta dibelanjakan
untuk mendapatkan kepimpinan dan kemuliaan.

Ketamakan pada Pangkat Kemuliaan itu terbahagi dua:

1 Mencari Pangkat Kemuliaan dengan Wilayah/


Kepimpinan, Sultan, dan Harta.

Ini amat berbahaya sekali. Ia-lah yang berlaku pada


kebanyakan halnya. Ia menghalang daripada kebaikan,
kemuliaan, dan keagungan di Akhirat.

Allāh Ta‘ālā berfirman:

‫ﯧﯨﯩﯪ‬
‫ﯫﯬﯭﯮﯯﯰﯱﯲﯳ‬
“Negeri akhirat (yang telah diterangkan nikmat-
nikmatnya) itu, Kami sediakan bagi orang-
orang yang tidak bertujuan hendak mendapat
pengaruh atau kelebihan di muka bumi dan
tidak ingat hendak melakukan kerosakan...” (al-
Qaṣaṣ, 83)

Amat sedikitlah orang yang tamakkan pimpinan di dunia


lalu dikurniakan taufiq (bantuan Allāh), bahkan urusan itu
akan disandarkan kepada dirinya sendiri (tanpa bantuan
Allāh). Sepertimana yang disabdakan Nabi ṣallAllāhu
‘alayhi wa sallam kepada ‘Abd al-Raḥman bin Samurah:
11
“Wahai ‘Abd al-Raḥman, janganlah minta
urusan kepimpinan itu! Sesungguhnya
sekiranya dikau diberikannya kerana dikau
memintanya, urusannya akan diwakilkan
kepadamu (tanpa bantuan Ilahi). Sekiranya
dikau diberikannya tanpa dikau memintanya,
dikau akan dibantu menghadapinya!” (H.R. al-
Bukhārī dan Muslim)

Ketahuilah, bahawa ketamakan akan kemuliaan darjat


ini melazimi kejahatan yang dahsyat sebelum ia didapatkan
– yakni pada usaha mendapatkan asbabnya – dan setelah
memperolehinya pula, yang berlaku pada pemimpin-
pemimpin, seperti sikap zalim, takabbur dan lainnya.

Di antara mudarat cintakan darjat kemuliaan ini, yang


paling halus dan hanya diketahui oleh para ulama hakiki yang
mengetahuiNya sesungguhnya; tamakkan kepimpinan ini
adalah sikap orang yang memusuhi Allāh, yang bertanding
denganNya pada Rububiyah (sifatNya sebagai Rabb) dan
UluhiyahNya (sifatNya sebagai Ilah yang Esa), yang mana
mereka ini hina dan jatuh kedudukannya di sisi Allāh, dan
di sisi para ulama yang khawwaṣ nan arif akanNya.

Ketahuilah, bahawa cintakan darjat kemuliaan dan tamak


padanya pula; agar perintah dan larangannya dilaksanakan,
dan dia mampu mengatur urusan manusia; sekiranya dia
meniatkan demikian itu untuk semata-mata mendapatkan
kedudukan yang tinggi antara sekelian makhluk, dan
mengangkat diri di hadapan mereka, serta orang yang

12
mulia ini menzahirkan keperluan manusia kepadanya,
dan ketundukan mereka kepadanya saat meminta hajat
keperluan mereka kepadanya; orang ini ialah orang yang
menandingi Allāh pada RububiyahNya dan UluhiyahNya!

Boleh jadi, orang inilah yang bertanggungjawab


menimpakan manusia kepada permasalahan yang
menjadikannya diperlukan, agar mereka berhajat
kepadanya, dan menzahirkan hajat mereka kepadanya,
demikian menjadikannya berasa agung dan takabur kepada
mereka. Hal ini, tidak boleh, melainkan bagi Allāh Ta‘ālā,
Yang Esa nan Tiada Sekutu bagiNya.

Allāh berfirman:

‫ﯝﯞﯟﯠﯡﯢﯣ‬
‫ﯤﯥﯦﯧﯨ‬
“Dan demi sesungguhnya Kami telah utuskan
Rasul-rasul kepada umat-umat yang dahulu
daripadamu (lalu mereka mendustakannya),
maka Kami seksakan mereka dengan kebuluran
dan penyakit, supaya mereka berdoa (kepada
Kami) dangan merendah diri (serta insaf dan
bertaubat).” (al-An‘ām, 42)

Termasuk daripada bab ini juga; orang mulia ini suka


untuk dipuji kerana tindakan dan perbuatannya, dan dia
meminta agar orang ramai memujinya. Dia menyakiti pula
orang yang tidak menyahut permintaannya (agar dipuji)

13
itu. Perbuatannya ini adalah lebih dekat kepada penghinaan
diri berbanding pujian.

Ia termasuk dalam firmanNya Ta‘ālā:

‫ﭨﭩﭪﭫﭬﭭﭮﭯﭰ‬
‫ﭱﭲﭳﭴﭵﭶﭷﭸﭹ‬
‫ﭺﭻﭼﭽ‬
“Jangan sekali-kali engkau menyangka (wahai
Muḥammad, bahawa) orang-orang yang
bergembira dengan apa yang mereka telah
lakukan, dan mereka pula suka dipuji dengan
apa yang mereka tidak lakukan – jangan sekali-
kali engkau menyangka mereka akan terselamat
dari seksa, dan mereka pula akan beroleh azab
yang tidak terperi sakitnya.” (Āli ‘Imrān, 188)
2 Mencari kemuliaan dan ketinggian darjat antara
manusia, dengan urusan agama, seperti ilmu, amal, dan
kezuhudan; ini lebih teruk berbanding yang pertama
(menuntut pangkat kemuliaan dengan menjadi pemimpin).
Kerana ilmu, amal dan zuhud itu, dilakukan untuk
mendapat ketinggian darjat di sisi Allāh, dan nikmat yang
abadi, serta menuntut kedekatan kepadaNya. Al-Thaurī
berkata, “Ilmu itu menjadi mulia, kerana ia menjadi sebab
bertaqwa kepada Allāh. Sekiranya tidak, maka ia sama
seperti perkara-perkara lain.”

***

14
Punca cinta harta dan pangkat kemuliaan ini ialah: Cinta
dunia. Punca bagi Cinta dunia ialah: Tunduk pada hawa
nafsu.

Ketahuilah, bahawa nafsu ini inginkan ketinggian antara


sekelian manusia yang sejenis dengannya. Daripada sinilah,
munculnya takabur dan hasad dengki. Akan tetapi, orang
yang berakal akan bertanding pada ketinggian yang abadi,
yang padanya terdapat keredhaan Allāh. Begitu juga, dia
membenci ketinggian darjat yang fana dan akan hilang, yang
akan menyebabkan kepada kemarahan/kemurkaan Allāh
dan kebencianNya, serta jatuh darjatnya, dan jauhnya dia
daripada Allāh.

Mencari kemuliaan Akhirat akan menghasilkan kemuliaan


di dunia, meskipun orangnya menolak dan tidak mencari
(kemuliaan di dunia itu). Mencari pangkat kemuliaan dunia
akan menghalang daripada kemuliaan Akhirat.

Nabi ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam bersabda:

َّ َ َ‫ـب اآل ِخـ َـر َة أ‬


‫ض‬ َّ َ َ‫ـب دُن َيــا ُه أ‬
َّ ‫ َو َمــن أَ َحـ‬،‫ض بِآ ِخ َ ِترـ ِه‬ َّ ‫َمــن أَ َحـ‬
‫ فَآ ِثـ ُـروا َمــا يَبقَــى عَـ َـى َمــا يَفـ َـى‬.‫ب ُِدن َيــا ُه‬
“Sesiapa yang cintakan dunianya, dia akan
memudaratkan Akhiratnya. Sekiranya dia
cintakan Akhiratnya, dia akan memudaratkan
dunianya. Oleh itu, dahulukanlah apa yang kekal
berbanding apa yang fana.” (H.R. Aḥmad).

***

15
Alḥamdulillāh, segala puji bagi Allāh, dahulu, kini dan
selamanya, atas penyempurnaan terjemahan dan ringkasan
“Syarah Hadis Dua Serigala Lapar” karangan al-Ḥāfiẓ
Ibn Rajab raḥimahullāh ini, pada maghrib 2 Safar 1441H,
bersamaan 30 September 2019M, di Maktabah atTauhidi,
negeri Sabah alMahmiyah billah, di tangan empunya segala
dosa dan kesilapan Syafiq atTauhidi. Semoga Allāh yang
baik menerimanya dan mengumumkan manfaatnya kepada
seluruh umat.

16

Anda mungkin juga menyukai