Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN PELANCARAN PRODUK

“KAPSUL GELATIN HALAL”

Bismillahir rahmanir rahim


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

Yang Berbahagia Dato’ Yahya Bin Daud

Timbalan Ketua Setiausaha (PDN)


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan,

Yang Berbahagia Dato' Malik bin Hj Kamal

Pengerusi Eksekutif, Suruhanjaya Koperasi Malaysia,

Yang Berusaha Dato’ Ir Abd Hassan bin Hj Yunos


Pengarah Urusan Bio-Gel Corporation (M) Sdn Bhd,

Pegawai-pegawai kanan Kementerian dan agensi syarikat,

Wakil-wakil Media Cetak & Elektronik, Wakil Sektor Swasta,


Dif-Dif Jemputan, Y. Bhg. Tan Sri-Tan Sri, Dato’-Dato’, Datin-Datin,
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
Seterusnya hadirin yang dihormati sekalian,

1. Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana
dengan limpah kurnia serta Rahmatnya, maka dapatlah kita bersama-sama berkumpul di
dalam majlis perasmian memperkenalkan produk terbaru keluaran Bio-Gel Corporation
(M) Sdn. Bhd. iaitu “ Kapsul Gelatin Halal”.

2. Industri halal dilihat semakin berkembang maju melalui dua cabang utama iaitu, produk-
produk halal seperti produk pemakanan, kosmetik, perubatan dan perkhidmatan halal
perbankan dan keuwangan syariah, perkhidmatan logistic dan perlancongan. Kesemua
produk-produk halal ini semakin mendapat sambutan di pasaran. Bukan sahaja dari segi
perkembangan produk, industri halal juga telah menjadi semakin kompetitif kerana
banyak negara luar dan negara bukan Islam sudah mulai memasuki pasaran. Kalau
dahulunya hanya beberapa negara ASEAN seperti Thailand dan Filipina yang aktif
dalam industri halal, hari ini negara-Negara Timur Tengah, Amerika Syarikat, Afrika,
Eropah, Rusia dan Jerman telah mula member perhatian dan melibatkan diri secara serius
dalam industri ini.

3. Makanan adalah tempat pertama yang wajib bagi umat Islam risaukan. Sebab itulah kami
mengharapkan ada kesedaran di kalangan umat Islam di seluruh dunia mengenai sumber
makanan yang halal. Nabi Muhammad S.A.W pernah berkata "ANDA ADALAH APA
YANG ANDA MAKAN!”. Dengan inisiatif untuk menghasilkan produk yang selamat,
bermutu tinggi dan di jamin kebersihan serta kesucian sesuatu produk itu terutamanya
produk berasaskan makanan, maka dengan itu pihak pengurusan serta Ahli Lembaga
Pengarah Syarikat Bio-Gel Corporation (M) Sdn Bhd, sebulat-suara bersetuju untuk
memperkenalkan produk halal terbaru kami iaitu “ kapsul gelatin halal” yang telah
dijamin kesuciannya dan talah mendapat pengesahan halal daripada JAKIM dan
pengiktirafan ISO2011 daripada SIRIM.

4. Gelatin adalah satu bahan yang digunakan di dalam industri makanan dan perubatan


kerana sifatnya yang unik. Manusia telah menggunakan gelatin sejak beratus-ratus tahun
yang lalu. Kini, kegunaannya telah diperluaskan ke dalam industri farmaseutikal,
kosmetik dan teknikal pula. Tanpa gelatin, sesetengah produk tidak mungkin dapat
dihasilkan. Gelatin telah menjadi isu hangat bagi seluruh penduduk dunia apabila mereka
mengetahui sumber gelatin adalah dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan. Bagi orang-
orang Islam, walaupun sumbernya dari binatang yang halal dimakan, mereka harus
memastikan bahawa haiwan-haiwan tersebut disembelih oleh orang Islam dan mengikut
syariah.
5. Gelatin Halal adalah satu fenomena yang juga telah ramai memperkatakan megenainya.
Hampir seluruh umat Islam menjadi bimbang dengan bahan yang dinamakan gelatin ini.
Ianya menjadi tanda tanya samada ianya halal atau tidak. Atas dasar keperihatinan serta
tanggungjawab sosial ini, maka pihak syarikat telah menjalankan satu penyelidikkan
terhadap penghasilan kapsul gelatin yang diperbuat daripada bahan sumber semulajadi
dan babas daripada tulang dan kulit haiwan yang tidak disembelih mengikut syarak atau
apa sahaja sumber yang boleh diragui tentang halal dan haramnya bahan-bahan itu
diperoleh. Kajian yang kami lakukan amatlah teliti dan telah mengikut garis panduan
yang telah di tetapkan oleh syariah Islam.

6. Kami yakin syarikat kami mempunyai kelebihan dan mampu menjadi peneraju sector ini
kerana kami mempunyai pengalaman penyelidikan yang luas, infrastruktur serta institusi
yang dapat membantu membangun dan meggalakkan industri pemprosesan “kapsul
gelatin halal” ini. Selaras dengan hasrat menjadikan Malaysia sebagai pusat atau hub
pengeluaran produk halal bagi keperluan tempatan dan dunia. Pelbagai inisiatif telah
kami jalankan untuk memberi kesedaran kepada pengguna khususnya pengguna Islam
mengenai kepentingan industri gelatin halal ini dan pelbagai produk halal yang telah
kami hasilkan. Diharapkan sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya daripada
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan serta
Suruhanjaya Koperasi Malaysia agar bersama-sama memikul tugas dan tanggungjawab
korporat syarikat bagi mempromosi produk halal kami dan memberi kesedaran kepada
pengguna di selurah dunia mengenai Industri Halal di Malaysia.
RUJUKAN:

1. http://www.kohalal.com/halal

2. http://www.halagel.com/cart/

3. http://halagel.com.my/shoppingcart/

4. http://www.simedarbyplantation.com/Agri-Bio_Corporation_Sdn_Bhd_.aspx

5. http://www.treasury.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=930%3Aucapan-di-majlis-pelancaran-kad-bsn-
matrix-i-dan-pembiayaan-peribadi-i-sempena-pembukaan-rasmi-bsn-cawangan-
putrajaya&catid=53%3Aucapan&Itemid=251&lang=my

6. http://aplikasi.kpkt.gov.my/ucapan.nsf/521fb206a8dbd0a34825697400224def/da2dda7ae
a2790764825737d00288a6d

7. http://www.speaking-tips.com/Articles/Making-Your-First-Keynote-Speech.aspx

8. http://www.linkedin.com/answers/professional-development/communication-public-
speaking/PRO_COM/664876-5137089

9. http://ebookgratisan.net/keynote-speech

Anda mungkin juga menyukai