Anda di halaman 1dari 1

Tujuan dan objektif sambutan Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan

menebus dosa atau memohon ampun atas dosa-dosa yang telah dilakukan sepanjang
tahun. Bukan semua penganut Hindu akan menunaikan nazar.

Nazar ialah memohon hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka
satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.

Pada hari itu mereka akan membawa susu yang diisi dalam belanga kerana susu itu
dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga
aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak, warna, daun dan
benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil.

Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut. Amalan ini merupakan
satu bentuk melepaskan atau membayar nazar atau melupakan sesuatu peristiwa yang
sedih dan menanti hari-hari yang baik yang bakal menjelma.

Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, "kavadi" (seperti yang
ditunjukkan di dalam gambar di atas) akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di
atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya
terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk.

Pelbagai cara "menyeksa diri" dilakukan bagi menunjukkan mereka memohon ampun.
Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku.

Intihanya, Salam Thaipusam saya ucapkan kepada semua guru dan pelajar yang
menyambutnya. Kepada yang tidak menyambut Thaipusam tetapi mendapat cuti pada
keesokan hari, isilah cuti ini dengan membuat perkara yang baik supaya diberkati Tuhan.
Manusia punya asa, Tuhan punya kuasa.

Anda mungkin juga menyukai