Anda di halaman 1dari 9

IKTIKAD KETUHANAN, SYIRIK DAN ILMU

   Perkara pokok yang perlu kita ketahui ialah iktikad ketuhanan.  Jika rosak iktikad kita
tentang ketuhanan, maka rosaklah segala amalan dan ibadat kita ditolak oleh Allah.
Justeru itu perlulah kita ketahui sedalam-dalam dan  secara terperinci tentang iktikad
ketuhanan ini, dimana pada hari ini tidak diperbincangkan lagi dan tidak dititik beratkan
lagi oleh sebahagian besar umat Islam terutama pada cerdik pandai Islam pada zaman ini.
Kita rasa amat sedih sekali, kerana dewasa ini aspek-aspek ketuhanan ini telah
diperingankan dan dianggap menyeleweng oleh sebahagian besar umat Islam terutama
cerdik pandai Islam dimasa ini.  Jadi bagaimanakah pegangan kita tentang iktikad
ketuhanan?.

   Rasullallah saw bersabda; "Untuk mengetahui tentang ketuhanan wajiblah


menuntut ilmu dan untuk menjalani sesuatu amalan atau ibadat wajiblah kita
menuntut ilmu".  Pepatah ulamak-ulamak dahulu ada berkata "Fardhu sebelum fardhu".
Menuntut ilmu itu fardhu ain pada setiap lelaki dan perempuan yang mukallaf, iaitu tiga
ilmu yang wajib dituntut, iaitu

a.   ILMU FEKAH,

b.   ILMU USULLUDIN @ TAUHID

c.    ILMU TASAUF.

   Sebagai contoh, iaitu untuk menyampaikan faham kepada kita, iaitu kita ibaratkan tiga
ilmu itu sebagai orang yang hendak menjala ikan, yang bertujuan dan bermatlamat untuk
mendapat ikan.  Sebelum hendak menjala wajiblah kita ketahui beberapa peraturan atau
undang-undang untuk menggunakan jala tersebut, contohnya seperti dibawah:-

1.1   FEKAH

   Sebelum kita hendak mengerjakan sembahyang, kita perlu ketahui cara-cara hendak
bersuci dan cara-cara hendak mengangkat udhuk atau mengambil air sembahyang, dan
ini semua diterangkan secara terperinci didalam ilmu FEKAH.  Ilmu FEKAH ini kita
ibaratkan dengan cara-cara hendak memegang jala sebelum kita menebarnya kedalam air.
Jala tersebut perlulah dibahagi kepada tiga bahagian, iaitu dibelakang, ditengah dan
dihadapan, dan jikalau tidak mengikut peraturan ini wajiblah jala tersebut tidak akan
kembang dan sudah semestinyalah tidak akan mendapat hasilnya.  Ilmu FEKAH itu amat
penting kerana kita perlu mengetahui cara-cara hendak mengerjakan amal, jikalau tidak
mengetahui ilmu FEKAH bagaimana kita hendak mengerjakan sesuatu amal atau ibadat,
sedangkan tiap-tiap satu rukun itu ada peraturan-peraturannya, dimana sekiranya kita
tidak mengikut peraturan-peraturann yang telah ditetapkan, maka rukun atau ibadat itu
batal dan tertolak (tidak sah).
1.2   USULLUDIN @ TAUHID
   
Setelah kita pandai menebar jala, perlulah pula kita pastikan tempat yang hendak kita
menebar jala tersebut tidak ada halangan didalam air, seperti kayu, batu atau sebagainya.
Walaupun kita sudah pandai menebar jalan tetapi jikalau kita tidak pandai memeriksa
tempat yang hendak kita menjala, sudah pastilah matlamat untuk kita mendapat ikan jadi
sia-sia sahaja, kerana jikalau terkena kepada kayu atau batu sudah pastilah jala tersebut
akan pecah atau koyak dan ikan yang diharapkan terlepas.  Oleh itu USULLUDIN juga
ialah suatu ilmu yang terpenting,  yang mana kita hendak mengusul sehingga kita dapat
mentauhidkan atau mengesakan Allah dengan sebenar-benarnya.  

Jadi apabila kita hendak mengerjakan sembahyang bermakna kita hendak menyembah
Allah, dan sebelum kita hendak menyembah tentulah kita kena ketahui dan kenal dengan
tuan yang hendak kita sembah.  Sembahyang itu menyembah Allah, tetapi adakah kita
kenal dengan Allah yang kita sembah?.  Ibaratnya; jikalau kita mengerjakan (menebas)
kebun atau ladang seseorang, sedangkan tuan yang empunya ladang tersebut kita tidak
kenal, cukup seminggu atau sebulan kita hendak minta upahnya, dari atau kepada siapa
yang kita hendak minta upah?.  Atau adakah tuan punya ladang tersebut rela dengan
permintaan kita?.  

Begitulah juga dengan amal atau ibadat kita, kita berkehendakkan pahala atau syurga,
sedangkan tuan yang empunya pahala dan syurga atau tuan yang kita tujukan amal ibadat
kita, kita tidak ketahui dan tidak kenal, jadi kepada siapa yang hendak kita minta pahala
atau syurga?.  Dan juga jikalau kita mengerjakan amal atau ibadat dengan disertai
berkehendak kepada syurga atau pahala, ini bermakna tidak ikhlas namanya, sedangkan
mengikut ilmu TASAUF batal pahala amal yang kita kerjakan.  Mengikut firman pula,
tiap-tiap amal atau ibadat mestilah dengan ikhlas, jika tidak amalan itu ditolak oleh Allah.

       Contohnya; didalam sembahyang kita sebut sahaja aku sembahyang, jadi sahaja aku
sembahyang  itu kita hendak letak dimana?.  Sebenarnya perkataan sahaja itu terletak
dihamba, dari itu jikalau hamba membuat satu-satu kerja tidak layaklah hamba itu
meminta balasan atau bayaran, sebab Allah menyebut kepada kita hamba bukan kuli.
Jikalau kuli tidak diberi upah atau bayaran sudah pastilah kuli tersebut tidak akan
membuat sebarang kerja walaupun diperintah.  Seorang hamba apabila membuat kerja
mengikut perintah tuannya bukan kerana upah atau gaji.  Sedangkan kuli membuat kerja
kerana mengharapkan upah atau gaji, jadi kenalah faham betul-betul perbezaan antara
kuli dengan hamba.  

Seorang hamba mendapat ganjaran atau habuan diatas ikhsan tuannya, kerana tuan itu
melihat hambanya rajin berkerja dengan ikhlas, tekun dan sabar sehingga tidak mengenal
penat dan lelah, maka timbullah rasa kasihan tuannya itu kepada hambanya, lalu tuan itu
memberi hadiah atau saguhati untuk hambanya.  Oleh itu kita hendak masuk syurga atau
mendapat pahala bukanlah kerana amalan, tetapi kerana keikhlasan dan juga kerana Ar-
Rahman dan Ar-Rahim Allah.  Sekiranya kita masuk syurga kerana amalan kita,
bermakna syurga dan pahala itu boleh dibeli dan seolah- olah baharu boleh memberi
bekas.  Dari itu jikalau kita beramal dan beribadat kerana takut dosa dan hendakkan
pahala, bermakna kita dengan Allah ibarat kuli bukannya hamba, dan kiranya tidak
mendapat upah atau bayaran sudah pasti tidak mahu buat kerja.

   Seperkara lagi kerana takut dihukum dan juga kerana perintah, jikalau tidak sudah pasti
siapa pun tidak mahu buat kerja, ini juga termasuk perkara-perkara yang tidak ikhlas.
Jikalau begitu dimanakah hendak diletakkan LILLAHITA'ALA?.  Dan jikalau kita
beribadat kerana menuntut sesuatu, dan jikalau begitu apa yang kita ucapkan tidak
setentang dengan apa yang kita niatkan.  Kita ucapkan kerana Allah, tetapi kita niat
kerana syurga atau pahala, tentulah ini juga termasuk didalam golongan munafik, kerana
kita lakukan bukan kerana Allah, tetapi kerana hendaklah syurga dan takut pada neraka,
yakni bukan kerana Allah tetapi kerana HAK Allah.  

Kesimpulannya jikalau Allah tidak buat syurga dan neraka sudah mesti kita tidak akan
mengerjakan ibadat, dan jikalau kita periksa betul-betul diri kita, pada kebiasaannya apa-
apa ibadat dan amal kerana HAK TAALA, bukan kerana Allah sebenarnya.  Pembalasan
syurga dan neraka itu adalah janjian Allah kepada hambanya, setimpal dengan perilaku
hambanya didunia.  Baik balasannya syurga dan jahat balasannya neraka, bukanlah
bermakna disuruh hamba itu menuntutnya, kerana tugas hamba itu ialah
memperhambakan dirinya zahir dan batin, dan terpulanglah kepada tuannya untuk
meneracai keperhambaannya.  Kita sebagai hamba dengan ikhlas wajib
memperhambakan diri sepenuhnya.

1.3   TASAUF
   
Ilmu TASAUF pula diibaratkan sebagai batu jala, kita sudah pandai menjala dan juga
pandai memeriksa tempat menjala, akan tetapi jalanya tidak ada batu, walaupun kita
pandai menebar jala dan jala kita kembang, tetapi disebabkan jalan tidak ada batu, jalan
tersebut kembang di atas air tidak pula turun kebawah dan matlamat untuk mendapat 
ikan jadi sia-sia.
   Kita sudah pandai syariat dan pandai cara-cara hendak beribadat, tetapi jikalau tidak
mempunyai ilmu TASAUF pahala amal kita batal.  Amal ibadat kita tetap sah, tetapi
tidak ada hasil atau pahala, walaupun sifat kehambaan itu bukanlah menuntut pahala,
akan tetapi amal ibadat kita tidak ada nilaian disii Allah Taala, dan dengan sendirinya
amalan kita tadi jadi sia-sia sahaja.

   Oleh sebab itulah kita wajib dan perlu mengetahui ketiga-tiga ilmu tersebut, terutama
ilmu TASAUF, kerana ilmu TASAUF inilah hendak mengesahkan pahala amal.
            Usul, fekah dan tasauf pula dipecahkan kepada beberapa cabang dan rantingnya
iaitu; USUL FEKAH, USULLUDIN (SIFAT DUA PULUH), USUL TAHQIQ,
TASAUF IBADAT dan TASAUF HAKIKAT.  Usulludin setakat sifat 20, dipecah
kepada empat bahagian iatu NAFSIAH, SALBIAH, MAANI dan MAANAWIYAH, dan
juga dipecah kepada istiqna, istiqa, sifat kaya, sifat baqa dan tersimpulah aqidul iman. 
Apakah setakat itu sudah beriman?.  Setakat usulludin hanya menceritakan dan
memberitahu kita, bahawa Tuhan ada, Tuhan sedia, Tuhan bersalahan dengan yang
baharu, Tuhan kekal, Tuhan melihat, Tuhan berkata-kata dll.  Usulludin setakat
menceritakan sahaja,  tetapi yang melihat, berkata, berkuasa, mendengar itu dimana?. 

   Lazimnya usulludin terhenti disini sahaja dan jika ditanya Tuhan itu ada dimana, paling
tinggi jawapannya Tuhan itu tidak bertempat. Tidak bertempat macammana?  pasti tidak
dapat jawapannya dan kesudahannya dikatakan soalan bodoh atau soalan orang gila. 
Sebab itu kita perlu tahu dan mempelajari USUL TAHQIQ selepas usulludin, kerana
dengan USUL TAHQIQlah kita dapat menyatakan Tuhan, iaitu yang mendengar, yang
berkata dll tadi itu dimana?.  Dengan usul tahqiqlah soalan-soalan tadi akan terjawab. 
Ibarat kita tanam padi dari membajak, menuai sehingga menyimpan itulah usulludin.
Tetapi  usul tahqiq diusahakan sehingga jadi beras, jadi nasi dan dicampur lauk pauk
baharulah sempurna dimakan (sempurna amal).  Cara-cara hendak memasak pun perlu
diketahui, takut kalau-kalau nasi jadi lembik atau mentah, kerana tidak tahu menyukat air
dsb.  Cara-cara dan petua untuk menjadikan nasi itu sempurna kita ibaratkan TASAUF
HAKIKAT.  Tasauf ibadat pula hanya setakat untuk mengelakkan daripada riak, ujub,
takabur, dll.  Tasauf hakikat menyentuh tentang ketuhanan, kesedapan beramal dan
kemanisan serta kelazatan dalam amal, ibarat nasi yang berlauk, bukan makan  nasi
semata.
   
Apakah dihari ini kita sudah mendapat kemanisan dan kelazatan dalam beramal dan
apakah yang sebenarnya yang dikatakan kemanisan dan kelazatan ?  Oleh sebab itulah
menjadi kewajipan kepada kita untuk mencari dan mengetahui ketiga-tiga ilmu tadi,
supaya boleh mengetahui dan menghayati kemanisan dan kelazatan  dalam beramal. 
Setengah-setengah pendapat mengatakan, tidak sembahyang tidak boleh duduk, gelisah
dan sebagainya, itu yang katakan mereka kemanisan dan kelazatan.  Jikalau setakat itu
masih diperingkat ketagih, seperti orang ketagih rokok, tidak merokok tidak boleh duduk,
gelisah dan sebagainya, yang itu bukan lagi kemanisan dan kelazatan namanya. 

Yang dimaksudkan kemanisan dan kelazatan itu tidak siapa yang boleh
menghuraikannya, hanya diri sendiri atau mereka yang biasa menempuhinya atau
menikmatinya.  Dengan cara ini baharulah kita akan mengetahui amalan kita itu diterima
atau tidak.  Untuk mencapai  ketahap ini ialah dengan jalan MAARIFATULLAH iaitu
mengenal akan Allah dengan sebenar-benar pengenalan.  Jikalau kita tidak maarifat akan
Allah, sudah pasti sama sekali kita tidak dapat melepaskan diri dari  mensyirikkan Allah. 
Syirik ialah satu-satunya dosa yang tidak akan dapat keampunan, dosa-dosa lain Allah
ampun, tetapi bagi dosa syirik tidak sama sekali.

   Tanpa maarifat, amal ibadat tidak sempurna dan tidak akan telepas dari syirik.  Tidak
maarifat ertinya tidak kenal, maka apabila tidak kenal bagaimana hendak cinta,
sedangkan pepatah ada berkata "tak kenal maka tak cinta".   Kita kata kita cinta pada
Allah,  teetapi setakat mana kita cinta kepada Allah?.  Sedangkan kita tidak kenal Allah. 
Apakah cinta kita kepada Allah setakat lima waktu sehari semalam sahaja?, entah-entah
dalam lima waktu itu pun kita tidak dapat ingat kepada Allah, sebab tidak mengenal akan
Allah.  Sembahyang maksudnya ingat, Allah ingat kepada kita dua puluh empat jam
sehari semalam, buktinya nafas kita yang turun naik tidak putus-putus duapuluh empat
jam, kita ingat kepada Allah setakat lima waktu sahaja, lebih kurang lima puluh minit
atau pun sejam, itupun  mungkin cacat kerana tidak maarifat.  Kata orang-orang hakikat,
orang yang ulang alik pergi surau sembahyang lima waktu kerana perintah Allah itu
jahat, sebab kerana perintah, tetapi jikalau tidak kerana diperintah mungkin tidak
dibuatnya, itu yang dikatakan jahat.  Orang yang baik, ialah orang yang sentiasa ingat
kepada Allah sentiasa, setiap waktu, setiap ketika sama ada dalam sembahyang atau di
luar sembahyang.

MAKSUD SEBENAR APA ITU SYIRIK DAN APA ITU ILMU

   Firman Allah Maksudnya "Tahukah kamu orang-orang yang mendustakan agama?"     


(Al Ma'un ayat 1)
Maksudnya. Maka kecelakaan  bagi orang-orang yang shalat . Orang-orang yang lalai
didalam sembahyangnya" (Al Ma'un ayat 4).
   
Apakah Tuhan itu zalim, hinggakan orang yang sembahyang menyembahnya, hendak
dilontarkan kedalam neraka wail, (orang yang lalai).  Maksud lalai disini bukanlah
sembahyang melengah-lengahkan waktu atau zohor sembahyang subuh tidak, magrib
sembahyang isyak tidak, (begitulah setengah pendapat tok-tok alim zaman ini).  Sebenar
lalai  yang  dimaksudkan oleh Allah itu ialah orang yang didalam sembahyangnya ingat
selain dari Allah, tidak kira orangitu ulamakkah, tok alimkah, tok lebaikah atau sesiapa
sahaja, asalkan lalai didalam sembahyangnya masuk neraka.  Orang-orang yang begini
lalai pun kena dan dusta pun kena.  Sebab apa dikatakan dusta?.  Sebab tidak kenal,
hendak ingat kepada seseorang itu mestilah kenal  terlebih dahulu, tidak kenal tetapi dia
kata dia ingat.  Terang-terang orang itu berdusta. Sebab itu layaklah orang seperti itu
dihumban oleh Allah kedalam neraka
   Sebagai contoh; seorang jejaka ingat kepada seorang gadis, jejaka tersebut ingat sampai
termimpi- mimpi, sebab jejaka tersebut kenal dengan gadis itu.  Allah jadikan kita untuk
mengenalnya dan Allah kenal akan kita baharu ada kenal mengenal antara satu sama
lain.  Jikalau kita sahaja yang ingat, bukan dinamakan cinta, tetapi dipanggil angau. 
Orang bercinta jikalau tidak dapat lihat orang yang dicintai, dapat pandang bumbung
rumah kekasihnya pun sudah cukup.  Sebab itu jikalau hendak cinta pada Tuhan, kenalah
kenal betul-betul.

Hadis saw; Bertanya sahabat kepada Rasullallah, "Apa amal yang paling afdhal ya
Rasullallah?" Sabda Rasullallah, "Maarifatullah". Bertanya lagi sahabat kepada
Rasullallah."Amal apa yang terlebih pahalanya ya  Rasullallah?'.  Jawab Rasullallah,
"Maarifatullah".  Bertanya lagi kali ketiga oleh para sahabat, dan pada kali ini sahabat
bukan lagi bertanya, tetapi membangkang.  "Kami bertanya dari segi amal, kenapa
engkau menjawab dari segi ilmu ya Rasullallah?'.  (maarifatullah itu kaedah ilmu
bukanlah kaedah amal).  Menjawab Rasullallah, "Sedikit beramal dengan mengenal
Allah, terlebih munafaat, banyak beramal dengan tidak mengenal Allah tiada munafaat!".
Tujuan para sahabat bertanya kerana mereka tamak akan pahala, kerana mereka hendak
bersungguh-sungguh beramal dengan yang banyak pahala, dan yang kurang pahala
mereka hendak ringankan.

   Kita selalu dengar dan terbaca didalam kitab-kitab atau buku-buku iaitu perkataan
AWALLUDIN MAARIFATULLAH.  Perkataan itu terdapat beberapa pendapat, atau
percanggahan pendapat oleh ulamak-ulamak sekarang.  Ada yang mengatakan bahawa
perkataan tersebut bukanlah perkataan Rasullallah.

   Dengan itu perkataan MAARIFATULLAH itu ialah perkataan nabi saw ini kerana
berdalilkan hadis diatas.  Akan tetapi berkemungkinan perkataan  AWALLUDIN itu
ditambah oleh para ulama dahulu berdasarkan hadis diatas tadi, iaitu "Sedikit beramal
dengan mengenal Allah lebih munafaat dan banyak beramal dengan tidak mengenal
Allah tiada munafaat". Jadi sebelum kita membuat amal, wajiblah kita kenal Allah
terlebih dahulu, jika tidak sia-sia sahajalah amalan kita itu.

AGAMA
   Apa erti agama?.  Erti agama ialah suruh dan tegah, iaitu di suruh mentauhid dan
ditegah mensyirik.  Agama disisi Allah hanya ISLAM sahaja, kepada yang lain seperti
nasrani, yahudi dll dipanggil kaum, bukan agama.  Firman Allah

Maksudnya
 "Katakanlah (wahai Muhammad ):’ Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti
kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah yang esa; Oleh itu sesiapa
yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan tuhannya, hendaklah ia mengerjakan
amal yang soleh Dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun didalam beribadat
kepada Tuhannya". (Al-Kahfi: 110).

SYIRIK

   Syirik terbahagi kepada dua, iaitu syirik jali dan syirik khafi.  Syirik jali ialah syirik
yang terang iaitu seperti menyembah berhala, patung, pohon kayu atau apa-apa juga
objek yang terdapat disekeliling. Sejahil-jahil orang Islam berkemungkinan tidak akan
terkena kepada syirik jali.  Syirik khafi pula ialah syirik yang tersembunyi, yang mana
kita tidak sedari dan ketahui yang kita terkena kepada syirik.  Bukanlah seperti tafsiran
sesetengah ulamak masa kini, yang mana mereka tafsirkan syirik khafi itu ialah syirik
kecil, atau syirik halus dan oleh kerana itu mereka meringankan dan meremehkan syirik
khafi ini, seolah-olah boleh dikuis seperti seekor semut sahaja.  Sedangkan syirik khafi
inilah yang paling di takuti oleh ulamak-ulamak zaman dahulu.  Walaupun syirik khafi
namanya, tetapi hukumnya tetap syirik jali, sekiranya kita tidak mengenal Allah atau
menyata akan Allah. Insyaalah kita akan buktikan di bab-bab yang akan datang.
   
Kita bertaubat siang malam dan pagi petang, tetapi syarat taubat tidak kita ikuti, iaitu;
tinggalkan, menyesal dan tidak akan mengulangi lagi.  Bagaimana hendak ditinggalkan
dan menyesal, sedangkan kita tidak ketahui kita kena syirik. Sampai ke mati pun kita
tidak ketahui yang kita kena syirik.  Tetapi yang anehnya, kebanyakan cerdik pandai
Islam sekarang mengatakan tidak mengapa, kerana syirik khafi ini halus, sekadar dosa
kecil sahaja.  Tetapi bagi ulamak-ulamak zaman dahulu, syirik khafi inilah yang paling
ditakuti oleh mereka, syirik jali tidak perlu ditakuti kerana tidak ada orang Islam yang
akan kena dengan syirik jali.  Kita perlu waspada dengan syirik khafi  ini, sebab itulah
kita perlu atau wajib ambil tahu tentang syirik khafi .
   Bagi orang-orang hakikat, sebesar zarah kena syirik khafi  seolah-olah sebesar gunung
yang akan menghempap diri mereka, tetapi bagi orang-orang syariat, jikalau sebesar
gunung pun mereka menganggap seperti seekor semut, yang dengan mudah mereka
membuangkannya.  Sabdu rasullallah saw; "Tidak akan masuk syurga, jika ada walau
sebesar zarah syirik".  Ini adalah amaran yang paling keras.  Tetapi kini adakah cerdik
pandai Islam mendedahkan perkara yang penting ini?.  Perkara-perkara seperti ini jarang
sekali kita dengar, malahan tidak pernah ada perbincangan secara terperinci didalam
masyuarat Islam kita.  Jikalau adapun datangnya dari sebilangan kecil guru-guru hakikat,
itupun mendapat tentangan dan cemuhan, dan dituduh menyeleweng, sesat dsb.  Yang
paling menyedihkan ialah tuduhan dan cemuhan begitu datangnya dari apa yang
dinamakan cerdik pandai Islam.  Mereka ini menyuruh kita bincang bab lain banyak-
banyak, tetapi tentang hakikat jangan dikaji dan dipelajari, nanti jadi sesat atau gila isim,
dan dimasukkan pula kedalam internet, iaitu didalam senarai ajaran sesat.  Amat
menyedihkan didalam bilangan yang keempat belas, ILMU MENTAUHIDKAN ALLAH
tercatit sebagai ajaran sesat.  Jadi jikalau tidak boleh mentauhidkan Allah, buat apa lagi
sembahyang sampai lebam dahi, lebih baik tidak usah, buang masa sahaja.

   Syirik khafi setiap saat kita kena tetapi jikalau kita pelajari ilmu hakikat kita tahu kita
kena, sebab ada isyaratnya, ibarat lampu isyarat yang merah.  Jikalau buat ibadat banyak-
banyak, tetapi tidak tahu kena syirik, kedalam nerakalah tempatnya, kerana Allah sudah
tegaskan bahawa dosa syirik adalah dosa yang tidak diampun.  Tidak kira syirik jali atau
syirik khafi.  Punca-punca kena syirik sebab tidak maarifat atau mengenal Allah.  Itulah
didalam Islam ada ilmu syariat, ilmu tarikat, illmu hakikat dan ilmu maarifat, keempat
ilmu ini kenalah jalan seiring, jikalau tidak nerakalah tempatnya.

   Sabda nabi saw; "Beramal tanpa ilmu sesat yang amat sangat, dan berilmu tanpa amal
dosa yang amat besar".  Orang yang berilmu jikalau beramal pasti  menjadi, tetapi orang
yang tidak berilmu membuat amal tidak menjadi dan sia-sia.  Ilmu apakah yang
dimaksudkan?.  Jikalau ilmu sembahyang atau ilmu puasa, yakni ilmu fekah, tidak
dinamakan sesat, tetapi dikatakan jahil sahaja.  Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu
MAARIFATULLAH, iaitu ilmu mengenal Allah, (insyaallah kita akan buktikan dibab-
bab yang akan datang).  Barang siapa yang tidak MAARIFATULLAH bukan sahaja
duduk didalam kesesatan, bahkan sentiasa mensyirikkan Allah.  Kaum kafir itu sesat
kerana syirikkan Allah.  Jikalau kita bertanya kepada yang sedang pegang gaharu
sembah  berhala, ini Tuhankah?.  Nescaya jawabnya, "bukan, tuhan alah, sambil
menuding jari telunjuknya keatas.  Jikalau kepada orang Islam pula kita bertanya, engkau
sembahyang sembah apa?.  Tentu jawabnya, "sembah Allah".  dan kita tanya lagi, dimana
Allah?.  Nescaya terpinga-pingat tidak tahu dimana, dan ada juga yang menuding jari
telunjuknya keatas.  Lagi teruk dari orang kafir, kerana orang-orang kafir sembah berhala
sebab tidak tahu Allah, tetapi orang Islam tahu adanya Allah dan tidak tahu dimana (tak
boleh nyata).  Jikalau seperti ini, didalam neraka besok orang kafir kata, "Gua kencing
luu kena", sebab kita duduk dibawah dari mereka.

   Ada juga yang berkata, "kita ini muda lagi, esok bila sudah tua kita mengajilah". 
Perkataan begini seolah-olah mereka lebih pandai dan tahu dari Tuhan, sebab mereka
tahu bila hendak mati, iaitu seperti maksud mereka mati tua.  Ada pula seorang ahli
kasyaf berkata, yang beliau baharu sahaja baligh tiga tahun, sedangkan usianya sudahpun
tujuh puluh tiga tahun, kerana beliau baharu tiga tahun mengenal Allah.  Kita tidak mahu
baligh umur, tetapi apa yang kita mahu ialah baligh akal, maksudnya akallah yang dapat
memaarifatkan Allah.
   Apakah tujuan Allah jadikan kita?. Saja-sajakah?.  Atau untuk apa? Sedangkan kita
tahu Allah itu maha kaya dan maha kuasa, jikalau Allah tidak mencipta makluk pun tidak
jadi apa-apa kepada DIA.  Tetapi apa sebabnya diciptanya makhluk?  Sebenarnya Allah
ciptakan makhluk ialah untuk menyatakan akan diriNYA yang tidak nyata, jikalau DIA
tidak mencipta makhluk, DIA hendak nyata dimana?.  Bagaimana pula untuk menyatakan
Allah?.  Jawabnya dengan jalan MAARIFAT.  Bagaimana pula hendak MAARIFAT?. 
Jawabnya dengan jalan TAUHID.

   Didalam banyak-banyak makhluk ciptaan Allah, makhluk yang berbangsa insan


sahajalah yang mendapat pujian dari Allah, kerana makhluk berbangsa insan sahajalah
yang boleh dan lebih tepat untuk menyatakan diriNYA yang tidak nyata. 

Firman Allah;   Maksudnya:


"Sesungguhnya Aku telah menciptakan insan dengan bentuk  semulia-mulia kejadian.
Kemudian kami kembalikan ketempat yang serendah-rendahnya"      (AT TIN: 4 dan 5). 

Apakah sebabnya setelah dipujinya insan dan selepas itu dikembalikan kepada
kehinaan?.  Sebabnya, Allah jadikan insan untuk menyatakan diriNYA yang tidak nyata,
tetapi apabila insan yang tidak dapat menyatakanNYA maka sia-sia sahajalah dijadikan
insan itu.  Sebab itu jikalau insan yang tidak boleh menyatakan Allah, tidak dipanggil
insan, tetapi dipanggil manusia?.  Yakni yang sia-sia didunia dan diakhirat.  Allah hanya
puji insan dan bukan manusia (Nas/Manusia), Allah puji insan yang boleh
menyatakanNYA.  Insan pun masih belum selamat. 

Firman Allah;
Maksudnya :
"Demi masa, sesungguhnya insan (manusia)  itu didalam kerugian, kecuali insan yang
beramal soleh dan berpesan-pesan kearah kebaikan dan berpesan dengan kesabaran ".   
   ( Al-Asri: 1, 2 dan 3 ). 

Beriman yakni sentiasa NYATA akan Allah dan beramal soleh, sentiasa ingat akan Allah
setiap masa dan detik.
   
Hendak menyata akan Allah, mestilah kenal, tetapi setakat mana kita kenal akan Allah?. 
Insyaalah kita akan cuba hurai dan fahamkan dengan kaedah ilmu ini di bab-bab
seterusnya.  Petikan firman, "Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari fahsya dan
mungkar".  Tetapi jikalau sembahyang tidak dapat mencegah dari fahsya dan mungkar,
sembahyang itu tidak terpakai dan jikalau sebenar sembahyang ia dapat mencegah dari
perkara-perkara tersebut, kerana sebenar sembahyang ialah menyata akan Allah. 
Kemungkaran yang paling besar ialah mensyirik akan Allah.  Jikalau sembahyang masih
mensyirikkan Allah sampai bila-bila pun tidak dapat mencegah dari fahsya dan mungkar,
kerana itu wajiblah kita ketahui bagaimana untuk dapat menyata akan Allah.  Ada juga
yang berkata apabila belajar ilmu hakikat, syariat tidak perlu ditunaikan, jikalau pendapat
seperti itu, suruhlah dia berjalan dengan kaki sebelah, atau suruh dia letak nasi
dihadapannya dan suruh nasi itu sendiri masuk mulutnya, jikalau dia boleh lakukan
bolehlah dia tinggalkan syariat.

   Perlulah ditegaskan lagi disini, bahawa SYARIAT, TARIKAT, HAKIKAT,


MAARIFAT ialah satu gabungan yang utuh, yang tidak boleh dipisahkan, dan jikalau
dipisahkan antara satu sama lain bermakna pincanglah amalan.  Bolehlah diibaratkan
disini;  SYARIAT ibarat perlakuan kaki yang melangkah, TARIKAT ibarat jalan yang
hendak dilalui, HAKIKAT ibarat ilmu sebenar atau bulat iktikad hendak ditujui, dan
MAARIFAT ibarat tempat yang sebenar hendak ditujui.  Dari itu dapatkah dipisahkan
atau diceraikan antara keempat-empat gabungan tersebut?.
 
RENUNGAN

"Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi.  Aku ingin diketahui.  Maka aku 
menciptakan  makhluk  agar  mereka mengenal Aku"
(Hadis Qudsi).

"Aku adalah 'Kanzun Mahfiyya' (yang terpendam dan tertutup).    Aku ingin ditemukan
dan dikenal.  Aku ciptakan makhluk agar mereka mengenal Aku. 
(Hadis Qudsi).

Sabda Rasul saw. Ilmu itu ada dua macam.  Pertama: Ilmu lisan,    sebagai hujjah Allah 
dan kepada  hambanya.  Kedua: Ilmu batin yang  bersumber  dilubuk hati,  ilmu inilah 
yang  berguna  untuk    mencapai tujuan pokok dalam ibadah.

DOA RASULLALLAH

Ya Allah, tunjukkilah kami bahawa kebenaran itu adalah sesuatu yang benar dan berilah
kami kemampuan untuk mengikutinya.  Dan tunjukkanlah kepada kami bahawa kebatilan
itu adalah sesuatu yang batil, maka itu berikanlah kami kemampuan menjauhinya". (hadis
Nabi).

Anda mungkin juga menyukai