Anda di halaman 1dari 5

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

“ PERPADUAN MENJAMIN KEMAKMURAN NEGARA ”


(9 OKTOBER 2009 / 20 SYAWAL 1430)

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekalian,

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa
iaitu melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.
Mudah-mudahan kita berbahagia di dunia dan di akhirat. Mimbar hari ini akan
memperkatakan khutbah bertajuk: “Perpaduan Menjamin Kemakmuran
Negara”.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Kita bersyukur kepada Allah SWT kerana masyarakat dan rakyat jelata dapat hidup
dengan sejahtera dan harmoni di negara ini. Salah satu aspek terpenting yang
1
menyumbang keadaan ini adalah wujudnya perpaduan di kalangan rakyat berbilang
kaum dan agama.

Perpaduan merupakan satu kunci kejayaan. Dengan perpaduan kita dapat


bersatu tenaga dan fikiran untuk melaksanakan sesuatu untuk kebajikan bersama.
Tenaga seseorang individu dengan sendirinya tidak mampu mengatasi berbagai
tugas hidup. Sebaliknya tenaga ramai yang disatupadukan boleh menghasilkan
kejayaan yang luar biasa. Sebab itu apabila terdapat umat yang bersatupadu, maka
kejayaan yang cemerlang akan dicapai. Sebaliknya apabila perpecahan berlaku di
kalangan umat, maka buruklah akibatnya.

Firman Allah SWT dalam surah al-Hasyr ayat 14:

Maksudnya: “Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu-padu,


melainkan dikampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok.
Permusuhan di antara mereka amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu-
padu, sedang hati mereka berpecah belah. Yang demikian itu, kerana mereka
adalah kaum yang tidak memahami.”

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Perpecahan dan permusuhan di kalangan rakyat akan membawa ksengsaraan


hidup, kemusnahan harta benda, kemunduran ekonomi dan merosakkan sistem
pengurusan negara, keluarga dan masyarakat. Para jemaah dan umat Islam sekalian
dapat menyaksikan sendiri di teliyisen, akhbar dan majalah tentang kesan rusuhan
antara kaum dan puak yang berlaku. Malah apa yang paling malang sekali ialah
perpecahan dan perbalahan ini terjadi di kalangan sesama muslim sepertimana
yang berlaku di beberapa buah negara Islam.

2
Mimbar ingin menarik perhatian jemaah dan umat Islam sekalian, insaflah
kita bahawa untuk membangunkan semula hubungan antara kaum yang berpecah
belah dan membangunkan ekonomi atau Negara mungkin akan memakan masa
berpuluh-puluh tahun pula. Masalah perpecahan yang berlaku adalah berpunca
daripada sikap taksub kepada kepimpinan, perkauman dan agama tertentu. Di
dalam Surah ar-Ruum ayat 41, Allah SWT menjelaskan bahawa segala kerosakan
yang berlaku di atas muka bumi ini adalah akibat daripada tindakan manusia.
Firman-Nya:

Maksudnya: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di
laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; kerana Allah
hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk mereka,
supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini dikagumi banyak pihak. Persoalan
besar timbul ialah apakah perpaduan itu datang secara semulajadi atau dengan
kerja kuat barisan pemimpin di negara ini?. Apa yang pasti dan menjadi satu
hakikat perpaduan yang kita nikmati hari ini tidak datang bergolek. Ia adalah hasil
daripada kebijaksanaan pasukan kepimpinan negara masa kini yang bersikap
sederhana dalam memperjuangkan hak dan kepentingan kaum masing-masing.

Mimbar mengingatkan bahawa sikap bersederhana adalah selari dengan


ajaran Islam yang mengajak kita berbicara dan berunding dengan cara yang baik
melalui prinsip-prinsip yang berasaskan kepada semangat persaudaraan Islam dan
bertimbang rasa dengan pihak lain. Janganlah pula kita terhasut dengan pemikiran
yang jahat dan dari godaan syaitan yang menyesatkan.

3
Firman Allah SWT dalam surah Ibrahim ayat 22:

Maksudnya: “Dan berkatalah Syaitan setelah selesai perkara itu: Sesungguhnya


Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar, dan aku telah menjanjikan
kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang
alasan dan kuasa mempengaruhi kamu melainkan bahawa aku mengajak kamu
lalu kamu menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi
salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga
tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah
kufurkan dengan apa yang kamu sekutukan daku dengan-Nya. Sesungguhnya
orang yang zalim beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.”

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Perpecahan dan perbalahan yang berlaku sesama sendiri menyebabkan maruah kita
tergadai dan menjadi hina. Mimbar khawatir, kelemahan ini digunakan oleh pihak
tidak bertanggungjawab dan membenci kedamaian sebagai proksi bagi
pertelagahan antara pemimpin dan rakyat serta rakyat sesama rakyat di negara ini.

Situasi ini juga memberi peluang kepada musuh-musuh negara untuk


menjatuhkan serta menghancurkan pembangunan negara dan rakyat. Sekiranya ini
terjadi, kita rakyat di negara ini akan menghadapi zaman kegelapan daripada apa
yang pernah kita alami sebelum ini. Insaflah, perpaduan membolehkan Malaysia
mengecapi kemajuan dan kestabilan ekonomi dan politik hingga ke hari ini.
Hakikatnya negara kita yang aman dan tenteram selalu menjadi pilihan negara luar
untuk dijadikan ‘model’. Sehingga itu banyak negara luar yang menunjukkan
minat untuk mengetahui rahsia kejayaan kepimpinan Malaysia mengekalkan
4
keharmonian kaum hingga mereka mahu menggunakan formula yang dipraktikkan
oleh Malaysia.

Mengakhiri khutbah hari ini, mimbar menyeru sidang jemaah sekalian,


marilah kita sama-sama mengekalkan kesinambungan nikmat perpaduan dalam
usaha membangunkan bangsa, agama dan negara yang disegani di mata dunia.

‫الر ِج ِيم‬
َّ ‫ان‬ َّ ‫اهلل ِم َن‬
ِ َ‫الشيط‬ ِ ِ‫أَعُوذُ ب‬
ْ

Maksudnya: “Dan tidaklah manusia pada mulanya melainkan umat yang satu,
kemudian mereka berselisih. Dan kalaulah tidak kerana ketetapan yang telah
terdahulu dari Tuhanmu, tentulah telah diputuskan hukuman di antara mereka
mengenai apa yang mereka perselisihkan itu.”
(Surah Yunus:19)

Anda mungkin juga menyukai