Anda di halaman 1dari 10

Ahdaf tarbiyah fid dakwah

Terdapat 6 aspek yang terdapat di bawah ahdaf tarbiyah fid dakwah. Jika diteliti, ahdaf
adalah dalam berbentuk jamak yang membawa maksud hadaf,iaitu tujuan. Apabila bercakap
tentang tujuan, ia juga member satu refleksi akan tujuan dalam setiap amal yang dilakukan.
Lebih-lebih lagi akan tujuan penciptaan manusia oleh Allah SWT, yang mana telah
diterangkan melalui surah al-Baqarah ayat 30, manusia itu diciptakan unutk dijadikan sebagai
khalifah di muka bumi ini, dengan bermulanya penciptaan Adam, yang diangkat sebagai
nabi. Begitu juga dengan tujuan penciptaan manusia oleh Allah seperti mana yang disebut
dalam surah Az-Zariyat, ayat 56, manusia itu dijadikan untuk beribadat kepada Allah SWT.
Maka, amat pentinglah bagi seseorang untuk mengetahui tujuan hidupnya, kerana dengan
mengetahui tujuan hidup yang merupakan perkara asas itu akan dapat membimbing manusia
untuk terus hidup dan bekerja di muka bumi ini mengikut aturanNya.

Begitu juga dengan tarbiyah. Tarbiyah bermaksud pendidikan. Pendidikan datang dari Allah
dalam pelbagai cara dan situasi. Alangkah indahnya hidup ini jika kita melihat tiap sesuatu
itu datangnya dari Allah Yang Maha Esa. Dia menentukan segalanya, membrikan kita
kefahaman dalam agama, memberi nikmat Islam, dan kebolehan untuk berfikir untuk ummah.
Jadi, ahdaf tarbiyah adalah salah satu skop tarbiyah dalam dakwah, untuk memperlihatkan
setiap elemen akan membawa pada keberkesanan dakwah, jika ia benar-benar dituruti.

Pertama sekali, berdasarkan pemahaman saya melalui ahdaf tarbiyah ini, kita sebagai
Muslim harus mendapatkan gambaran yang menyeluruh tentang Islam itu sendiri dari
segenap aspek. Jika Islam tidak dikaji dan diambil secara menyeluruh, maka timbulnya fitnah
terhadap Islam itu sendiri. Dan Allah itu sangat Pemurah, mendatangkan cara untuk umah
Muhammad mempelajari Islam itu melalui Al-Quran da As-Sunnah Rasululullah SAW.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala (yang artinya):“Dan al-Qur’an itu adalah kitab
yang Kami turunkan yang diberkahi, maka ikutilah dia dan bertakwalah agar kamu diberi
rahmat.” (QS. al-An’am : 155)

“Sesungguhnya aku tinggalkan bagimu dua perkara, salah satunya ialah Kitabullah
(al-Qur’an) yang merupakan tali Allah. Barangsiapa mengikutinya maka ia berada di atas
hidayah dan barangsiapa yang meninggalkannya berarti ia dalam kesesatan.” (HR. Muslim)
“Dan Kami telah menurunkan kepadamu adz-Dzikr (al-Qur’an), agar kamu
(Muhammad) menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka
dan agar mereka memikirkannya.” (QS. an-Nahl : 44)

Dalil-dalil di atas menerangkan bahawa kita perlu mempelajari Islam dan mengenal Allah
melalui Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Dan hebatnya para sahabat, apabila mereka
menjadikan diri mereka celupan Al-Quran. Sabda Rasulullah, Sebaik-baik manusia adalah
generasiku (para sahabatku)…” (HR. al-Bukhari dan Muslim). Mengenal islam melalui Al-
Quran dan Sunnah membolehkan kita mendapat Islam itu secara sahih dan terbukti
kebenarannya. Hal ini kerana, Islam bukanlah terdiri dengan keperibadian, tetapi kebenaran
yang terpancar jelas. Seorang yang membenarkan ajaran Rasulullah, dan menjadikan Al-
Quran sebagai rujukan akan membantu membentuk diri menjadi celupan Al-Quran, yang
mana dari situlah punca kebenaran.

Maka, apabila pengetahuan sahih tentang Islam telah tergambar secara terang dan
jelas, secara otomatiknya, iindividu itu akan mengambil Islam secara keseluruhan, iaitu
syumul. Seorang Muslim yang benar-benar memahami islam dan benar-benar mengenal
Allah akan mengambil Islam secara kaffah, sepertimana yang diterangkan dalam Al-Quran,
surah Al-baqarah, ayat 208,

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan
janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu”

Secara tuntasnya, apabila Islam itu telah dipelajari secara menyeluruh, pemahaman
akan membantu kepada pembentukan amal yang berkesan dan melahirkan permata-permata
yang bersinar walaupun pada awalnya adalah lumpur yang pekat.**Moga diri turut berusaha
mengenal Allah dan memahami Islam dengan sebaiknya, moga Allah memudahkan segala
perjalanan menuju redaNya inshaAllah**

Seterusnya, ahdaf datang dengan tafa’ul, yang bermaksud harapan akan datang
kebaikan atau rahmat Allah/ berkat yang disebabkan oleh perbuatan tertentu. Tafa’ul
mewujudkan konsep yang tidak mati dan melahirkan interaksi, yang mana, melalui
pemahaman kita tadi menerusi gambaran Islam secara menyeluruh akan membantu
melahirkan tindakan, dan lebih bersikap dinamik.

Secara dalamannya, pemahaman yang jelas tentang Islam tadi akan membantu membentuk
keyakinan dalam diri kita. Pada pandangan saya, apabila kita telah mengenal Allah dan cara
hidup yang ditawarkanNya, maka dari situ akan timbul keyakinan dan ketenangan jiwa
apabila setiap segala sesuatu kita ingin lakukan keranaNya. Polar pemikiran kita juga
berubah, dan ingin ke arah kebaikan dan reda Allah. Hal ini membentuk dalam individu yang
kuat, dan secara tidak langsung membentuk akidah yang mantap, apabila setiap pandangan
dan polar pemikirannya berteraskan motivasi kerana Allah. Subhanallah.

Jadi, bila dalaman sudah mantap, maka terserlah lah kemantapan aqidah itu menerusi
luarannya pula, yang mana penampilannya berteraskan suruhan Allah, akhlaknya bagai
mencontohi akhlak Rasulullah, amalnya juga seiring dengan gerak lakunya, budi pekertinya
juga sentiasa membuatkan orang sekeliling berasa senang dengannya. Inilah antara efek
luaran daripada kesan tafa’ul yang diselarikan dengan amal. Tertanya-tanya, camna nak
tingkatkan tafa’ul? Bergantung pada individu, tapi dapat dilihat tafa’ul meningkat dengan
pembacaan, dan penambahan ilmu akan menambahkan amal bagi mereka yang mengambil
pengajaran. Mesti ada orang tertanya-tanya, nak baca apa? Bacaah apa=apa yang menambah
ilmu dan membawa dirimu kembali padaNya, bacaan yang bersesuaian dengan jiwamu. Tapi,
bacaan fiqh juga perlu menjadi keutamaan agar pembacaan bergerak selari dengan amal!

Apabila pemahaman telah selari dengan amal, pergerakan yang produktif pula
menyusul. Hal ini dilihat melalui peningkatan serta perluasan, yang mana hal ini dibuktikan
melalui mutabaah amal yang konsisten. Malah, pergerakannya mampu menggerakkan jiwa-
jiwa d sekelilingnya. Tapi, pergerakan itu juga perlu tersusun, dan mengikut cara yang
terbaik. Dalam meningkatkan kualiti dakwah itu, mutaaah amal perlu dituruti dan perlu ada
rasa ‘cemburu’ pada mereka yang konsisten dalam mutabaah amalnya, agar diri juga turut
ingin melakukan yang terbaik agar sentiasa dipandang Allah!

Maka, dalam usaha memperluas dakwah, pengkaderan dakwah diperlukan, yang mana
pengkaderan dakwah bermaksud proses dakwah yang dilaksanakan dalam mencari para
pelapis atau mata rantai yang terdiri daripada individu atau segolongan muslim bagi
meneruskan perjuangan dakwah. Usaha ini turut dilaksanakan oleh para rasul dan sahabat
amlah akan membantu para daie untuk terus tsabit di atas jalanNya di samping membantu
manusia untuk terus istiqamah dalam melaksanakan gerak kerja di atas bumi ini.
Pengkaderan islam mestilah disandarkan dengan tarbiyah Islam yang menundukkan manusia
untuk sentiasa merasa ubudiiyah kepada Allah. Maka, hal ini akan membantu membentuk
gerak kerja dan system yang laju dan akhirnya melahirkan system yang produktif dan efektif.
Firman Allah swt:
“dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan,
menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang
yang beruntung” Surah Ali ‘Imran: 104

“dan (ingatlah) peperangan Hunain, iaitu di waktu kamu menjadi bongkak kerana
banyaknya jumlah kamu, maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manafaat kepada
kamu sedikit pun dan bumi yang luas itu telah terasa sempit oleh kamu kemudian kamu lari
ke belakang dengan bercerai-cerai” surah attaubah: 25

‘sesungguhnya Allah tidak melihat pada kuantiti yang banyak namun tidak membawa
manfaat itu, tapi Allah melihat pada hatimu, yang sentiasa berusaha untuk mencapai
redaNya’...

“Dan berapa banyak nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari
pengikut(nya) yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah karena bencana yang menimpa
mereka di jalan Allah, tidak lesu, dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Dan Allah
menyukai orang-orang yang sabar”. (Qs. Ali Imran: 146)

Pengalaman merupakan guru yang terbaik dalam apa-apa jua perkara, termasuklah
dalam dakwah. Menerusi pengalaman, seseorang dapat menilai sesuatu perkara menerusi
perspektif berbeza, kerana pernah melalui perkara yang sama atau hamper sama. Maka,
pengalaman menjadi salah satu aspek penting dalam pembawakan dakwah. Bagi mereka yang
telah lama berkecimpung dalam dunia dakwah, maka lebih banyak pengalaman yang
diperoleh.

Pengalaman amat membantu dalam kehidupan seorang daie, yang mana ia akan
membantu seorang daie itu untuk terus berhati-hati dalam setiap tindakan yang dilakukan,
dan membolehkan dia membuat keputusan yang lebih bijak serta menilai sesuatu perkara
yang luar dari kotak fikiran, berbeza dengan orang yang belum banyak pengalaman, yang
mungkin belajar melalui pembacaan dan menerusi pengalaman orang lain. Tapi itu tidak
membolehkan orang yang kurang pengalaman itu tidak mampu membuat keputusan standing
orang yang berpengalaman, Cuma dia perlu melihat sesuatu perkara itu lebih mendalam lagi,
dan memikir sesuatu perkara hingga ke akarnya. Maka, orang yang masih baru dan masih
kurang pengalaman perlu merujuk pada yang lebih berpengalaman untuk meminta pandangan
dan sebagai rujukan apabila berhadapan dengan situasi yang sulit.
Namun begitu, terdapat juga mereka yang ada ego di dalam hatinya, dan tidak ingin
meminta rujukan dari mereka yang berpengalaman, kerana merasakan diri sudah lengkap dan
bagus. Nauzubillah, moga dijauhkan dengan perasaan sebegini, kerana seorang daie yang
menyampaikan kebenaran itu tidak boleh ada sikap ego yang akhirnya akan merugikan diri
sendiri dan ummah! Akibatnya, gerak kerja bermasalah, dan keizzahan dalam diri terbantut.
Dalam gerak kerja dakwah, hanya mereka yang berpengalaman yang dapat benar-benar
melihat secara telus cara-cara menyelesaikan masalah dalam suatu hal yang sulit. Akhirnya,
aspek pengalaman ini akan menambahkan lagi kekuatan pengalaman yang merupakan elemen
penting dalam keberkesanan gerak kerja dakwah. ‘kalau kita tak buat, kita takkan tahu
macam mana rasanya dakwah tu’

Pengalaman itu

Mengajar erti hidup

Membawa diri lebih dekat padaNya

Mengajar diri untuk lebih berhati-hati agar tidak kecundang kedua kalinya

Alangkah indahnya hidup ini

Jika pengalaman lepas kujadikan pengajaran

Jika pengalaman lepas kujadikan pedoman

Agar diri tidak terjatuh lagi

Maka rugilah aku

Jika aku terus menerus hidup membelakangkan pengalaman

Kerana pengalaman itu juga satu tarbiyah dariNya

Untukku ubah diri,

Dan itu tanda Dia sayang padaku..

Siapa saja yang bangun pagi, sementara ia hanya memperhatikan masalah dunianya,
maka ia tidak berguna apa-apa di sisi Allah. Siapa saja yang tidak memperhatikan urusan
kaum Muslim, maka ia tidaklah termasuk golongan mereka. [HR. ath-Thabrani dari Abu
Dzar al-Ghifari].
Hadith ini jelas menunjukkan bahawa Islam itu sentiasa menuntut setiap Muslim itu untuk
memikirkan tentang tanggungjwabnya, kerana tanggungjawab itu telah diperintahkan oleh
Allah. Maka jika setiap pagi hanya memikirkan tentang masalah diri sendiri, maka kita
adalah golongan yang rugi. Tapi bila terfikir, kita memang selalu je bangun2 tu terus fikir
tentang masalah sendiri kan, ‘da bape banyak topic anat aku da cover ni’, ‘arini nak masak
ape ye’, dan jarang sekali kita memikirkan, ‘macammana nak DF ngan A arini ek’.
(peringatan untuk diri sendiri). Moga Allah sentiasa membuka jalan untukku dan untukmu
agar kita menjadi golongan yang sering memikirkan masalah umat.

Ketahuilah, bahwa setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin bertanggung
jawab atas kepemimpinannya. Setiap kepala negara adalah pemimpin dan ia bertanggung
jawab atas kepemimpinannya. Seorang pria (suami) adalah pemimpin dalam keluarganya dan
ia bertanggung jawab atas kepemimpinannya. Seorang wanita (istri) adalah pemimpin dalam
rumah tangga suaminya dan anak-anaknya dan ia bertanggung jawab atas mereka. Seorang
pelayan/hamba sahaya adalah pemimpin atas harta tuannya dan ia bertanggung jawab atas
kepe-mimpinannya. Ketahuilah, bahwa setiap kamu adalah pemimpin dan masing-masing
harus mempertanggungjawabkan kepemimpinannya. [HR. al-Bukhari Muslim].

Hadith ini merungkai tanggungjawab yang mana boleh menjadi semakin luas, dan boleh juga
menjadi semakin sempit, bergantung pada situasinya.tanggungjawab juga perlu dilihat
dengan lebih meluas dalam skop dalam satu jemaah, yang mana ia memerlukan komitmen
dari sekumpulan jemaah Muslim untuk menjayakannya, misalnya uasaha mengembangkan
dakwah islam untuk menegakkan khalifah islamiyah dalam menerapkan syariat islam,
mengembalikan para penguasa kepada islam, atau melaksanakan jihad fii sabilillah. Hal-hal
tersebut akan dapat dilaksanakan dengan jayanya jika setiap muslim itu menyedari
tanggungjawab mereka dan akhirnya pada masa yang sama akan membantu menegakkan
hukum Allah di atas bumi ini. Maka ia perlu bermula dengan kesedaran individu tersebut
dalam pembentukan individu muslim yang mantap dan akhirnya menaiki tangga 7 maratib
amal.

Syariat Allah akan mampu trtegak dengan adanya kerjasama oleh semua pihak dalam
memastikan tanggungjawab diri terhadap perintah Allah terlaksana. DAKWAH.
Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah,
mengerjakan amal salih, dan berkata, “Sesungguhnya aku termasuk golongan kaum
Muslim”?(Qs. Fushshilat [41]: 33).

Ayat ini menerangkan tanggungjawab seorang Muslim untuk menjalankan aktiviti dakwah
islam.

Hendaklah ada di antara kalian segolongan umat (jamaah) yang mengajak pada kebajikan
(Islam), memerintahkan yang makruf, dan mencegah kemungkaran. Merekalah orang-orang
yang beruntung. (Qs. Ali-Imraan [3]: 104).

Manakala ayat di atas merujuk pada tanggungjawab sekelompok umat Muslim untuk
menjalankan aktiviti dakwah.

Dapat dilihat di sini bahawa tanggungjawab kita tidak hanya secara individu, tapi
memerlukan kerjasama semua umat Islam agar syariat Allah tertegak di atas muka bumi ini
suatu hari nanti, inshaAllah!

Rasulullah Saw tidak pernah memerangi suatu kaum melainkan sesudah terlebih dulu
menyampaikan dakwah Islam kepada mereka. [HR. Ahmad, al-Hakim, dan ath-Thabrani].

Apabila melihat hadith ini, diri tertanya-tanya, apa yang sudah aku buat untuk umat aku? Tak
pun, secara dalam skop kecil, apa aku sudah buat untuk kawan-kawanku? Kenapa kita selalu
berfikiran negative pada individu itu sedangkan belum sampai usaha maksimum dakwah
fardiyah kita padanya? Kenapa kita selalu nak pandang sesorang itu secara negatif bila dia
bergantung pada kawan-kawan lelaki, padahal belum sampai usaha maksimum kita
mengingatkan dia? Nauzubillah, harap diri tidak sampai tahap merasakan diri sudah cukup,
dan memandang rendah pada orang lain. Nauzubillah. Teringat kata-kata seorang ukhti, jika
diri masih belum tertegak Islam, maka jangan salahkan orang-orang di sekeliling kamu jika
dia tidak mengikuti cara hidup Islam. Tapi, salahkan diri yang masih belum lagi melakukan
kerja sebaiknya dan masih belum mampu menyayangi insan di sekelilingmu sebagaimana
kamu menyayangi dirimu sendiri. Ya, Allah penentu segalanya dan Dia berhak memberikan
hidayah pada sesiapa yang Dia kehendaki, tapi diri yang sudah dapat harus berjihad dengan
sepenuhnya, maka inshaAllah, dengan izinNya, Dia akan membukakan hati-hati itu untuk taat
padaNya. Dan alangkah sedihnya jika sebenarnya Allah ingin mendatangkan hidayah pada
seseorang itu melalui perantaraan kita, tetapi bila kita tidak buat tugas dengan sebaiknya,
maka hidayah itu tidak dapat terlihat olehnya menerusi kita. Ya Allah, moga Kau berikan
kami kekuatan, dan keazaman yang tinggi untuk menyebarkan dakwahMu.

Kadang kerana jiwa yang sensitif, ukhuwah goyah

Kadang kerana pendapat berbeza, segala padanya kita rasakan salah

Kadang kerana cemburu dan dengki, kita berprasangka padanya

Nauzubillah

Inilah virus ukhuwah, yag bisa mempengaruhi keberkesanan tanggungjawab kita sebagai
khalifah di muka bumi ini. Moga diri ini terpelihara dari virus ukhuwah!

Kerana aku mahu lakukan dakwah keranaNya,

Kerana aku mahu kawan-kawanku mengambil Islam sebagai cara hidupnya,

Kerana aku ingin diri ini bersama-sama keluargaku dan rakan-rakanku di syurga sana kelak

Dan kerana aku ingin dicintaiNya.....

Ya Allah, tsabitkan hati ini di atas jalanMu, walau berbagai dugaan mendatang, satukanlah
jiwa kami dengan rahmat dan kasih sayangMu..

Sedikit kisah =)

Setelah pembukaan Kota Madinah oleh baginda RasuluLlah SAW, perjanjian antara umat
Islam dan kaum Yahudi di Madinah dimeterai. Perjanjian ini dibuat bagi menjaga
kesejahteraan masyarakat Madinah selama di bawah pemerintahan Islam. Namun, kaum
Yahudi Qainuqa’ adalah yang pertama melanggari perjanjian tersebut.

Pada suatu hari, seorang wanita Islam sedang membeli di pasar kaum Yahudi di Madinah.
Apabila wanita tersebut sedang memilih barangan untuk dibeli, seorang daripada kaum
Yahudi Qainuqa’ mengganggu malah mempersendakan ‘aurat wanita tersebut. Sedang
wanita Islam tadi duduk untuk memilih barangan, Yahudi tersebut mengikat kain bersama
tudung wanita tersebut lalu terbukalah ‘aurat wanita Islam itu apabila dia berdiri. Maka
bersoraklah Yahudi Qainuqa’ kegirangan setelah dapat melihat ‘aurat wanita Islam.
Kejadian ini disaksikan oleh seorang lelaki Islam yang sedang melalui kawasan tersebut.
Dengan segera, lelaki Islam tadi menghunus pedang lalu membunuh Yahudi Qainuqa’ yang
mempersendakan ‘aurat dan wanita Islam – ini adalah Syari‘ah Islam. Kemudian,
lelaki Islam tersebut dibunuh oleh kaum Yahudi Qainuqa’.

Selepas kisah ini diberitakan kepada Nabi SAW, dengan segera baginda melancarkan
peperangan terhadap Yahudi Qainuqa’ untuk mengusir mereka keluar dari kota Madinah.
Malah, kemarahan baginda ketika itu diceritakan oleh para Sahabat sebagai kemarahan yang
tidak pernah dilihat ada pada diri RasuluLlah SAW oleh mereka selama ini. RasuluLlah yang
sangat penyabar ketika diri baginda dicaci dan dihina oleh orang lain sebelum ini dilihat tegas
dan marah ketika Syari‘ah Islam dihina dan dipersenda sedemikian rupa.

Sedang RasuluLlah dalam perjalanan untuk memerangi kaum Yahudi Qainuqa’, ketua kaum
munafiq iaitu ‘AbduLlah bin Ubai menghalang RasuluLlah SAW dengan memegang tangan
baginda seraya berkata:

“Sesungguhnya mereka adalah Sahabat kita. Mereka menolong kita dalam peperangan.
Sungguh, aku khuatir sekiranya masa diterbalikkan dan mereka pula yang memerangi kita”

RasuluLlah SAW berdiam diri dengan muka yang marah, baginda tidak mengendahkan
saranan ‘AbduLlah bin Ubai, malah baginda tidak sama sekali menghina ‘AbduLlah bin Ubai
yang ternyata munafiq. RasuluLlah SAW meminta ‘AbduLlah bin Ubai melepaskan tangan
baginda untuk memerangi Yahudi Qainuqa’ habis-habisan, namun ternyata ‘AbduLlah bin
Ubai berdegil mahu membela Yahudi Qainuqa’ yang menghina Syari‘ah Islam secara terang-
terangan itu!

Peristiwa ini jika dihayati dan difahami oleh semua Muslim di seluruh dunia, maka tidak ada
sesiapa yang berani menghina Syari‘ah Islam – dan tidak ada seorang Muslim pun yang
berani menghalang Muslim yang lain untuk memerangi orang yang menghina Syari‘ah Islam!
Akhir sekali, ahdaf tarbiyah ini bertujuan membentuk individu yang mempunyai
potensi diri yang mantap dan menggilap, yang mana ia mampu menyinari sekelilingnya
dengan dirinya sendiri. Seorang individu yang berkebolehan akan mencuba sedaya upaya
untuk menepis segala halangan yang boleh menyebabkan kebantutan dakwahnya. Seorang
daie berkebolehan akan mampu mengurus dakwahnya, mampu menguasai kesemua ilmu dan
menjadi rujukan pada yang lain, dan seterusnya mempunyai ‘skill’ yang mantap dan kreatif
dalam memastikan kelangsungan dakwahnya. Akhirnya, potensi ini akan membentuk jiwa
yang bersemangt berkobar-kobar dalam menjalankan dakwah kerana setiap kebolehan itu
dicari berdasarkan motivasi dari Allah SWT.

Peringatan untuk diri sendiri, agar sentiasa mencari redaNya di mana saja, dan
berusaha buat yang terbaik untuk melaksanakan tanggungjawab yang diberiNya...moga ahdaf
ini membantu diri lebih berstrategi dalam membentuk gerak kerja dan melahirkan fahaman
yang benar, inshaAllah..

Anda mungkin juga menyukai