Anda di halaman 1dari 13

Kisah paderi peluk IslaM

Message: BEKAS Paderi Besar Sabah, TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH,


mengupas perbandingan yang cukup ilmiah di antara agama Islam dan
Kristian berdasarkan
pengkajiannya yang cukup mendalam lagi terperinci selama menjadi Paderi
Besar Kristian selama 12 tahun.

Iktibar Buat Mereka Yang Murtad. Agama Kristian menurut kitab Injil yang
asal jika dikaji
sedalam-dalamnya maka jawapan akhir yang akan ditemui adalah ISLAM.
Hakikat ini telah
dibuktikan oleh ramai orang Kristian yang akhirnya mendapat hidayah Allah
dan kemudiannya memeluk agama Islam.

Tetapi apa yag paling menakjubkan kali ini, kita berpeluang berkongsi
pengalaman hidup yang tiada tolok bandingannya bersama USTAZ TAJUDDIN
OTHMAN ABDULLAH, seorang bekas paderi besar di seluruh Sabah, yang
belajar sebahagian besar dalam hidupnya untuk menjadi
paderi. Beliau yang selama ini berada di tahap paling tinggi dan mulia sekali
di Sabah kerana
berkedudukan untuk mengampunkan segala dosa yang dilakukan oleh orang-
orang Kristian
Sabah contohnya orang yang paling berpengaruh ketika itu Pairin Kitingan.

Pengalamannya sebagai Bekas Paderi di sekitar 80-an membuatkan beliau


banyak mengetahui selok belok agama termasuk agama Islam. Setelah puas
mengkaji, akhirnya Allahmemberikan hidayah kepadanya dengan memilih
Islam sebagai jalan hidup. Beliau kini bertugas di Majlis Agama Islam Melaka
di bahagian Unit Kristianologi. Bersama seterusnya dengan JAMILAH AINI
MOHD. RAFIEI, turut hadir SUZILAWATI ROZAINOR ABBAS dengan jurufoto
WAN ZAHARI WAN MOHD. SALLEH yang berdialog dengan beliau di Masjid
Al- Azim (Negeri), Air Keroh, Melaka, baru-baru ini.

SEMASA Kristian saya dikenali sebagai Paderi Thomas Laiden. Saya berasal
dari Sabah dan berketurunan Solok. Agama asal saya ialah Roman Katholik.
Saya mendapat pendidikan di Seminary Kepaderian Vantiken Itali iaitu
institusi kepaderian terulung di Itali dan dibiayai oleh Persatuan Kristian
Sabah. Saya tamatpengajian pada tahun 1985 seterusnya bertugas sebagai
paderi di Vantiken. Seterusnya saya memohon untuk kembali ke negara asal
saya iaitu Sabah.

Pada tahun 1988 saya ditukarkan ke Sabah dan berkhidmat sebagai paderi.
Saya bertugas di Gereja St. Mary, Persatuan Gereja Roman Katholik Sabah
seluruh Sabah yang berpusat di Kota Kinabalu. Keluarga saya terlalu kuat
berpegang pada agama. Itulah sebabnya bapa menghantar saya ke
Vantiken, dengan harapan agar saya menjadi seorang paderi yang dikira
jawatan yang terlalu mulia. Saya mempunyai ramai adik beradik tetapi
kesemuanya perempuan, saya adalah anak lelaki tunggal dalam keluarga.

Semasa menjadi paderi, saya banyak membuat kajian mengenai agama


Kristian, Buddha, Hindu dan Islam. Ketika itu saya tidak tahu langsung
tentang keindahan dan kecantikan Islam dan tidak pernah terlintas di fikiran
untuk ke situ. Tambahan pula saya dibesarkan di dalam keluarga yang kuat
mengamalkan agama Kristian. Saya aktif bergiat dalam dakyah Kristianisasi
yang cenderung kepada banyak buku-buku Islam. Setelah banyak membuat
kajian, saya terfikir apabila saya dilantik menjadi paderi, saya mendapat
kesimpulan yang saya sudah mula meragui agama yang saya anuti. Konflik
Diri Yang Tidak Terbendung

Ianya ketara di sekitar 1988, apabila sebagai seorang paderi diberi


tanggungjawab yang besar iaitu untuk mengampunkan dosa manusia.
Timbul di fikiran saya bagaimana saya sebagai manusia biasa bisa
mengampunkan dosa manusia lain sedangkan para Nabi dan Rasul yang
diutuskan Allah, mereka ini tidak sanggup mengampun dosa manusia dan
tidak mampu mengampunkan dosa manusia. Saya mula serius membuat
kajian mengenai Islam.

Apabila saya diberi tanggungjawab mengampun dosa orang-orang Kristian


seluruh Sabah, jadi masa itu saya rasakan seolah- olah agama ini sengaja
direka-reka oleh manusia. Seterusnya pada tahun 1989 saya kembali ke
Vantiken untuk membuat Kursus Kepaderian di sana selama tiga tahun. Di
sana saya telah berjumpa dengan ketua paderi tertinggi seluruh dunia iaitu
Pope John Paul. Saya telah berdialog dengannya dan bertanya akan perkara
yang memusykilkan saya sepanjang saya menjadi paderi. Saya berkata
kepadanya, "Paul, saya sekarang rasa ragu dengan agama yang kita ini". Dia
terkejut dan
bertanya, "Apa yang kamu ragukan?"

Saya berkata, "Cuba John Paul fikirkan sendiri, kita ini seorang manusia
biasa. Di negeri saya Sabah, di negeri saya sendiri setiap malam Ahad saya
mengampunkan dosa orang Kristian yang beratus- ratus orang yang datang
mengaku dosa.

Mereka harap saya yang mengampunkan dosa mereka sedangkan para Nabi
pun tidak pernah melakukannya."

Beliau berkata, "Wahai Paderi Thomas, kamu ini dilantik menjadi seorang
paderi, maka kamu ini seorang yang suci dan tidak mempunyai sebarang
dosa," Saya katakan yang saya merasakan diri saya mempunyai dosa. Beliau
seterusnya menyambung, "Memang kita manusia ini mempunyai dosa. Nabi
Adam sendiri mempunyai dosa. Apabila seseorang yang telah dilantik
menjadi paderi bermakna kamu ini telah dilantik oleh Jesus Christ. Jesus
Christ tidak ada dosa maka kita sebagai paderi ini tidak mempunyai dosa."

Di situlah saya mula tidak percaya pada agama Kristian yang mengatakan
ulama-ulama Kristian tidak mempunyai dosa.

Saya katakan pada Paul yang ulama Kristian itu pembohong. Dia terkejut lalu
berkata,"Thomas, kamu telah dihantar hingga ke peringkat tertinggi untuk
menjadi paderi, kenapa kamu berkata demikian. Cuba kamu jelaskan kenapa
kamu kata agama Kristian pembohong".

Saya menyoalnya, "Jesus Christ itu Tuhan atau Nabi?" Beliau menjawab, "Dia
Tuhan." Saya bertanya kembali, "Pernahkah orang nampak Tuhan?
Bagaimana wujudnya Tuhan? Siapa Tuhan kita sebenarnya, Jesus Christ
(Nabi Isa) atau Allah bapa? (Allah)."

Beliau mengatakan Jesus itu Tuhan.

Saya menyoal kembali, "Apa matlamat utama Jesus Christ diutus ke dunia?"

Beliau menjawab, "Untuk menebus dosa bangsa manusia, semua bangsa dan

agama."

Jadi saya katakan padanya kenapa perlu ada paderi tukang ampun dosa jika
Jesus Christ sudah menebus dosa semua manusia. Di situ dia mula pening
dan terpinga sambil berkata, "Paderi Thomas awak ini telah dimasuki iblis
sehingga berani mempertikaikan Kristian."

Saya katakan padanya, "Kita seorang paderi yang suci, bagaimana iblis boleh
masuk?"

Saya juga katakan padanya saya mempunyai ibu bapa dan adik-beradik
apabila ibu bapa saya membuat dosa mereka mengaku di hadapan anak,
kerana kedudukan saya ketika itu sebagai seorang paderi. Jadi saya terfikir
bagaimana saya seorang anak boleh mengampunkan dosa ibu bapa.
Sepatutnya seorang anak yang meminta ampun dari ibunya.

Selepas perdebatan itu Pope John Paul meninggalkan saya, sebagai seorang
paderi beliau tidak boleh marah kerana marah merupakan satu dosa. Di
dalam Kristian mempunyai tujuh rukun iaitu:-

i. Ekaristi Pembaptisan - seseorang yang ingin memeluk Kristian mereka


mesti dibaptiskan air suci.

ii. Ekaristi Pengakuan - mengaku dosa di hadapan paderi

iii. Ekaristi Maha Kudus - memakan tubuh Tuhan (Khusti kudus)

iv. Ekaristi Minyak Suci - air suci

v. Ekaristi Krisma - penerima ekaristi Maha Kudus layak menerima krisma


vi. Ekaristi Imaman - menjadi paderi

vii. Ekaristi Perkahwinan - hanya untuk penganut awam (Paderi tidak


menerima ekaristi ini)

Dalam Kristian air suci atau lebih dikenali sebagai Holy Water, adalah paling
bernilai sekali. Untuk menjadi seorang Kristian, seseorang perlu menjalani
Ekaristi Pembaptisan iaitu meminum air ini. Ia diperolehi dari proses uzlah
yang dijalani sebelum menjadi paderi. Jika tidak mempunyai akidah yang
benar-benar kuat, akidah boleh rosak disebabkan air ini. Contohnya ialah
seperti apa yang berlaku ke atas seorang doktor perempuan Melayu di
Selangor. Setelah minum, beliau langsung tidak boleh mengucap, hatinya
telah tertutup. Menurutnya beliau sudah tidak yakin lagi dengan agama lain
kecuali Kristian sahaja Kerana melalui Kristian beliau boleh melihat Tuhan
Jesus yang turun setiap malam.

Itulah permainan iblis. Sesiapa yang meminum air tersebut dapat melihat
apa sahaja. Sebaik sahaja doktor tersebut meminumnya, akhirnya beliau
memeluk Kristian. Saya pergi menemuinya, dia katakan kepada saya Islam
tidak benar, hanya Kristian agama yang benar kerana umatnya boleh melihat
Tuhan.

Apabila saya tunjukkan air itu kepadanya sambil bertanya pernahkah beliau
meminumnya. Beliau menjawab memang pernah meminumnya semasa
beliau belajar di Indonesia; Apabila pergi ke gereja beliau akan diberi minum
air tersebut. Beliau menyatakan kepada saya beliau akan hidup dan mati
dalam Kristian. Saya membacakan kepadanya surah Al-Kahfi di samping
memintanya mengamalkan surah tersebut setiap masa. Alhamdulillah lama-
kelamaan keadaannya semakin pulih. Inilah permainan sihir sebenarnya.
Tidak siapa dapat melawan ilmu Allah, hanya ilmu Allah sahaja yang
berkesan menghapuskan permainan sihir.

Tidak lama kemudian beliau kembali mengucap dan terus menangis. Saya
katakan kepadanya saya sudah terlalu berpengalaman dengan taktik
Kristian. Itulah, cara memikat orang untuk ke agama Kristian cukup mudah,
tidak mengapa jika tidak percaya kepada agama Kristian, tetapi apabila
minum air itu segala-galanya akan berubah. Setelah saya mempelajari Islam
barulah saya tahu rupanya iblis ini boleh menyerupai bermacam rupa.
Kekuatannya hanya
pegangan akidah.. Tetapi Holy Water ini sekarang tidak boleh lagi diedarkan
di Malaysia kerana orang yang membuatnya di biara Vantiken telah memeluk
Islam dan membongkar rahsia ini. Ramai orang sudah tahu mengenai air ini
dan mula berhati-hati dengan setiap apa yang meragukan.

Rukun yang kedua pula iaitu Ekaristi Maha Kudus bermaksud memakan
tubuh Tuhan. Saya pernah berhujah dengan John Paul mengenainya. Saya
katakan padanya sedangkan Firaun yang zalim itupun tidak pernah memakan
tubuh tuhan kenapa pula kita sebagai ulamak Kristian boleh makan tubuh
tuhan?.

Saya jelaskan kepadanya, apabila semua paderi memakan Khusti Kudus


(sejenis
makanan yang diimport khas dari Itali) bermakna itu satu penghinaan kerana
tubuh tuhan boleh dimakan.

Kata beliau, itu memang sudah menjadi rukun Kristian dan tidak boleh
dipertikaikan lagi. Apa yang paling merbahaya ialah Holy Water. Khusti
Kudus tidak mempunyai rahsia apa-apa, ia seolah-olah seperti roti yang
dicampur dengan bahan lain. Berlainan dengan Holy Water yang kesannya
cukup kuat. Bayi-bayi yang baru dilahirkan pun dibaptiskan.

Terdapat sesetengah klinik yang membaptiskan bayi walaupun bayi tersebut


Islam.

Bagi kepercayaan Kristian setiap bayi yang baru lahir wajib dibaptiskan
kerana ia mempunyai dosa, ia menyimpan dosa pusaka yang ditinggalkan
datuk moyang mereka. Ia berlainan dengan Islam, Islam meletakkan bayi
yang baru lahir itu adalah dalam keadaan fitrah (bersih).

Di dalam semua kitab tidak ada mengenai agama Kristian. Kristian ini baru
sahaja berkembang oleh seorang Paul yang pertama di zaman Julius
kemudian beliau mengembangkannya. Asal agama Kristian ialah dari agama
Yahudi dan Nasara. Tetapi di Romawi ia dinamakan Kristianisasi. Jika kita
meneliti di dalam kitab Nabi Isa (Injil) tidak ada disebut Kristian. Sebenarnya
semua mubaligh Kristian tahu mengenai kedudukan agama Islam.

Pernah terjadi dalam tahun '78, semasa itu saya terjumpa kitab yang
menyatakan kebenaran Nabi Muhammad. Tetapi semasa itu saya tidak
begitu memperdulikannya. Di dalam kitab tersebut ada menyebut mengenai
Ahmad iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Ketika itu saya masih belajar di Vantiken, oleh kerana saya kurang sihat saya
tidak dapat mengikut kelas pengajian. Saya diberi tugas oleh seorang paderi
untuk menjaga sakristi (perpustakaan yang terdapat di gereja) untuk
menjaga kitab-kitab di situ. Paderi tersebut
mengatakan kepada saya, Thomas, kamu perlu menjaga kesemua kita-kitab
di sakristi ini tetapi kamu tidak boleh membuka almari."

Beliau menunjukkan kepada saya almari yang dimaksudkan. Saya hairan


kerana beliau melarang saya membuka almari tersebut sedangkan kuncinya
diserahkan kepada saya. Sifat manusia, apabila dilarang maka itulah yang
ingin dibuatnya.

Ketika itu semangat saya terlalu berkobar-kobar untuk mengetahui isi


kandungan turunkan kepada Nabi Isa a.s.Saya mengambil kitab itu dan
menyembunyikannya. Kitab tersebut ditulis di dalam bahasa Hebron. Ia
masih saya simpan hingga ke hari ini dan saya dalam proses untuk
menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Ia menjadi rujukan kepada
saya, dan sebagai bukti untuk berdebat dengan orang-orang Kristian. Saya
telah utarakan kepada Majlis Agama Islam Melaka, jika boleh saya ingin
menterjemahkannya dan sebarkan kepada orang ramai. Pihak Majlis tidak
berani melakukannya, menurut mereka ia akan mengancam nyawa saya
kerana dengan pendedahan kitab tersebut rahsia Kristian akan tersebar. Isi
kitab tersebut sama dengan al-Quran. Rupa-rupanya barulah saya
mengetahui semasa upacara mengangkat sumpah dalam proses beruzlah
pada hari yang ke 39, setiap paderi akan meletakkan tangan mereka ke atas
kitab yang dibalut dengan kain putih yang diletakkan di
atas bantal. Tidak siapa dibenarkan membukanya dan isi kandungannya.

Berbalik kepada kisah saya mencuri kitab tersebut, selepas kehilangannya


paderi yang menyerahkan kunci kepada saya dahulu memanggil saya dan
bertanya apakah saya ada mengambilnya. Saya menafikan dengan
mengatakan tidak pernah mengambil kitab tersebut. Hati saya nekad untuk
tidak mengaku dan menyerahkannya kerana saya ingin mengkaji
kitab tersebut. Disebabkan seseorang bakal paderi tidak boleh berbohong,
beliau mempercayai pengakuan saya. Akhirnya pada keesokannya iaitu pada
hari mengangkat sumpah, disebabkan Injil tersebut telah hilang, mereka
meletakkan kitab suci al-Quran (yang dibalut dan sentiasa tersimpan di
almari) sebagai ganti kitab yang hilang. Al-Quran digunakan di dalam
upacara mengangkat sumpah? Semua paderi tidak tahu hal ini kecuali saya.
Pada masa itu saya terfikir, apa gunanya jika kita bersumpah di atas kitab al-
Quran tetapi masih tidak beriman dengannya? Bermakna semua paderi telah
bersumpah di atas al-Quran tetapi kufur selepas itu.

Menyingkap saat saya didatangkan hidayah ialah ketika saya sudah tamat
belajar dan bertugas di Gereja St. Mary, Sabah. Pada suatu malam Ahad
pada tahun 1991, saya bersembahyang dengan cara Kristian) di hadapan
tuhan-tuhan saya iaitu. Tuhan Bapa, Ibu Tuhan (Mary) dan Anak Tuhan
(Jesus Christ). Ketika itu saya terfikir di dalam hati, patung-patung ini diukir
oleh manusia, saya menyembahnya setiap hari di dalam bilik.' Apabila saya
selesai sembahyang saya meletakkannya di bawah tempat tidur. Hati saya
berkata, alangkah hinanya Tuhanku. Kenapa aku boleh meletakkannya di
bawah tempat tidur yang boleh aku baringkan dan letak sesuka hatiku?

*Turunnya hidayah*

Malam itu, selesai sembahyang saya mengambil sehelai kertas dan saya tulis
diatasnya, "Tuhan, diantara agama Islam, Kristian, Hindu dan Buddha aku
telah mengetahui semua agama ini. Malam ini tolonglah tunjukkan kepadaku
manakah di antara tiga agama ini yang benar bagiku". Setelah itu, tak
tahulah saya katakan bagaimana mengantuknya mata saya yang tak pernah-
pernah saya alami rasa mengantuk yang lain macam, mata saya langsung
tidak boleh terangkat. Akhirnya saya tertidur. Pada malam itu, pada saya
mungkin bagi
para Nabi boleh dianggap mimpi tetapi menurut saya mungkin Tuhan ingin
memberikan hidayah kepada saya. Di dalam tidur, saya merasakan seolah-
olah saya menaiki lif dari satu tingkat ke tingkat lain sehingga tingkat tujuh,
ketika itu mata saya tidak boleh dibuka kerana di hadapan saya ada satu
cahaya yang terang benderang menyuluh. Saya bertanya kepada seorang
yang berdiri di hadapan saya, orangnya MasyaAllah terlalu tinggi. Jarak di
antara kaki dan kepala umpama langit dan bumi. Saya bertanya kepadanya,
"Negeri apakah ini?"

Beliau berkata kepada saya, "Awak tidak layak masuk ke negeri ini, ini negeri
umat Nabi Muhammad s.a.w."

Saya meminta keizinannya sekali lagi untuk masuk tetapi beliau tetap tidak
membenarkan. Dari luar saya dapat lihat di dalamnya ada satu jalan
umpamanya titi yang halusnya seperti sehelai rambut. Saya tak berani
katakan ia Titian Sirat atau apa-apa kerana tidak mengetahui
apa-apa ketika itu. Saya hairan kenapa orang yang berjubah dan bertudung
mereka melintas jalan itu dengan mudah sedangkan saya langsung tidak
boleh mengangkat kaki. Penjaga itu berkata lagi, "Awak tidak boleh masuk,
tetapi awak lihatlah bagaimana keadaan mereka yang beragama Yahudi dan
Nasara (Kristian)."

Alangkah terkejutnya saya apabila melihat orang-orang Kristian yang


kepalanya dimasukkan ke dalam api umpama dijadikan kayu api. Saya
terkejut dan sedar hanya Islam agama yang benar. Akhirnya saya tersedar
seelok sahaja azan subuh dilaungkan dari masjid berhampiran. Saya bangun
dan membersihkan badan saya. Saya menuju ke kereta. Pemandu telah
bersedia membawa saya tetapi saya menolak pelawaannya dan katakan
kepadanya saya ingin pergi ke
satu tempat yang orang lain tidak boleh ikut serta. Saya memandu kereta
menuju ke sebuah masjid di atas bukit. Ketika saya tiba, mereka sedang
berjamaah menunaikan fardu Subuh, saya menanti seketika sebagai
menghormati agama mereka. Setelah selesai, saya pergi menemui imam
yang bertugas ketika itu. Saya katakan kepadanya yang saya ingin memeluk
Islam hari itu juga. Beliau terkejut dan berkata kepada saya, "Awak ini di
bawah Pairin Kitingan, Ketua Menteri Sabah, susah kami hendak Islamkan
awak, tambahan pula awak
paderi besar seluruh Sabah."

Saya katakan padanya," Awak jangan bimbang sebab dosanya saya yang
ampun, hal dia tidak perlu dibincangkan. Apa yang saya mahu, hari ini saya
mahu peluk Islam."

Seterusnya imam tersebut berkata lagi, "Awak tak boleh masuk Islam
sekarang sebab awak perlu mengisi borang, tandatangan surat akuan
sumpah dahulu, baru awak boleh masuk Islam."
Dengan agak kasar saya katakan kepadanya, "Kalau beginilah caranya untuk
memeluk Islam, lebih baik orang masuk Kristian. Kalau masuk Kristian, hari
ini terus dibaptiskan dan menjadi Kristian.

Untuk masuk Islam pun perlu isi borang ke? Baiklah, jika hari ini saya turun
ke bawah dan ditakdirkan tiba-tiba saya dilanggar kereta dan mati, maka
apa akan jadi kepada saya dan siapa yang akan bertanggungjawab?"
Akhirnya imam tersebut menyuruh saya mengucap dua kalimah syahadah.
Maka pada pagi Ahad itu saya telah sah sebagai seorang Islam.

*Kekuatan diri*

Setelah selesai mengucap, saya kembali ke rumah saya. Ketika saya melalui
kawasan gereja, orang ramai sudah penuh menunggu saya untuk upacara
pengampunan. Mereka melambai tangan ke arah saya. Saya membalas
kembali lambaian mereka. Ketika itu seakan ada satu
kekuatan dalam diri saya. Saya keluar dari kereta dan membuat
pengumuman di hadapan mereka.

Saya katakan kepada mereka, "Kamu ini jika sembahyang pun berdosa kalau
tak sembahyang lagi bagus."

Kemudian saya meninggalkan mereka yang kelihatan seperti kehairanan.


Saya meneruskan perjalanan menuju ke rumah. Di dalam rumah semua ahli
keluarga sudah bersedia menanti saya untuk ke gereja. Jubah saya sudah
siap diseterika. Saya panggil semua ahli keluarga
sambil bertanya apakah mereka sudah makan atau belum. Mereka katakan
yang mereka sudah makan kecuali Khusti Kudus sahaja yang belum
dimakan. Saya katakan itu tidak payah
dimakan pun tidak mengapa kerana di kedai banyak roti untuk di makan.
Saya membuat
pengumuman kepada mereka, saya berkata sambil memandang ke arah
bapa saya, "Saya hendak memberitahu kamu sesuatu perkara. Saya belajar
di Vantiken selama 12 tahun dan sudah terlalu banyak menghabiskan wang
bapa. Selama 12 tahun saya belajar, saya tahu bahawa agama yang saya
anut ini adalah agama yang salah, agama yang betul adalah Islam."

Ketika itu saya lihat tidak ada apa-apa riak di wajah bapa dan ahli keluarga
saya, tetapi mereka semua terdiam. Saya menyambung kembali, "Tadi saya
telah memeluk Islam di masjid bandar sana dan menyuruh saya mengucap.
Bermakna hari ini saya sudah menjadi orang Islam."

Bapa saya berkata kepada saya, "Oh! kamu sudah Islam! Tidak mengapa!"

Seterusnya beliau menuju turun ke dapur. Saya ingatkan tidak ada apa-apa
ketika itu. Saya tidak sedar rupa-rupanya beliau pergi mengambil parang
panjang dan cuba menyerang saya. Saya yang kebetulan duduk di tepi
tingkap di tingkat satu terus terjun ke bawah. Saya
melompat dari tingkat atas dengan berkaki ayam. Tuhan masih mahu
memanjangkan umur saya. Saya turun dan terus meninggalkan rumah
sehelai sepinggang hingga ke hari ini. Dari
segi pengamalan kedua ibu bapa saya yang memang cukup kuat berpegang
pada agama,
apabila seorang anak murtad (keluar Kristian) mereka tidak lagi mengaku
anak.

*Hijrah untuk Keselamatan dan Belajar *

Selepas itu saya pergi ke Jabatan Agama Islam Sabah. Demi keselamatan
diri saya, salah seorang pegawai di sana menasihatkan saya agar pergi
belajar dan keluar dari Sabah. Akhirnya saya merantau ke Semenanjung dan
menyambung pengajian saya di Institut Dakwah Kelantan pada tahun 1992
dan seterusnya saya menyambung pula ke Nilam Puri sehingga tahun 1995.

Ketika itu saya adalah pelajar yang paling tua sekali. Setelah tamat
pengajian, saya menganggur sekejap. Tidak lama kemudian saya diterima
bertugas di Majlis Agama Islam Melaka hingga ke hari ini. Kemungkinan juga
selepas ini saya akan dipindahkan ke majlis
Agama Islam Kelantan.

Di sini (Melaka) saya ingin menerbitkan buku mengenai kajian Kristian.


Tetapi terlalu banyak prosedur yang perlu dijalani.

Kini setelah hampir sembilan tahun saya memeluk Islam dan meninggalkan
Sabah, saya masih diugut dan dikecam. Namun saya tidak khuatir kerana
yakin Allah tetap melindungi hamba-Nya dan yakin ajal maut itu tetap
datang walaupun bersembunyi di ceruk mana sekalipun. Kini saya bahagia
setelah mendirikan rumah tangga bersama isteri yang
cukup memahami jiwa saya. Dalam usia 49 tahun, saya baru mempunyai
seorang cahaya mata berusia satu tahun setengah.

Islam tidak menyusahkan penganutnya. Jika menjadi paderi, perkahwinan


tidak dibenarkan tetapi setelah Islam, baru saya tahu betapa indahnya
perkahwinan dan zuriat yang merupakan rezeki dari Allah (SubhanAllah Wa
Taala).

Di Vantiken, orang Kristian yang keluar agama kemudian masuk ke negara


tersebut, mereka akan bunuh. Bagi mereka seseorang yang murtad dianggap
kotor dan mencemarkan maruah agama. Tetapi adakalanya saya terfikir, jika
di sana orang Kristian murtad kenapa ianya tidak
terjadi di negara yang pemerintah dan majoriti penduduknya beragama
Islam. Itulah yang
susahya. Saya membuat kajian hampir empat tahun baru mendapat nikmat
Islam. Terlalu
sukar saya mengecapi nikmat Islam tetapi orang di sini yang memang
lahirnya dalam Islam dengan mudah mahu membuang Islam. Di sini saya
bertanggungjawab terhadap mereka yang murtad, jika yang tidak
berpengetahuan tidak mengapa tetapi yang sedihnya yang murtad ini ialah
mereka yang mempunyai pendidikan hingga ke peringkat tertinggi dan
mempunyai pendapatan yang melebihi dari keperluan bulanan.

Pernah saya katakan kepda seorang doktor, "Doktor, suatu ketika dahulu
saya menerima gaji bulanan sebanyak RM5,000 sebulan, dilengkapi dengan
pembantu rumah, pemandu dan rumah serba lengkap. Kehidupan saya
terlalu mewah di Sabah. Tetapi doktor, kenapa saya sanggup melepaskan itu
semua semata-mata kerana Islam! Gaji doktor sekarang terlalu
mencukupi tetapi mengapa perlu tinggalkan Islam?"

Saya memang cukup marah dan terkilan apabila mendengar orang yang
ingin murtad. Minta maaf jika saya katakan, mengapa terlalu bertuah sangat
sehingga sanggup menanggung dosa besar? Umat Islam dari segi ekonomi
sebenarnya terlalu mencukupi cuma cara pelaksanaannya yang agak
longgar. Kita lihat Kristian, dari segi kerjasama dan ukhuwah mereka begitu
kuat.

Semasa saya menjadi paderi dahulu, apabila saya masuk ke sesebuah


kampung untuk berdakwah saya dibekalkan beberapa ribu wang. Ini kerana
gereja di seluruh dunia bersatu padu. Meskipun dari segi politik berbeza dan
bermusuh tetapi untuk menghancurkan Islam mereka mesti bersatu. Mereka
berkata jika di negara Barat, penduduk penganut Kristian tidak
bersembahyang pun tetapi mereka tetap Kristian. Gereja di sana setiap hari
Ahad kosong kerana setiap hari Ahad diadakan acara perlawanan bola sepak
di kalangan paderi. Orang ramai pergi menyaksikan acara tersebut. Itu yang
mereka minat. Oleh sebab itu peruntukan untuk di sana sudah tidak ada lagi.

Sebagai alternatifnya mereka akan mengalihkan peruntukan itu untuk


disalurkan ke negara Asia terutamanya ke Indonesia dan Malaysia. Begitulah
kuatnya kerjasama di antara mereka. Bagi mereka tidak perlu berdakwah
untuk orang Barat yang sudah sedia Kristian sebab untuk mereka memeluk
Islam sukar. Yang lebih penting ialah misi mengkristiankan orang Islam.

Bagi pandangan saya, saya lihat orang Islam agak susah untuk bersatu.
Masing-masing mempunyai fikrah yang berbeza dan hidup dalam kelompok
sendiri. Kadangkala di kalangan orang Islam sendiri bergaduh. Ini berlainan
dengan orang Kristian yang amat menitikberatkan
soal kebajikan. Namun bukan semua orang Islam begitu, masih ramai di
kalangan mereka yang bijak. Semasa saya menjadi paderi, saya memberikan
tumpuan kepada orang miskin.
Pernah terjadi di Perak, saya telah menghabiskan beratus ribu untuk mereka,
mereka mengambil wang tersebut tetapi tidak memeluk Kristian. Selepas
saya Islam, saya pergi menemui mereka, senarai nama mereka masih ada
dalam simpanan saya.
Setelah saya periksa rupa-rupanya mereka ini masih Islam. Walaupun pada
awalnya mereka berjanji untuk memeluk Kristian. Alhamdulillah mereka tidak
berdendam pada saya sebaliknya mereka membelanja saya makan setelah
mengetahui saya telah memeluk Islam.

*Masalah Kelemahan Pendakwah Islam *

Adakalanya saya terfikir kenapa ketika Barat menjajah kita, orang Melayu
tidak murtad sedangkan pada hari ini negara yang pemerintahnya Islam
tetapi orang Melayu boleh murtad dengan begitu mudah sekali. Kelemahan
kita ialah pendakwah Islam kadang-kadang boleh kalah dengan pendakwah
Kristian.

Saya beri contoh seorang kawan saya yang pernah sama-sama belajar
dengan saya semasa di Vantiken dahulu. Beliau pernah menyatakan kepada
saya, orang Yahudi sekarang sedang memberi tumpuan kepada kajian al-
Quran dan Hadis.

Dia mengatakan pada saya; "Wahai Thomas, (dia tetap memanggil saya
dengan nama Kristian walaupun saya telah Islam), Allah ada mengatakan di
dalam salah sebuah ayatnya yang bermaksud;
Tidak akan masuk syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi dan
Nasara. Sekarang kami pendakwah Kristian mahu pandai membaca al-Quran,
terjemahan dan hadis. Kami mempunyai kursus khusus mengkaji al-Quran
dan Hadis. Awak lihatlah apa yang telah dikatakan oleh Tuhan mu itu."

Saya katakan kepadanya, "Betul apa yang awak baca ini. Kami membaca al-
Quran bukan seperti apa yang awak faham. Memang benar awak membaca
ayat itu tetapi al-Quran ini jika awak tafsir separuh-separuh itu tidak betul.
Al-Quran bukan seperti Injil yang boleh ditafsir separuh- separuh. Saya
dahulu apabila belajar al-Quran mengambil masa sehingga tiga tahun baru
khatam. Saya ucapkan terima kasih pada awak kerana hanya enam bulan
awak sudah boleh membaca al-Quran." Saya katakan lagi padanya,
"Sebenarnya awak tidak tahu tafsir al-Quran. Maksud sebenar ayat tersebut
ialah "Telah berkata mereka (orang-orang Yahudi dan Nasara), tidak akan
masuk syurga melainkan orang Yahudi dan Nasara, sedangkan semua itu
hanyalah merupakan angan-angan kamu yang kosong." Itu bukan firman
Allah, kata-kata itu
adalah keluar dari mulut orang-orang Yahudi sendiri.

Paderi tersebut masih belum faham lalu bertanya, "Apakah angan-angan


kosong itu?"

Saya katakan, "Setiap hari Ahad kamu makan tuhan kamu. Apabila kau
menghadap Khudsi Kudus sambil berdoa bermakna kamu telah memakan
tuhan kamu. Untuk apa kamu berbuat demikian?" Beliau tidak boleh berkata
apa-apa walaupun mukanya telah merah padam.
Saya katakan kepadanya, "Kamu tidak boleh marah. Kalau kamu marah,
siapakah
yang akan mengampunkan dosa kamu?" Hal itu tidak mengapa jika
diutarakan di hadapan mereka yang faham, tetapi apa yang saya
bimbangkan bagaimana jika ayat itu dibacakan di hadapan mereka yang
tidak faham dan rendah pengetahuan agamanya?

*Siapa sasaran Kristian*

Program mereka kini ialah berdakwah kepada orang Islam yang


menghabiskan masa di kaki-kaki lima terutamanya golongan remaja yang
bermain gitar. Mereka akan katakan, jika bermain di kaki lima tidak
mendapat apa-apa bayaran, lebih baik bermain lagu di gereja setiap hari
Ahad dengan pendapatan lumayan. Dari situ ramai yang tertarik. Dari segi
wanita
Islam pula, yang saya perhatikan senarai namanya terlalu ramai orang
Melayu yang memohon menukar nama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Itu yang menyedihkan saya. Di JPN, beratus nama sedang menunggu,
apabila pihak JPN meluluskan nama- nama tersebut, maka akan murtadlah
nama-nama itu. Itu kelemahan undang-udang negara, kami tidak boleh
berbuat apa-apa kerana mereka ini berpegang pada peruntukan yang
mengatakan apabila seseorang yang berumur 18 tahun ke atas bebas
beragama.

*Apa ikhtiar kita? *

Ada seorang wanita berjumpa saya tetapi keadaannya meragukan. Beliau


memakai tudung. Saya menggunakan isteri saya untuk memerhatikan wanita
ini. Bila mereka tinggal berdua, barulah saya tahu di dalam tudungnya itu
ada salib.

Isteri saya memberitahu saya. Saya memanggilnya. Saya katakan


kepadanya, "Kamu tidak sayangkan Islam ke? Tolong buang benda yang ada
di dalam tudung kamu itu".

Dia tidak mengaku, tetapi saya yakin beliau memakainya. Sejurus kemudian
beliau mengeluarkan rantai salib di lehernya dan mengatakan beliau sengaja
memakainya tanpa mempunyai niat apa-apa. Saya katakan padanya yang
saya dahulu memakai rantai yang lebih besar daripadanya. Akhirnya saya
megambil rantai tersebut dan menyimpannya di pejabat saya untuk dibawa
ke pihak atasan dan menerangkan bagaimana seriusnya penyakit ini di
kalangan anak remaja kita. Wanita jika tidak kuat pegangan memang mudah
dipengaruhi.
Ada juga taktik orang-orang Yahudi yang menjadikan perkahwinan sebagai
langkah
paling mudah untuk memurtadkan gadis Islam. Untuk berkahwin, mereka
(lelaki Kristian) akan memeluk Islam, kemudian akan membawa isterinya ke
negara asalnya dan memurtadkan isterinya itu.
*Kemenangan Islam, Keadilan Sejagat*

'Sesungguhnya orang-orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian


mereka beristiqamah, turun kepada mereka malaikat Allah berkata: jangan
kamu takut dan jangan berdukacita, dan bergembiralah dengan syurga yang
dijanjikan kepada kamu.

Anda mungkin juga menyukai