Anda di halaman 1dari 30

Pemikiran Sastera Aliran Daoisme:

Dalam sejarah sastera di China,aliran Daoisme dan aliran Konfusianisme

adalah dua aliran yang besar dan banyak mempengaruhi sarjana generasi

kemudian.Pemikiran kedua-dua aliran ini adalah bertentangan.Pengasas aliran Daoisme

ialah Lao Zi( 老 子 ).Zaman yang beliau dilahirkan adalah sama dengan Kong Zi( 孔

子),tetapi beliau lebih tua daripada Kong Zi.Waris kepada aliran Daoisme selepas Lao Zi

ialah Zhuang Zi(庄子).Zaman kelahiran Zhuang Zi juga sama dengan Meng Zi(孟子).

Lao Zi dan Zhuang Zi menyeluruhkan gaya sastera bahagian selatan dan

utara.Mereka mengkritikkan kehidupan realiti,mengimaginasi,menulis karya,mengajar

murid dan pengikut mereka,menjelaskan pemikiran mereka tentang falsafah, politik

,sastera,dan lain-lainnya dengan jelas kepada pengikut mereka.

Nama “Daoisme”mula dijumpa dalam buku Si Ma Tan (司马谈)yang

bernama “Lun Liu Jia Yao Zhi”(论六家要旨).Dalam buku “Han Shu ,Yi Wen Zhi”(漢书.

兿 文 志 ) dinamakan sebagai “Daoisme” dan merupakan salah satu aliran daripada

sembilan aliran.

1
Lao Zi:

Lao zi adalah pengasas “Dao”di period Pra-Qin.Beliau telah menulis sebuah

buku yang bernama “Lao Zi”,juga dinamakan sebagai “Dao De Jing” ( 道 德 经 ) .Ia

adalah sebuah buku utama dalam aliran “Daoisme”( 道 家 ).Lao Zi pernah menjadi

pegawai Dinasti Zhou.

Buku “Lao Zi” atau “Dao De Jing”:

Buku “Lao Zi” atau “Dao De Jing”ini merupakan sajak prosa berfalsafah yang

paling awal dan ini merupakan keistimewaan seni di antara ahli fikir sebelum Dinasti Qin

, ia memberikan pengaruh terhadap sajak berfalsafah dari perkembangannya.

Buku “Lao Zi” mempunyai sifat bernada prosa,sesetengah pendapat

menyatakan sebagai sajak berfalsafah ,dan ada juga orang menyatakan tulisan berbentuk

perbincangan yang bernada .Dengan memanggil sajak prosa berfalsafah agaklah tepat.

Ini adalah kerana ia tidak serupa dengan “Shi Jing” (kitab puisi) yang begitu teratur

,tekanan nada rapi tidak seperti tulisan “I Jing” (kitab perubatan) yang membawa rasa

tekanan nada,tidak sama dengan tulisan “Pin wen” (tulisan bernada) yang ayatnya empat

patah atau enam patah ,dan tidak sama juga dengan sajak berfalsafah yang begitu patuh

dengan peraturan dari Dinasti Tang dan Dinasti Song.

2
Tulisan terdapat beberapa ayat tekanan nada ,selang-seli satu,dan ayat

mempunyai tekanan nada atau dua ayat saling mempunyai tekanan nada,dan ada juga

seluruh karangan mempunyai tekanan nada, ,bermacam-macam bentuk.

Pemikiran sastera Lao Zi:

1’“Dao” boleh dicakap keluar,tetapi bukan Dao yang normal (道可道,非常道) dan

saling kelahiran ada dan tiada.(有无相生).

“Dao” boleh dicakap keluar,tetapi bukan Dao yang normal ( 道可道 ,非常道)dan

gelaran boleh dinamakan tetapi bukan gelaran yang normal(名可名,非常名),dua ayat ini

menyatakan “Dao”pada benda-benda yang secara individu boleh dicakap keluar tetapi

“Dao”yang kekal abadi dan biasa tidak dapat dijelaskan,konsep gelaran boleh digubal

tetapi gelaran yang kekal abadi dan biasa tidak dapat digubal.Lao Zi telah menekankan

keluasan “Dao”.Beliau juga menekankan penyampaian bahasa dan tulisan adalah terhad.

Lao Zi telah mengumumkan percanggahan antara benda objektif ,pemikiran,bahasa dan

penulisan .

Dalam buku “Lao Zi” ,juga menggunakan “ada” dan “tiada”untuk menjelaskan

“Dao”.Ia bermakna “Dao”boleh dinamakan sebagai “ada” atau “tiada”.Sebenarnya asas

“ada” dan “tiada”adalah sama,cuma mempunyai gelaran yang tak sama,oleh itu ia tidak

dapat dijangka ,membentuk dan termasuk perubahan segala benda.“Ada” dan

“tiada”adalah saling pergantungan.

3
Penjelasan di atas adalah untuk benda yang biasa sahaja,tetapi ia telah

mempengaruhi dalam aspek satera.Beliau menyatakan “bahasa ada hadnya tetapi

maknanya tidak terhad”(言有尽而意无穷).Sini telah menekan puisi ada makna yang lain

selain daripada yang dinyatakan.Sebagai contoh,dalam puisi Qing Ye Xie(清叶燮) yang

bernama“yuan shi”( 原 诗 ),ia berkata “palsu dan benar saling bergantung,juga ada dan

tiada saling bergantung.(虚实相生,有无互立).Konsep “palsu dan benar” yang mereka

kata itu adalah sama dengan konsep “ada dan tiada”.Di sina,kita dapat tengok,dari

pemikiran hingga bahasa mereka adalah sama dengan Lao Zi .Ini telah membuktikan

pemikiran Lao Zi telah banyak mempengaruhi penulis dan sarjana generasi kemudian.

2.Konsep “ Wu Wei” (无为) .

Lao Zi telah mengemukakan konsep “Wu Wei”.Konsep ini telah melibatkan

beberapa maksud.Satu,beliau menyatakan semua perkara mesti mengikut peraturan

semula jadi untuk bertumbuh dan berkembang, manusia tibak boleh melanggar peraturan

itu.Kedua,mesti melakukan semua perkara yang mematuhi peraturan semula jadi,dan

mestilah mematuhi peraturan itu semasa melakukannya.Apabila dapat pencapaian yang

bagus,tidak patut menyatakan itu adalah jasa kamu sendiri sahaja.

Lao Zi menganggap bahawa bahasa dan tulisan juga mestilah mematuhi

peraturan semula jadi,seperti angin dan hujan di alam semula jadi kadang- kala berlaku

4
dan kadang kala tidak berlaku.Semua bahasa dan tulisan mesti mematuhi peraturan

semula jadi ini ,kalau tidak, seseorang itu akan kalah.Angin dan hujan adalah kejadian

semula jadi.Kalau ikut peraturan ini,angin dan hujan yang lebat akan berhenti dengan

sendiri.Ini juga bermaksud pemerintahan,bercakap juga tidak boleh meleter,kalau tidak

orang lain tidak dapat tahan dengan pemerintah atau orang itu dan pemerintah atau orang

itu sendiri juga akan berasa malu.

3.Kebodohan rakyat(愚民) dan sifat jahil dan semula jadi(复归于婴儿)

Dalam aspek politik,Lao Zi mengemukakan polisi menbodohkan rakyat(愚民

政 策 ).Pertama,Lao Zi meminta peringkat pemerintahan menbodahkan diri( 自 愚 )dulu.

Masyarakat yang aman disebabkan oleh pemerintah.Pemerintah sendiri mestilah sunyi

dan mematuhi peraturan semula jadi( 清 静 无 为 ),mengamalkan sikap yang tidak tamak

dan tidak mengganggu rakyat, dengan itu, pemikiran rakyat akan dibetulkan dan

kehidupan mereka akan menjadi kaya.Oleh itu,beliau menentang kesenian buatan

manusia.Beliau menyatakan lima warna menyebabkan orang buta,lima bunyi

menyebabkan orang pekak,dan lima rasa menyebabkan mulut manusia menjadi lesu.Lao

Zi membantah pemerintah menggunakan cara yang bertindas terhadap

rakyat.Kedua,dalam buku“Lao Zi”,menyatakan suci,bijaksana dan kebodohan

mempunyai pujian dan celaan dua makna.Mematuhi dan melaksanakan peraturan semula

jadi adalah orang yang bijaksana dan suci.Kebodohan dalam buku “Lao Zi”adalah

bermaksud kepujian.Ia bermakna jujur ,baik hati ,dan sederhana.Kebodohan juga

5
mempunyai makna celaan,iaitu menunjuk-nunjuk karangan yang kosong.Ketiga ,Lao Zi

membodohkan rakyat ialah untuk memastikan kehidupan rakyat aman ,memulihkan sifat

semula jadi rakyat.

Dalam aspek satera,Lao Zi mementingkan kecantikan dalam kesucian dan

sederhana.Contoh,Liu Xie(刘勰) punya“Wen Xin Diao Long”(文心雕龙)banyak

menekankan kepada“Dao semula jadi”(自然之道).Ini membuktikan pemikiran Liu Xie

dipengaruhi oleh Daoisme.Selain itu, Lao Zi harap rakyat mengekalkan sifat yang suci

dan jujur.

4.Bahasa yang positif macam bahasa yang negatif(正言若反) dan mahir macam

lembap (大巧若拙).

Lao Zi menganggap “yang lemah lebih hebat daripada yang kuat” (柔弱胜刚

强 ).Ini tidak bermaksud sentiasa berundur dan tidak menyerang.Beliau telah

mengambilkan air untuk contoh.Beliau menyatakan air adalah benda yang paling lemah

di dunia ini tetapi ia dapat merekahkan batu jika dititiskan berterusan terhadap batu.Lao

Zi menekankan rakyat adalah sangat penting.Dengan itu, pemerintah mestilah tahu rakyat

sebagai asas dan melindung dan menbantu mereka,oleh itu rakyat akan menyokong

pemerintah itu.Dengan itu,beliau telah mengemukakan satu cara bahasa,iaitu bahasa yang

positif macam bahasa yang negatif,pemikiran yang positif disampaikan dengan pemikiran

yang negatif. Ini bermakna bahasa dan makna adalah bertentangan.Beliau pernah

6
menyatakan kata-kata yang boleh dipercayai tidak indah ,kata-kata yang indah tidak

boleh dipercayai.

Selain itu,Lao Zi juga menekankan kepada konsep “tegak dan jelas tetapi

tidak sewenang-wenangnya”(端直真率而不放肆无忌).Ini juga ditekankan dalam aspek

sastera,seperti dalam karya,penyampaian bahasa dan pembentukkan imej.Pembentukan

imej mestilah jelas dan jenis banyak tetapi juga tidak boleh semua

dipaparkan,penyampaian bahasa atau penciptaan karya juga tidak disampaikan atau

ditulis dengan sepenuhnya,mestilah menyimpankan sedikit untuk diri sendiri.

Di samping itu,Lao Zi juga membantah benda yang tidak pratikal dan

palsu,tetapi beliau suka benda yang mahir dan kecantikan yang benar.Ini bermaksud

beliau suka benda yang sifat semula jadi .Dalam perbahasan ,beliau juga membantah

perbahasan yang berniat jahat tetapi suka perbahasan yang cermat.

5.Bunyi yang besar dan sukar didapati(大音希声) dan imaginasi tiada

bentuk(大象无形).

Dalam konsep “bunyi yang besar dan sukar didapati” ini terdapat banyak

penjelasan daripada pelbagai orang.Pertama,dalam buku“Han Fei Zi,Yu Lao”(韩非子.喻

老 )menganggap bunyi yang besar perlu dihimpun lama baru boleh dikeluarkan,oleh itu

bunyi yang besar sukar didengar.Kedua,Wang Bi( 王 弼 )menganggap bunyi yang besar

7
adalah bunyi yang sempurna, dan adalah asas kepada pelbagai bunyi.Oleh itu,tidak

mungkin didengar .Bunyi yang dikeluarkan itu adalah sebagian daripada bunyi yng besar

itu sahaja.Ketiga,Jiang Kong Yang( 蒋 孔 阳 )dalam karyanya“mengkritik pemikiran

sastera Lao Zi dalam prinsip bunyi yang besar sukar didengar” menganggap bunyi yang

kita dengar itu ialah sebahagian daripada bunyi yang besar itu sahaja.Bunyi yang

dikeluarkan ini tidak sempurna jika dibandingkan dengan “Dao dalam

bunyi”.Sebenarnya,makna“bunyi yang besar sukar didengar”ialah bunyi yang semula jadi

dan sempurna,dan bersifat berubah-ubah.

Dalam konsep “imaginasi tiada bentuk” pula menyatakan bentuk dan imaginasi

adalah saling bergantung.Contoh,Tao Yuan Ming(陶渊明) punya “shi wai tao yuan”(世

外桃源) adalah dipengaruhi oleh Lao Zi punya konsep “imaginasi tiada bentuk”.

8
Zhuang Zi

Zhuang Zi ialah pewakil Daoisme selepas Lao Zi.Namanya ialah Zhuang Zhou.

Beliau adalah orang dinasti Song. .Beliau merupakan seorang yang mempunyai

pengetahuan yang luas dan pernah memegang jawatan “Meng Cheng Qi Yuan- Li”(蒙

城漆园吏).

Beliau telah banyak menghasilkan karya-karya yang mempengaruhi orang

ramai.. Zhuang Zi bukan sahaja seorang sasterawan, tambahan pula beliau juga ialah

seorang ahli falsafah,ahli politik dan sebagainya. Kehidupannya sangat miskin. Pada

zaman itu,masyarakat adalah dalam keadaan yang huru-hara.Oleh itu, beliau

mementingkan konsep pemeliharaan semula jadi serta konsep “Wu Wei”.Konsep in

bermaksud mematuhi peraturan semula jadi tanpa pembuatan manusia,.Tujuan utama

ajaran Zhuang Zi adalah untuk mengekalkan sifat keaslian dan kerohanian seseorang.

Zhuang Zi ialah seorang yang bersikap tidak mengagumi kekayaan dan

kemewahan. Beliau lebih suka hidup di pergunungan yang tenteram.Beliau menganggap

semua benda dan perkara adanya nasibnya,manusia tidak dapat mengubahkannya.

Pada zaman Pra-Qin ,prosa beliau dianggapkan istimewa,kerana beliau banyak

menggunakan cerita dongeng dan cerita ibarat dalam prosanya untuk menyampaikan

pemikirannya dan perasaannya.Banyak sarjana pada zaman itu dipengaruhi olehnya.

9
Pemikiran Zhuang Zi terhadap sastera.

1.“Wen”(文)adalah asas daripada konsep “Dao”(道)

Zhuang Zi menganggap “Dao” ialah sumber yang menghasilkan langit,

bumi, matahari, bulan, masa, manusia, masyarakat dan alam semula jadi.Selain

itu,Zhuang Zi menganggap “keperimanusiaan, kewajaran, kesopanan, muzik”(仁义礼

乐)dilahir oleh konsep “Dao”. Jadi “Dao” harus dianggap sebagai sumber sastera.

Sebenarnya, konsep ini selaras dengan pemikiran sastera Zhuang Zi yang

dinyatakan dalam karyanya. Dalam karya Zhuang Zi banyak menyatakan hubungan

antara “Dao” dan “Wen”.

Dalam karya Zhuang Zi pernah menyatakan apabila seseorang memilikan

sifat semula jadi orang itu mesti faham tentang “Dao” melalui perkataan, barulah tidak

dibingung oleh adat resam duniawi. Oleh itu, sastera dan konsep “Dao” tidak boleh

dipisahkan.

2.Penghasilan puisi asas daripada nasib.

Zhuang Zi melayani benda adalah mengasaskan daripada konsep

penyelarasan kebendaan. Konsep penyelarasan kebendaan ini juga menggambarkan

dalam konsep “hidup dan mati”. Zhuang Zi menyedari bahawa kehidupan masyarakat

ialah suatu tragedi. Jadi beliau mengabungkan konsep “hidup dan mati ”dengan konsep

10
“Dao”. Beliau menyatakan hidup dan mati adalah nasib,manusia tidak dapat

mengubahkan dengan sesuka hati.Maka “nasib” adalah sebahagian daripada “Dao”.

Zhuang Zi menyatakan hasil ciptaan puisi adalah asas daripada “Dao”.

Zhuang Zi bukan seorang pembangkang kesusasteraan, beliau menggunakan puisi untuk

menyampaikan pemikiran “Wen asas daripada Dao”.

Pemikiran sastera Zhuang Zi

11
1.Sederhana (朴素)

Zhuang Zi menekankan kecantikan semula jadi dan sederhana,tetapi membantah

ikatan pembuatan manusia,pengukir dengan sengaja dan perhiasan yang palsu.Beliau

telah mengesampingkan banyak teori yang dikeluarkan oleh pakar-pakar lain,dan

mencadangkan kehidupan manusia patut kembalikan kepada kehidupan yang asal atau

asli itu.Sini bukan bermakna beliau membantah kelahiran moral ,budaya ,kesenian dan

alat-alat,tetapi menghalang manusia menjadi seorang yang tidak bertamadun.Ini adalah

kerana sejak manusia meninggalkan kehidupan yang asli dan berhubung dengan

kehidupan yang bertamadun,ini telah merosakkan ,mencemarkan dan mengelirukan sifat

sebenar dan sifat keaslian manusia.Oleh itu, ini patut dihapus dan sifat sebenar manusia

dapat dikekalkan.

Selain itu,Zhuang Zi menekankan manusia patut mengikut peraturan semula

jadi untuk berkembang,hidup dengan aman dan saling bantu-membantu,hidup di bawah

keadaan yang bebas.Zhuang Zi juga menekankan kuasa pemerintah yang telah

menjadikan penderitaan rakyat.Contoh,sesetengah pemerintah menambahkan cukai tanpa

mempedulikan perasaan dan kesusahan kehidupan masyarakat.

Di samping itu,Zhuang Zi menekankan lima bunyi yang dapat merosakkan

kecantikan semula jadi.Contoh,Zhong Rong(钟嵘)mengemukakan “gaya semula

jadi”(自然英姿). Li Bai (李白)juga pernah berkata“air yang jernih menumbuhkan bunga

teratai,alam semula jadi untuk mengukir”(清水出芙蓉,天然去雕饰). Ini telah

menunjukkan mereka telah dipengaruhi oleh teori Zhuang Zi.

12
Zhuang Zi menekan kepada peraturan semula jadi,membantah pembuatan

manusia tetapi sini tidak bermakna segala perkara mesti mengikuti nasib sahaja.Contoh

dalam satu cerita“zhi yue”(至乐) pernah menekankan sesebuah cerita yang bagus,layanan

dalam kehidupan patutlah sesuai dengan sifat orang itu.Zhuang Zi punya karangan

adalah mengikut peraturan semula jadi,pergabungan pembuatan manusia dan unsur

semula jadi,ia adalah sederhana .

2.Konsep“Fa Tian Gui Zhen”(法天贵真),“Yi Tian He Tian”(以天合天),“Yong Zhi Bu

Fen”(用志不分),“Zhi Yu Wu Hua”(指与物化).

Konsep “Fa Tian Gui Zhen”menggambarkan sifat asal dan perasaan sebenar

manusia,tidak termasuklah kekangan dan perhiasan yang palsu.Contoh dalam karangan

“Yu Fu”( 渔 父 ) telah menekankan perasaan yang sebenar mempunyai kuasa pengaruh

yang besar,tetapi perasaan yang palsu tidak boleh mempengaruhi orang lain.Dalam buku

“Zhuang Zi”,terdapat banyak cerita ibarat yang telah menghuraikan keadaan semasa

tukang sedang melakukan kerja dan kemahiran mereka mengumumkan sebab mereka

dapat mencapai peringkat yang tinggi ini.Zhuang Zi yang pernah menyertai proses

penghasilan barang,beliau menyatakan pada masa itu tiada teknologi yang mahir,dari

proses perancangan sampailah hasilan itu siap adalah dibuat oleh seseorang itu

sahaja.Oleh itu, hasilan itu mengandungi sendiri punya perasaan dan hasil titik peluh.

13
Konsep“Qi Yi Jing Xin”(齐以静心) menunjukkan seseorang manusia perlulah

melepaskan segala perkara yang runsing sebelum mula melakukan sesuatu kerja.Dengan

itu ,barulah boleh melepaskan pemikiran dan dapat mengenali perkara dan benda yang

objektif dan akhirnya dapat sampailah “Yi Tian He Tian”( 以 天 合 天 ).Di

sini,“Tian”yang depan itu menunjukkan sifat sebenar manusia,yang belakang itu

menunjukkan kualiti dan ciri-ciri sebenar sesuatu benda yang objektif.Contoh, dalam

petikan“Rang Wang”( 讓 王 ),Zheng Zi( 曾 子 ) telah melupakan kemiskinannya dan

kuasa pemerintah,oleh itu beliau pun nyanyi dengan kuat.Pada dinasti Tang ,pemikiran

seorang penyair yang bernama “Du Fu”(杜甫) dalam syairnya “Zui Shi Ge”(醉时歌)

adalah sama dengan pemikiran Zhuang Zi dalam konsep ini. Selain itu,contohnya, dalam

karyanya “Da Sheng” ( 达 生 篇 ),Zi Qing mengupas kayu untuk menghasilkan alat

muzik. Dalam karyanya“Yang Sheng Zhu”(养生主) pula menceritakan “Pao Ding Jie

Niu”( 庖 丁 解 牛 ). Dalam kedua-dua cerita ini menyatakan kita harus melepaskan

gangguan kemasyhuran dan kekayaan peribadian, bahkan melupakan kewujudan diri

sendiri, dan tidak dihadkan oleh perasaan diri sendiri, memasuki keadaan pergabungan

manusia dengan “Dao”.

Dalam konsep “Yong Zhi Bu Fen”(用志不分),Lao Zi pernah menyatakan jika

seseorang menumpu perhatian melakukan sesuatu sepanjang masa,orang itu akan menjadi

mahir dalam melakukan perkara itu.Contoh,seorang orang tua yang bongkok boleh

memanjat pokok yang tinggi untuk menangkap reriang perkara ini bukan mudah bagi

semua orang tetapi orang tua itu membuat perkara ini dengan senang dan mudah.ini

adalah kerana usahanya.Di samping itu,dalam petikan “Yang Sheng Zhu”(养生主) telah

14
menghuraikan satu tukang masak telah banyak membedah lembu selama 19 tahun,oleh

itu dia sangat tahu akan seluruh struktur badan lembu.Walaupun penglihatnya dihalang

tetapi dia juga dapat membedahkannya dengan cepat dan lancar dengan menggunakan

pengalaman dan pengenalan terhadap lembu.

Di samping itu,perkataan “Wu Hua”( 物 化 ) pernah muncul dalam

petikan“Qi Wu Lun”(齐物论). Ini menunjukkan semangat yang subjektif melarut dalam

benda dan perkara yang objektif.Apabila konsep ini digunakan dalam penciptaan sastera

termasuklah 2 makna.Salah satu makna ialah Zhuang Zi menumpukan perhatian untuk

menggambarkan sesuata perkara,oleh itu beliau memerhatikan perkara itu dengan lebih

mendalam sampailah sendiri macam dilarutkan ke dalam perkara itu.Kedua,dengan

sentiasa berhubung dengan benda dan perkara yang objektif,melaksanakannya sepanjang

masa ,kemahiran yang tinggi dan kemampuan untuk melahirkan sesuatu adalah sesuai

dengan imej benda dan perkara objektif.Selain itu,Zhuang Zi juga menganggap dengan

melalui aktiviti kemahiran dapat mengetahui peraturan benda dan perkara.

Lao Zi menganggap melalui proses penghasilan,muzik dan aktiviti sastera

yang lain dapat mengenali peraturan benda dan perkara .Jika penciptaan puisi dapat

menggambarkan pelbagai aspek benda dengan betul,maka pengenalan pengarang

terhadap peraturan itu dapat ditambah.Semua hujah ini adalah daripada buku “Zhuang

Zi”.

15
3.Konsep “Yan Bu Jin Yi” (言不尽意)dan “De Yi Wang Yan”(得意忘言).

Sastera adalah kesenian bahasa,dan ditunjukkan dengan menggunakan

perkataan.Zhuang Zi telah mengutamakan hubungan antara bahasa,erti dan buku seperti

dalam karya “Tian Dao”( 天 道 ).Dalam karya itu telah menyatakan buku dan perkataan

adalah penting kerana ia telah mencatatkan bahasa,bahasa juga penting adalah kerana

dapat menggambarkan perasaan manusia.Kedua, karya itu juga menyatakan semua

perkara juga ada luaran dan dalaman. Jika manusia cuma memerhatikan

bentuk,warna,nama,bunyi,luaran fizikal benda itu,maka tidak dapat mengenali benda itu

dengan sepenuhnya. Ketiga ,dalam karya itu telah menyatakan terdapat pelbagai jenis

benda di dunia ini.Manusia dapat mengenali luaran benda itu dan dibincangkan dengan

bahasa tetapi dalaman benda itu kita cuma tahu tetapi tidak dapat dibincangkan dengan

bahasa.

Bahasa sebagai alat menghantarkan perasaan dan mesej antara manusia,maka

perkataan membolehkan bahasa dapat dikekalkan dan disebarkan selama-

lamanya.Ketiga-tiga aspek ini adalah berhubungkait tetapi mereka adalah

berbeza.Terdapat banyak sarjana mengkaji hubungan antara ketiga-tiga aspek itu.Ada

yang menganggap perkataan dapat menyampaikan erti,ada yang menganggap bahasa

tidak dapat menyampaikan erti dengan sempurna.Dalam Konfusianisme,Kong Zi ,Meng

Zi dan Xun Zi juga menganggap perkataan dapat menyampaikan erti.Tetapi Lao Zi dan

Zhuang Zi menganggap bahasa tidak dapat menyampaikan erti dengan sempurna.Mereka

16
berdua telah mengutamakan percanggahan antara bahasa dengan erti .Pertama,Zhuang Zi

telah menyatakan bahasa adalah terhad untuk menyampaikan mesej dan perasaan.

Zhuang Zi tidak menafikan kelahiran objektif di dunia ini,dan tidak

menafikan kebolehan mengenali manusia .Dalam karya “Geng Sang Chu”( 庚 桑

楚 ),beliau menyatakan mengenali sesuatu adalah berhubung dengan benda

objektif.Selepas berhubung dengan benda objetif itu,manusia juga mestilah berfikir

tentangnya.Dalam karya“Ren Jian Shi”( 人 间 世 ),beliau telah menyatakan

pengetahuan adalah sangat luas dan tanpa batasan,tetapi nyawa manusia dan kebolehan

manusia adalah terhad.

Sempadan penerokaan Zhuang Zi adalah sangat luas.Contoh dalam

karyanya“Xiao Yao You”(逍遥游)telah menyatakan ruang alam semesta adalah sangat

luas,masa adalah sangat panjang,benda adalah sangat kaya dan perubahan benda juga

tanpa batasan.Oleh itu,bumi dan langit adalah sangat besar dan manusia adalah sangat

kecil jika dibandingkan.Zhuang Zi menganggap hayat manusia adalah sangat

pendek,kemampuan manusia untuk mengenalikan sesuatu cuma sederhana

sahaja.Manusia terdapat banyak benda dan perkara yang belum kenal dan tahu .

Zhuang Zi telah mengutamakan kegunaan bahasa dan beliau menyatakan

bahasa tidak dapat menyampaikan mesej dan perasaan dengan sempurna.Selain

itu,Zhuang Zi juga mengkaji percanggahan antara bahasa dan erti.Contoh dalam

karya“Wai Wu”( 外 物 ).Dalam karya ini,beliau menjadikan bahasa sebagai alat untuk

17
menangkap ikan dan arnab.Manusia menggunakan alat ini untuk menangkap ikan dan

arnab.Di sini,beliau menyatakan bahasa adalah alat untuk menyampaikan perasaan

seseorang.Menulis,mendengar dan membaca adalah untuk menyampaikan dan

menperoleh erti mesej.

Konsep “De Yi Wang Yan”(得意忘言)bererti bahasa cuma ialah alat yang

berunsur simbol.Contoh ,Zhong Rong ( 钟 嵘 )punya karya “Shi Pin Xu”( 诗 品

序 )menyatakan perkataan sudah habis tetapi ertinya belum ditunjukkan dengan

sempurna.Ini menunjukkan terdapat sarjana dipengaruhi oleh Zhuang Zi.Zhuang Zi telah

mengesahkan bahasa dan perkataan adalah berkhidmat untuk perasaan seseorang.Oleh

itu,beliau membantah bahasa yang cantik.Contohnya dalam karyanya “Qi Wu Lun”(齐物

论 ),belian telah menyatakan bahasa yang cantik tidak dapat menyampaikan maklumat

dan ertinya dengan sempurna.

4.“Yu Yan”(寓言) dan “Zhong Yan”(重言).

“Yu Yan”adalah cerita ibarat.“Yu Yan ”menunjukkan ciri-ciri dalam

buku “Zhuang Zi”.Buku “Zhuang Zi”adalah sebuah buku pertama yang mengandungi

banyak cerita ibarat di China.Sembilan belas cerita ibarat(寓言十九)bererti cerita ibarat

ini telah menduduki sebanyak sembilan per sepuluh daripada seluruh buku itu.Pada

zaman Pra-Qin,terdapat banyak sarjana menggunakan cerita ibarat dalam karya

mereka.Pertama kali “cerita ibarat” itu dinamakan adalah dalam buku “Zhuang Zi”.Buku

18
“Zhuang Zi”adalah sebuah buku yang mengandungi cerita ibarat yang terbanyak di antara

semua sarjana pada zaman itu.Selain itu,buku “Zhuang Zi” juga mengandungi unsur

sastera yang banyak.

Beliau tahu akan jika menceritakan sendiri punya pandangan melalui cerita

ibarat adalah lebih berkesan.Oleh itu,beliau banyak menggunakan cerita ibarat untuk

mengeluarkan pandangannya.Kadang-kala , Zhuang Zi menggantikan dirinya dengan

watak dalam cerita ibarat itu untuk mengeluarkan pandangannya.Dalam buku “Zhuang Zi

,walaupun terdapat unsur yang nyata tetapi unsur yang rekaan adalah lebih

banyak.Contohnya,dalam karya “Tian Zi Fang”( 田 子 方 ) menyatakan beliau berjumpa

dengan Lu Ai Gong( 鲁 哀 公 ) untuk berbincang mengenai aliran

konfusianisme.Sebenarnya mereka tidak mungkin dapat berjumpa kerana zaman mereka

adalah tidak sama dan jarak antara kedua-dua zaman mereka itu adalah berbeza

sebanyak seratus tahun.Selain itu,dalam karya “Xiao Yao You”(逍遥游),beliau bermimpi

beliau sendiri telah berubah menjadi seekor rama-rama.Buku “Zhuang Zi”bukan sahaja

mengandungi unsur sastera,tambahan pula telah menggalakkan sastera cerita ibarat dan

ini adalah asas kapada novel.

“Zhong Yan ”bereti hujah yang pernah dicakapkan oleh orang yang pandai

dan bermoral dipinjamkan dan dituliskan dalam buku “Zhuang Zi”.Hujah-hujah ini telah

menduduki tujuh per sepuluh daripada seluruh buku “Zhuang Zi”.Dalam buku“Zhuang

Zi”,hujah-hujah itu mungkin mengandungi cerita ibarat,atau cerita ibarat itu

mengandungi hujah-hujah itu.Dalam buku “Zhuang Zi” banyak menggunakan hujah-

19
hujah daripada orang yang pandai dan bermoral adalah sebahagian daripada unsur cerita

ibarat.Zhuang Zi banyak menggunakan hujah-hujah daripada orang lain itu adalah kerana

untuk menyakinkan sepenuhnya orang lain.Sebenarnya,menggunakan hujah-hujah

daripada orang yang pandai dan bermoral adalah satu amalan tradisional orang

China,Zhuang Zi pun tidak dikecualikan.

Dalam buku “Zhuang Zi”terdapat banyak unsur romantic seperti dalam

karyanya “Tian Xia Pian”( 天 下 篇 ).Ini adalah pertama kali mengutamakan aspek

romantik.Pertama,ia telah mengumumkan gaya penulisan Zhuang Zi yang semula jadi

perawakan,gaya yang bebas tanpa terkawal.Beliau lebih menumpu perhatian kepada

masyarakat yang hura-hura pada zaman itu.Beliau menggunakan cara yang istimewa

untuk menuliskannya dalam bukunya.

Zhuang Zi menyatakan “Dao” tidak dapat diukur dan diteka dan

“Dao”sentiasa berada di merata-rata tempat.Oleh itu,karya beliau adalah melepaskan

segala ikatan tanggapan duniawi,dibebaskan sepenuhnya dan imaginasi dengan

bebas.Zhuang Zi menganggap konsep benar dan salah yang digubalkan oleh orang yang

pandai telah merosakkan sifat sebenar manusia dan adat resam masyarakat.Selain

itu,beliau juga menyatakan pada masa itu,aliran konfusianisme dan aliran lain yang

berbincang mengenai benar atau salah adalah dari satu prasangka kepada prasangka yang

lain.Oleh itu,beliau sangat memandang rendah terhadap aliran-aliran itu.

20
Zhuang Zi pernah menyatakan buatan manusia merosakkan sifat sebenar

benda .Oleh itu ,dalam karyanya adalah ditulis dengan gaya semula jadi dan tidak

merosakkan sifat sebenarnya.

5.Keunikan romantisme dan dan kesenian Zhuang Zi

Zhuang Zi menekankan “Dao” yang semula jadi. Beliau menganggap

kecantikan seni yang sebenar haruslah menekankan konsep “Wu”(无)yang bermakna

ideal dan bukannya konsep “You”(有)yang bermakna realiti.

Dari pandangan itu, Zhuang Zi menekankan kesenian harus menghuraikan

ideal dan bukannya menghuraikan realiti.Oleh itu, pemikiran sastera Zhuang Zi dan

keseniannya mengandungi keunikan romantisme. Contohnya dalam karyanya “Tian

Dao Pian”( 天道篇 ) telah menghuraikan pemikiran Zhuang Zi dan gaya karanganya.Ini

merupakan pertama kali yang menyentuhkan persoalan romantik dalam negara China.Di

dalamnya mempunyai unsur negatif tetapi juga terdapat unsur yang positif.Ini selaras

dengan pemikiran Zhuang Zi dan gaya prosanya.Melalui karyanya“Tian Dao Pian”(天

道篇),kita dapat lihat Zhuang Zi lebih suka gaya kesenian yang sesuka hati dan kita juga

dapat memahami ciri-ciri karya pada zaman Pra-Qin.

“ Dao” merupakan konsep yang paling tinggi dan ditunjukkan dalam

segala makhluk, ia muncul di merata-rata tempat. Semua benda yang nyata bukan

“Dao”, kerana “Dao” merupakan sesuatu yang bukannya realiti, tidak dapat

21
mengguna sesuatu yang realiti untuk menghuraikannya dan ia cuma dapat dirasai. Jadi ,ia

hanya dapat menggunakan simbol untuk menjelaskannya.1 Oleh itu, pemikiran sastera

dan kesenian Zhuang Zi juga merupakan simbolisme.

Pengaruh-pengaruh pemikiran dan kesenian Zhuang Zi terhadap

sarjana-sarjana yang lain.

Kesenian dan pemikiran Zhuang Zi banyak mempengaruhi sarjana-sarjana

generasi kemudian,contohnya Si Ma Qian(司马迁),Cao Zhi(曹植),Tao Yuan Ming(陶渊


1
Zhang shaokang: zhongguo wenxue lilun piping fazhan shi, Beijing daxue chubanshe,2006,ms78

22
明),Li Bai(李白),Bai Ju Yi(白居易),Han Yu(韩愈),Liu Zong Yuan(柳宗元),Su Shi(苏

轼) dan sebagainya.

Si Ma Qian(司马迁)

Si Ma Qian(司马迁) sangat menghormati dan suka pada Daoisme.Beliau

bukan saja mengutip karya “Lun Liu Jia Yao Zhi”(论六家要旨)ayahnya Si Ma Tan (司

马谈),memuji Lao Zi dan Zhuang Zi dalam karya “Lao Zi Han Fei Lie Zhuan”(老子韩非

列传),dan dalam karyanya (游俠列传) juga pernah meminjam hujah-hujah Lao Zi dan

Zhuang Zi.

Selain daripada ”Hu Jian Fa”(互见法),Si Ma Qian juga dipengaruhi oleh

Zhuang Zi dalam dua aspek,iaitu : pertama,beliau telah menjalankan kritikan terhadap

kehidupan yang realiti.Cara beliau yang menjalankan kritikan ini juga mencontohi

Zhuang Zi.Si Ma Qian bukan sahaja mengkritik orang yang jahat dan perkara yang

jahat,beliau juga memerli fenomena yang tidak baik pada zaman itu,terutamanya memerli

terhadap pemerintah yang tinggi itu dan orang yang mempunyai kuasa dan kaya itu

seperti Wei Qing (卫青),Huo Qu Bing(霍去病) pada Dinasti Han.Kedua,daripada gaya

menulis dan ciri-ciri karyanya juga dapat dilihat bahawa beliau banyak dipengaruhi oleh

Zhuang Zi.

Cao Zhi(曹植)

Cao Zhi(曹植) ialah wakil kepada sastera Jian An(建安文学).Beliau juga

merupakan pengasas puisi lima perkataan( 五 言 诗 ).Walaupun beliau dipengaruhi oleh

23
aliran konfusianisme,tetapi pemikiran dan gaya menulisnya juga dipengaruhi oleh

Zhuang Zi.Contohnya,karyanya “Qi Qi”(七启),“Yao Que Fu”(鹞雀赋),dan “Du Lou

Shuo”( 髑 髅 说 ) adalah karya yang mencontohi Zhuang Zi.Dalam karya “Yao Que

Fu”( 鹞 雀 赋 ),dengan dialog yang terang dan menggunakan cara penulis yang

bersimbol,telah menunjukkan keadaan seekor burung cicit berlawan dengan seekor

burung yang lain ,ini telah menunjukkan gayanya yang lucu itu dipengaruhi oleh Zhuang

Zi.Beliau sangat kagum kepada pemikiran Zhuang Zi yang tidak suka akan kemasyhuran

dan kekayaan dan hidup dengan bebas. “Du Lou Shuo”(髑髅说) adalah sebuah karya

yang menghuraikan Cao Zhi dianiayai dan kehidupan ditimpa kesusahan .Karya ini

adalah satu karya dengan gabungan unsur romantik dan unsur realiti.

Yuan Ji(阮籍)

Yuan Ji(阮籍) ialah seorang daripada Tujuh Sasterawan Jian An (建安七

子 ).Kedudukannya dalam puisi lima perkataan adalah penting.Contoh,dalam puisinya

“Yong Huai Shi”( 咏 怀 诗 ) banyak menekankan pengejar terhadap pemikiran yang

bebas.Ini telah banyak mencontohi falsafah Zhuang Zi seperti dalam karya Zhuang Zi

“Ren Jian Shi”( 人 间 世 ).Beliau banyak melepaskan pengalaman pahitnya dan

menggambarkan pemikirannya yang menghayati hidup dengan bebas seperti Zhuang Zi.

Tao Qian Sheng(陶潜生)

Tao Qian Sheng( 陶 潜 生 ) dilahirkan antara Dinasti Jing dan Dinasti

Song .Beliau pernah menjadi pegawai kerajaan.Selepas beliau meletak jawatannya,beliau

pun tinggal di pergunungan dan jauh daripada duniawi .Kemudian beliau telah menjadi

24
seorang penyajak.Puisi beliau adalah puisi yang paling banyak mencontohi Zhuang

Zi.Selain itu,pemikiran dan semangatnya serupa dengan pemikiran Zhuang Zi.Dalam

puisinya banyak menunjukkan perasaan yang senang ,bebas dan konsep “Wu Wei”,ini

adalah sama dengan pemikiran Zhuang Zi .Beliau juga seperti Zhuang Zi dalam

memandang rendah terhadap orang yang berkuasa dan kaya,dan benci terhadap realiti.

Li Bai(李白)

Li Bai( 李 白 ) punya puisi mempunyai gaya yang kasar dan tidak

terkawal.Kejayaannya yang tinggi adalah disebabkan oleh keluarganya dan

pengalamannya,tetapi beliau benar-benar dipengaruhi oleh Zhuang Zi.Contoh ,dalam

karyanya “Da Peng Yu Xi You Niao Fu”(大鹏遇希有鸟赋)banyak mencontohi Zhuan

Zi punya karya “Xiao Yao You”( 逍 遥 游 ).Pemulaan dan kesimpulan dalam karya itu

pernah menyebut dan memuji Zhuang Zi dan karyanya“Xiao Yao You”(逍遥游).

Selain itu,karyanya seperti “Jiang Jin Jiu”(将进酒),“Xing Lu Nan”(行

路难),“Dang Tu ZhaoYan Shao Fu Fen Tu Shan Shui Ge”(当塗赵炎少府粉图山水歌),

“Ba Jiu Wen Yue ”(把酒问月)dan lain-lainnya telah menunjukkan imaginasinya yang

istimewa dan kaya ,memandang rendah terhadap orang yang berkuasa dan kaya

,nenekankan konsep “Dao”(道).

Bai Ju Yi(白居易)

Bai Ju Yi( 白 居 易 )ialah seorang penyajak yang kejayaan yang tinggi

dalam sukan “Xin Yue Fu ”( 新 乐 府 ).Puisi kritikannya kaya ,pemikirannya yang

25
kuat,telah menulis karya seperti “Mai Tan Weng ”(卖炭翁),“Hong Xian Tan”(红线毯)

,“Qing Fei”(轻肥) ,“Mai Hua”(买花) dan lain-lainnya.Kritikan puisi ini adalah lebih

mendalam dan mengandungi unsur realiti yang kuat,bahasanya juga mudah

difahami.Tetapi apabila beliau pada umur yang tua,karyanya juga terdapat banyak puisi

yang berunsur negatif.Ini dapat menunjukkan beliau telah dipengaruhi oleh Zhuang

Zi.Wakil karyanya ialah “Yin Ji”(隐几) dan “Shui Qian Yan Zuo”(睡前晏坐).

Han Yu(韩愈)

Prosa Han Yu( 韩 愈 ) banyak mencontohi daripada sebuah buku yang

bernama “ZuoZhuan”( 左 传 ).Beliau sangat mengagum kepada Meng Zi( 孟 子 ),tetapi

beliau pernah mencontohi Zhuang Zi untuk menulis karyanya.Contoh,karyanya “Da Li

Yi Shu”( 答 李 翊 书 )adalah mencotohi karya Zhuang Zi “Yang Sheng Zhu”( 养 生

主 ).Puisinya banyak menulis bentuk- bentuk yang aneh dan istimewa.Gaya ini serupa

dengan gaya Zhuang Zi.

Liu Zong Yuan(柳宗元)

Liu Zong Yuan pernah menyatakan beliau sendiri dipengaruhi oleh

Zhuang Zi.Contoh ,dalam karyanya “San Jie”( 三 戒 ) dan “Fu Ban Zhuan”( 蝜 蝂 传 )

merupakan karya yang menggunakan cerita ibarat dan cerita dongeng Zhuang Zi.Contoh

satu lagi,karyanya yang bernama “Zhong Shu Guo Tuo Tuo Zhuan”( 种 树 郭 橐 驼

传 )yang menghuraikan prinsip memelihara pokok dapat membolekan kita dapat prinsip

memelihara manusia.Ini adalah satu karya yang mencontohi karya Zhuang Zi yang

bernama “Yang Sheng Zhu”(养生主).

26
Su Shi(苏轼)

Su Shi(苏轼) merupakan seorang sarjana pada dinasti Song.Beliau

mendapatkan kerjayaan yang tinggi dalam prosanya,puisinya dan perkataannya.Beliau

sangat mengagumkan kapada Zhuang Zi.Terdapat banyak gaya dan pemikiran puisinya

dekat pada pemikiran dan gaya Zhuang Zi seperti karyanya yang bernama “Chi Bi

Fu”(赤壁赋).

Selain itu,perkataan Su Shi adalah dalam gaya yang bebas.Perkataan

Su Shi banyak menekankan kepada pemikiran yang ingin hidup dengan bebas.Ini adalah

kerana kehidupan Su Shi adalah susah dan miskin dan sepanjang hidupnya pun tidak

bagus.Su Shi pernah menyatakan pemerintah patutlah belajar daripada Zhuang Zi ,iaitu

beliau menekankan pemerintah patutlah tidak mementingkan nama baiknya sendiri,tidak

mementingkan kekayaan.Ini dapat membuktikan pemikiran Zhuang Zi yang bersifat

negatif ini telah mempengaruhi Su Shi.

Xin Qi(辛弃)

Gaya perkataan Xin Qi(辛弃) adalah sama gaya dangan Su Shi.Beliau

telah terus mengembangkan gaya perkataan Su Shi.Beliau dan Su Shi ialah orang yang

bersifat bebas.Xin Qi ini juga sangat mengagumkan kepada Zhuang Zi seperti dengan Su

Shi.Semangat perkataannya bukan sahaja serupa dengan Zhuang Zi ,malah

pandangannya dalam aspek romantik juga sama dengan Zhuan Zi.

27
Di samping itu, perkataannya banyak menggunakan bahasa dan cerita

ibarat Zhuang Zi.Contoh,dalam karyanya yang bernama “Dong Xian Ge”(洞仙歌)telah

menggunakan cerita ibarat dalam karya Zhuang Zi yang bernama “Qi Wu Lun”(庄子.齐

物 论 ) untuk mengkritikkan orang–orang kaya dan berkuasa yang baru itu.Selain

itu,dalam karyanya yang bernama “Shao Bian.Qiu Shui Guan”( 哨 遍 . 秋 水 观 ) telah

banyak menggunakan cerita-cerita ibarat dalam karya Zhuang Zi seperti dalam karya

“Xiao Yao You”(逍遥游),“Qi Wu Lun”(齐物论),“Ze Yang ”(则阳),“Qiu Shui”(秋

水),dan “Da Sheng”(达生) untuk melepaskan geramnya kerana cita-citanya yang tidak

dapat dicapai .

Kesimpulan

Pemikiran Lao Zi dan Zhuang Zi adalah sangat rumit dan kaya.Sebenarnya

pemikiran mereka itu banyak yang bersifat negatif.Mereka kagum kepada hidup yang

bebas .Mereka menasihatkan orang supaya tidak mementingkan kekayaan ,nama,dan

kuasa. Ahli fikir Daoisme menegaskan alam,kebebasan dan konsep keakuan.Mereka

memisahkan kitab-kitab dan konsep-konsep pegangan Konfusianisme

Lao Zi dan Zhuang Zi banyak menekankan dalam konsep semula jadi dan

“Wu Wei”.Mereka menganggap bahawa semua benda patut berkembang dengan

semulajadi dan tidak patut menggunakan nekad luar untuk mengubah atau mengawalnya.

Tujuan Lao Zi menekankan konsep semulajadi adalah untuk menghapuskan halangan

28
kuasa luar dan menyingkirkan kegangguan nekad luar.Lao Zi dan Zhuang Zi juga

menganggap bahawa bahasa dan tulisan juga mestilah mematuhi peraturan semula jadi

Selain itu,mereka juga menekankan kepada hubungan antara percakapan dan

maksudnya. Lao Zi dan Zhuang Zi menganggap bahasa tidak dapat menyampaikan erti

dengan sempurna. Selain itu,Zhuang Zi juga mengkaji percanggahan antara bahasa dan

erti.Contoh dalam karya“Wai Wu”(外物).

Pemikiran Lao Zi dan Zhuang Zi telah banyak mempengaruhi pemikiran dan

gaya penulisan karya sarjana generasi kemudian,contohnya Si Ma Qian( 司 马 迁 ),Cao

Zhi(曹植),Tao Yuan Ming(陶渊明),Li Bai(李白),Bai Ju Yi(白居易),Han Yu(韩愈),Liu

Zong Yuan(柳宗元),Su Shi(苏轼) dan sebagainya.

29
Sumber Rujukan:

1. Sun yi shao: Zhuangzi san lun, An Wei Da Xue chu ban she, 1997

2. zhang shaokang: Zhong guo wen xue li lun pi ping fa zhan shi, 2006

3. Chen yugang: Zhong guo wen xue tong shi, Xi Yan chu ban she, 1996.

4. Qing Qian Zheng Er:Zhong Guo Wen Xue Si Xiang Shi,Chun Feng Wen Yi

chubanshe,1988.

5. Zhang Shao Kang:Xian Qing Zhu Zi de Wen Yi Guan,Shang Hai Wen Yi chu ban

she,1981.

30

Anda mungkin juga menyukai