Anda di halaman 1dari 2

2.

Agama Islam di India

Sebelum agama Islam lahir di Arab, bangsa arab dan bangsa India sudah saling mengenal.
Hal ini dapat dibuktikan dengan peninggalan pedang Arab yang disebut ”Saif Muhannad”
pedang yang di tempa secara India. Kemudian adanya perkataan ” Handasah” yang yang
bermaksud ilmu ukur yang diambil dari perkataan ”Hindu”. Agama Islam telah diperkenalkan
ke India oleh adalah Khalifah Umar bin Khattab. Pada tahun 16 H (636 M), beliau telah
menghantar pasukan ke Persia di bawah pimpinan Saad bin Abi Waqas. Selepas berjuang
selama 16 tahun, akhirnya beliau dapat menguasai seluruh Persi kemudian beliau
meluaskan penaklukan ke Khurasan dan kemudian diteruskan ke India. Semasa zaman
pemerintahan Khalifah Usman, beliau telah menghantar Hakim bin Jabalah ke India, untuk
menjelajah India. Selain itu, pada zaman pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Thalib.,iaitu
pada tahun 38 H (659 M), Al Harrits Murrah Al Abdi ke India untuk menyelidik jalan-jalan di
India, memperoleh ilmu pengetahuan dan mengenal adat istiadat India.

Masuknya Islam di India dilakukan Khalifah arrasydin dengan cara damai. Namun begitu,
masuknya Islam ke India dilakukan oleh bani Umayah dengan jalan lain. Pasukan Islam
masuk ke India di mulai pada zaman pemerintahan Umayah yang berpusat di Damaskus.
Kesimpulannya, bahawa agama Islam masuk ke India pada abad ke-7 dan kemudian agama
Islam dapat berkembang dengan pesatnya di India, dan pedagang-pedagang Islam India
atau Gujarat yang membawa Islam ke negara-negara Asia Tenggara, seperti Indonesia,
Malaka, Singapura, dan sebagainya

Bukti berkembangnya Islam di India dengan berdirinya kerajaan-kerajaan Islam serta


peninggalannya. Kerajaan-kerajaan Islam di India iaitu Kerajaan Sabaktakin. Kerajaan ini
berdiri di Ghazwah wilayah Afganistan di bawah pimpinan Sabaktakin. Beliau
mengembangkan agama Islam dan ilmu pengetahuan. Selain itu, munculnya kerajaan
Ghazi, Kerajaan Ghazi didirikan oleh Aliudin Hudain bin Husain (555 H / 1186 M), di
Furoskoh, lereng gunung Afganistan. Kerajaan ini mencapai puncak kejayaan pada masa
Muhammad Abdul Muzafar bin husain Al Ghazi. Beliau memberi kemerdekaan kepada
orang-orang Hindu dan berbuat baik terhadap budak-budak.

3.Kerjaan Mameluk

Raja dari budak belian ini menyebarkan agama Islam di India. Beliau mendirikan
masjid raya di Delhi yang diberi nama ”Jami” dan menara yang tinggi dengan nama
”Qhutub Manar” sekarang menjadi objek wisata

4. Kerajaan keturunan Kilji


Kerajaan ini berdiri setelah menaklukan Kerajaan Mameluk dan sultannya bernama
Alaudin dari Afganistan. Beliau tidak lama memerintah, karena muncul kerajaan baru
dari keturunan Taghlak dari Turki.

5. Kerjaan Taghlak

Kerajaan ini merupakan kerajaan terakhir di India sebelum datangnya bangsa Mongol.
Diantara rajanya ialah Muhammad bin Taghlah dan Firus Syah. Setelah kerajaan
Taghlak berdiri, kemudian berdirilah kerajaan Mongol Islam di India dengan raja-
rajanya antara lain: Babur (1504-1530 M), Humayun (1530-1550 M), Akbar Agung
(1556-1605 M), Jikangir (1605-1627 M) dan syah Jihan (1627-1657 M) yang mecapai
puncak kejayaannya. Syah Jihan membangun ”Taj Mahal” di Agra sebagai
penghormatannya kepada permaisurinya yang cantik dan dicintainya. Pembangunan
Taj Mahal menelan waktu selama 22 tahun dengan tenaga 20.000 orang

Anda mungkin juga menyukai