Anda di halaman 1dari 3

Singapura Dilanggar Todak

Mengikut cerita orang Melayu Singapura. Pada suatu hari ada seorang pedagang
dan ulama dari negeri Pasai bernama Tun Jana Khatib telah datang ke Singapura
untuk melakukan kehidupan baru disamping berdagang. Ketika di Singapura dia
sangat disengani oleh rakyat Singapura kerana sikapnya yang lemah lembut dan
berbudi bahasa di samping melakukan kerja-kerja amal yang dilakukan oleh
penduduk-penduduk tempatan.

Pada suatu hari Tun Jana Khatib telah berlalu disebelah istanaRaja Singapura.
Pemaisuri baginda sedang melihat Tun Jana Khatib yang sedang berdiri di sebatang
pokok pinang itu. Tun Jana Khatib menerung mata lalu memegang tangan ke arah
pokok pinang. Pokok pinang terbelah dua lalu tersungkur ke tanah! Pemaisuri raja
terkejut melihat keajaiban pokok pinang itu! Kemudian Tun Jana Khatib telah pun
beredar. Raja Singapura sendiri pula bertanya kepada pemaisuri dan terkejut
melihat pokok pinang yang terbelah dua.

Setelah menayakan khabar bahawa itu adalah seorang dari Pasai. Maka baginda
sangat murka dan memerintahkan supaya Tun Jana Khatib ditangkap dan dihukum
bunuh di Hujung Pasar (sekarang Kampung Gelam). Apabila ditangkap maka dia
bersumpah: "Hai kamu semua! ketahuilah kamu semua. Aku relakan kematian ini!
Tetapi raja yang zalim itu tidak akan terlepas begitu sahaja. Dia hanya membayar
harga keatas kezaliman itu... Dan percayalah Singapura ini akan huru hara! akan
ditimpa malapetaka yang dahsyat!" Sepantas kilat petanda terus menikam sebilah
keris ke arah Tun Jana Khatib! akhirnya dia tersungkur lalu rebah ke bumi.

Ketika hendak membawa jenazah Tun Jana Khatib ke tanah perkuburan, ada yang
tidak kena pada jenazah Tun Jana Khatib. Dia tiba-tiba ghaib tapi darahnya masih
ada dan ke mana dia pergi? Berberapa minit kemudian ribut petir menggemparkan
Singapura dan disusuli dengan dentuman kuat! Rakyat terus lari menyelamatkan diri
dan pergi ke tempat kejadian semula. Orang ramai mula gempar darah Tun Jana
Khatib tadi telah bertukar menjadi batu. Sementara itu penduduk di Langkawi mula
gempar kerana mayatnya telah terbaring di tepi pantai tidak lain tak bukan itu Tun
Jana Khatib. Jenazahnya kemudian dikebumikan di sebuah tanah perkuburan yang
dipanggil Makam Purba.

Dan dari peristiwa itu terciptalah sebuah pantun sebagai mengenang kesaktian Tun
Jana Khatib, bunyinya:
Telur Itik di Singgora,
Pandan terletak dilangkahi;
Darah titik di Singapura,
Badannya terlantar di Langkawi.

Pada suatu pagi di Singapura, nelayan mula pergi ke pantai untuk menangkap ikan
tetapi orang di situ mula lari ke tengah daratan. Berberapa ekor ikan todak mula
menyerang Singapura. Ramai orang di situ mula melarikan diri. Tetapi ada yang
orang yang tersungkur kerana ditikam seekor ikan todak. Seorang demi seorang
tersungkur dan ikan todak yang banyaknya terus menyerang sana sini. Peristiwa itu
turut memeranjatkan Raja Singapura kerana ramai bilangan rakyat di situ telah
terkorban. Sepantas kilat, Raja Singapura segera mengarahkan pengawalnya
menyediakan seekor gajah tunggangan raja dan terus ke tempat kejadian.

Di kawasan pantai yang banyak mayat di situ terdampar tiada cara lain yang
baginda buat. Maka Raja Singapura mengarahkan orang yang ada disitu terus ke
tepi pantai berbaris untuk dijadikan betis masing-masing. Namun usahanya gagal.
Seorang demi-seorang daripada mereka mati ditikam oleh ikan todak. Semua orang
takut dan tiada harapan lagi kerana selagi gus takut dimurkai oleh Raja Singapura
sebagai penderhaka kepada raja. Maka ada seorang budak yang berusia 10 tahun
yang bijaksana bernama Hang Nadim. Dia terus pergi untuk menghadap raja yang
berdiri di situ. Raja Singapura terus mengemukakan cadangan lain kepada Hang
Nadim. Maka ada cadangan yang baik bahawa elok kita bariskan batang pisang
untuk kita jadikan kubu. Akhirnya baginda mengarahkan orang yang ada di situ terus
meninggalkan pantai untuk mencari batang pisang untuk dijadikan kubu. Orang yang
ada di situ terus gembira apabila titah baginda disambut dengan penuh sorakan dan
mula meninggalkan pantai. Mereka terus ke kebun pisang untuk mencari batang
pisang lalu dibawa ke pantai. Beberapa jam kemudian batang-batang pisang yang
ada di situ terus dijadikan kubu. Kubu akhirnya siap dalam masa yang terdekat.

Tidak lama kemudian kebanyakan ikan todak telah menyerang semula dan akhirnya
ikan todak telah tersangkut pada batang pisang. Rakyat Singapura yang melihat
kejadian itu disambut dengan penuh kegembiraan dan sorakan penuh. Apabila ikan
todak berhenti menyerang orang ramai yang ada di situ mula ke pantai lalu
membersihkan ikan todak yang durjana itu. Singapura akhirnya bebas dari serangan
ikan todak. Baginda telah memuji kejayaan Hang Nadim menumpaskan ikan todak
lalu baginda menjemput Hang Nadim ke istana untuk penerimaan anugerah
kepadanya.

Sementara itu di istana, kebanyakkan pembesar tidak suka dengan Hang Nadim
kerana apabila dah besar nanti dia akan merampas kuasa baginda dan akan
memerintah Singapura pada suatu hari nanti. Raja Singapura telah mengarahkan
pembesar supaya membatalkan istiadat penganugerahan dan diganti dengan
perlaksanaan hukuman bunuh. Dengan mengucap salam ke atas ibunya, Hang
Nadim mula pergi ke istana untuk menghadiri istiadat penganugerahan tetapi ada
yang tidak kena apabila pengawal istana terus menangkap Hang Nadim. Keadaan
menjadi tegang apabila dia bukannya ke balai penghadapan tetapi diseret ke tengah
halaman. Tanpa berlengah masa lagi baginda mengarahkan petanda supaya
melaksanakan hukuman bunuh ke atas budak itu. Anak kecil mula menjerit
kesakitan apabila ditikam oleh sebilah keris lalu mati. Begitulah tadi cerita Singapura
Dilanggar Todak.

Anda mungkin juga menyukai