Anda di halaman 1dari 8

Pendahuluan

Maksud Masyarakat Majmuk

Menurut kamus dewan edisi ke-4,masyarakat majmuk bermaksud masyarakat yg terdiri

daripada beberapa kaum atau bangsa.

Menurut J. S. Furnivall dalam bukunya Natherlands India, masyarakat majmuk merupakan

suatu masyarakat yang mengandungi pelbagai komuniti yang tinggal bersebelahan tetapi

berasingan dalam unit politik yang sama.

Secara jelasnya,masyarakat majmuk adalah sekumpulan manusia yang berlainan budaya dan

identiti hidup bersama dalam sesebuah kawasan.Walaupun berada di bawah sistem politik

yang sama tetapi kehidupan mereka berasingan.

Sebagai contoh,masyarakat majmuk di Malaysia, walaupun berada di bawah satu sistem

pentadbiran yang sama,masyarakat melayu,india,cina dan bumiputera Sabah Sarawak masing-

masing memiliki kehidupan yang berbeza. Kesemua kaum ini masih mengekalkan identiti

masing-masing dan mengamalkan tradisi tersendiri.


Dalil

Semua agama di dunia menyeru kepada kehamonian dan kerukunan dalam perhubungan

sesama manusia.Begitu juga dengan Islam, sebagai sebuah agama yang syumul, islam sangat

menuntut umatnya supaya menghormati sesama manusia, meskipun anutan agama mereka

berbeza daripada Islam. Firman Allah bermaksud:

“Wahai orang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan

keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu

terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah

kamu berlaku adil (kepada sesiapa juga) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa

dan bertakwalah kepada Allah.sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam

akan apa yang kamu lakukan.”

(Surah al-Maidah, ayat 8)

Islam juga mengiktiraf kewujudan masyarakat majmuk sebagai satu perhubungan sosial di

kalangan manusia yang ditentukan oleh Allah s.w.t. Pengiktirafan ini adalah selari dengan

pengertian Islam sebagai sebuah agama ‘perdamaian’ yang menegakkan kerukunan hidup

sesama manusia. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Wahai manusia, sesunggunya Kami ciptakan kamu lelaki dan perempuan, dan Kami jadikan

kamu terdiri daripada berbagai bangsa dan puak supaya kamu berkenal-kenalan.

Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah di antara kamu ialah yang paling bertaqwa

kepada Allah”

(Surah al-Hujarat:13)

Jelaslah disini bahawa Allah menuntut manusia supaya saling berkenalan,hormat-

menghormati dan hidup dengan aman damai sesama manusia.


Masyarakat Majmuk Dalam Sejarah Awal Tamadun Islam

Islam telah menganjurkan konsep persaudaraan sejagat tanpa membataskan bangsa dan

keturunan, warna kulit,agama, kedudukan sosial seseorang malah melampaui batas sempadan

geografi.

Oleh itu,dalam mengasaskan negara islam di madinah,Nabi Muhamad S.A.W telah

mengambil kira kehadiran masyarakat bukan islam seperti yahudi dan kristian dalam

penggubalan Piagam Madinah.

Piagam Madinah yang didraf oleh Rasulullah s.a.w selaku pengasas dan ketua kerajaan Islam

Madinah ini mengandungi 47 fasal yang  menggambarkan bahawa satu bangsa yang bersatu

bukan sahaja berkongsi negara malah mereka juga perlu berkongsi usaha untuk memajukan

negara berkenaan dalam pelbagai bidang kehidupan. Sebagai contoh, Fasal 2 piagam itu dapat

diterjemahkan sebagai penekanan oleh Nabi Muhammad s.a.w terhadap unsur perpaduan bagi

memastikan masyarakat majmuk dapat menikmati kehidupan yang aman dan harmoni di

dalam sebuah negara.

Dalam piagam madinah,telah termaktub hak-hak yang diberikan terhadap masyarakat bukan

islam.Mereka ini mendapat perlindungan dan layanan yang baik,bebas mengamalkan agama

masing-masing serta mempunyai hak yang sama dengan masyarakat islam dalam pengadilan

undang-undang.fasal 15 dan 16 sebagai contoh,telah menjelaskan mengenai jaminan

keselamatan terhadap semua penduduk madinah selagi mereka masih mematuhi isi

kandungan piagam.manakala fasal 17 pula menyentuh mengenai hak kebebasan dalam

beragama.dan fasal 47 menerangkan bahawa tiada keistimewaan atau perlindungan akan


diberikan kepada mana-mana penduduk madinah yang melakukan kesalahan.Kita dapat lihat

di sini betapa adilnya Rasulullah s.a.w dalam melaksanakan pentadbiran masyarakat majmuk

di madinah.

Masyarakat majmuk di antara masyarakat islam dan bukan islam pada masa itu terbina atas

dasar toleransi,keadilan,kebajikan dan bertimbangrasa yang juga merupakan pertama kalinya

berlaku dalam sejarah manusia sebelum kedatangan islam.


Nilai-nilai Islam dalam masyarakat majmuk 
Kesimpulan
Rujukan/Bibliografi

http://pakcikchu.blogspot.com/2009/10/islam-dan-masyarakat-majmuk.html

http://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yang-berdaulat/nilai-islam-

asas-bentuk-masyarakat-majmuk-harmoni/

http://sukosenseistpm2.blogspot.com/2009/03/bincangkan-faktor-faktor-yang-membawa.html

http://www.1malaysia.com.my/zh/news/1malaysia-menyingkap-sejarah-piagam-madinah-dan-

penyatuan-masyarakat-majmuk/

Anda mungkin juga menyukai