Anda di halaman 1dari 6

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS/1 2011

TARIKH : 15 JANUARI 2011

HARI : SABTU

MASA : 7.30 PAGI

TEMPAT : MAKMAL SAINS 1

Kehadiran : Rujuk Lampiran

Agenda:

1. Kata-kata aluan oleh Ketua Panitia Sains


2. Pengurusan buku rekod mengajar
3. Hal-hal lain

1.0 Kata-kata Aluan oleh Ketua Panitia Sains


1.1 Puan Misna mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang dapat hadir ke
mesyuarat pertama Panitia Sains bagi tahun 2011.

1.2 Puan Misna memperkenalkan guru-guru yang mengajar mata pelajaran Sains bagi setiap
tingkatan dan juga guru-guru baru.

1.3 Program dan Aktiviti Kurikulum :


1.3.1 Program kelas tambahan untuk pelajar tingkatan 3 dan 5.
1.3.2 Program MaCS (Managing Challenging School) untuk meningkatkan prestasi
pelajar diteruskan.
1.3.3 Karnival Peperiksaan dibatalkan dan digantikan dengan program Pecutan Akhir .
1.3.4 Program ulang kaji terancang terus dijalankan.
1.3.5 Program MDK (Majalah Dalam Kelas) untuk meningkatkan penguasaan bahasa
pelajar.
1.3.6 Program Nilam
1.3.7 Program Pemulihan untuk pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran.

1.4 Penilaian dan peperiksaan perlu dilaksanakan untuk menilai pemahaman pelajar selepas
proses P&P.
1.4.1 Cara penilaian:
1.4.1.1 Ujian Kemajuan 1
1.4.1.2 Peperiksaan Penggal 1
1.4.1.3 Peperiksaan Pertengahan Tahun
1.4.1.4 PEperiksaan Akhir Tahun
1.4.1.5 Ujian Pra-PMR (peringkat negeri)
1.4.1.6 Peperiksaan Khas (Tingkatan 4)
1.4.1.7 Peperiksaan Daerah

1.4.2 Selain ujian sumatif, ujian formatif juga harus dijalankan. Cadangan adalah
mengadakan ujian topikal selepas setiap topik.
1.4.2.1 Menggunakan satu masa (40 minit)
1.4.2.2 10 soalan objektif dan maksimum 4 soalan subjektif. Markah
keseluruhan adalah 25 markah.
1.4.2.3 Guru perlu membincangkan dalam kelas selepas menyemak ujian.
1.4.3

1.5 Kewangan
1.5.1 Peruntukan yang diterima oleh Panitia Sains pada tahun ini berjumlah
RM15360.
1.5.2 Kegunaan duit panitia:
1.5.2.1 Peralatan P&P
1.5.2.2 Membeli peralatan kerja dan habis guna
1.5.2.3 Buku rujukan dan alat tulis
1.5.2.4 Perbelanjaan penyelenggaraan komputer
1.5.2.5 Proses pengukuhan P&P seperti lawatan sambil belajar, mengambil
sampel dan sebagainya
1.5.2.6 Perolehan harta model (tidak melebihi RM1000)
1.5.2.7 Penggunaan mesin fotostat
1.5.2.7.1 Tidak boleh untuk kegunaan peribadi. Jika inigin fotostat
untuk kegunaan peribadi, bayar di koperasi (5 sen/ms)
1.5.2.7.2 Untuk kegunaan formal, guna nota minta. Contohnya ujian,
bahan P&P dan soalan latihan. Tidak boleh fotostat nota
untuk pelajar.
1.5.2.7.3 Prosedur kelulusan. Pertama, isi nota minta. Kedua,
pengesahan guru kanan. Ketiga, kelulusan pengetua atau
penolong kanan 1 atau penyelia petang. Buat dalam dua
salinan, satu untuk simpanan sendiri dan satu untuk ketua
panitia.
1.5.3 Prosedur untuk pembelian barang di luar
1.5.3.1 Isi nota minta
1.5.3.2 Kelulusan pengetua
1.5.3.3 Beli melalui koperasi atau beli barang dahulu dan buat tuntutan pada
koperasi. Pastikan ada resit)
1.5.4 Kos fotostat adalah 4 sen sehelai. Setiap guru akan diberi password, fotostat
sendiri di bilik guru sesi pagi. Untuk fotostat dan cetakan berwarna kos adalah
67 sen sekeping.

1.6 Peperiksaan PMR


1.6.1 Analisis PMR 2010 yang lalu menunjukkan peningkatan kelulusan sebanyak
5.43% dan nilai GPK sebanyak 0.14 berbanding tahun tahun 2009 untuk mata
pelajaran Sains.

KELAS/GRED A B C D E JUMLAH % GPA


PELAJAR KELULUSAN KELAS
3A 37 6 1 0 0 44 100 1.33
3B 37 3 0 1 0 41 100 1.36
3C 18 13 10 2 0 43 100 2.04
3D 19 14 11 7 0 41 100 2.37
3E 8 14 13 6 0 41 100 2.55
3F 3 6 20 13 0 42 100 3.12
3G 0 9 13 19 1 42 98 3.24
3H 2 3 8 27 1 41 98 3.51
3I 0 1 8 32 1 43 95 3.68
3J 0 3 4 32 0 39 100 3.75
3K 0 1 1 20 8 30 73 4.22
JUMLAH 114 73 89 159 12 447 97.32

2009 2010 PENINGKATAN

% KELULUSAN 91.89 97.32 5.43


GPK 2.88 2.74 0.14

1.6.2 Guru-guru diminta menjalankan post mortem dan merancang penambahan


program dan mengekalkan program sedia ada. Penolong Kanan 1 Encik Rosli
Ahmad telah meminta agar mengadakan pelan strategik untuk meningkatkan
lagi prestasi.
1.6.3 Antara program yang dirancang:
1.6.3.1 Keceriaan makmal
1.6.3.2 MaCS (Sasaran peningkatan 5%)
1.6.3.3 Pentaksiran
1.6.3.4 Majalah dalam Kelas (MDK). Pelajar harus membuat bayaran secepat
mungkin untuk proses pembelian oleh koperasi.
1.6.3.5 Sasaran tahunan untuk subjek Sains tahun 2011 adalah 97.5%

2.0 Pengurusan Buku Rekod Mengajar


2.1 Rancangan pengajaran harian hendaklah ditulis dalam buku rekod sebelum mengajar.
2.2 Keperluan minimum yang perlu dicatatkan dalam buku rekod mengajar harian:
2.2.1 Theme
2.2.2 Learning Area
2.2.3 Learning Objective
2.2.4 Learning Outcome
2.2.5 Learning Activities
2.2.6 Reflection
2.3 Guru perlu melampirkan silibus, sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran dan
rancangan mengajar tahunan.
2.4 Eksperimen perlu dijalankan supaya pemahaman pelajar tentang suatu topic dapat
ditingkatkan.

3.0 Hal-hal lain


3.1 Penyediaan peperiksaan
3.1.1 Soalan peperiksaan disediakan dalam dwibahasa.
3.1.2 Soalan mesti disiapkan tiga minggu sebelum peperiksaan berlangsung untuk
mengelakkan sebarang masalah.
3.1.3 Guru perlu menghantar borang JSU beserta jawapan untuk pengesahan
3.1.4 Guru juga perlu membuat sasaran untuk tahun ini. Sasaran mesi dihantar
kepada Puan MIsna dua minggu sebelum peperiksaan berlangsung.
3.1.5 Guru harus menyediakan anggaran keperluan untuk fotostat secepat mungkin.

3.2 Minggu Sains dan Matematik


3.2.1 Akan diadakan pada minggu pertama bulan Mei.
3.2.2 Antara aktiviti yang dicadangkan adalah pameran Sains, pertandingan dan
permainan untuk menarik minat pelajar serta hadiah
3.2.3 Guru diminta memikirkan cadangan permainan atau aktiviti untuk minggu Sains
dan Matematik.
3.2.4 Puan Zurainah mencadangkan kerjasama dengan panitia Pendidikan Seni Visual
dengan mempamerkan lukisan atau poster yang dihasilkan oleh pelajar.
3.2.5 Puan Hajah Sharifah Salamiah mencadangkan agar satu mesyuarat diadakan
pada masa lain untuk berbincang tentang MInggu Sains dan Matematik.

3.3 Penggunaan Makmal


3.3.1 Penggunaan makamal adalah wajib untuk pembelajaran dua masa sama ada
untuk eksperimen atau P&P.
3.3.2 Guru yang mengajar pada masa terakhir diingatkan supaya memastikan
kebersihan dan kekemasan makmal. Pastika pelajar menaikkan kerusi di atas
meja, bersihkan lantai, tutup tingkap dan beratur sebelum keluar dari makmal.
3.3.3 Bagi penempahan peralatan dan bahan untuk eksperimen, guru diingatkan oleh
Puan Misna supaya melakukannya tiga hari sebelum eksperimen atau sekurang-
kurangnya sehari sebelum eksperimen supaya barang dapat disediakan
selengkapnya.
3.3.4 Penggunaan pembaris dalam makmal. Guru diingatkan agar tidak merosakkan
pembaris dalam makmal kerana menyebabkan peralatan tidak cukup untuk
melakukan eksperimen.
3.3.5 Puan Misna mencadangkan penggantian rotan dan Encik Jan Tusau diminta
menyediakan rotan dalam makmal dengan kerjasama ALD.

3.4 Guru-guru diingatkan untuk menghantar borang maklumat peribadi dan salinan jadual
waktu kepada Puan Misna.
3.5 Kerusi makmal yang ada sekarang tidak mencukupi untuk pelajar dan di makmal bawah
kerusi adalah agak tinggi bagi pelajar
3.6 LCD dan OHP dalam makmal sudah rosak dan cadangan pembelian LCD dan OHp yang
baru. Guru akan mendapat pen marker untu kegunaan OHP. Bagi LCD pula Puan MIsna
menerangkan bahawa dalam mesyuarat bersama pengetua ada cadangan untuk
menggunakan TV LCD dalam makmal. Pengetua akan membincangkan dengan pihak
PIBG.
3.7 Bagi guru tingkatan 3, mereka perlu menyediakan sijil peka untuk pelajar dan masukkan
dalam anggaran untuk fotostat.
3.8 Masalah berbangkit. Cikgu Marzuki menyatakan
3.8.1 Penggunaan bangku makmal haruslah seragam dan di manakah semua kerusi
yang tidak digunakan
3.8.2 Penggantian kipas dalam makmal. Kipas sudah lama dan lambat. Pelajar
kepanasan dalam makmal.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 9.30 pagi

Pencatat Minit Disahkan oleh


________________ ________________
(SYAFIQAH BT ZULKIFLI) (PUAN MISNA JUIN)
LAMPIRAN

HADIR
1. Encik Marzuki Kipli
2. Puan Hajah Sharifah Salamiah Ibrahim
3. Puan Misna Juin
4. Puan Jee Geok Jan
5. Puan Zurainah Ujang
6. Puan Nurhana Mohd. Bakary
7. Encik Vyner Merril Gugup
8. Kiew Shiau Ching
9. Encik Jan Tusau
10. Encik Norhisyam Ahmad
11. Cik Shuhara Abd Kadir
12. Cik Syafiqah Zulkifli
13. Cik Nur Khairani Che Adnan
14. Puan Jennifer Peter Ngak
15. Puan Alice Gregory Jimos
16. Puan Winnie Wayne ak Awang
17. Cik Majenah bt Hj Mustapha

TIDAK HADIR
1. Irene Ngieng Ai Lin (Sakit)
2. Ch’ng Yean Fang (Tanpa Sebab)

Anda mungkin juga menyukai