Anda di halaman 1dari 1

MAKANAN DARI HASIL TILIK

Abu Bakar mempunyai seorang hamba yang menyerahkan sebahagian daripada


pendapatan hariannya kepadanya sebagai tuan. Pada suatu hari hambanya telah
membawa makanan yang dimakannya sedikit oleh Abu Bakar. Hambanya berkata,
"Kamu selalu bertanya tentang sumber makanan yang aku bawa, tetapi hari ini kamu
tidak berbuat demikian ?"

Abu Bakar menjawab, "Aku terlalu lapar sehingga aku lupa bertanya. Terangkanlah
kepada aku di mana kamu mendapat makanan ini ?"

Hamba menjawab, "Sebelum aku memeluk Islam, aku menjadi tukang tilik. Orang-orang
yang aku tilik nasibnya kadang-kadang tidak boleh membayar wang kepadaku. Mereka
berjanji membayarnya apabila sahaja memperolehi. Aku berjumpa dengan mereka hari
ini. Merekalah yang memberikan aku makanan ini."

Mendengar kata-kata hambanya, Abu Bakar memekik, "Ah! Nyaris-nyaris kau bunuh
aku."

Kemudian dia cuba mengeluarkan makanan yang telah ditelannya. Ada orang yang
mencadangkan supaya dia mengisi perutnya dengan air dan kemudian memuntahkan
makanan yang ditelannya tadi. Cadangan ini diterima dan dilaksanakannya sehingga
makanan itu dimuntahkan keluar.

Kata seorang pemerhati, "Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasmu. Kamu telah
bersusah-payah kerana makanan yang sedikit."

"Aku sudah pasti memaksanya keluar walaupun dengan berbuat demikian aku mungkin
kehilangan jiwaku sendiri. Aku mendengar Nabi berkata, "Badan yang tumbuh subur
dengan makanan haram akan merasai api neraka. Oleh kerana itulah maka aku memaksa
makanan itu keluar takut kalau-kalau ia menyuburkan badanku."

Anda mungkin juga menyukai