Anda di halaman 1dari 9

JXEA 1104

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

SEMESTER 1 SESI 2008/2009

KARYA KLASIK : PANTUN

NAMA :MOHAMAD FAIZAL BIN ABIDIN

NO MATRIK :JEA080184

NAMA PENSYARAH :DR. AMRAN MUHAMMAD

NAMA TUTOR :CIK NURUL


PENGENALAN

Pantun merupakan puisi Melayu yang paling popular jika didasarkan daripada

penggunaannya yang paling meluas. Harun Mat Piah (1989) telah mendifinisikan

pantun berdasarkan aspek dalaman dan aspek luaran atau struktur visualnya.

PAspek dalaman pantun meliputi unsur estetik dan isi (tema dan persoalan). Unsur

estetik pantun dapat di lihat berdasarkan dua aspek. Pertama, yang berkaitan

dengan pengunaan lambang-lambang tertentu yang terdapat dalam pantun

mengikut tanggapan dan pandangan dunia masyarakat melayu dan yang kedua

berdasarkan hubungan makna antara pasangan pembayang dengan pasangan

maksud sama ada secara konkrit atau abstrak.

Menurut kajian Zainal Abidin Bakar (1991) pantun dapat di jeniskan

berdasarkan tiga aspek iaitu sudut khalayak, sudut bentuk dan sudut tema. Sudut

khalayak ialah penutur dan pendengar yakni terdiri dari kanak-kanak,dewasa dan

orang tua. Bentuk pantun dapat di lihat melalui jumlah baris dalam setiap

rangkapnya manakala sudut temanya pula dapat diklasifikasikan kepada sebelas

tema iaitu pantun adat dan resam manusia, agama dan kepercayaan, budi, jenaka

dan permainan, teka-teki, kepahlawanan, nasihat dan pendidikan, peribahasa dan

perbilangan, kias dan ibarat, kembara dan perantauan dan yang terakhir ialah
percintaan. Bagi fungsi pantun pula ialah di gunakan dalam aktiviti masyarakat

seperti kegiatan seni, sebagai alat koomunikasi, alat pendidikan, alat menguji

ketajaman akal, dan sebagai alat untuk mendapatkan gambaran masyarakat.

yang paling meluas.

Sultan Muda dari Lampung,

Memikul cangkul dengan bajak,

Singgah minum di lepau nasi,

Sudah serkah tempat bergantung,

Telah patah tempat berpijak,

Budi yang yang baik tetap di hati.

Banyak orang di Bukit Cina,

Daun nanas serak-serakkan,

Burung tempua di pohon saga,

Zaman sekarang ringgit berguna,

Emas perak jadi taruhan,

Budi baik terpinggir jua.

Padi bukit padi huma,

Taruh mati di dalam peti,

Di bawa orang ke Tanjung Jati,


Budimu tuan saya terima,

Sudah terlekat didalam hati,

Terpahat kukuh hingga ke mati.

Buah lada lebat di pangkal,

Gugur daun dengan buahnya,

Dibawa dagang pergi seberang,

Sungguh ringgit penuh sekapal,

Budi tiada apa gunanya,

Nama pun tidak disebut orang.

Dari Johor ke Majapahit,

Singgah berlabuh di Pulau Bangka,

Ambil muatan gula dan rempah,

Jika masyhur budi yang baik,

Jangan pula mengada-ngada,

Orang keliling jadi menyampah.


Pantun pada rangkap pertama memerihalkan manusia yang terus mengingat,

menghargai, dan menyanjung budi dan jasa yang diterimanya walaupun orang

yang menaburkan budi itu telah tiada di muka bumi ini atau tidak memberi

bantuan kepadanya lagi. Hal ini menampakkan sifat yang positif yang di tonjolkan

oleh pencipta pantun ini yang mana beliau ingin mengingatkan atau memberitahu

kepada umum agar sentiasa mengenang jasa yang telah di berikan oleh orang lain

kepada kita.

Pada rangkap kedua pula menyerlahkan kelaziman yang berlaku pada zaman

ini. Menurut pantun pada rangkap ini, manusia tidak lagi mementingkan budi,

sebaliknya yang lebih mendapat perhatian ialah wang ringgit dan emas (harta).

Dalam konteks ini, manusia sekarang tidak bersedia memberikan bantuan

(berbudi) secara ikhlas, sebaliknya setiap bantuan yang diberikan mestilah ada

cagarannya. Dengan kata lain, seseorang itu akan mendapat bantuan jika dia

bersedia mempertaruhkan lebih dahulu kepada orang yang menjadi tempat ia

meminta bantuan itu. Hal ini bermakna, soal budi tidak lagi menjadi keutamaan

mereka.

Rangkap seterusnya pula iaitu rangkap ketiga menyerlahkan kemuliaan hati

insan yang menerima budi daripada seseorang. Beliau sangat menghargai budi

yang diterimanya dan tidak sekali-kali akan melupakan budi dan jasa insan

tersebut daripada ingatannya. Hal ini jelas menunjukkan betapa mulianya hati

orang yang menerima bantuan orang lain dan tidak melupakan budi dan jasa orang

tersebut.
Peranan budi berbanding wang ringgit dan harta benda merupakan maksud

utama yang ingin disampaikan dalam rangkap ke empat. Dalam hal ini, rangkap

ini secara jelas menyindir secara jelas golongan hartawan yang kaya raya tetapi

enggan berbakti dan memanfaatkan harta bendanya untuk membantu golongan

yang memerlukan. Oleh sebab mereka tergolong sebagai golongan yang kedekut,

kekayaan mereka tidak membawa apa-apa makna dan nama mereka luptu begitu

saja.

Rangkap terakhir meningatkan seseorang yang pernah menaburkan jasa bakti.

Mereka diingatkan supaya menjauhi sikap mengada-ngada atau mengungkit-

ungkit jasa yang pernah diberikan kepada orang lain kerana perbuatan sedemikian

akan menimbulkan kebencian dalam kalangan orang-orang yang mendengarnya.

Dengan kata lain, seseorang yang pernah berbudi tidak harus mengungkit-ungkit

apa-apa bantuan yang pernah diberikannya kerana perbuatan yang berunsur riak

dan takabur itu dapat mencacatkan kemurnian budi tersebut.

Keseluruhan pantun tersebut jelas bertemakan budi yang menjadi cermin

kepada nilai keluhuran hati seseorang. Kepada yang menerima budi, mereka akan

sentiasa mengenang dan menyanjung jasa dan orang yang berjasa kepadanya. Jasa

dan budi itu akan dibawa mereka sehingga mati. Walau bagaimanapun, ada

golongan yang mengesampingkan peranan budi. Mereka tidak memberikan budi

secara percuma, sebaliknya meminta imbuhan terlebih dahulu. Malah ada yang

langsung tidak mahu menaburkan sebarang bentuk budi dan jasa walaupun

tergolong sebagai hartawan.


Golongan seperti ini tidak akan mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.

Budi juga tidak harus dijadikan asas untuk membina populariti diri kerana

perbuatan ini hanya menyerlahkan ketidakikhlasan dan kesombongan diri. Pantun

ini banyak menggambarkan dan memerihalkan keadaan dan situasi masyarakat

kita pada hari ini yang sering terlupa akan budi orang lain dan terlupa berbudi

kepada orang lain.

Kenyataan ini bukanlah sekadar cakap kosong kerana kita sering melihat

scenario ini bukan sekadar di kota malahan di desa juga keadaan ini berlaku.

Mungkin sudah menjadi lumrah hidup di dunia setiap ada kebaikan pasti ada

kejahatan, setiap ada kejujuran dan keikhlasan pasti ada pembohongan.


Secara konklusinya dapat disimpulkan bahawa pantun tersebut menyarankan

agar setiap insan di muka bumi ini supaya memiliki nilai murah hati, bertimbang

rasa,menghargai jasa, bersyukur, ikhlas, dan sebagainya. Sejajar dengan itu,

sebagai manusia kita harus mengamalkan nilai-nilai tersebut supaya menjadi

insane yang mulia.

Jika diperincikan satu persatu, pantun pada rangkap 1 dan 3 menghendaki kita

menghargai dan bersyukur atas jasa yang pernah diterima. Rangkap ke-2 pula

menegah kita daripadabersikap mementingkan diri sebaliknya hendaklah

mengamalkan nilai murah hati, yakni bersedia memberikan bantuan kepada

golongan yang memerlukannya. Rangkap ke-4 menegah kita daripada bersikap

tamak dan kedekut, sebaliknya hendaklah peka terhadap keperluan masyarakat

setemoat. Akhir sekali rangkap ke-5 menyarankan kita supaya ikhlas dan bersikap

rendah diri. Dalam hal ini, kita ditegah mengungkit-ungkit sebarang bentuk

bantuan yang pernah diberikan.


BIBLOGRAFI.

1. Teka Analisis Pra-U STPM: Mutiara Sastera Melayu Tradisional,

Pearson Malaysia Sdn Bhd,

2005.

Anda mungkin juga menyukai