Anda di halaman 1dari 3

Maksud & Definisi T/laku :

· Semua tindakan manusia yg boleh diperhati, diukur & dinilai


· Sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau
separa sedar.
· Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu.

Definisi Menurut Lewis M.Beaker(2001)


· Sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau
separa sedar.
· Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu.

Definisi Menurut Garry Martin & Joseph Pear(2003)


· tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi.
· dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik
oleh setiap organ.
· pada dasarnya t/laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu.

Definisi oleh Carl Rogers (1999)


· Rogers menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri
sendiri dan keadaan.
· Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya
berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin.

Definisi Menurut Al-Ghazali dari perspektif Islam


· Tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan.
· Tingkah laku manusia mempunyai ciri-ciri:
· Setiap tingkah laku manusia adalah berasaskan dorongan serta tujuan.
· Dorongan atau motivasi itu berasal dari dalam diri manusia itu sendiri.
· Motivasi ini boleh di rangsang oleh rangsangan-ransangan luar atau dalaman yang berkaitan
dengan keperluan-keperluan fisiologi atau emosi seperti perasaan lapar atau cinta dan takut
kepada Allah.
· Motivasi akan mendorong seseorang individu melakukan sesuatu.
· Tingkah laku yang timbul adalah berkaitan dengan perasaan dan kesedaran terhadap satu-
satu situasi itu.
· Interaksi sentiasa berlaku secara terus menerus antara satu motivasi dn tingkah laku.

Tingkah laku manusia terbahagi kepada dua peringkat


· Manusia dipengaruhi oleh motivasi dan kegopohan serta kelakuannya.
· Manusia lebih dipengaruhi oleh pemikiran yang rasional.

DEFINISI SALAH LAKU


· Sebarang tingkahlaku yang dianggap tidak sesuai kepada satu tempat atau keadaan di mana
ia berlaku.
· Tingkah laku yang tidak normal dan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat
termasuk sekolah (Mok Soon Sang, 2004)
· Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku normal yang lazimnya dipersepsi, dirasai,
dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat.
· Tingkah laku bermasalah yang timbul adalah kerana kekurangan keupayaan individu dalam
proses adaptasi/akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam alam persekitaran.
Definisi Tingkah laku bermasalah
· Mohd.Nazar Mohamad (1990), mentakrifkan tingkah laku bermasalah sebagai tingkah laku
yang menganggu perjalanan kehidupannya.
· Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku
pelajar yang boleh menjejaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran terutama dalam
bilik darjah.

Jenis-jenis Masalah Tingkah laku


1. Minor-tidak perlu tindakan disiplin serius, pemulihan.
2. Kronik-perlu kaunseling/teknik modifikasi

Masalah Minor
1.Tidak ikut peraturan, prosedur.
2.Ganggu aktiviti bilik darjah, pembelajaran Contoh, Lupa siapkan kerja rumah,Ganggu guru
3. Buat aktiviti yang tiada kaitan dengan pelajaran semasa p&p
4. Enggan patuhi arahan guru

Masalah Major
1. Masalah minor yang kerap
2. Contoh, ganggu kelas, tidak patuhi arahan, ganggu murid lain, cabar guru

Masalah Kronik
· Masalah serius berterusan, konsisten dan sukar diubah
· Perlu intervensi jangka panjang
· Perlu kaunseling atau modifikasi tingkah laku
· Jika tidak dibetulkan menjadi masalah emosi dan sosial yang serius
· Contoh- anti sosial, cabar autoriti,tidak hormat guru, murid lain, bergaduh, vandalisme dll.

Sejarah kpd teori Pengurusan T/laku:


· Kajian ahli psikologi :
1. Operant Conditioning (Pertalian antara t/laku & akibat) Thorndike & Skinner
2. Classical Conditioning (Pertalian antara rangsangan & tindakbalas) Watson & Pavlov
3. Teori Psychoanalytic – Sigmund Freud
4. Teori Pembelajaran Sosial – Bandura

PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN T/LAKU


- Ilmu psikologi telah memberi pelbagai maklumat berkaitan perkara-perkara yg menentukan
t/laku
- Pd. peringkat awal, para pengkajiberpendapat t/l disebabkan oleh kuasa dalaman spt.
keturunan, kandungan kimia dlm. badan & pengalaman
- Mulai tahun 1920 an – perubahan terdapat perubahan pendapat dpd. Faktor dalaman kpd.
peristiwa luaran / persekitaran
- Rumusan – ‘kebanyakan t/laku adalah dipelajari sepanjang masa’
- ‘t/laku yg tidak sesuai boleh diubah kpd. t/laku baru’
- Semua t/laku dipelajari
- Semua t/laku adalah ‘stimulus spesific’
- T/laku boleh diajar & diubah
- Matlamat perlu jelas & spesifik
- Program perlu secara individu
- Program perlu fokus masa kini
- Program perlu fokus pada persekitaran kanak-kanak

Anda mungkin juga menyukai