Anda di halaman 1dari 1

Objektif Kajian

 Mengetahui secara mendalam tentang perayaan tradisi kaum di Malaysia bagi


memupuk semangat persefahaman antara sesame kita.
 Meluaskan pengetahuan mengenai perayaan tradisi kaum di Malaysia melalui
pengkajian ini bagi menyemai nilai hormat-menghormati sesama kita.
 Melalui pengkajian yang dijalankan, para pelajar dapat berkongsi maklumat
mengenai perayaan tradisi yang dikaji dan ini mendorong pembentukan generasi
yang peka dan berminat terhadap sejarah serta mengamalkan unsure patriotisme.
 Mengukuhkan kemahiran seperti mencari, mengumpul, mengelas, menganalisis,
mensintesis, merumus dan merekod fakta sejarah yang dapat dinilai.
 Menyemai perasaan bangga dengan kegemilangan tamadun bangsa dan negara
melalui pengkajian perayaan tradisi kaum di Malaysia.
 Mencari dan mengumpul fakta sejarah daripada suber yang sahih. Hal ini membantu
pelajar membezakan samada informasi yang diperolehi sahih atau pun tidak.

Rumusan

 Pengkajian sejarah pada tahun ini mencakupi tajuk Perayaan Tradisi Kaum di
Malaysia. Pelaksanaan kajian ini memberikan pelbagai iktibar bukan sahaja kepada
para pelajar yang menjalankannya, malah turut menyumbang kepada bangsa dan
negara. Bagi diri saya, pengkajian ini sememangnya memberi banyak informasi yang
berguna kepada diri saya. Saya bukan sahaja mampu meluaskan pengetahuan saya
tentang latar belakang perayaan tradisi kaum di Malaysia malah saya berasa kagum
tentang asal-usul kepelbagaian perayaan yang disambut di negara kita. Semangat
persefahaman dan nilai hormat-menghormati yang dipupuk di kalangan kita melalui
pengkajian sejarah ini membolehkan kita semua hidup dalam keadaan yang aman
dan harmoni. Hal ini mampu mendorong pembentukan perpaduan yang lebih kukuh
di kalangan masyarakat dan ini tidak dapat dinafikan membantu memacu negara
Malaysia ke arah kegemilangan.

Anda mungkin juga menyukai