Anda di halaman 1dari 14

PENGENALAN KARANGAN ( PENULISAN )

Jenis-Jenis Karangan :

A. Karangan Berformat
1. Jenis Surat Kiriman Rasmi
2. Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi
3. Karangan jenis Ucapan
4. Karangan jenis Syarahan
5. Karangan jenis Dialog / Temuramah / Perbualan / Wawancara
6. Karangan jenis Berita
7. Karangan jenis Catatan Diari
8. Karangan jenis Laporan
9. Karangan jenis Perbahasan
10. Kad Jemputan
 

B. Karangan Tidak Berformat


1. Karangan Rangsangan Bergambar / Rangsangan Kata
2. Karangan Jenis Pengalaman / Cerita / Gambaran / Situasi
3. Karangan Jenis Fakta / Penerangan
4. Karangan Jenis Perbincangan
5. Karangan Jenis Melengkapkan Cerita
6. Karangan Jenis Autobiografi / Biografi
7. Karangan Jenis Peribahasa
 

& TUJUAN ANDA MENGARANG

1. menguji kefahaman anda mengenai tajuk karangan itu.


2. menguji kebolehan, kemahiran dan keupayaan anda menarik minat pembaca.

3. menguji fikiran, pendapat, dan idea-idea anda.


4. menguji tentang sejauh mana pembacaan anda.

& PANDUAN MENGARANG / MENULIS

Sebelum membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan memahami


tajuk atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula
tentang :
a) Pengenalan
b) Isi-isi dan
c) Penutup
A. Pengenalan
 Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam
pengenalan kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang
mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya
supaya ingin membaca karangan itu. Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan
am sahaja, memadai tiga atau empat ayat. Pembukaan karangan yang menarik
akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam pada pemeriksa. Oleh itu
pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan hendaklah bersih daripada
kesalahan tatabahasa atau ejaan.

B. Isi
 Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu
mempunyai empat isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin
menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan
berkait di antara satu dengan lain. Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-
perenggan. Isi yang utama didahulukan. Sebaik-baiknya satu isi, satu perenggan
kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap perenggan tidak
semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang
daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin
ditekankan oleh murid-murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang
lain. Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan
menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk. Isi karangan hendaklah asli
tidak ditiru bulat-bulat dari karangan lain. Untuk mendapat isi yang baik dan
banyak, kita hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah-majalah,
makalah-makalah, rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu,
menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri. Jangan campur adukkan isi.
Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan yang sama. Catatkan
setiap isi sebelum menulis.

Tip
Antara kaedah mencari isi

Kaedah I ( pertanyaan )   Kaedah II ( peta minda )


Apa ?
Siapa ?
Bila ?
Mengapa ?
Di mana ?
Bagaimana ?
 

C. Penutup
 Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk
mengikuti karangan tersebut maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu
kepuasan kepada pembaca. Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan
atau akhiran sesuatu karangan. Dalam penutup digambarkan juga pendapat kita
dengan ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk. Elakkan menamatkan
karangan secara mengejut atau tergantung. Oleh itu penutup juga adalah
penting dalam tiap-tiap karangan.
 

& CARA-CARA MENGARANG / STRATEGI MENULIS

1. Sebelum menulis perkara yang dilakukan seperti di bawah :

a. Memilih tajuk atau soalan 1 (a) atau 1 (b) dan soalan 2


 - Baca dan fahami setiap tajuk / soalan yang diberi.
 - Fahami bentuk soalan sama ada jenis berformat atau tidak berformat.
 - Kamu mesti memilih soalan / tajuk yang benar-benar boleh dikuasai
 - Memahami benar-benar kata kunci atau kehendak soalan
 ( Kehendak soalan biasanya berada di akhir arahan seperti : ………………
              Tuliskan laporan mengenai lawatan tersebut. )

 Contoh :
 Perhatikan soalan di bawah ini.
 Soalan 1
 Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan sebuah karangan 
mengenainya.
 
 Soalan 2
 Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan laporan mengenainya 
untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.
Komen : Tajuk karangan di atas adalah sama, tetapi dari segi formatnya
berbeza.
Soalan satu merupakan karangan biasa , manakala soalan 2 berformat.

Tip
Adalah lebih baik jika adik semua menggariskan perkataan-perkataan yang
menjadi kata kunci dalam soalan itu. Ini mengelakkan karangan daripada
terpesong atau terkeluar daripada tajuk sebenar.
 

b. Menyusun rangka karangan


 - Pilih mana-mana kaedah yang mudah bagi anda mencari isi
 - Senaraikan semua isi penting secara ringkas yang mungkin.
 - susun isi mengikut urutan kepentingannya.
 - Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan dihurai.
 - Isi penting jangan diulang-ulang

c. Menulis karangan
- Semasa menulis karangan kamu mulakan dengan menulis pendahuluan
terlebih dalu satu perenggan.
- Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan
contohnya.

( Bahagian-bahagian karangan yang ideal )


Perenggan Pendahuluan
Perenggan isi pertama
Perenggan isi kedua
Perenggan isi ketiga
Perenggan isi keempat
Perenggan Penutup

- Tulislah mengikut urutan rangka yang telah dibuat selain menjaga kekemasan
tulisan.

d. Menyemak karangan
- Setelah habis menulis karangan kamu perlu menyemak bagi memastikan jika
ada tulisan anda yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan
imbuhan, struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang lain.
- baca berulang kali bagi memastikan ketepatan karangan kamu.

e. Secara umum peruntukan masa untuk sebuah karangan


a. 4 minit mencari isi
b. 24 minit menulis karangan
c. 2 minit menyemak semula karangan
Jumlah   = 30 minit

Kamu mesti menepati masa yang ditetapkan.


Adalah diingatkan jangan terlalu leka menjawab satu soalan. Jika masa telah
melebihi 30 minit beralih kepada soalan yang kedua pula. Ini kerana adalah
lebih baik menjawab dua soalan daripada menjawab satu soalan yang baik.

Tip
Kamu digalakkan menulis ayat yang pendek , ringkas dan padat berbanding
yang panjang. Ini kerana ayat yang panjang biasanya terdedah kepada
kesalahan tatabahasa.
Biasakan diri kamu mengolah ayat daripada isi yang telah disenaraikan.
Satu perenggan biasanya mengandungi 3, 4 atau 5 ayat sahaja bagi huraian
satu isi.

Tahukah kamu ?
Bagaimana hendak menulis dialog dengan baik ?
Di bawah ini adalah contoh yang baik untuk menulis dialog dalam karangan
anda.
Mulakan setiap dialog di baris baru. Ini mengelakkan kekeliruan pemeriksa. Lihat
contoh :

Contoh A ( dicadangkan )
"Kamu baru pulang ?"
"Baru sebentar tadi." Jawab saya. "Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya."
"Memang saya tertunggu-tunggu," luah Jamal , lembut.

Contoh B ( mengelirukan )
"Kamu baru pulang ?"  "Baru sebentar tadi." Jawab saya. "Tentu Kamu
tertunggu kepulangan saya." "Memang saya tertunggu-tunggu," luah Jamal ,
lembut.
 

& PETUA BILA MENULIS KARANGAN

· Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.


· Catatkan apa sahaja isi-isi yang terlintas di fikiran, kemudian susun mengikut
mana yang lebih penting.
· Tuliskan karangan berdasarkan rangka yang kamu sediakan.
· Karangan mestilah mempunyai pendahuluan, isi-isi dan penutup.
· Bagi karangan meminta fakta , sekurang-kurangnya mempunyai empat isi
( seelok-eloknya cari lima isi ) dan setiap perenggan mengandungi satu isi.
· Gunakan ayat yang pendek dan bahasa yang mudah.

& KELEMAHAN KARANGAN

A] Kesalahan memilih tajuk

· Kesalahan memilih tajuk biasanya berlaku kerana calon tidak memahami apa
yang dikehendaki oleh soalan. Keadaan ini terjadi mungkin calon terburu-buru
menyiapkan karangan. Mereka menulis karangan asalkan siap sahaja.

B] Kekurangan isi

· Oleh sebab kekurangan isi, sesetengah calon menghuraikan isi secara


mendatar atau meleret-leret. Ini juga boleh menyebabkan terjadinya
pengulangan isi yang sama. Hal ini berlaku kerana calon kurang membaca dan
terhadnya pengetahuan.

C] Pembahagian perenggan

· Ada calon meletakkan beberapa isi dalam satu perenggan. Ini menyebabkan
sesuatu isi tidak dapat dihurai secara mendalam. Malah ada calon menulis hanya
satu perenggan untuk satu karangan !

D] Tidak merangka karangan

· Ada calon yang terus menulis tanpa mencari isi terlebih dahulu. Calon yang
tidak merangka bererti calon tersebut tidak menyusun isi. Ini menyebabkan
karangan tidak kemas dan bercelaru. Ia juga menyebabkan susunan isi tidak
berturutan.
· Terdapat juga isi yang sama diulang. Malah ada calon yang menulis sambil
mengharapkan isi datang kemudian ( terlintas di fikiran ).

E] Kesalahan tatabahasa

· Calon perlu tahu , penguasaan bahasa terkini amat penting bagi memastikan
karangan mendapat ‘A’.
· Pada tahap Tahun 6 , sepatutnya masalah kesalahan ejaan tidak lagi timbul.
Masih ada calon yang tidak dapat membezakan antara "pada" dengan "di", "dari"
dengan "daripada", "bila" dengan "apabila" dan pelbagai lagi. Ramai yang tidak
menggunakan imbuhan dengan betul. Lebih malang lagi calon tidak
menggunakan imbuhan langsung untuk karangannya.

F] Kesuntukan masa

· Masa membina karangan sangat terhad. Pengurusan masa memainkan peranan


penting. Calon yang tidak peka akan terburu-buru menyiapkan karangan. Ini
menyebabkan tiada masa untuk menyemak kesalahan tatabahasa. Malah
nombor soalan pun tidak sempat ditulis.
· Terdapat kes calon yang cemerlang, hanya menjawab satu soalan sahaja
dengan baik dan mendapat markah penuh. Tetapi tidak menjawab satu soalan
lagi. Akibatnya beliau hanya mendapat 50 % ( ‘C’ ) sahaja.

G] Kesalahan lain

· Tidak mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan.


· Tidak dapat mengenal pasti format yang diperlukan.
· Masih ada yang menggunakan bahasa dialek daerah ( bahasa kampung /
bahasa Kelantan )

Karangan Jenis Cerita


Pengenalan
Karangan jenis cerita merupakan karangan yang popular dalam UPSR. Dalam UPSR,
karangan yang hendak ditulis mestilah berdasarkan tema atau situasi yang diberi. Ini
penting supaya karangan cerita yang dihasilkan tidak terpesong. Untuk menghasilkan
sebuah cerita yang baik, kesinambungan jalan cerita mestilah berurutan dari satu
perenggan ke perenggan yang lain.

Tajuk Perbincangan
Kamu telah menyertai pertandingan menulis cerita peringkat sekolah. Tema cerita
yang hendak ditulis hendaklah berkisar peristiwa yang tidak dapat dilupakan.
Tuliskan cerita itu selengkapnya. Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang
daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

Langkah 1
Kamu mestilah membaca soalan karangan dengan teliti. Fahamkan tema atau tajuk
cerita yang hendak ditulis. Gariskan maklumat-maklumat yang penting supaya kamu
tidak melakukan kesilapan semasa membuat rangka karangan.

Langkah 2
Berdasarkan tema atau tajuk, kamu bolehlah membuat kerangka karangan. Sebaik-
baiknya, kerangka karangan yang hendak dibuat hendaklah berdasarkan konsep peta
minda. Peta minda ini amat penting sebagai panduan untuk mengarang. Lihat dan
baca contoh peta minda.

Langkah 3
Selepas peta minda telah siap, kamu bolehlah menulis karangan berita yang lengkap.
pastikan ayat yang dibina betul dari segi tatabahasa.

Baca contoh cerita di bawah.

Peristiwa yang Tidak Dapat Dilupakan

Pagi-pagi lagi aku, ibu dan ayah bersiap-siap untuk ke Ipoh menziarah nenek. Aku
gembira kerana sudah lama tidak menemui nenek.
Kami pergi dengan menaiki kereta Proton Waja ayah yang baru dibeli. Ayah
memandu selaju 100 kilometer sejam. Kami berbual-bual sambil makan kuih pau.
Tiba-tiba sebuah lori yang sarat dengan muatan cuba memotong kereta ayah.
Sungguh malang, lori itu gagal memintas lalu bertembung dengan sebuah kereta
yang datang dari hadapan. Ayah pula gagal mengawal kereta lalu melanggar
bahagian belakang lori itu.

Tanpa disedari, kereta ayah terbakar. Aku sempat keluar kerana ditarik oleh seorang
pak cik. Ayah dan ibu terus dimamah api.
Aku menjerit, “Ibu! Ayah!”. Aku dipeluk oleh seorang mak cik. Aku terus menangis.

Peristiwa itu sungguh menyayat hatiku. Aku tidak akan dapat melupakannya.

Langkah 4
Kamu hendaklah membaca semula karangan itu. Perbetulkan kesalahan tatabahasa.
Antara kesalahan yang perlu dibetulkan ialah kesalahan penggunaan perkataan,
struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca, dan ejaan.

Latihan:
Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak
melebihi 120 patah perkataan.

1 Tuliskan sebuah cerita bertemakan peristiwa aneh yang pernah kamu baca.

2 Kamu dan beberapa orang rakan kamu telah menemui sebuah dompet yang berisi
wang. Ceritakan tindakan-tindakan yang kamu dan kawan kamu ambil terhadap
dompet itu.

3 Kamu dan beberapa orang rakan kamu sedang memancing di sebatang sungai.
Tiba-tiba kamu mendengar suara jeritan. Ceritakan tindakan yang kamu lakukan
sebaik sahaja mendengar jeritan itu.

Glosari
1. bacin - bau busuk
2. bingkas - bangun dengan cepat
3. bonus - bayaran tambahan
4. boros - tidak hemat
5. cabik - koyak
6. cabai - lada
7. cacamerba - ada pelbagai unsur
8. cagar - barang taruhan
9. calit - tanda seperti cat yang disapu
10. calon - bakal
11. damba - terlalu ingin
12. mendera - seksa
13. fitnah - tuduhan yang diada-adakan
14. gerenti - jaminan
15. gerih - ikan masin
16. golek - guling
17. hajat - niat, maksud
18. hamput - maki
19. kabur - tidak jelas
20. kacak - segak

Karangan Jenis Laporan.

1.               Karangan jenis ini menghendaki anda melaporkan sesuatu peristiwa
yang didengar atau dilihat.

2.               Hendaklah disampaikan dengan tepat dan mudah difahami.

3.               Dalam membuat karangan berbentuk laporan , kamu hendaklah


menggunakan butir-butir yang munasabah atau lojik.

4.               Kamu perlu memastikan jenis laporan, sama ada laporan aktiviti
persatuan, perayaan, sambutan, perasmian, atau lawatan ke sesuatu
tempat.

5.               Untuk laporan aktiviti persatuan sertakan nama ahli jawatankuasa,
sejarah penubuhan, jumlah ahli, dan aktiviti sepanjang tahun. Pelapor
mesti berjawatan setiausaha.

6.               Untuk laporan lawatan pula , tulis apa yang dilihat, dirasa, dan
dialami serta kesan lawatan terhadap pembelajaran.

7.               Penulisan mengikut perkembangan peristiwa, yang dahulu


didahulukan.

8.               Gunakan bahasa yang ringkas dan padat


 

Tajuk Laporan : Ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata dan digaris.
atau ditulis dengan huruf besar semuanya. Tajuk hendaklah ditulis ditengah-
tengah.
Boleh ditulis dalam dua baris jika tajuk terlalu panjang.
 
Isi Laporan: Bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup.
Pengakuan pelapor: Ditulis di sebelah kiri selepas perenggan terakhir.
Tarikh: Ditulis di sebelah kanan laporan,setentang dengan pengakuan
pelapor.
Tandatangan pelapor:Ditulis di sebelah kiri bahagian bawah selepas
pengakuan pelapor.
Nama Pelapor: Ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan selepas
tandatangan.
Jawatan Pelapor: Ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan dibubuh
tanda koma  dihujungnya .
Seterusnya:  ditulis nama persatuan yang diwakili

Contoh Karangan Laporan.

Tajuk : Andaikan bahawa anda setiausaha sesuatu persatuan di sekolah anda.


Anda dikehendaki menyediakan laporan tentang kegiatan-kegiatan yang telah
dijalankan oleh persatuan tersebut .Sediakan laporan itu selengkapnya.

Rangka:

1.Pendahuluan:

penubuhan persatuan-anggota persatuan-tujuan penubuhan


2.Isi
a)       kegiatan-peraduan menulis esei tentang sains-pemenang
b)       ceramah -pensyarah dari USM
c)       gotong-royong membersihkan kawasan sekolah
d)       lawatan ke Taman Ular
3.Penutup
Berterima kasih kepada guru penasihat.

KARANGAN

Laporan Kegiatan Persatuan Matematik Dan Sains Sekolah Kebangsaan


Darau.
          Persatuan Matematik dan Sains dibentuk pada tahun 1982.Anggota-
anggota persatuan ini berjumlah 60 orang. Mereka terdiri  daripada pelajar
Tahun Empat hingga Tahun Enam. Persatuan ini dibentuk untuk meningkatkan
taraf pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Selain
itu ,melalui persatuan ini,pelajar dapat bertukar-tukar pendapat tentang
pelajaran masing-masing.

          Persatuan ini telah menjalankan beberapa kegiatan sepanjang tahun


1995.Kegiatan-kegiatan tersebut berbentuk akademik dan bukan akademik.
Kegiatan pertama yang kami jalankan ialah”Peraduan Menulis Esei Tentang
Sains”.Sambutan yang diberikan terhadap peraduan ini adalah sangat
menggalakkan. Peraduan ini dimenangi oleh Suriani Mat Zin,pelajar Tahun Enam
Mawar.

          Kami juga menganjurkan ceramah tentang sains dan matematik


.Ceramah ini disampaikan oleh pensyarah dari Universiti Malaysia. Selain itu
,kami turut mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Kami
memperindahkan kawasan taman pra dengan menanam berbagai jenis bunga
dan menamakan  pohon-pohon tersebut mengikut istilah sains.

          Pada cuti penggal kedua persekolahan,kami mengadakan lawatan ke


Taman Ular di Batu Pahat. Sebagai hasil lawatan ini,kami banyak memperolehi
pengetahuan tentang penyelidikan yang dijalankan oleh pihak Institut 
Penyelidikan Perubatan Malaysia di situ.

          Pada keseluruhannya,kami berpuas hati dengan kegiatan-kegiatan yang


kami jalankan .Kami juga berterima kasih  kepada guru penasihat,Cikgu 
Rosmini Jaafar yang banyak memberikan bimbingan kepada kami.

Disediakan oleh,                                                                 25 Januari 1996

      Azmi

_______________

(AZMI SULAIMAN)

Setiausaha Persatuan Matematik dan Sains


Sekolah Kebangsaan Darau, Jerteh,Terengganu.

 
 

Tajuk : Sekolah anda telah mengadakan Kempen Penggunaan Bahasa Baku.


Anda sebagai setiausaha Badan Pengawas Sekolah diminta membuat laporan
tersebut.

            LAPORAN KEMPEN PENGUNAAN BAHASA BAKU

          Pada 15 hingga 22 Februari 1997 , Sekolah Kebangsaan Darau telah


mengadakan Kempen Penggunaan Bahasa Baku. Kempen ini telah dilancarkan
oleh Pegawai Pendidikan Daerah Besut , Encik Ahmad Harif.

          Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk meluaskan penggunaan bahasa
baku di kalangan murid-murid. Di samping itu, kempen ini juga bertujuan untuk
memupuk minat pelajar mendalami bahasa kebangsaan.

          Sempena kempen ini, pelbagai acara menarik telah dijalankan. Bagi
murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 pertandingan syarahan, perbahasan, mengarang
esei telah dianjurkan. Manakala bagi murid-murid Tahun 1, 2, dan 3 pula
diadakan pertandingan membaca sajak dan bercerita.

          Pada hari penutup, Tuan Guru Besar melahirkan rasa kesyukuran kerana
kempen ini telah berjalan dengan lancar. Para pemenang setiap pertandingan
telah diberi hadiah berupa wang tunai dan sijil penghargaan.

Disediakan oleh,

   Osman

……………………
( OSMAN BIN JUSOH )
Setiausaha,
Badan Pengawas,
Sekolah Kebangsaan Darau, Jerteh.
 

PENGGUNAAN BAHASA
1.      Tatabahasa terdiri daripada beberapa komponen bahasa iaitu fonologi, morfologi,
sintaksis, dan sebagainya.

2.      Bahagian ini menerangkan pembentukan golongan kata, penggunaan imbuhan, dan
pembinaan ayat yang betul.

3.      Kaedah pengajaran disampaikan dalam beberapa bentuk iaitu secara formal dan
tidak formal.

4.      Kesannya pelajar mapu bertutur, membaca, dan menulis karangan dengan baik.

5.      Penggunaan ayat-ayat yang ringkas, padat dan mudah difahami.

6.      Pelajar turut mempelajari perihal pembentukan perkataan dalam


rangkaikata dan ayat.
BAB 1: GOLONGAN KATA - Nota

1. KATA NAMA

KATA NAMA KHAS - ia merujuk kepada manusia, binatang, tempat, dan benda secara
khusus.
- Huruf awal dalam perkataan mestilah menggunakan huruf besar.
- Kata akronim yang dibentuk melalui pencantuman huruf awal beberapa perkataan jiuga
ialah kata nama khas. Contohnya : UMNO, ABIM, RISDA

KATA NAMA AM - digunakan untuk menyebut sesuatu secara umum seperti nama orang,
binatang, benda dan tempat. - Kata nama am ditulis menggunakan huruf kecil kecuali
dalam memulakan sesuatu ayat.

KATA NAMA TERBITAN - ia merupakan kata-kata yang terboit dari kata-kata dasar. -
Kata dasar yang digunakan ialah kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan adverb. - Kata
dasar ini ditambah dengan imbuhan. - Imbuhan kata nama yang digunakan ialah: -- an,
pen - an , per - an , ke - an.

KATA NAMA TERBITAN DARIPADA KATA NAMA

Kata Nama Kata Nama Terbitan Imbuhan


sekolah persekolahan Per --- an
rumah perumahan Pe --- an
guru perguruan Per --- an

KATA NAMA TERBITAN DARIPADA KATA KERJA


Kata Kerja Kata Nama Terbitan Imbuhan
buat Perbuatan, pembuat Per - an , pem
duduk Kedudukan , penduduk Ke - an , pen
Penulisan, tulisan, penulis Pe - an, -- an, pen

KATA NAMA TERTERBITAN DARIPADA KATA ADJEKTIF

Kata Adjektif Kata Nama Terbitan Imbuhan


bodoh kebodohan Ke - an
bersih Kebersihan, pembersih Ke - an, pem

KATA NAMA TERTERBITAN DARIPADA KATA ADVERBA.

Kata Adverba Kata Nama Terbitan Imbuhan


seluruh keseluruhan Ke - an
kelajuan Ke --- an

Anda mungkin juga menyukai