Anda di halaman 1dari 21

SALASIAH BT IDRIS@ISMAIL

G75536

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Membaca adalah amat penting dalam hidup manusia. Dengan membaca kita dapat
menggali lebih banyak ilmu pengetahuan daripada pelbagai sumber yang kita
inginkan. Hadis nabi sendiri ada mengatakan “Menuntut ilmu adalah wajib bagi
setiap orang Islam”. Rasulullah s.a.w sendiri telah diajak membaca oleh malaikat
Jibril ketika baginda di Gua Hira’.

Peringkat awal kanak-kanak telah didedahkan dengan pembelajaran secara


lisan atau komunikasi. Mereka akan didedahkan dengan segala aspek seperti fonologi,
morfologi, sintaksis dan juga simantik. Kemahiran membaca pula merupakan satu
daripada aspek kemahiran bahasa yang perlu dikuasai oleh setiap individu. Selepas
setiap kanak-kanak itu menguasai kemahiran lisan, mereka akan mula belajar
kemahiran membaca. Kemahiran membaca dapat dikatakan sebagai satu peningkatan
kepada kebolehan berbahasa, daripada kebolehan mengamati dan memahami simbol-
simbol lisan kepada kebolehan mengenal, menyusun dan memahami simbol-simbol
tulisan. (Zulkifley Hamid,2006:140)

Penguasaan kemahiran lisan boleh diperolehi oleh individu itu secara tidak
formal. Ini berbanding dengan kemahiran membaca yang tidak membolehkan
seseorang mengenal simbol-simbol tulisan secara sendiri atau semulajadi. Oleh itu,
kemahiran membaca tidak dapat berlaku melainkan dengan dengan adanya
pengajaran dan pembelajaran secara formal.

1
SALASIAH BT IDRIS@ISMAIL
G75536

Pelbagai takrif atau definisi telah diberi kepada perkataan membaca. Lado
(1980) mengatakan bahawa “membaca itu bermaksud mengungkapkan pola-pola
bahasa daripada bentuk tulisannya”. Smith (dalam Mengantar Simanjuntak, 1985: 3)
pula mengatakan: Membaca adalah satu proses psikolinguistik yang berlaku apabila
seseorang membentuk semula di dalam pemikirannya (dengan sebaik mungkin) erti
yang telah diterbitkan oleh seseorang penulis dalam bentuk tulisan yang kemudian
dibaca oleh pembaca tadi.

Atan Long (1978) telah menghuraikan proses membaca sebagai satu proses
yang melibatkan, “Kebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemah
lambang-lambang itu semula kepada bunyi suara (bahasa) dan memahami makna atau
tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu”. Steinberg (1982:197) mengatakan
proses membaca boleh didefinisikan sebagai, “Satu bentuk komunikasi dan tujuannya
adalah untuk menerima maklumat melalui bentuk-bentuk tertulis”.

Smith dan Johnson (1980) menambah satu lagi aspek dalam cubaan mereka
mendefinisikan proses membaca bahawa inti bagi sesuatu proses membaca ialah
komunikasi yang diwujudkannya. Proses membaca dianggap sebagai proses
komunikasi kerana dalam perlakuan membaca, berlaku pertukaran idea antara penulis
dengan pembaca. Seseorang itu tidak dikatakan membaca sekiranya dia gagal
mendapatkan mesej apa yang hendak disampaikan penulis dalam penulisannya.

Kesimpulannya proses membaca adalah sesuatu yang kompleks. Pembaca


perlu mengenal lambang-lambang tulisan, menterjemahkannya dan seterusnya
memberikan makna.

Perkembangan bahasa kanak-kanak adalah berbeza pada setiap peringkat umur


mereka. Seperti bayi semasa dilahirkan tidak menguasai apa-apa bahasa, tetapi pada
umur lima tahun , kebanyakannya sudah mengetahui banyak perbendaharaan kata dan
telah menguasai tatabahasa dengan baik. Perkembangan bahasa antara seorang kanak-
kanak dengan kanak-kanak yang lain adalah berbeza. Ada yang mengalami

2
SALASIAH BT IDRIS@ISMAIL
G75536

perkembangan bahasa yang cepat dan ada kanak-kanak yang lambat. Perkembangan
bahasa perlu diambil berat sejak awal kanak-kanak lagi kerana apabila kanak-kanak
boleh menguasai bahasa dengan baik seperti menguasai pelbagai perbendaharaan kata
dan juga tatabahasa, ini akan memudahkan mereka untuk mempelajari kemahiran
membaca dan menulis.

Seperti yang telah dinyatakan, kemahiran membaca tidak mungkin dikuasai


tanpa proses pengajaran dan pembelajaran. Walau berapa panjang pun hayat
seseorang dia tidak akan dapat membaca sekiranya individu itu tidak belajar
membaca.

Proses membaca merupakan proses dua hala iaitu, pada hala pertama, otak
(ingatan) mendapatkan makna atau pengetahuan daripada teks, dan pada hala kedua,
pengetahuan yang sedia ada dalam ingatan jangka panjang akan dipancarkan kepada
teks secara terperinci dan diperkaya pentafsirannya. Dengan kata lain, ingatan jangka
pendek akan memproses dan mencuba memahami maklumat yang ingin disampaikan
oleh penulis menerusi hasil penulisannya. Kemudian, maklumat yang telah difahami
akan diuji dan diintegrasi dengan maklumat sedia ada dalam ingatan jangka panjang
pembaca. (Zulkifley Hamid,2006:142).

Pengajaran bahasa di peringkat awal mempunyai beberapa ciri tertentu.


Pertamanya ia harus melibatkan seberapa banyak latihan yang mungkin. Latihan ini
menggunakan pelbagai bentuk yang berasaskan rangsangan gerak balas. Guru akan
memberikan pelbagai bentuk pengajaran manakala pelajar atau murid akan
memberikan pelbagai gerak balas berdasarkan rangsangan tadi. Keduanya, adalah
berfokus kepada pemahaman atau perubahan kognitif. Ini bermaksud pengajaran
membaca tidak bermula dengan memperkenalkan nama atau bentuk huruf tetapi
bermula dengan belajar mengenali perkataan.

3
SALASIAH BT IDRIS@ISMAIL
G75536

1.2 Latar Belakang kajian

Membaca merupakan satu proses pembelajaran yang amat penting bagi peringkat
awal seseorang individu. Individu yang tidak boleh membaca boleh dianggap buta
huruf dan ketinggalan zaman. Lebih-lebih lagi dalam kecanggihan arus teknologi
yang serba mencabar hari ini. Sesuatu yang amat merugikan apabila kita masih jauh
ketinggalan dalam segala aspek untuk dibandingkan dengan negara-negara maju. Oleh
itu. Membaca merupakan satu asas pembelajaran yang utama bagi setiap individu
untuk meneroka sesuatu yang lebih jauh lagi.

Kaedah pembelajaran klasik yang didedahkan sejak dahulu lagi adalah


bermula dengan pengenalan huruf iaitu daripada ‘A’ hingga ke ‘Z’. Para pelajar
dikehendaki menghafal rupa dan nama setiap abjad yang terkandung dalam sesuatu
bahasa. Pendekatan ini juga dipanggil ‘atomistik’. Ini bermaksud pelajaran bermula
daripada unsur yang terkecil bermula dengan huruf sehinggalah kepada suku kata,
perkataan, ayat, wacana dan seterusnya.

Bagi kaedah abjad ini murid-murid akan didedahkan dengan bunyi-bunyi


vokal dan konsonan. Kemudian mengeja dengan mencantumkan dua huruf vokal dan
konsonan menjadi suku kata seperti ‘ba’, ‘ca’, ‘da’ dan seterusnya. Setelah itu suku
kata itu akan membentuk pula perkataan mudah seperti ‘bola’, ‘ibu’, ‘mata’ dan
sebagainya. Dengan kata lain, murid-murid mesti mengenal dan menghafal nama-
nama huruf sebelum didedahkan kepada peringkat membaca mudah. Di sinilah punca
kelemahan kaedah ini iaitu memaksa murid-murid mengenal dan menghafal bunyi-
bunyi yang tidak bermakna sebelum mereka diajar membaca perkataan-perkataan
yang bermakna. Proses ini juga memakan masa yang agak lama kerana murid akan
melalui langkah demi langkah sebelum dapat membina sesebuah perkataan. Murid
yang masih belum menguasai aspek ini akan dikumpulkan dalam kumpulan yang
lemah dan diberi proses pemulihan.

4
SALASIAH BT IDRIS@ISMAIL
G75536

Di sinilah satu perkaedahan baru telah diperkenalkan untuk merangsang


murid-murid yang lemah ini supaya cepat membaca. Kaedah yang ingin dinyatakan di
sini ialah kaedah cepat membaca e-Xra.

E-Xra ialah singkatan kepada 'eclectic-Express reading approach'. Ia


merupakan satu teknik membaca cepat melalui pengecaman bunyi suku kata tanpa
perlu mengenal huruf dan mengeja. Kanak-kanak membaca sejurus mengenal dua
suku kata yang pertama. Kaedah ini memudahkan ibu bapa dan guru mengajar anak-
anak membaca dengan lebih berkesan, sistematik dan cepat. E-Xra merupakan satu-
satunya kaedah cepat baca di Malaysia yang mendapat Anugerah Rekacipta 2003 dari
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Baru-baru ini, e-Xra C.E.P.A.T. telah
berjaya merangkul Pingat Emas di 5th Invention/ Inovation Competition 2006 yang
dikendalikan oleh Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (satu-satunya syarikat
persendirian yang memenangi Pingat Emas.

Kaedah cepat membaca E-Xra ini membolehkan kanak-kanak empat tahun ke


atas dan kanak-kanak yang bermasalah atau lemah membaca menguasai kemahiran
asas membaca secepat 1 – 3 bulan. Kaedah ini juga sama seperti penggunaan buku
Iqra’ yang digunakan oleh guru-guru pendidikan Islam untuk mengajar pelajar Islam
membaca Al-Quran. Kaedah cepat membaca e-Xra ini telah diasaskan oleh pasangan
suami isteri iaitu Puan Rohayati Haroun dan suaminya Profesor Dr. Mohamed Amin
Embi.

5
SALASIAH BT IDRIS@ISMAIL
G75536

1.3 Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk mengenalpasti keberkesanan kaedah cepat
membaca ini dalam perkembangan bacaan murid. Di samping itu turut diharapkan
melalui kaedah ini juga dapat mengurangkan masalah buta huruf dalam kalangan
kanak-kanak lemah. Melalui kaedah ini juga diharapkan dapat membantu kanak-
kanak menguasai kemahiran membaca dengan baik serta dapat menarik minat mereka
dalam mempelajari dan menguasai kemahiran bahasa dengan baik.

1.4 Pernyataan Masalah

Masalah penguasaan membaca dalam kalangan kanak-kanak sudah banyak


diperkatakan dan masalah ini melibatkan hampir semua sekolah rendah di seluruh
negara. Masalah penguasaan membaca melibatkan masalah seperti tidak boleh
membaca dan menulis dengan sempurna. Kadang kala, terdapat kanak-kanak yang
boleh membaca tetapi tidak faham apa yang dibacanya. Ini mungkin kerana kurang
tumpuan perhatian, tidak aktif membaca, tidak faham makna sesuatu perkataan dan
sebagainya. Adakalanya, terdapat kanak-kanak yang mengatakan dia faham isi
kandungan sesuatu perenggan dalam buku yang dibacanya, tetapi apabila disoal, dia
tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan.

Masalah membaca sering terdapat dalam kalangan kanak-kanak yang


mengalami masalah pembelajaran. Ini boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu
masalah mengenal huruf (decording) dan masalah memahami apa yang dibacanya
(reading comprehension). Terdapat ibu bapa yang runsing dan cemas apabila
mendapati kanak-kanak yang telah mencapai usia 9 tahun tetapi tidak boleh menulis
dan membaca dengan sempurna. Lebih mencemaskan lagi ialah apabila kanak-kanak
tersebut belum menguasai kemahiran menulis huruf (abjad) dan menyebutnya
(membaca) dengan sempurna.

6
SALASIAH BT IDRIS@ISMAIL
G75536

Di sekolah, kanak-kanak yang berada di tahun 1, akan menjalani satu ujian


pelepasan KIA2M. KIA2M adalah singkatan bagi Kelas Intervensi Awal Membaca
dan Menulis. Ia merupakan satu program untuk membantu murid tahun 1 menguasai
kemahiran asas membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Murid yang lulus ujian
pelepasan akan dimasukkan ke kelas biasa dan mengikuti pelajaran tahun 1 seperti
biasa.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan yang ingin dikaji adalah :

1. Apakah kaedah cepat membaca e-Xra dapat meningkatkan penguasaan


kemahiran membaca dan pemahaman bagi murid-murid tahun 1?

1.6 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk memenuhi beberapa objektif seperti berikut:

a. Memastikan 100% murid tahun 1 Dinamik 7 menguasai kemahiran asas


membaca dan menulis.
b. Mengenal pasti tahap penguasaan membaca dalam kalangan murid-murid
tahun 1 dinamik 7 semasa ujian pelepasan 2.
c. Mengkaji tahap kefahaman membaca dalam kalangan murid-murid tahun
1 Dinamik 7 daripada bacaan.

7
SALASIAH BT IDRIS@ISMAIL
G75536

1.7 Kerangka Konseptual

Ujian Pengajaran dan Kaedah cepat


Pelepasan 1 pembelajaran di membaca e-Xra
KIA2M

- Menguasai Kemahiran membaca 100%


- Mengenal pasti tahap penguasaan Ujian
bacaan murid Pelepasan 2
- Mengkaji tahap kefahaman murid
daripada bacaan

1.8 Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian ini adalah untuk membantu meningkatkan perkembangan dan


penguasaan bacaan dalam kalangan murid-murid tahun 1 Dinamik 7 khasnya seperti
meningkatkan perbendaharaan kata, mengurangkan masalah membaca, meningkatkan
kefahaman dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi serta minat membaca murid-
murid. Malah untuk menjadikan pengajaran bahasa lebih menarik dan berkesan untuk
murid-murid ini.

Diharapkan juga kajian ini dapat menjawab beberapa persoalan tentang


keberkesanan aktiviti kaedah cepat membaca e-Xra dalam penguasaan kemahiran
membaca kanak-kanak. Di samping itu, kajian ini juga dapat membantu serta
menggalakkan para guru untuk menggunapakai kaedah ini dalam pengajaran bahasa
Melayu itu sendiri.

8
SALASIAH BT IDRIS@ISMAIL
G75536

1.9 Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan dalam kalangan murid-murid tahun 1 Dinamik 7 2009, di


Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Alam. Bilangan murid-murid yang terlibat adalah
seramai 37 orang murid yang terdiri daripada 243 orang murid lelaki dan 14 orang
murid perempuan.

Kelas ini dipilih kerana ia merupakan kelas terbaik daripada empat buah kelas
yang telah disaring melepasi ujian pelepasan KIA2M. Kelas ini juga tidak terdapat
murid-murid pendidikan khas yang mengalami masalah pembelajaran, masalah
penglihatan dan juga masalah pendengaran.

1.10 Definisi Operasional

1.10.1 Kaedah E-Xra

Seperti yang dinyatakan tadi adalah satu perkaedahan membaca secara cepat.
Kaedah ini tidak memerlukan murid menghafal nama dan bunyi huruf tetapi terus
kepada pengenalan bunyi suku kata itu sendiri. E-Xra ini mempunyai modul-modul
serta latihannya yang tersendiri. Ia bermula dengan modul bacaan yang mudah
sehinggalah yang kompleks sehingga seseorang murid itu dapat menguasai kaedah
bacaan dengan fasih dan lancar.

9
SALASIAH BT IDRIS@ISMAIL
G75536

1.10.2 KIA2M

KIA2M iaitu Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis adalah satu program
alternatif yang telah dirancang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang
dipertanggungjawabkan kepada Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), untuk
menerajui usaha menyelesaikan masalah penguasaan kemahiran membaca dan
menulis untuk murid tahun 1. Ia juga bertujuan supaya murid dapat mengecam, dan
mengenal huruf dengan tepat, mengeja dan menyebut setiap perkataan dan ayat
tunggal dengan sebutan yang betul dan memahami perkara yang dibaca. Ia dijalankan
sepenuh masa oleh guru Bahasa Melayu Tahun Satu dan dijalankan selama 3 hingga 6
bulan.

1.10.3 Tahun 1 Dinamik 7

Tahun 1 Dinamik 7 merupakan kelas yang ke-7, daripada 10 buah kelas untuk tahun
1. Kelas ini telah menjalani ujian pelepasan 1 KIA2M dan digolongkan antara kelas
yang mengikuti program KIA2M di sekolah ini. Semua murid kelas ini sudah
mengenal huruf tetapi bermasalah dalam membunyikan suku kata-suku kata yang
mudah, lemah dalam menaakul makna dalam aspek pemahaman.

10
SALASIAH BT IDRIS@ISMAIL
G75536

1.11 Rumusan

Kajian ini dijalankan untuk meninjau mengenai keberkesanan perkaedahan membaca


cepat e-Xra dalam membantu meningkatkan kemahiran membaca dan kefahaman
murid-murid tahun 1. Perkara-perkara yang dinyatakan dalam bab ini amatlah penting
dalam menentukan kajian yang hendak dijalankan benar-benar berkesan. Oleh sebab
itu latar belakang kajian yang jelas diperlukan, pernyataan masalah yang sesuai,
tujuan kajian yang boleh dikenal pasti serta kerangka kajian yang mantap perlu
dihuraikan dengan jelas dalam bab ini sebelum kajian dijalankan.

11
SALASIAH BT IDRIS@ISMAIL
G75536

BAB II

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini cuba menganalisis masalah kajian secara terperinci dan kemudiannya
menyatakan kerangka teoritis yang dijadikan panduan bagi mengkaji keberkesanan
kaedah cepat membaca dalam penguasaan kemahiran bahasa murid-murid yang
lemah. Sekiranya kaedah ini dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran di
tahun 1 ianya dapat membantu murid menguasai kemahiran berbahasa dengan lebih
baik.

2.2 Literatur Berkaitan

Dewasa ini banyak kajian membuktikan bagaimana kemahiran menulis dan


kemahiran membaca di peringkat awal kanak-kanak. Menurut Beaty, J.J (1998),
kemahiran membaca dapat dikembangkan secara semulajadi oleh kanak-kanak,
bagaimana mereka memberi makna kepada dunia mereka melalui penerokaan yang
menyeronokkan, dan bagaimana mereka mengggarap maklumat dan membentuk satu
peraturan mudah untuk membantu diri mereka sendiri menggunakannya. Kajian-
kajian tersebut telah mengubah pandangan kita selamanya tentang cara kanak-kanak
mencapai perkembangan mereka dan bagaimana cara terbaik bagi kita membantu
pertumbuhan dan perkembangan mereka.

12
SALASIAH BT IDRIS@ISMAIL
G75536

Walau bagaimanapun masalah ini amat membimbangkan dan mencabar


peranan guru sekolah rendah khasnya tahap 1 kerana mereka keliru dengan
tanggapan, harapan dan keperluan seperti mana yang terungkap dalam Kurikulum
Kebangsaan. Melalui bacaan literatur yang berkaitan iaitu menurut Beaty, J.J (1998)
dengan perkembangan dan pembelajaran bahasa kanak-kanak dari aspek kemahiran
menulis, guru telah disogokkan dengan dapatan mengatakan kanak-kanak
membentuk cara mereka sendiri untuk bercakap dan juga menulis serta membaca .
Dalam satu kajian yang dibuat oleh Temple et.al (1993), beliau mengatakan bahawa
kanak-kanak belajar menulis melalui pengalaman dan penemuan kendiri. Dengan
pandangan tersebut kita kini semacam dihimpit dengan dilema apakah perbuatan
mengajar kanak-kanak menulis secara konvensional sudah tidak relevan lagi.

Menurut penemuan psikolinguistik kognitif, pemerolehan bahasa dan


keupayaan membaca seseorang individu bermula sejak ia dilahirkan malah kanak-
kanak sememangnya telah mula belajar menulis sejak dari peringkat awal
perkembangan mereka. Permulaan kanak-kanak belajar menulis boleh diperhatikan
melalui tingkah laku mereka, isyarat (gesture), perbualan, cara mereka bermain dan
contengan yang mereka lakukan membentukkan makna yang tertentu (Vygotsky,
1978). Menurut aliran ini bahawa apabila seseorang individu itu dilahirkan dia terus
berusaha untuk mempelajari dunia di persekitarannya melalui pancainderanya.
Pengetahuannya tentang dunia di sekelilingnya itulah nanti akan menjadi dasar bagi
dirinya untuk pemerolehan bahasa dan bacaannya. Dengan penemuan ini, jelaslah
bahawa pengajaran bahasa yang agak formal sudah boleh dimulakan pada waktu
kanak-kanak mula pandai bercakap iaitu pada umur antara dua atau tiga tahun
(Kamaruddin Husin et.al, 1986).

Kajian (Mahzan Arshad,2003) mengatakan sekiranya pembaca dapat


menterjemahkan perkataan demi perkataan dengan sebutan iaitu satu proses yang
disebut ”mendekod” pelbagai huruf yang bercetak di permukaan kertas dalam bentuk
sebutan tertentu, maka bacaan telah dipelajari dengan baik. Kepercayaan bahawa

13
SALASIAH BT IDRIS@ISMAIL
G75536

kanak-kanak harus mengenali sebutan perkataan yang dibacanya inilah yang menjadi
asas kepada pengajaran bacaan di sekolah selama ini. Aktiviti prabacaan dan
pascabacaan seperti menyebut perkataan yang sukar, mencari makna dalam kamus
bagi perkataan asing kepada kanak-kanak, membina ayat daripada perkataan yang
dipelajari sering dijalankan oleh guru kerana aktiviti ini mengukuhkan kemahiran
mendekod bahan yang dibaca.

Menurut (Safiah,1985), pemahaman bacaan ialah satu proses strategi bagi


pembaca membentuk atau memberikan makna terhadap teks dan pengetahuan latar
pembaca tersebut. Menurutnya lagi kita belum membaca jika belum memahami.

Sesuatu perlakuan bahasa mesti dapat menghasilkan pemahaman selain


pengecaman dan penyebutan perkataan-perkataan. Rumusan ini bertepatan sekali
dengan pendapat (Durkin, 1980) yang menyatakan bahawa tanpa memahami apa yang
dibaca, seseorang itu tidak dapat dianggap melakukan proses membaca tetapi
melakukan proses menyebut perkataan-perkataan sahaja. Untuk menjadi pembaca
yang berkesan, seseorang itu tidak perlu menyebut perkataan-perkataan itu dengan
betul dan lancar asalkan dia tahu makna perkataan-perkataan yang dibaca. Dengan itu,
dapatlah dikatakan bahawa proses membaca, aspek penyebutan kurang dipentingkan.
Perkara yang sangat ditekankan dalam proses membaca ialah seseorang pembaca itu
perlu dapat berfikir, merasai, dan membayangkan, serta memahami apa yang dibaca.

Murid yang mempunyai konsep diri yang negatif, biasanya mempunyai kurang
keyakinan tentang kebolehan diri dan perasaan rendah diri. Perasaan kurang yakin dan
rendah diri ini memberi kesan yang mendalam kepada keupayaan membaca. Murid
yang berperasaan demikian lazimnya berasa mereka tidak dapat membaca. Keadaan
ini telah dibuktikan oleh kajian Zimmerman dan Allebrand (1965) dan Harris dan
Sipay (1980). Kajian ini menunjukkan bahawa pembaca yang lemah kebanyakannya
mempunyai konsep diri yang negatif. Pembaca yang berjaya pula mempunyai konsep
diri yang positif.

14
SALASIAH BT IDRIS@ISMAIL
G75536

2.3 Kajian Berkaitan

Berdasarkan kajian semasa seperti yang dijelaskan (Thelen, 1986) dan (Carr dan
Wixson, 1986) pengajaran perbendaharaan kata dapat membantu murid mengaitkan
makna perkataan baru dengan makna-makna (pengetahuan dan pengalaman) sedia ada
murid. Pembelajaran yang bermakna hanya akan wujud jikalau guru dapat membantu
murid mengaitkan makna perkataan baru dengan perkara yang telah mereka ketahui.
Pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid sangat penting bagi mereka memahami
makna perkataan yang ditemui dalam pembacaan. Dengan itu, kunci kejayaan sesuatu
pengajaran dan perbendaharaan kata terletak pada kebolehan guru menyusun perkara
yang telah diketahui oleh murid dan memperlihatkan perkaitan yang ada. Cara ini
akan dapat membantu murid memahami erti atau maksud perkataan baru dengan lebih
bermakna. Justeru, murid akan dapat mengekalkan kefahaman maksud perkataan
yang dipelajari dengan lebih lama. Teknik pengajaran perbendaharaan kata seperti
senarai-kumpul-namakan, petaan semantik, dan ciri-ciri matriks dapat membantu guru
memperlihatkan perkaitan yang wujud dalam kalangan perkaitan dan juga konsep.

Satu lagi cara yang dapat digunakan adalah dengan mendapatkan perkataan
yang dipilih oleh murid. Mengikut (Thomas dan Robinson, 1982) guru boleh memilih
beberapa orang yang dapat mewakili kebanyakan murid dalam kelas dari segi
keupayaan membaca teks, dan kemudiannya mengecam perkataan atau konsep yang
sukar difahami ataupun yang tidak diketahui maknanya. Walau bagaimanapun, guru
masih perlu menyemak senarai yang diberi oleh murid. Semakan ini boleh dijalankan
dengan memberi ujian lisan secara cepat terhadap kefahaman murid tentang makna
perkataan dan konsep yang dipilih.

15
SALASIAH BT IDRIS@ISMAIL
G75536

(Unrau dan Rudell, 1995) menegaskan tentang keberkesanan pembelajaran


berkoperatif dalam bilik darjah. Interaksi sosial di dalam bilik darjah, berkongsi idea
dan saling membantu antara mereka dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan
dengan lebih berkesan. Susunan bilik darjah itu sendiri perlu diubah supaya interaksi
antara pelajar dapat digalakkan. Aktiviti kumpulan seharusnya diperbanyakkan agar
hasil perbincangan dalam kumpulan kecil dibentangkan dalam kumpulan yang lebih
besar. Perkongsian idea antara pelajar dengan dibantu oleh guru yang bertindak
sebagai fasilitator perlu diperbanyakkan di dalam kelas literasi berteraskan kemahiran
berbahasa.

Menurut (Sofiah Hamid, 1985: 1) Kaedah fonik berasaskan teori bahawa


belajar membaca melibatkan kebolehan mengenal kod (lambang) hubungan antara
bunyi dan lambang yang dilihat. Beliau juga menyatakan kaedah ini terbahagi kepada
dua iaitu kaedah fonik binaan dan kaedah fonik intrinsik. Mengikut kaedah fonik
binaan, pengajaran bacaan dimulakan dengan penyebutan fonetik bunyi-bunyi huruf.
Kemudian bunyi-bunyi ini digabungkan menjadi unit yang lebih besar iaitu suku kata
dan seterusnya perkataan. Kaedah fonik intrinsik pula diperkenalkan untuk mengatasi
kelemahan-kelemahan yang terdapat pada kaedah fonik binaan. Kaedah ini
menekankan pemerolehan makna dalam proses membaca. Murid-murid diperkenalkan
dahulu kepada perbendaharaan kata sebelum diperkenalkan kepada bunyi.

16
SALASIAH BT IDRIS@ISMAIL
G75536

2.4 Rumusan

Dalam pengajaran bahasa Melayu di peringkat awal ini banyak kaedah-kaedah yang
boleh diguna pakai. Ada yang memulakan kemahiran membaca di peringkat awal
dengan cara membina iaitu bermula dengan memperkenalkan unsur-unsur bahasa
yang kecildan bergerak ke arah membina unsur-unsur yang lebih besar. Manakala satu
lagi kaedah ialah mengajar berasaskan prinsip cerakinan atau analisis. Kaedah ini
bermula dengan unsur-unsur bahasa yang bermakna sama ada perkataan, frasa dan
ayat.

Kedua-dua kaedah ini mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri.


Kesesuaian kaedah ini bergantung kepada pelbagai pemboleh ubah, seperti keadaan
murid, bilik darjah, kemahiran guru, alat bantuan mengajar, objektif yang hendak
dicapai oleh guru dan sebagainya. Semua ini terpulang kepada kebijaksanaan guru itu
sendiri untuk menggunakan kaedah yang paling sesuai untuk muridnya.

17
SALASIAH BT IDRIS@ISMAIL
G75536

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Dalam bab ini, pengkaji akan menghuraikan kaedah yang akan digunakan dalam
kajian ini. Antara aspek tersebut ialah latar reka bentuk kajian, populasi dan sampel
kajian, kaedah pengumpulan data dan instrumen kajian . Kajian ini secara umumnya
adalah jenis kajian tindakan yang mengukur keberkesanan aktiviti bacaan dan
pemahaman dalam membantu meningkatkan perkembangan kemahiran bahasa murid-
murid tahun 1.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Pengkaji membuat kajian ini dengan menggunakan pendekatan deskriptif. Pendekatan


ini lebih tepat untuk mengkaji permasalahan kelemahan pembacaan dan pemahaman
sesuatu bahan bacaan itu terhadap murid-murid tahun 1. Dalam kaedah ini ini juga
pengkaji melaksanakan ujian-ujian dan penguasaan modul-modul yang disediakan.
Soalan-soalan ujian yang dibina adalah untuk menguji kefahaman murid tentang apa
yang dibaca. Manakala penguasaan modul pula, murid yang telah menguasai sesuatu
modul seperti modul pertama akan berpindah kepada modul kedua dan seterusnya
sehingga mereka boleh membaca dengan lancar dan memahami dengan jelas apa yang
telah dibaca.

18
SALASIAH BT IDRIS@ISMAIL
G75536

3.3 Populasi dan Sampel kajian

Bagi pemilihan latar tempat kajian, pengkaji telah memilih Sekolah Kebangsaan Seri
Alam 1, Masai, Johor Bahru. Pengkaji merupakan salah seorang guru yang
berkhidmat di sekolah ini. Berkaitan dengan tajuk yang dikaji adalah bersesuaian
untuk melakukan kajian ini dengan lebih mudah dengan mendapat kerjasama daripada
rakan-rakan guru yang lain.

Sampel kajian ini terdiri 37 orang murid tahun 1 Dinamik 7 yang terdiri
daripada 23 orang murid lelaki dan 14 orang murid perempuan yang berumur tujuh
tahun. Kesemua murid ini berbangsa Melayu dan bumiputera sabah dan Sarawak.

3.4 Kaedah Pengumpulan Data

Dalam kajian ini saya menggunakan kaedah cepat membaca e-Xra. Kaedah ini
merupakan satu kaedah di mana murid-murid disediakan dengan modul bacaan 1-7.
kaedah ini lebih menekankan bunyi-bunyi fonik daripada mengeja. Ia juga
menyediakan modul aktiviti daripada 1-7, di mana murid-murid boleh membuat
latihan yang disediakan. Modul ini disediakan untuk membantu proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu yang lebih bermakna serta dapat menarik minat murid-
murid.

Kajian ini dijalankan ketika subjek bahasa Melayu. Semua murid yang
menjadi sampel kajian akan menggunakan modul 1 untuk melihat pancapaian mereka
sebelum beralih ke modul-modul seterusnya. Sementara itu modul aktiviti akan
diberikan untuk mengukur sejauh mana keberkesanan dan kefahaman murid
mengenai apa yang telah dibaca dan dicapai.

19
SALASIAH BT IDRIS@ISMAIL
G75536

3.5 Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk borang soal selidik dan
soalan-soalan daripada modul yang disediakan. Tujuannya adalah untuk mengenal
pasti punca kelemahan murid-murid dalam aspek bacaan dan pemahaman, mengesan
dan menganalisis data. Bagi borang soal selidik murid dikehendaki menjawab soalan-
soalan yang disediakan dengan pilihan jawapan yang telah disediakan. Guru turut
membantu murid membaca soalan-soalan yang diberikan.

Bagi soalan-soalan daripada modul yang disediakan terdapat 7 modul latihan


yang berkaitan dengan 7 modul bacaan. Setelah setiap murid selesai menghabiskan
bacaan modul pertama, ia akan diberikan dengan latihan modul pertama. Data akan
diambil dan dianalisis untuk melihat sejauh manakah keberkesanan murid menguasai
modul bacaan yang pertama tadi sehinggalah selesai semua modul.

20
SALASIAH BT IDRIS@ISMAIL
G75536

BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan. 1986. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya:
Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

Arbak Othman. 1983. Permulaan Ilmu Linguistik. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.

Atan Long. 1978. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Johari Talib, Maharam Mamat, Nazri Muslim & Roosfa Hashim. 2008. Bentuk-
bentuk Penulisan ZZZT 2213. Bangi: Pusat Kembangan Pendidikan.

Mahzan Arshad. 2003. Pendidikan Literasi Bahasa Melayu Satu Pendekatan


Bersepadu.Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Sofiah Hamid. 1985. “Pendekatan C (Mari Membaca) dalam Pengajaran Bacaan Asas
KBSR ”. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Pemanfaatan Beraneka Pendekatan
Pengajaran Bacaan Asas Bagi Situasi Bilik Darjah di nMalaysia, Universiti
Kebangsaan Malaysia, 2-3 Mac 1985

Sharifah Alawiah Alsagoff. 1985. Ilmu Pendidikan Pedagogi: Kuala Lumpur.

Zulkifley Hamid.2006.Aplikasi Psikolinguistik dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Bahasa.Kuala Lumpur: PTS Professional.

21

Anda mungkin juga menyukai