Anda di halaman 1dari 30

KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALATAN TANGAN ELEKTRIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN TEKNIKAL DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH HARIAN

BIASA.

MOHD ASNAWI BIN SATDIMIN

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan alatan tangan elektrik dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran teknikal di sebuah sekolah menengah harian biasa. Kajian juga bertujuan untuk melihat sama ada perbezaan jantina mengganggu pelajar untuk menyiapkan kerja amali dan pengaplikasiannya dalam kehidupan. Kajian ini menggunakan kaeadah tinjauan dan temubual dimana 5 orang responden akan ditemubual bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Setiap responden akan diberikan beberapa soalan bagi merungkai persoalan yang timbul dalam kajian ini. Data yang diperolehi daripada responden akan dianalisis menggunakan kaedah diskriptif yang mana ianya merupakan satu kaedah yang memerlukan huraian berdasarkan setiap persoalan.

BAB 1 : PENGENALAN
y Kemahiran teknikal merupakan salah satu pilihan

elektif yang terdapat dalam matapelajaran kemahiran hidup. Kemahiran bererti kecekapan atau dalam istilah lain bermaksud kepandaian. y Teknikal pula ditakrifkan sebagai pengetahuan yang berkaitan dengan pembuatan barang-barang hasil industri seperti jentera, kenderaan, mesin, elektrik dan bangunan.

y Strategi pengajaran yang terbaik dapat memberikan

pengalaman yang bermakna dalam diri pelajar. Seels & Richey (1994), berpendapat strategi pengajaran ialah spesifikasi untuk memilih dan menyusun peristiwa dan aktiviti pembelajaran dalam sesuatu unit pelajaran. y Alatan tangan elektrik blh didefinisikan sebagai peralatan yang menggunakan kuasa elektrik dalam membantu manusia melakukan tugas seharian.

PENYATAAN MASALAH
y Penggunaan alatan tangan elektrik merupakan salah satu

aspek yang sangat penting dalam kerja amali. Hal ini kerana penggunaan alatan tersebut dengan cara yang betul dapat mempercepatkan proses menyiapkan sesuatu projek. Sejauh mana pelajar dapat mempratikkannya. y Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran secara teori akan menjadi titik tolak dalam kerja amali nanti. Guru dapat melihat keberkesanan pengajarannya melalui latihan amali yang dilakukan oleh murid didalam bengkel.

OBJEKTIF
Fokus objektif kajian adalah seperti berikut :
1. Untuk mengetahui sejauh mana guru kemahiran teknikal mempunyai

kemahiran dalam penggunaan alatan tangan elektrik semasa proses P&P berlaku.
2. Untuk melihat sejauh mana peraturan keselamatan dan penyelenggaraan

alatan tangan elektrik dipraktikkan semasa menjalankan kerja-kerja amali di bengkel.


3. Untuk melihat kesesuaian alatan tangan eletrik yang digunakan dengan

kerja amali yang dibuat.


4. Untuk mengetahui amalan pelajar dalam mempraktikkan kemahiran

menggunakan alatan tangan dalam kehidupan seharian.

PERSOALAN KAJIAN
Secara khusus, kajian ini adalah untuk menjawab persoalan-persoalan berikut :
1. Adakah pelajar-pelajar pilihan kemahiran teknikal berminat dengan

matapelajaran ini?
2. Adakah guru kemahiran teknikal ini mempunyai kemahiran dan

pengalaman dalam mengendalikan alatan tangan elektrik?


3. Adakah langkah-langkah keselamatan diambil perhatian semasa

menggunakan alatan tangan elektrik?


4. Adakah kaedah pengajaran berasaskan alatan tangan elektrik dapat

dipraktikkan dengan berkesan dalam kehidupan seharian?


5. Adakah faktor jantina menyumbang kepada keberkesanan penggunaan

alatan tangan elektrik di dalam P&P kemahiran teknikal?

HIPOTESIS
Beberapa hipotesis awal telah dibuat dan ianya adalah seperti berikut :
1. Majoriti pelajar minat terhadap bidang kemahiran teknikal 2. Guru-guru mempunyai kemahiran dalam mengendalikan peralatan

elektrik
3. Pelajar-pelajar yang mengendalikan alatan tangan elektrik mengambil

langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan peralatan tersebut.


4. Pelajar kemahiran teknikal menggunakan peralatan yang sesuai dengan

kerja amali yang dilakukan.


5. Pelajar-pelajar dapat menggunakan alatan dengan betul kerana biasa

memperbaiki peralatan elektrik di rumah.


6. Pelajar perempuan kurang berkemahiran dalam mengendalikan alatan

tangan elektrik disebabkan kekangan mengendalikan alatan tangan tersebut.

dan

kepercayaan

untuk

BAB 2 : SOROTAN LITERATUR


1. Kepentingan Faktor Keselamatan di Dalam Bengkel y dapat menghindarkan diri dari sebarang kemalangan malah dapat membentuk pelajar-pelajar yang mempunyai nilai-nilai yang positif sekaligus membantu kelancaran pengajaran dan pembelajaran
y Wilber dan Pendered (1973) dalam Hayati (2000) menyatakan salah

satu teknik yang popular dalam menerangkan kepentingan keselamatan semasa menggunakan peralatan adalah melalui demonstrasi atau tunjuk cara.
y Menurut Ibrahim Che Muda dan N. Ramudaram (1990) dalam

Mohd. Nuzi (2000), kebanyakan kemalangan berlaku kerana sikap cuai dan tidak mengambil berat untuk melindungi pancaindera semasa bekerja, memakai pakaian yang tidak sesuai dan bergurau senda

2.

Keberkesanan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bengkel


Proses menyiapkan tugasan amali seseorang pelajar akan bertambah mudah apabila mereka dapat menguasai konsep dalam teori y Menurut Ee Ah Meng (1990), ketika guru mengajar, guru hendaklah sentiasa berusaha mengajar berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajarpelajar. y Ini menunjukkan bahawa pengetahuan yang ada pada pelajar amatlah berharga dan penting y Pengetahuan ini seterusnya dapat mengurangkan risiko kemalangan ketika melakukan kerja amali terutanamya ketika menggunakan alatan tangan elektrik, malah dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian dengan selamat
y

TEORI
1. Teori Kognitif

Menekankan proses kognitif bagi menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran menggunakan pengalaman sedia ada untuk memikirkan cara penyelesaian masalah yang dihadapi. menitikberatkan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada pada murid-murid untuk proses pembelajaran. dapat mengaplikasikan hasil pembelajaran dalam kehidupan seharian mereka

2.

Teori Sosial
menyarankan teori pembelajaran dengan menggabungkan teori
mazhab behavioris bersama dengan mazhab kognitif

dikenali juga sebagai Teori Perlakuan Model Albert Bandura, seorang tokoh mazhab sosial ini menyatakan bahawa proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan permodelan. aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru dan juga aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada kefahaman pelajar

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN


1) Reka bentuk kajian
y Kajian ini dijalankan secara kualitatif iaitu dengan

menggunakan kaedah temubual dan survey ( tinjauan ) ke atas populasi pelajar-pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah harian biasa yang terpilih. y Sekolah yang dipilih ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting, Selangor. y Tinjauan atau pemerhatian dilakukan bagi memudahkan penyelidik melihat sendiri kemahiran dan aplikasi yang dilakukan oleh pelajar-pelajar semasa berada di bengkel.

DAPATAN KAJIAN
y Pengumpulan maklumat atau data daripada sampel kajian

pula dilakukan melalui temubual yang dijalankan. Selain itu, penyelidik akan mencari maklumat berdasarkan bahan-bahan ilmiah lain seperti buku, jurnal, majalah serta kajian-kajian lepas bagi melengkapkan kajian dan mengukuhkan maklumat yang diterima. y Tinjauan dilakukan didalam bengkel Kemahiran Hidup ketika responden dan pelajar-pelajar sedang menjalankan kerja amali. Tinjauan ini penting bagi melihat secara dekat keadaan dan suasana pembelajaran ketika amali sedang dijalankan

SAMPEL KAJIAN
y Kajian ini dijalankan disebuah sekolah menengah harian biasa.

Sampel kajian yang akan dipilih adalah seramai 5 orang pelajar dimana beberapa pelajar lelaki dan perempuan akan dipilih secara rawak untuk ditemuramah. Butir-butir lengkap sampel kajian adalah berdasarkan jantina dan pencapaian dalam peperiksaan terakhir mata pelajaran kemahiran hidup pilihan kemahiran teknikal tingkatan tiga.

KAEDAH ANALISIS DATA


y Penyelidikan ini dilakukan dengan menggunakan kaedah

kualitatif iaitu temubual dan tinjauan. Oleh yang demikian, tiada penggunaan numerik, jadual atau graf sebaliknya hanya penerangan dan penghuraian data yang akan digunakan berdasarkan teori yang disokong

INTRUMEN KAJIAN
y Kajian ini menggunakan kaedah temubual dengan memberi

tumpuan kepada beberapa soalan berdasarkan tajuk kajian yang ingin dilakukan iaitu keberkesanan penggunaan alatan tangan elektrik dalam pengajaran dan pembelajaran di sebuah sekolah menengah harian biasa. Beberapa sampel daripada pelajar tingkatan tiga diambil dan segala data yang berkaitan dengan tajuk juga turut dicatatkan. y Sehubungan dengan itu, penyelidik telah menyediakan 15 soalan berkaitan dengan tajuk dimana beberapa soalan saling berkait rapat dengan persoalan kajian. Setiap responden dikehendaki menjawab beberapa soalan yang diajukan bagi mendapatkan maklumat yang dikehendaki.

BAB 4 : ANALISIS DATA


y Kaedah yang digunakan dalam mendapatkan maklumat

adalah berbentuk tinjauan/pemerhatian dan disertakan dengan temubual. y Secara khusus, soalan temubual dan pemerhatian yang dilakukan ini adalah untuk menjawab persoalan yang timbul dalam kajian ini. y Hasil temubual yang dijalankan terhadap 5 orang responden yang terdiri daripada 3 orang pelajar lelaki dan 2 orang pelajar perempuan.

Soalan responden 1 P : Adakah anda berminat dengan terhadap matapelajaran Kemahiran Hidup? R :Ya, saya sangat berminat dengan matapelajaran KH sebab banyak kemahiran yang saya dapat ketika menjalankan kerja-kerja amali. P : Adakah anda berminat dengan pada pilihan kemahiran teknikal ini? R : Pada mulanya, saya tak minat langsung pada kemahiran teknikal ini sebab kerja-kerjanya agak kasar tapi cikgu dan rakan-rakan banyak memberikan sokongan dan membantu saya ketika menyiapkan kerja-kerja amali.

P : Adakah anda memilih kemahiran teknikal ini dengan rela hati? R : Tidak, saya ikut kawan tapi lama-lama saya minat juga. Soalan Responden 2 P : Adakah guru anda menunjukkan demo menggunakan alatan tangan elektrik sebelum menggunakannya? R : Ya, hampir setiap kali amali di dalam bengkel. Semasa kelas teori pun cikgu ada tunjukkan.

P : Adakah guru anda menegur atau memantau ketika anda menggunakan alatan tangan elektrik? R :Ya. Cikgu banyak kali ingatkan kami tentang keselamatan dan suruh periksa peralatan sebelum kami gunakanya. P : Adakah guru anda menggunakan alatan elektrik dengan kerap? R : Boleh dikira kerap juga sebab cikgu banyak membantu pihak sekolah membaiki peralatan-peralatan yang rosak.

Soalan Responden 3 P: Adakah anda pernah menggunakan alatan tangan elektrik? R :Ya, dalam kerja-kerja amali dalam bengkel, semasa menggunakan alat pemateri timah, gerudi dan banyak lagi. P : Adakah anda mengambil langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan alat tersebut? R :Ya. Cikgu selalu pesan dan biasanya dia akan memantau kami melakukan kerja. Cikgu ada kata bahawa di dalam bengkel, kami di bawah tanggungjawab dia. Sebab itu dia ambil berat.

P : Adakah anda tahu langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil sebelum, semasa, dan selepas menggunakan alatan tangan elektrik? R :Ya, sebelum mula kerja perlu pastikan pakaian sesuai, pastikan alatan dalam keadaan yang selamat, tidak rosak dan selepas guna, bersihkan alatan dan simpan di tempatnya semula. P : Pernahkah anda mengalami kemalangan semasa menjalankan kerja-kerja amali di dalam bengkel? R : Tidak pernah setakat ini. Cikgu banyak kali pesan supaya kami jaga keselamatan.

Soalan Responden 4 P : Adakah anda pernah membaiki peralatan di rumah dengan menggunakan alatan tangan elektrik? R :Ya, saya biasa membaiki peralatan elektrik di rumah. P : Adakah anda pernah membantu ibubapa, rakan atau saudara mara membaiki peralatan elektrik di rumah? R :Ya. Saya selalu membantu saudara saya membaiki peralatan elektrik ketika cuti sekolah kerana dia ada membuka kedai elektrik.

Soalan Responden 5 P : Adakah anda menggunakan alatan tangan elektrik yang betul semasa menjalankan kerja-kerja amali? R :Ya, sebelum saya memulakan kerja-kerja amali, saya akan bertanyakan kepada guru peralatan apa yang sesuai saya gunakan. P : Adakah perbezaan gender atau jantina mengganggu anda dalam menggunakan alatan tangan elektrik? R :Ya. Saya seorang perempuan. Mana mungkin saya boleh mengendalikan alatan tangan elektrik dengan sempurna tanpa bantuan rakan-rakan dan guru. Ibu bapa saya tidak membenarkan saya melakukannya kerana KT ini agak kasar.

y Melalui temubual yang dijalankan, keputusan yang diterima

adalah selari dengan hipotesis yang dibuat oleh penyelidik diawal kajian. y Melalui pemerhatian yang dilakukan di dalam bengkel juga, didapati majoriti pelajar mampu mengendalikan atau menggunakan alatan elektrik dengan baik. y Minat yang ditunjukkan pelajar terhadap matapelajaran KH dapat dilihat melalui tingkahlaku dan semangat mereka ketika menjalankan kerja amali. y Namun begitu, pelajar perempuan didapati agak ragu-ragu dan takut ketika menggunakan alatan elektrik di bengkel. y Oleh yang demikian, teori yang digunakan menyokong kepada jawapan kajian.

BAB 5 : PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

RUMUSAN
y Pengalaman pada diri pelajar banyak membantu pelajar

ketika menjalankan aktiviti amali di dalam bengkel. Ini seterusnya membantu mereka mengingati semula tajuk yang telah dipelajari ketika teori. y Kaedah demontrasi banyak membantu pelajar dalam mengendalikan alatan tangan elektrik dengan betul. Pelajar-pelajar mudah memahami bagaimana menggunakan satu-satu alat tangan elektrik dengan betul. Guru bertindak sebagai model dan pelajar akan melihat guru mengendalikan alatan tersebut.

y Oleh itu, teori kognitif dan teori sosial sangat menyokong

dalam kajian ini.

CADANGAN
y Lanjutan daripada kajian ini, penyelidik bercadang untuk

meluaskan kawasan kajian dan membuat perbandingan daripada beberapa buah sekolah di kawasan bandar dan luar bandar. y Selain itu, sampel kajian yang akan digunakan juga akan diperbesarkan lagi.

KESIMPULAN
y Kajian ini dilakukan untuk mengetahui keberkesanan

penggunaan alatan tangan elektrik dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran teknikal di sebuah sekolah menengah harian biasa.
y Strategi pengajaran yang terbaik dapat memberikan

pengalaman yang bermakna dalam diri pelajar.


y Pengalaman ini dapat pelajar praktikkan dalam kehidupan

seharian mereka nanti.

Anda mungkin juga menyukai