Anda di halaman 1dari 2

BATIK Perkataan BATIK adalah gabungan perkataan dari Indonesia dan Malaysia iaitu 'amba' dari Indonesia dan

'titik' dari Malaysia. Apabila digabungkan ia menjadi "BATIK" dan perkataan ini telah digunakan secara global di kebanyakan Negara didunia ini. Fabrik BATIK telah wujud sejak beribu tahun dahulu. BATIK biasanya dikait dengan Negara di sebelah asia seperti Iran, Cina, India dan banyak Negara lagi, tetapi BATIK paling popular di Malaysia dan Indonesia. Terkini, kebanyakan Negara didunia ini mempunyai lukisan BATIK mereka tersendiri. Manakala corak-coraknya adalah pelbagai dan setiap negara mempunyai ciri-ciri dan identiti yang tersendiri. Di dalam pembuatan BATIK terutamanya di Malaysia, tompakan kecil atau titisan warna yang berbeza daripada warna yang sedia ada di sekeliling atau di dalam corak/bunga tersebut ataupun perbezaan bentuk atau tertinggal salah satu daripada corok/bunga antara satu helai dengan helaian yang lain, kami mengangap bukanlah satu kesalahan atau kecacatan kepada corak/bunga tersebut. Ia kami namakan satu bentuk kesenian dan keunikan yang menandakan ia BATIK lukis tangan(canting). Itulah seni BATIK! Lihat gambar di bawah. BATIK DAN BERBEZAANNYA

Perkataan Batik atau Batik Canting sebenarnya telah di terima pakai di seluruh dunia. Batik atau Batik Canting adalah perkataan yang universal dan pengemar batik di seluruh dunia akan memahaminya. Cuma yang membezakanya adalah hasilnya. Batik Malaysia berbeza dengan Batik Indonesia. Walaupun di buat dengan cara yang sama tetapi tiap -tiap negara mempunyai identiti dan ciri -ciri yang tersendiri. Batik India dengan Batik Cina tentu sekali ada perbezaannya. Batik Iran dengan Batik Amerika tentu sekali ada perbezaan mengikut kebudayaan masing masing.

Itu adalah perbezaan antara negara dengan negara yang lain tetapi di dalam pembuatan batik juga ada beberapa cara dan dengan itu sudah tentulah ada perbezaannya samada apa yang terhasil dan juga dari segi harga. Berikut adalah di antara pembuatan batik dan perbezaannya. 1. Batik cetak samada di setkan menggunakan komputer atau di cetak menggunakn pencetak khas(Cop/blok). Batik cetak lebih senang tidak banyak menggunakan tenaga manusia tetapi memerlukan modal yang tinggi untuk membeli set komputer dan memerlukan pekerja yang tahu menggunakan komputer. Proses penghasilan fabrik batik juga tidak begitu lama. Dengan menggunakan komputer segala bentuk yang corak batik yang

di perlukan boleh di simpan dan boleh di gunakan semula bila perlu. Jadi tidak perlu membuat kerja atau membentuk/mencorakkannya berulang -ulang kali. Semuanya menggunakan mesin/cop/blok dari awal hingga akhir. Prosesnya sama seperti mencetak kain -kain yang berada di pasaran. Jadi setiap kepingan kain batik akan sama bentuk dan coraknya. Cuma yang mungkin membezakan batik tersebut adalah warnanya. Harganya lebih murah daripada Batik Lukis Tangan atau Batik Canting. 2. Manakala batik canting atau batik lukis tangan memerlukan lebih tenaga manusia dan prosesnya lebih lama jika di bandingkan menggunakan batik cetak atau batik cop. Dari melukis hinggalah mewarnakan kain mungkin memakan masa dua atau tiga hari. Ia juga bergantung kepada faktor cuaca. Jika musim hujan akan lebih lambat selesainya membuat satu keping fabrik batik tersebut kerana menunggu warna kering terlebih dahulu barulah boleh di tambah dengan warna yang lain. Bentuk dan coraknya juga berbeza walaupun di bentuk dengan corak yang sama. Maklumlah menggunakan tangan manusia. Kemungkinan semasa meletakkan warna pada bunga-bunga batik tersebut ada yang kecil dan ada sedikit besar. Kemungkinan ada yang tertinggal satu -satu bentuk batik atau satu-satu warna di dalam bunga atau bentuk batik yang di lukiskan. Di situlah letaknya kesenian batik Canting. Di Malaysia para pengemar batik dari luar negara lebih suka mencari batik yang ada perbezaan di dalam satu -satu bentuk batik tersebut. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perbezaan corak batik

Anda mungkin juga menyukai