Anda di halaman 1dari 8

CADANGAN TAWARAN MENYEWA PREMIS PERNIAGAAN LOT MASJID NEGERI PERAK OLEH KOPERASI MASJID PERAK BERHAD

OLEH KOPERASI MASJID PERAK BERHAD

1.0 PENDAHULUAN


KOPERASI MASJID PERAK BERHAD atau nama ringkasnya KOMAS beroperasi semenjak mula ditubuhkan hingga ke hari ini di MASJID SULTAN IDRIS SHAH II ( MASJID NEGERI) IPOH, PERAK. Dengan dayausaha Anggota Lembaga Pengarah , maka koperasi ini berdaya maju dan akan mempertingkatkan lagi dalam berbagai bidang perniagaan dan perusahaan. Diantaranya ialah Projek Mini Market Makanan Halal di Medan Gopeng Ipoh. Sebagai salah satu usaha untuk mengembangkan aktivitinya, maka KOMAS bercadang untuk menyewa premis perniagaan perniagaan lot Masjid Negeri Perak.

2.0 OBJEKTIF


Membantu Koperasi Masjid Perak Berhad (KOMAS) mengembangkan aktiviti perniagaanya. Memberikan peluang pekerjaan kepada umat Islam. Menjual dan memperkenalkan barangan halal kepada pengguna. Membantu masjid menambahkan pendapatan tetap.

3.0 KADAR SEWA




Kadar sewa yang dicadangkan oleh pihak Koperasi Masjid Perak Berhad adalah sebanyak RM500 sebulan

4.0 LOKASI


Lokasi bagi cadangan tawaran menyewa premis perniagaan ini adalah di perkarangan Masjid Negeri Perak.

5.0 JENIS PERNIAGAAN




Jenis perniagaan yang akan dijalankan adalah merupakan sebuah kedai serbaneka. Menjual barang barang runcit yang halal.

6.0 MANFAAT


Memberikan peluang perniagaan kepada Koperasi Masjid Perak Berhad (KOMAS) dan usahawan Islam. Membantu menambahkan pendapatan KOMAS dan Masjid Negeri. Memberikan pendapatan yang tetap kepada Masjid Negeri. Menyediakan peluang pekerjaan kepada Bumiputera Islam khususnya.

7.0 KESIMPULAN


Berdasarkan kepada penganalisaan yang telah dibuat dengan mengambil kira factor dan andaian yang tersebut di atas, maka kertas ini menyimpulkan bahawa projek ini berdaya saing maju dan mampu memberikan pulangan modal dan keuntungan. Projek ini sekali gus mampu mencapai beberapa objektif iaitu :1) Mewujudkan peluan perniagaan dan pekerjaan kepada usahawan Islam khususnya. 2) Membantu Masjid Negeri dan KOMAS menambahkan pendapatan. 3) Membantu KOMAS mengembangkan aktiviti perniagaanya.

Anda mungkin juga menyukai