Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA PROGRAM PEMBANGUNAN WANITA PSK 3104 PEMBELAJARAN BERKHIDMAT DALAM PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

PENGENALAN PSK 3104 Pembelajaran Berkhidmat dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan adalah pengajian elektif pada semester yang keenam 2011. Program khidmat masyarakat ini merupakan salah satu elemen penting sebagai bahagian amali matapelajaran PSK 3104. Dalam program ini aktiviti bagi kaum wanita akan diadakan supaya mereka sedar tentang pengurusan diri dan juga kesihatan diri. Melalui Program Pembangunan Wanita diharapkan dapat memupuk kesedaran dalam jiwa mereka. Menekankan prog khid mas untuk....atas keedaran ini kami merancangkan prog ini....

OBJEKTIF Melalui perlaksanaan program pembangunan dan wanita ini golongan wanita akan didedahkan dengan kepentingan menjaga kesihatan dan pengurusan diri. Selain itu mereka juga akan mengenalpasti tahap kesihatan mereka serta dapat mengubah pemikiran mereka terhadap diri sendiri. Justeru itu, dapat meningkatkan kesedaran nilai dalam kalangan wanita di Sungai Siput.

RASIONAL Meningkatkan golongan wanita yang berfikiran positif dan kesedaran sivik. Program ini turut membawa perubahan dalam jiwa wanita serta membantu meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mereka. Wanita merupakan golongan yang perlu diberi penghormatan yang tinggi dan diberi perhatian dan kasih...

SASARAN Golongan wanita yang berumur 25 hingga 50 tahun di kawasan Sungai Siput.

TARIKH 17.09.2011

TEMPAT Kawasan Sungai Siput (U), Perak

JAWATANKUASA PROGRAM

JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM Lampiran 1

ANGGARAN PERBELANJAAN Lampiran 2

PENUTUP Melalui perlaksanaan program ini akan dapat menjana golongan wanita yang sedar dan berfikiran positif terhadap pengurusan diri.

.. (NIRAINCHANAH A/P KRISHNAN) Setiausaha, Jawatankuasa Program Pembangunan Wanita, IPG Kampus Ipoh, 31150 Hulu Kinta,

.. (EN. SHANMUGAVELU A/L SUBRAMANIAN) Pensyarah Penasihat, Jawatankuasa Program Khidmat Masyarakat, IPG Kampus Ipoh, 31150 Hulu Kinta,

Perak Darul Ridzuan. Perak Darul Ridzuan. Jawatankuasa Program Pembangunan Wanita,

Unit G5, IPG Kampus Ipoh, 31150 Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan. ______________________________________________________________________ Pengarah, IPG Kampus Ipoh, 31150 Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan. 10 JUN 2011

Melalui, Ketua Jabatan Sains Sosial IPG Kampus Ipoh, 31150 Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan.

Tuan, MEMOHON KEBENARAN UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM PEMBANGUNAN WANITA Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Untuk pengetahuan tuan, program ini mendedahkan tentang rasional dan tujuan

pembelajaran berkhidmat yang menekankan kepada kesedaran wanita terhadap pengurusan dan kesihatan diri. 3. Kami bercadang untuk melaksanakan projek ini mengikuti ketepatan berikut: Tarikh Masa Tempat : 17 September 2011 : 2.00 petang 7.00 petang : Kawasan Sungai Siput (U).

Bil.Peserta

: 50 orang

4.

Melalui perlaksanaan program pembangunan wanita ini akan didedahkan

dengan pengenalan, tujuan serta kepentingan menjaga pengurusan diri dan kesihatan. Selain itu, wanita juga akan mengenalpasti tahap kesihatan atau keadaan fizikal mereka pada masa ini. Tambahan pula, dapat mewujudkan kesedaran sivik dalam kalangan wanita supaya mereka sentiasa menyayangi diri mereka. 5. Justeru itu, program ini akan dapat menjana golongan wanita yang berpekerti

mulia dan berfikiran positif terhadap diri sendiri. Seterusnya dapat meningkatkan kesedaran agar mereka sentiasa peka terhadap kesihatan diri. Disamping itu, golongan wanita juga akan bermanfaat melalui program ini dari segi pelbagai aspek. 6. Saya berharap agar tuan akan mempertimbangkan dengan baik serta memberi

tindak balas yang positif terhadap program kami dan membantu kami dalam melaksanakan program pembangunan wanita disamping melaksanakan kewajipan kursus PSK 3104. Segala kerjasama tuan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih kami.

Sekian, terima kasih.

Yang Menjalankan Tugas,

Disemak oleh,

.. (NIRAINCHANAH A/P KRISHNAN) Setiausaha, Jawatankuasa Program Pembangunan Masyarakat, IPG Kampus Ipoh, 31150 Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan.

.. (EN. SHANMUGAVELU A/L SUBRAMANIAN) Pensyarah Penasihat, Jawatankuasa Program Khidmat Masyarakat, IPG Kampus Ipoh, 31150 Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan.

BENGKEL MEMBINA KELUARGA BAHAGIA

Anda mungkin juga menyukai