Anda di halaman 1dari 70

i

PENGHARGAAN

Kami dari kumpulan 1 dari Seksyen Tiga ingin mengucapkan setingi-tinggi terima kasih kepada Tuan Haji Ashari bin Haji Sikor selaku pensyarah subjek Pedagogi untuk Seksyen Tiga yang telah menyumbangkan idea tenaga dalam menyediakan tugasan pertama kami yang bertajuk guru.

Pihak kami juga ingin merakamkan setingi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat didalm melengkapkan tugasan kami.

ii

KANDUNGAN

PENGHARGAAN KANDUNGAN SENARAI GAMBARAJAH BAB 1 1.1 Sejarah Perguruan di Malaysia 1.1.1 Keperluan Latihan Perguruan Di Tanah Melayu 1.1.2 Perkembangan Awal Latihan Perguruan Di Tanah Melayu 1.1.3 Keperluan Latihan Perguruan Di Sarawak 1.1.4 Perkembangan Awal Perguruan di Sarawak 1.1.5 Keperluan Latihan Perguruan di Sabah 1.1.6 Penubuhan Maktab Perguruan Di Malaysia 1.2 Siapakah Guru 1.2.2 Asal-usul perkataan Guru 1.2.3 Definisi Guru 1.2.4 Pengertian Guru 1.2.5 Makna Guru Dalam Bahasa Arab, Pada Pandangan Agama Hindu, Buddha Dan Sikh 1.2.6 Guru teragung 1.2.7 Bidang perguruan pada pandagan Islam 1.3 Peranan Guru 1.3.1 Definisi Peranan Guru 1.3.2 Definisi Akauntabiliti 1.3.3 Peranan Guru Dari Sudut Islam 1.3.4 Peranan Guru 1.3.4.1 Guru sebagai pengamal ilmu 1.3.4.2 Peranan guru sebagai Agen Sosialisasi 1.3.4.3 Peranan guru sebagai Agen Perubahan

i ii v 1 1

6 6 8 8 9 10 10 11 12

13 13 13 13 14 16 17 17 19 20

iii 1.3.5 Perkembangan Guru 1.3.5.1 Guru sebagai pengamal kemahiran professional. 1.3.5.2 Guru sebagai pembentuk nilai 1.3.5.3 Guru Sebagai Pengurus 1.3.5.4 Guru sebagai Penyebar Ilmu 1.3.5.5 Guru sebagai Pendidik dan Pakar Rujuk 1.3.5.6 Guru sebagai Penyelidik 1.3.5.7 Guru sebagai Kaunselor 1.3.5.8 Guru sebagai Jurulatih 1.3.5.9 Guru sebagai Patriot 1.4 Sahsiah Guru 1.4.1 Konsep Sahsiah 1.4.2 Sahsiah dan Kualiti Keguruan 1.4.2.2 Berkualiti dari segi kerohanian 1.4.2.3 Berkualiti dari segi jasmani 1.5 Etika Profesion Perguruan 1.5.1 Definisi Etika 1.5.2 Definisi Profesionalisme 1.5.3 Konsep Profesion Perguruan dan Keguruan 1.5.4 Kod Etika Keguruan 1.5.4.1 Tatasusila Profesion Keguruan Malaysia 1.5.5 Kepentingan Etika Guru 1.5.6 Elemen-Elemen Yang Menjejaskan Profesiolisme Perguruan 1.5.7 Memupuk Profesionalisme Perguruan 1.6 1.7 Peranan Guru dalam Masyarkat Standard Guru Malaysia (SGM) 1.7.1 Rasional 1.7.2 Tujuan 1.7.3 Rasional 1.7.3.1 Guru 1.7.3.2 Pendidik Guru di Institusi Latihan Perguruan 43 43 45 45 46 46 46 47 22 24 25 26 27 28 29 30 33 33 34 34 34 35 36 36 36 37 38 38 41 21 21

iv 1.7.3.3 Pengurus dan Pentadbir Institusi Latihan Perguruan 1.7.3.4 Guru Besar dan Pengetua Sekolah 1.7.4 Kerangka SGM 1.7.4.1 Pengertian Standard Guru Malaysia 1.7.5 Keperluan 1.7.6 Model SGM 1.8 1.9 Kesimpulan Soalan-soalan 47 47 47 50 52 53 53 65 67 47

RUJUKAN LAMPIRAN

SENARAI GAMBARAJAH

1.4.1

Model Konseptual Pendidikan Guru

33 50 52

1.7.4.1 Komponen Standard Guru Malaysia 1.7.6 Model Standard Guru Malaysia

BAB 1

GURU

1.1

Sejarah Perguruan di Malaysia

Menurut Prof.Dr Abdullah Zakaria Ghazali, Ketua Jabatan Sejarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial daripada Universiti Malaya dan Prof.Dr Nik anuar Nik Mahmud, Felo Penyelidik Utama di Institut Alam dan Tamadun Melayu daripada Universiti Kebangsaan dalam SEJARAH PERGURUAN MALAYSIA cetakan pertama, (2008), sejarah perguruan di Tanah Melayu telah diperkenalkan oleh para mubaligh Islam dan mualim menerusi pengajian al-Quran dan kitab di rumah, surau, masjid, institusi pondok, madrasah, dan maahad (sekolah) setelah agama Islam tersebar di Nusantara. Kemudian pada zaman sebelum Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, pada umumnya sekolah-sekolah inggeris telah menjadi institusi untuk mengembangkan kebudayaan orang barat, terutamanya inggeris. Apabila sekolah bertambah banyak dan murid bertambah ramai, guru-guru telah menjadi keperluan utama. Ekoran daripada itu, British telah menubuhkan pusatpusat latihan guru dan maktab-maktab untuk melatih para guru di Tanah Melayu termasuk di Sarawak dan Sabah. Perkembangan perguruan di Malaysia selepas merdeka menunjukkan satu perkembangan yang jauh berbeza daripada perkembangannya pada zaman penjajah British. Jika pada zaman penjajahan, perkembangan perguruan lebih bersifat perkauman tetapi dengan terbentuknya Penyata Razak 1956, perkembangan perguruan yang bercorak kebangsaan telah wujud. Terbentuknya Penyata Razak merupakan tarikh pemisah antara perkembangan pada zaman merdeka dengan zaman sebelumnya. Selepas itu,

2 perubahan dan pembaharuan terus dilaksanakan bersesuaian dengan perkembangan dan kemajuan sosioekonomi Negara untuk mencapai matlamat Dasar Pelajaran Kebangsaan 1957. Laporan Jawatankuasa Mengkaji Tujuan Am dan Tertentu Latihan Perguruan di Malaysia (1971) dan Laporan A.M. Ross, Teacher Training In Malaysia (1972) menunjukkan bahawa bidang perguruan dapat mewujudkan perpaduan di Malaysia berdasarkan Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru. Apabila ilmu pengetahuan berkembang dengan pesat setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, Maktab-maktab Perguruan baharu dan Pusatpusat Latihan Harian telah ditubuhkan oleh kerajaan di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran. Walaupun Pusat-pusat Latihan Harian telah ditutup pada tahun 1968, maktab-maktab perguruan terus berkembang sehingga kini yang dikenali sebagai Institut Perguruan. Bahawa sesungguhnya dengan wujudnya sistem latihan perguruan berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru di bawah Dasar Pelajaran Kebangsaan, Negara kita telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam berbagai-bagai bidang termasuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan berbeza agama untuk hidup dalam keadaan harmoni.

1.1.1

Keperluan Latihan Perguruan Di Tanah Melayu

Sistem pendidikan di Semenanjung Tanah Melayu dimulakan dengan Pendidikan Agama Islam yang telah berkembang di Asia Tenggara sejak abad ke-13 lagi. Pendidikannya tertumpu pada fardhu kifayah. Sistem pendidikan ketika itu bergantung pada kepakaran mualim atau Tok Guru untuk menguasai hal-hal yang berkaitan dengan pelbagai ilmu dalam agama Islam. Oleh sebab pendidikan Islam pada masa itu menitikberatkan hal-hal akhirat dan kehidupan dunia, maka pendidikan Islam terdapat dua cara iaitu mengikut para mualim atau Tok Guru, dan yang kedua mengikut sistem pendidikan daripada Makkah, Madinah, Iraq dan Mesir. Oleh yang demikian, terdapat corak pendidikan yang berbeza-beza antara sekolah pondok atau madrasah di Tanah Melayu. Apabila British menjajah Tanah Melayu pada abad ke-19, system pelajaran secular telah diperkenalkan dengan tujuan untuk mengajarkan hal-hal kemahiran bagi

3 tujuan ekonomi dan social, atau ilmu keduniaan seperti yang berkembang di Eropah pada zaman pertengahan. System pelajaran itu menjadi dasar penting untuk menguasai ekonomi.

1.1.2

Perkembangan Awal Latihan Perguruan Di Tanah Melayu

Sejarah awal latihan perguruan di Tanah Melayu bermula sekitar tahun 1878, iaitu setelah Maktab Melayu ditubuhkan di Singapura. Namun begitu, terdapat rekod yang membuktikan bahawa pusat latihan guru telah dimulakan di rumah seorang mubaligh Kristian, iaitu Rev.J.Keasberry. Beliau telah melatih guru bagi tujuan mengajar di sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu,khususnya di NNS. Latihan dijalankan oleh Rev.J.Keasberry bagi membolehkan guru-guru pelatih menyambung pelajaran di institute Raffles selama dua tahun.Maktab Melayu di Singapura yang telah tujuh belas tahun melatih guru akhirnya tidak dapat lagi meneruskan tanggungjawab lalu ditutup pada tahun 1895. Penutupan Maktab Melayu tersebut menyebabkan sebuah pusat latihan guru bagi sekolah Inggeris dan Melayu terpaksa ditubuhkan. Pada tahun 1900, sebuah maktab latihan guru telah ditubuhkan di Melaka. Maka jelaslah bahawa keperluan guru bagi mengajar di sekolah-sekolah di bawah penjajah British semakin bertambah dan amat mustahak. Pada tahun yang sama,sebuah pusat latihan guru ditubuhkan di perak, iaitu di Taiping, namun usia pusat latihan tersebut juga tidak bertahan lama. Pada tahun 1913, sebuah lagi pusat latihan guru ditubuhkan di Matang, Perak. Kedua-dua pusat latihan guru di Matang, Perak dan Melaka telah ditutup setelah tertubuhnya Sultan Idris Training College (SITC) di Tanjung Malim,Perak. Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) telah menghantar beberapa orang guru untuk dilatih di pusat latihan guru yang ada di NNMB. Setelah mereka tamat latihan, mereka kembali ke negeri asal masing-masing untuk melatih guru-guru di negeri tempat mereka mengajar. Negeri Johor yang berada dalam kumpulan NNMTB telah ada pusat latihan guru tetapi ditutup setelah SITC ditubuhkan dan para pelatihnya dihantar ke maktab tersebut. Boleh dikatakan pada awal abad ke-20, latihan perguruan berada dalam keadaan terumbang-ambing.

4 Keperluan guru di NNMTB menjadi bertambah meningkat kerana sekolahsekolah tidak mempunyai guru yang terlatih. Oleh itu,NNMTB sering mengharapkan agar guru-guru yang telah menerima latihan dapat mengembangkan ilmu pengajaran mereka kepada guru-guru yang belum terlatih. Kekurangan guru telah dapat diatasi setelah penubuhan kelas khas untuk melatih guru-guru bagi setiap negeri. Sebagai contoh,negeri Johor telah menubuhkan special classes for applicants for teacher post .(Awang Had Salleh 1967:24) Kelas khas di Johor dimulakan pada tahun 1928. Setelah dihalusi, terdapat punca berlakunya keadaan latihan perguruan yang tidak sistematik iaitu sikap penjajah. Pada peringkat awal penjajahan British ke atas NNM, pelajaran tidak menjadi perkara penting kepada penjajah, sebaliknya mereka lebih mengutamakan kemajuan ekonomi berbanding dengan memikirkan nasib penduduk di Tanah Melayu. Parallel to this rapid expansion of British colonial control in the Malay states was the development of colonial catalistic economic enhanced by the growth of the local tin industry, Indeed,economic considerantion had been the major factor that underlined British colonial expansion in the malay Peninsula. (Puteh Mohamed & Malik Munip 1985) Latihan guru tidak menjadi rancangan penting bagi penjajah British kerana pada pandangan mereka, memberikan pelajaran kepada orang Melayu hanyalah untuk membolehkan mereka balik ke kampung halaman. Oleh itu, keperluan guru pada peringkat awalnya tidaklah mustahak. Namun begitu, terdapat pegawai penjajah British di NNMB yang menyuarakan pendapat bahawa betapa pentingnya pelajaran diberikan kepada penduduk peribumi (orang Melayu) atas tanggungjawab sosial. Sebagai contoh, A.M Skinner yang menjadi ahli Legislatif Council telah menyuarakan supaya keadaan pelajaran dibaiki daripada pelbagai aspek, khususnya pentadbiran dan pengurusannya. Pada peringkat awal, pusat latihan guru tidak langsung menerima pelatih daripada kalangan perempuan. Hal itu dikaitkan dengan wujudnya kurang minat ibu bapa Melayu untuk menghantar anak-anak perempuan mereka ke sekolah.Penjajah British pula tidak mengambil sebarang langkah terhadap orang Melayu yang tidak berminat untuk menghantar anak-anak perempuan mereka belajar. Kebanyakan ibu bapa berpendapat bahawa anak-anak perempuan yang telah akil baligh akan dikahwinkan dan hanya menjadi suri rumah. Namun, menjelang tahun 1910,

5 pendapat demikian telah berubah.Ibu bapa orang Melayu yang menghantar anakanak perempuan belajar di sekolah semakin bertambah. Sejak itu, keperluan terhadap perkhidmatan guru-guru perempuan semakin bertambah. Pada tahun tersebut hingga tahun 1935,di NNMB,NNMTB, dan NNS, lebih kurang 135 buah sekolah bagi anak-anak perempuan telah dibina. Ini bermakna bahawa penubuhan latihan guru bagi kanak-kanak perempuan kian penting. Faktor ini disebabkan terdapatnya subjek khusus yang dipelajari oleh mereka. Pusat latihan guru bagi pelatih perempuan telah ditubuhkan di Pulau Pinang pada awal tahun 1884, namun tidak begitu jelas bagaimana perjalanan pusat latihan tersebut. Seorang pengasas sebuah sekolah di Bayan Lepas, Pulau Pinang, Muhammad bin Abdul Mutalib dan Sheikh Imam Munsyi telah melantik seorang guru perempuan untuk mengajarkan ilmu agama di sekolah tersebut. Pada tahun 1923, Pesuruhjaya Tinggi British dalam laporannya mengenai pelajaran di NNM menyatakan bahawa betapa pentingnya latihan perguruan untuk pelatih perempuan.

The latest development in Malay vernacular education is a scheme for training Malay women teachers for girls schools. The importance of this step can hardly be overrated ,seeing that no race can be contented and progressive.If its teacher will be trained under qualified mistress (Awang Had Salleh 1979:26)

Guru perempuan telah menjadi sangat penting dalam perkembangan pelajaran dan masyarakat. Ekoran daripada itu, kelas khas diadakan bagi melatih mereka agar mempunyai pengetahuan yang secukupnya untuk mengajar kanak-kanak perempuan,khususnya di sekolah vernakular. Pada tahun 1926, N.Purdom yang menjadi Lady Supervisor di sekolah kanakkanak perempuan telah memulakan latihan untuk guru perempuan pada waktu malam. Latihan itu diadakan di Kampung Baru. Subjek yang diajarkan kepada mereka ialah Arithmetic, Script Writing, Needlework, Method of Teaching,dan Management of Schools. Walaupun latihan guru pada peringkat awal penuh dengan keadaan yang tidak menentu, namun jelas bahawa keperluan kepada pelajaran semakin penting kerana tidak ada alat lain bagi membolehkan penduduk Tanah Melayu menguasai pelbagai ilmu, kecuali dengan belajar di sekolah. Bilangan guru perlu sejajar dengan bilangan murid di sekolah-sekolah di Tanah Melayu. Sebelum wujudnya SITC, pusat latihan guru berikut telah menjadi

6 pendorong dan pembuka jalan kepada penubuhan beberapa pusat latihan guru yang lebih terancang.

1.1.3

Keperluan Latihan Perguruan Di Sarawak

Sejak awal pentadbiran kerajaan Brooke di Sarawak, James Brooke telah menumpukan perhatian yang serius terhadap pendakwahan agama Kristian menerusi kegiatan pendidikan. Dia telah menjadikan Sekolah Harian pada Ogos 1848 sebagai sekolah berasrama. Sekolah berkenaan ialah usaha awal Francis Thomas McDougall dan isterinya pada Julai 1848 tetapi gagal. Namun, usaha mereka telah diteruskan oleh W.B.Wright yang menjadikannya Sekolah Harapan. Perkembangan sekolah mubaligh bermula dengan penubuhan sekolah tersebut. Kemudian, sekolah itu telah membuka jalan kepada penubuhan Sekolah St.Thomas dan St. Mary pada tahun 1886. Semua sekolah mubaligh mempunyai guru-guru daripada kalangan mubaligh. Sekolah Cina pula mengambil guru-guru dari selatan China. Bagi masyarakat Melayu, kerajaan telah menubuhkan sekolah yang awal di kampung Jawa, iaitu Sekolah Abang Kassim pada tahun 1881. Kemudian, diikuti oleh penubuhan Sekolah Kampung Gersik pada tahun 1900. Ekoran daripada pembukaan sekolah Cina di Bau, beberapa buah sekolah Cina telah dibuka di Rajang,Sarikei,dan Bintangor. Pendudukan Jepun di Sarawak pada Disember 1941 telah menyebabkan perkembangan pendidikan di Sarawak tergendala. Selepas perang, guru-guru terlatih sangat diperlukan khususnya di sekolah-sekolah rendah di luar bandar, begitu juga untuk memulakan sekolah menengah di negeri itu.

1.1.4

Perkembangan Awal Perguruan di Sarawak

Sekolah Abang Kassim Kampung Jawa yang ditubuhkan pada tahun 1881 telah diubah menjadi Maderasah Melayu pada tahun 1931. Para guru pelatih sekolah itu telah diberi pengetahuan tentang kaedah mengajar murid-murid sekolah rendah. Kebanyakan guru pelatih yang telah tamat daripada sekolah itu telah menjadi guru

7 dengan harapan agar mereka dapat mengikuti latihan perguruan. Malangnya, pada zaman itu tidak ada pusat latihan khas untuk guru-guru di Sarawak. Pada 25 januari 1940, Sarawak Malay Teachers College (SMTC) telah memulakan tanggungjawabnya melatih 30 orang bakal guru yang terdiri daripada para lepasan Maderasah Melayu Kampung Jawa. Pengetua SMTC ialah Mohamad Said bin Hussin dan Alexander Keir sebagai penyelianya, iaitu seorang pesara daripada Perkhidmatan Pelajaran Malaya yang kemudiannya dilantik menjadi Pengarah Pelajaran Sarawak pada 19 Mei 1939. Kelaslatihan mengajar dijalankan di Maderasah Melayu. Kurikulum awal yang dilaksanakan ialah membaca,menulis,mengira di samping perkebunan dan kerja tangan. Semua pelatih telah menjadi lulusan pertama pada bulan Julai tahun 1941. Apabila tentera Jepun menguasai Sarawak, SMTC terpaksa ditutup. Selepas Jepun menyerah kalah dan British kembali berkuasa di Sarawak, SMTC dibuka semula pada 25 Januari 1946. Terdapat sebanyak 23 orang pelatih lelaki, termasuk tujuh orang dari luar bandar yang terbantut pelajarannya pada 1941 daripada pengambilan kedua pada Julai 1946. Selepas Perang Dunia Kedua tamat, keperluan untuk melatih guruguru,terutamanya bagi sekolah rendah di luar bandar dan pendidikan selepas sekolah dirasakan amat perlu. Laporan Pelajaran 1946 antaranya menyatakan bahawa untuk mengembangkan pendidikan sekolah rendah kepada semua bumiputera adalah perlu. Selain itu, usaha untuk mendirikan sekolah menengah bagi memilih guru-guru pelatih dari luar bandar, dan penubuhan satu pusat latihan guru Bumiputera juga perlu. the extension of primary education to all native races,the erection of government secondary school to cater for the selected rural boys and the establishment of the centre of training native teachers.. (Laporan Tahunan Jabatan Pelajaran, 1946)

Keputusan telah dibuat untuk mengambil alih Kem Tahanan Batu Lintang untuk dijadikan Pusat Latiha Guru bergabung dengan sebuah sekolah. Gerakan Antipenyerahan (penyerahan Sarawak kepada Britsh) pada tahun 1946 telah menyebabkan pegawai kerajaan termasuk 87 orang guru telah meletakkan jawatan. Sebanyak 22 buah sekolah kerajaan ditutup menyebabkan kebanyakan guru pelatih khususnya guru pelatih Melayu tidak dapat meneruskan pelajaran mereka lagi.

8 Akibat kejadian itu, rakyat bertindak untuk menubuhkan sekolah rakyat disekitar bandar Kuching. SMTC terpaksa ditutup apabila kebanyakan guru pelatih Melayu telah berpindah ke Pusat Latihan dan Sekolah Latihan Batu Lintang pada 1 Julai 1948. Disamping itu, keperluan untuk melahirkan guru-guru yang berkelayakan ikhtisas amat diperlukan khususnya bagi sekolah-sekolah rakyat. Perkara ini telah disebut oleh orang Melayu Sarawak dalam akhbar Utusan Sarawak,25 April,1949.

1.1.5

Keperluan Latihan Perguruan di Sabah

Pada masa kerajaan Borneo Utara belum memperkenalkan sekolah, telah ada usaha oleh beberapa individu tertentu untuk menubuhkannya. Pada tahun 1918, usaha untuk menubuhkan sebuah sekolah Enche Yusof di Mesapol telah ada, tetapi sekolah itu telah ditutup pada tahun 1922 kerana kekurangan murid. Kerajaan Chartered Company telah mengambil sikap radikal berhubung dengan pendidikan penduduk tempatan pada tahun 1920-an. Dua buah sekolah kerajaan telah ditubuhkan pada tahun 1921 untuk penduduk tempatan dan diletakkan dibawah kawalan Residen British.Pada tahun 1922, kuasa pengawalan sekolah kerajaan diserahkan kepada Jabatan Pelajaran Borneo Utara.

1.1.6

Penubuhan Maktab Perguruan Di Malaysia

Perubahan dan perkembangan dalam pendidikan guru bergantung pada perubahan dan perkembangan dalam sistem pendidikan. Sistem pendidikan pula berubah dan berkembang mengikut perkembangan sistem sosial, ekonomi, politik, dan budaya dalam masyarakat. Apabila meneliti sejarah perkembangan pendidikan guru, dapatlah disimpulkan bahawa sepanjang tempoh penjajahan British di Tanah Melayu, mereka tidak menunjukkan sikap dan keprihatinan yang jelas untuk memajukan pendidikan guru secara sistematik dan seragam. Namun, selepas merdeka, faktor demografi, dasar pendidikan demokrasi, dan kesamarataan dalam pendidikan menjadi faktor

9 utama yang mendorong kepada kepesatan penubuhan maktab-maktab perguruan.Oleh itu,wajarlah bilangan maktab perguruan ditambah dari tahun ke tahun.

1.2 Siapakah Guru

Guru Oh Guru (1979,Nukilan Allahyarham SN Dato' Dr. Usman Awang ) Berburu ke padang datar Dapat rusa belang kaki Berguru kepalang ajar Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum menjadi dewasa

Dialah ibu, dialah bapa jua sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa Jka hari ini seorang raja menaiki takhta Jika hari ini presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa

10 Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut, sabarnya mengajar tulis baca Di mana-mana sekolah mewah di ibu kota Di bangunan tua di Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada Negara

Jadilah apapun pada akhir kehidupanmu guruku Budi yang diapungkan di dulang ilmu Panggilan keramat cikgu Kekal terpahat Menjadi kenangan Ke akhir hayat.

1.2.2

Asal-usul perkataan Guru

Secara etimologi (asal-usul kata), guru berasal dari bahasa India yang maknanya orang yang mengajarkan tentang kelepasan dan kesengsaraan. (Shamsudin, Republika, 1997)

1.2.3

Definisi Guru

Menurut Kamus Dewan (1970), guru bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, guru atau pendidik bermaksud orang yang memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala keguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar,

11 pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru. Menurut Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (1998), guru ialah cikgu, pensyarah, profesor, pengajar, pendidik, pembimbing, penceramah, pengasuh, pemandu, instruktur, jurulatih, pemimpin, ustaz, ustazah, ulama, kiai, mualim. Dalam istilah lain, guru ialah segolongan orang yang menjalankan tugas ikhtisas sebagai pendidik dan pemimpin. Mereka boleh mencorakkan masa depan masyarakat dan dapat menentukan untung nasib sesebuah bangsa. (Ahmad Mohd.Salleh.2003).Guru adalah salah satu faktor yang sangat penting dalam pendidikan dan pengajaran, kerana gurulah yang akan bertanggungjawab dalam membentuk peribadi seorang murid (H Syamsul Bahri Tanrere, 1993) Menurut Mok Soon Sang, (1990) pula, guru adalah ahli masyarakat yang mempunyai hubungan sosial yang saling berkait dengan masyarakat dan peranan ekonomi yang berstatus. Guru juga merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah. Definisi guru cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemehiran dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivati dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.

1.2.4

Pengertian Guru

Guru adalah profesi, guru profesional adalah guru yang memiliki dedikasi tinggi dalam pendidikan, tanpa dedikasi tinggi maka proses belajar mengajar akan kacau balau. Dalam proses belajar menagajar, yang telah berlangsung di dalam kelas, dapat ditemukan beberapa komponen yang bersama-sama mewujudkan proses belajar mengajar yang dapat juga dinyatakan sebagai struktur dasar dalam proses belajar mengajar. Dalam hal ini guru sebagai pendidik dan murid sebagai peserta didik dapat saja dipisahkan kedudukannya, akan tetapi mereka tidak dapat dipisahkan dalam mengembangkan murid dalam mencapai cita-citanya. Seperti tertuang pada hadis

12 Nabi Khairunnaas anfauhum linnaas ertinya sebaik baik manusia adalah yang paling besar memberikan manfaat bagi orangl ain. Menurut Zakiah Darajat (1992), tidak sembarangan orang dapat melakukan tugas guru, tetapi orang-orang tertentu yang memenuhi persyaratan berikut ini yang dipandang mampu : bertakwa, berilmu, sehat jasmani, dan berkelakuan baik.

1.2.5 Makna Guru Dalam Bahasa Arab, Pada Pandanngan Agama Hindu, Buddha Dan Sikh

Dalam bahasa arab guru diistilahkan sebagai "mualim" yang bermakna orang yang mengajarkan ilmu. Mengajar merupakan tuntutan islam bahkan tinggi kedudukannya dalam hadis Nabi S.A.W ada menyebut

"Jadilah orang yang berilmu,atau yang belajar, atau yang mendengar,atau yang mencintai, dan janganlah jadi yang kelima maka kamu akan binasa"

Dalam agama Hindu, guru merupakan simbol bagi suatu tempat suci yang berisi ilmu (vidya) dan juga pembagi ilmu. Seorang guru adalah pemandu spiritual/kejiwaan murid-muridnya. Dalam agama Buddha, guru adalah orang yang memandu muridnya dalam jalan menuju kebenaran. Murid seorang guru memandang gurunya sebagai jelmaan Buddha atau Bodhisattva.Manakala dalam agama Sikh, guru mempunyai makna yang mirip dengan agama Hindu dan Buddha, namun posisinya lebih penting lagi, karena salah satu inti ajaran agama Sikh adalah kepercayaan terhadap ajaran Sepuluh Guru Sikh. Hanya ada sepuluh Guru dalam agama Sikh, dan Guru pertama, Guru Nanak Dev, adalah pendiri agama ini.

1.2.6

Guru teragung

Guru atau Pendidik teragung ialah Rasulullah s.a.w. Baginda mendidik umatnya melalui Al-Quran dan As-Sunnah. Allah s.w.t berfirman:

13 Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat engkau dan mengajarkan kepada mereka Al-Kitab (Al-Quran) dan Al Hikmah (As-Sunnah) serta mensucikan mereka. Sesunguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah AlBaqarah : 129)

1.2.7

Bidang perguruan pada pandagan Islam

Allah s.w.t berfirman: Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik. (Surah an-Nahl: 125). Rasulullah s.a.w bersabda: Bahwasanya jika kamu mengajar seseorang, lalu dia mendapat kebajikan yang lebih berharga daripada dunia dan segala isinya. Kedua-dua nas di atas, menunjukkan dengan jelas akan keutamaankeutamaan mengajar khususnya dalam profesion perguruan. Seorang guru mestilah menyedari hakikat bahawa pengajaran itu merupakan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan. Kerja mendidik adalah sebahagian amal soleh manakala enggan menyampaikannya dosa yakni siksaan api neraka. Dari sudut sejarah menunjukkan hubungan di antara istana dengan tuan guru di mana ulama dan guru adalah rapat dan dimuliakan berbanding dengan jawatan-jawatan lain. Manakala Dari sudut budaya, konsep berguru amat diutamakan. Belajar bukan setakat untuk mendapatkan ilmu, apa yang lebih penting ialah berguru untuk membina akhlak dan adab berilmu

1.3

Peranan Guru

1.3.1

Definisi Peranan Guru

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat, perkataan peranan membawa maksud tanggungjawab. Ini bermaksud Peranan guru dalam usaha

14 menyokong pembentukan tiga teras utama yang ditekankan dalam usaha pembinaan negara bangsa, iaitu memperkukuhkan perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan serta membangun sumber manusia bersesuaian dengan keperluan menghadapi globalisasi adalah sangat penting. Oleh demikian penting bagi setiap guru memahami peranan dan tanggunjawab masing-masing. Ini adalah kerana peranan dan tanggungjawab guru sememangnya memberi impak yang besar dan mendalam dalam diri setiap individu itu. Dalam konteks pendidikan, seseorang guru tidak boleh lari daripada memahami konsep dan teras utama yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), Rukun Negara, Wawasan 2020, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan Misi Nasionalnya. Semua ini menekankan faktor kepercayaan kepada Tuhan atau dengan kata lain pendekatan dari segi agama haruslah menjadi perkara yang first and foremost dalam diri seorang individu yang bergelar guru. Ibu bapa mengharapkan sekolah dan guru dapat meningkatkan kepercayaan kepada Tuhan dalam diri pelajar. Perkara ini menjadi lebih dan kritikal dalam kehidupan pada era globalisasi. Maksudnya, kehidupan yang terlalu bersifat materialistik, teknologi,kemewahan dan hiburan boleh menjejaskan keinginan manusia kepada Tuhan. Guru juga perlu menjalankan peranannya sebagai individu yang paling dekat dengan pelajar semasa pelajar berada di sekolah. Oleh itu guru mestilah melaksanakan peranannya sebagai pengganti ibu bapa. Ini amat penting kerana hubungan yang rapat akan menerbitkan rasa hormat pelajar kepada guru atau orang lain di sekolah. Pelajar akan rasai dihargai dan diberi perhatian. Oleh itu tidak akan ada mana-mana pelajar beranggapan kehadiran mereka di sekolah seolah-olah tidak disedari oleh orang lain. Ini akan dapat mengelakkan mereka daripada melakukan vandalisme dengan alasan ingin menarik perhatian rakan atau guru. Oleh itu, usaha melahirkan warga pendidik yang berkualiti, komited dan berdedikasi perlu diteruskan manakala hal ehwal kebajikan mereka perlu dipelihara sejajar dengan keyakinan dan kepercayaan kerajaan bahawa pendidikan adalah wadah pembinaan modal insan yang berkesan. Modal lain seperti wang, teknologi dan bangunan tidak mungkin sempurna jika tidak ditunjangi dengan modal insan. Oleh itu, konsep pendemokrasian yang memberi peluang adil dan sama rata kepada semua rakyat mendapatkan pendidikan berkualiti wajar diteliti dan diberi perhatian.

15 1.3.2 Definisi Akauntabiliti

Mengikut kamus Pelajar Dewan Bahasa dan Pustaka edisi kedua ,perkataan akauntabiliti dapat dihuraikan sebagai bertanggungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu dalam (keputusan, tindakan dan sebagainya) serta bersedia memberi penjelasan atau kewajaran yang diperlukan. Ini bermaksud di dalam konteks perguruan, akauntabiliti boleh dirumuskan sebagai bertanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan (Mok Soon Sang, edisi ke-8). Akauntabiliti guru boleh dihuraikan dalam beberapa bidang tugas termasuk diri yang dikenal pasti seperti berikut.

(a)

Bidang pekerjaan

Sebagai seorang pendidik, guru bertanggungjawab terhadap pekerjaannya, iaitu akauntabiliti terhadap kurikulum yang dia ditugaskan untuk melaksanakannya. Oleh itu, guru harus memahami kurikulum sekolah secara mendalam supaya dapat melaksankannya dengan sempurna tanpa sebarang kesilapan.

(b)

Sekolah

Sekolah merupakan tempat bagi seorang guru bertugas. Ini bermaksud, guru juga bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah, guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain tugas mengajar di dalam kelas, guru juga dikehendaki menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru disiplin, kaunselor dan jawatanjawatan lain yang dilantik oleh pihak pentadbiran sekolah.

(c)

Tingkah laku diri

Guru merupakan contoh atau role model kepada murid-muridnya. Oleh iu, guru haruslah mempunyai sifat-sifat yang terpuji yang boelh menjadi teladan kepada murid-murid untuk dicontohi. Dalam hal ini, guru haruslah sentiasa

16 berpakaian kemas, berkelakuan baik, bersopan santun, berbudi bahasa, sentiasa menepati masa,rajin dan mempunyai sikap positif terhadap tugastugas yang diamanahkan.

(d)

Murid

Tugas bagi seorang guru bukan sahaja terhad kepada penyampaian ilmu tetapi ia juga meliputi pembentukan sahsiah murid-murid. Ini meliputi pelbagai aspek perkembangan potensi dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya murid-murid menjadi insan yang berilmu pengetahuan, bermoral tinggi, harmonis dan seimbang. Oleh itu, guru mempunyai akauntabiliti terhadap taraf pencapaian,kemajuan serta kelakuan murid-murid yang diajarnya.

(e)

Profesion

Sebagai seorang professional, guru pula mempunyai akauntabiliti terhadap profesionnya. Oleh itu, guru bertanggungjawab meningkatkan imej profesion keguruan dengan member perkhidmatan yang bermutu tinggi seperti mengajar murid dengan cekap dan dedikasi supaya setiap murid yang diajarnya akan berjaya mencapai keputusan akademik yang diharapkan. Ini merupakan salah satu usaha untuk menepati akauntabilitinya terhadap profesionalisme keguruan.

1.3.3

Peranan Guru Dari Sudut Islam

Peranan guru dari sudut islam dalam mendidik amatlah besar dan luas, antaranya ialah: (i) Menyampai aqidah dan keimanan yang tulen untuk menghidupkan hati dan menghubungkan manusia dengan Allah meyakinkan pertemuan dengan Allah, mengharapkan rahmatNya dan takutkan siksaanNya.

17

(ii)

Menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran meliputi fardhu ain dan fardhu kifayah yang menjadi asas ubudiyah (pengabdian diri kepada Allah), hubungan harmoni sesama manusia dan alam.

(iii)

Membentuk akhlak atau peribadi mulia supaya menjadi contoh tauladan kepada orang lain. Sehubungan dengan itu, marilah kita sama-sama menghayati nasihat Luqman Al-Hakim sebagaimana yang digambarkan oleh Al-Quran: Maksudnya:Wahai anakku! Dirikanlah Solat (sembahyang), dan suruhlah berbuat baik serta cegahlah kemungkaran dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpa kamu, sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. (Surah Luqman : Ayat 17)

Untuk mengelakkan gejala sosial daripada merebak dan terus melanda masyarakat kita, maka adalah menjadi tugas dan tanggungjawab ibubapa, guru dan mereka yang bertanggungjawab di kampung atau Bandar khususnya pemerintah sama-sama mengembeleng tenaga dengan memberi perhatian utama terhadap pendidikan anak-anak dan para remaja. Menurut Imam Al-Ghazzali dalam kitabnya Ihya Ulum Ad-Diin menjelaskan supaya kita mengambi berat terhadap pendidikan anak-anak dengan mengajar AlQuran, Hadis-hadis Nabi Sollallahu Alaihi wasallam, sejarah para Sahabat RA dan para Sahabat RA dan para Solehin, hokum-hukum agama dan termasuk juga pendidikan jasmani.

1.3.4

Peranan Guru

1.3.4.1 Guru sebagai pengamal ilmu

18

Dalam sejarah perkembangan pendidikan,sering wujud pelbagai konsep menganai ilmu. Menurut Imam Ghazzali, (1058-1111) ilmu tidak dapat dipisahkan daripada hakikat kebenaran. Mengikut beliau ilmu adalah sama dengan kefahaman agama dan kemahiran-kemahiran untuk kehidupan. Menurut (Sharifah Alwiah Alsagof, Falsafah Pendidikan), ilmu merangkumi beberapa asspek seperti berikut. (i) Ilmu sebagai kepercayaan, pedapat dan kebenaran umum, misalnya agama, adat, nilai dan sikap asas terhadap hidup.

(ii)

Ilmu sebagai kecekapan diri, misalnya kemahiran-kenahiran dalam bidang jasmani, sosial dan intelek.

(iii)

Ilmu yang dilahirkan daripada kontemplasi, penikmatan dan kajian kendiri, seperti ilmu-ilmu yang bercorak kreativiti dan penuntutan intelek, iaitu mencari ilmu untuk kebaikan fikiran, dan sebagai seni halus, iaitu seni lukis, seni ukir, seni bina, muzik, tarian dan lakonan.

Di dalam konteks masa kini, ilmu merupakan kefahaman yang sebenar dan diperolehi daripada hasil pendapat manusia, melalui pengalaman atau kajian secara sistematik mengikut kaedah sains. Menurut Imam Ghazzalin(1058-1111) ilmu dapat diklasifikasikan kepada imu fardu ain( iaitu ilmu agama) dan ilmu fardu kifayah( iaitu ilmu perubatan dan ilmu pertanian). Di dalam konteks psikologi pendidikan, R.M Gagne (1916) membahagikan ilmu kepada tiga kategori yang utama iaitu: (i) Ilmu bahasa yang berkaitan dengan ilmu alam sekitar. Kebanyakkan ilmu jenis itu boleh didapati dengan menggunakan soalan Apa itu? (ii) Ilmu proses, iaitu ilmu yang berkaitan dengan menggunakan pengiraan atau amalan(praktik). R.M.Gange menyatakan ilmu jenis ini sebagai kemahiran kental seperti kemahiran-kemahiran membeza, mentafsir dan merumus. Kebanyakkan ilmu jenis ini boleh didapati dengan menggunakan soalan Bagaimana?

19 (iii) Ilmu strategik, iaitu ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kaedah-kaedah belajar, mengingat dan penyelesaian masalah termasuk penggunaan strategi yang berkesan.

Sekolah sebagai satu institusi pendidikan adalah ditubuhkan bertujuan mendidik murid-murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran berlandaskan pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah. Di dalam murid-murid diajar untuk menguasai kemhiran membaca dan mengira supaya memperolehi ilmu bahasa, matematik, sains, geografi, sejarah serta mata pelajaran yang lain. Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan, salah satu cirri utama yang tersirat dalamnya ialah melahirkan pelajar-perlajar yang berilmu pengetahuan, dan satu tumpuan utama dalam KBSR dan KBSM ialah pemupukan budaya ilmu di dalam jiwa murid-murid semasa mereka berada di sekolah. Matlamat pendidikan ini ialah melahirkan generasi yang sentiasa cintakan ilmu dengan meletakkannya sebagai nilai yang tertinggi dalam kehidupan mereka. Jesterunya, sekolah adalah diberi tugas untuk memupuk nilai budaya ilmu di kalangan murid supaya mereka dapat memiliki, memperkembang, memanfaat dan menghayati ilmu untuk kepentingan kehidupan diri sendiri serta dapat memberi sumbangan untuk kemajuan masyarakat dan negara. Sehubungan ini, sekolah merupakan sebuah institusi keilmuan atau pusat perkembangan ilmu yang utama dengan menyebarkan ilmu melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai mata pelajaran. Memperoleh ilmu menjadi tidak berguna jika tidak mengamalkannya untuk manfaat diri, masyarakat dan negara. Ini bermakna seseorang yang berilmu pengetahuan bukan sahaja memiliki ilmu tetapi akan kesedaran tanggungjawabnya kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Dengan perkataan lain, dengan ilmu, manusia dapat memahami diri serta melaksanakan tugasnya dengan sempurna untuk kemakmuran, kebahagian dan kesejahteraan diri, bangsa dan negara. Mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat pendidikan ialah melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, beraklak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. KBSR dan KBSM adalah dirancang berlandaskan konsep Falsafah

20 Pendidikan Kebangsaan supaya kanak-kanak dididik kebaikan diri serta sanggup memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

1.3.4.2 Peranan guru sebagai Agen Sosialisasi

Fungsi utama sekolah ialah memberi pendidikan dan latihan. Oleh itu peranan sekolah ialah memberi peluang kepada manusia, khasnya kepada generasi muda, untuk menguasai berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk menyesuaikan diri dalam perkembangan masyarakat dan kehidupan harian. Sekolah sebagai satu institusi masyarakat juga mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku murid-murid mengikut nilai, norma dan kehendak masyarakat. Jesteru itu, persekolahan yang berorganisasi itu memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan kebudayaan yang dianggap baik dalam masyarakat sosial. Misalnya perkara-perkara yang berkaitan dengan moral. Tidak ketinggalan juga, sekolah wajarnya mengajar kebudayaan kebangsaan seperti mengetahui tentang bendera negara, lagu kebangsaan dan bahasa kebangsaan. Sehubungan ini, peranan seorang guru bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi juga menanam sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna dan mematuhi peraturan masyarakat. Oleh itu, guru sekolah juga memainkan peranan sebagai agen sosialisme dengan membawa perkembangan kualiti sosial murid mengikut arus perkembangan masa kini. Peranan guru sebagai agen sosialisasi adalah disenaraikan berikut:

(i) (ii) (iii) (iv) (v)

Sebagai penyebar ilmu kemasyarakatan Sebagai pembentuk sahsiah sesuai dengan norma dan nilai masyarakat Sebagai pembentuk masyarakat penyayang Sebagai role model kepada murid dan masyarakat Sebagai penghubung di antara guru, ibu bapa, pengawai kerajaan dengan masyarakat

(vi)

Sebagai penyumbang kepada masyarakat

1.3.4.3 Peranan guru sebagai Agen Perubahan

21

Dalam masa moden ini, kebudayaan masyarakat sentiasa mangalami perubahan. Jesteru itu, pendidikan di sekolah tidak memadai lagi dengan penyampaian pengetahuan dan car hidup tradisi sahaja. Pada masa kini, sekolah tidak hanya semata-mata memberi pendidikan dalam aspek dalam mengekalkan kebudayaan tradisi yang bersesuaian dengan kemajuan dan pembangunan masyarakat tetapi juga menyediakan ahli-ahli masyarakat untuk menghadapi dan menerima proses pembaharuan. Di Malaysia, sekolah telah mengalami beberapa peringkat evolusi kerana reformasi-reformasi atas system pendidikan yang dilancarkan selepas merdeka. Contohnya: (i) (ii) Pelaksanaan Sistem Pendidikan Aneka Jurusan pada tahun 1965 Pelaksanaan Program Sains Paduan dan Matematik Moden sebagai sukatan pelajaran baru untuk sekolah menengah pada tahun 1971 (iii) (iv) (v) Pelaksanaan Program KBSR di sekolah rendah pada tahun 1983 Pelaksanaan Program KBSM di sekolah menengah pada tahun 1989 Mata pelajaran Sains dan Kajian Tempatan mengganti Alam dan Manusia sebagai mata pelajaran baru di sekolah rendah mualai tahun persekolahan 1994/1995 (vi) (vii) Penubuhan sekolah bestari menjelang tahun 2000 Reformasi dan pelaksanaan korikulum baru bagi sekoalh rendah dan sekolah menengah mulai dari tahun 2003, termasuk menukarkan penghantar kepada bahasa Inggeris bagi mata palajaran Matematik dan Sains.

Perubahan dan pendidikan di Malaysia bermakna menukar dari kebiasaan dan rutin ke satu bidang yang baru seperti: (i) Daripada stail pengurusan dan kepimpinan yang autokratik kepada demokratik (ii) (iii) Daripada perkhidmatan rutin kepada perkhidmatan penyayang Daripada rasionaliti teknikal yang mengandaikan bahawa semuanya adalah sama dan homogeny, rutin dan statik kepada rasionaliti reflektif yang bersifat beza dan heterogenus, tersendiri dan dinamik

22 (iv) Daripada strategi berpusatan guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran kepada stretegi berpusatan murid (v) Daripada program pendidikan berpusat ilmu pengetahuan kepada program pendidikan sepadu, yang meliputi rohani, intelek dan jasmani

Guru yang bersifat dinamik adalah guru yang sentiasa reponsif dan berupaya menyesuaikan diri untuk menghadapi perubahan-perubahan dari semasa ke semasa. Hanya guru yang bersifat dinamik dapat menangani cabaran-cabaran baru yang sering timbul. Hanya guru yang dinamik, beriltizam, responsif dan bersedia menerima perubahan akan berkebolehan memainkan peranannya sebagai agen perubahan dengan berkesan, demi memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat dan negara.

1.3.5

Perkembangan Guru

Seseorang guru itu perlu mempunyai falsafah dalam menjalankan tugas dan juga dalam. Menjalani kehidupannya, barulah dapat bertugas dengan ikhlas, iltizam dan gembira. Oleh itu tidak hairan jika kita dapati walaupun seseorang itu cuma bertugas di sekolah rendah dan pendapatan yang diperoleh tidak lumayan jika dibandingkan dengan profesion yang lain, tetapi tetap komited dan berdedikasi ketika menjalankan tugas. Tugas seorang guru bukan setakat mengajar tetapi ia tetap meliputi pelbagai bidang.

1.3.5.1 Guru sebagai pengamal kemahiran professional.

Ciri-ciri sesuatu profesion yang telah dihuraikan adalah, seseorang professional yang mempunyai kemahiran professional yang mempunyai sijil bertauliah daripada latihan ikhtisas yang beriktiraf. Seorang guru terlatih hendaklah mempunyai pengetahuan yang luas, kemahiran dan kaedah penyampaian yang cekap serta mempunyai sahsiah yang elok dan bersikap dedikasi dalam pekerjaan mangajar itu. Guru yang memperolehi kemahiran professional adalah guru yang bertauliah dan cekap menjalankan tugas-tugas seperti pengajaran, bimbingan dan aktiviti

23 kokurikulum berlandaskan amalan teori-teori pendidikan. Walau bagaimana, sama ada seseorang guru itu menerima latihan perguruan atau tidak, dia mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya. Guru juga mesti juga mengetahui kaedah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang hendak disampaikan olehnya. Selain itu juga, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasukalah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat penyayang. Kebanyakkan kualiti kecekapan dan sahsiah serta kecerdasan emosi guru adalah hasil daripada latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psikologi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran. Masyarakat juga mengharapkan sesuatu daripada guru, ini bermaksud peranan guru bukan sahaja di dalam bilik darjah. Misalnya, guru diharapkan menjadi pengganti ibu bapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada murid-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik dalam masyarakat. Guru sentiasa berusaha menanam sikap, nilai dan ilmu pengetahuan kepada generasi baru mengikut matlamat pendidikan negara serta nilai dan kehendak masyarakat. Di bawah konteks profesionalisme keguruan, pengetahuan yang diperolehi, kemahiran dan kefahaman tugas dan tanggungjawab serta sikap seseorang guru merupakan faktor-faktor penetu yang penting. Dengan faktor-faktor perkhidmatan ini, seseorang guru boleh memenuhi nilai profesionalisme dalam erti kata yang sebenar.

1.3.5.2 Guru sebagai pembentuk nilai

Dibawah konteks pendidikan, konsep nilai adalah berkait dengan moral, prinsip atau kelakuan orang, khasnya pelajar-pelajar di sekolah. NIlai ini merupakan criteria bagi guru mengukur moral, prinsip atau kelakuan pelajar sama ada baik, wajar, diingini atau sebaliknya buruk, tidak wajar dan dibenci. Nilai moral yang baik, wajar dan diingini boleh dibentuk dengan berbagai cara iaitu melalui contoh teladan, norma,

24 adat resam dan percaya masyarakat, peraturan dan undang-undang, hukuman dan ganjaran, dan pendidikan. Di dalam sekolah, pelajar-pelajar dididik supaya membentuk akhlak yang mulia dan menjadi insan yang mempunyai nilai-nilai murni yang diingini. Terdapat empat kategori nilai-nilai diri biasanya digunakan sebagai kriteria asas untuk mengukur kebolehan, potensi, bakat,sikap, tingkahlaku seseorang individu. Jenis nilai-nilai tersebut:

(a)

Nilai-nilai moral seperti: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Baik hati Berhemah tinggi Kebebasan Kejujuran Rasional Kerajinan

(b)

Nilai-nilai agama seperti: (i) (ii) (iii) (iv) Kepercayaan kepada Tuhan Kepercayaan kepada tradisi Keprcayaan kepada ajaran-ajaran agama Kepercayaan kepada dunia keabadian dan akhirat

(c)

Nilai-nilai terminal seperti: (i) (ii) (iii) (iv) (v) Kehidupan yang sempurna Perasaan yang memuaskan Keselamatan dan harmoni Penerimaan dan penghargaan diri Kehidupan yang berkualiti

(d)

Nilai-nilai instrumental seperti: (i) (ii) (iii) (iv) Kepunyaan cita yang tinggi Keupayaan kebolehan untuk mengatasi masalah Keupayaan memaafkan kesilapan orang Keupayaan bakat kreatif

25

Salah satu tugas dan tanggungjawab guru ialah memainkan peranan sebagai ibu bapa kepada murid-muridnya, membentuk sahsiah dan kelakuan mereka sejajar dengan nilai dan norma masyarakat. Sebagai contoh model hidup, tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada murid-muridnya. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah, secara tidak langsung, akan diterapkan dalam jiwa murid. Sehubungan ini, guru haruslah berusaha meningkatkan nilai moral dan kerohanian diri sebagai perkembangan diri secara berterusan. 1.3.5.3 Guru Sebagai Pengurus

Seterusnya, menurut Mok Soon Sang, Edisi ke-8 di dalam bilik darjah, selain mengajar guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan menyusunkan meja, kerusi, mengurus murid-murid supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan, dan mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan secara teratur mengikut rancangan. Kecekapan sikap seorang guru sebagai pengurus akan dapat mewujudkan suasana yang sosioemosi yang mana penuh dengan keselesaan, disiplin kelas yang baik dan keadaan bilik darjah yang konduksif dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Tugas seorang guru sebagai pengurus bilik darjah adalah berasaskan elemen-elemen pengurusan yang mana meliputi elemen merancang, mengelola, mengarah dan juga mengawal. Organisasi bilik darjah KBSR dan KBSM mengandungi suatu cirri keistimewaan iaitu di samping ruang aktiviti pembelajaran secara kelas, ruang-ruang aktiviti pembelajaran yang lain, khasnya ruang digunakan untuk aktiviti kumpulan pula disediakan. Sehubungan ini, banyak aktiviti kumpulan adalah dijalankan dalam ruang-ruang pembelajaran seperti sudut Matematik, ruang Pendidikan Seni, ruang Bacaan dan sebagainya. Aktiviti-aktivtiti biasanya dijalankan dalam sudut atau ruang pembelajaran ialah aktiviti pengayaan dan pemulihan, aktiviti sokongan, aktiviti bacaan tambahan, perbincangan dan bercerita.

26 Di samping itu, ruang-ruang pembelajaran juga digunakan untuk mempamerkan bahan-bahan pelajaran dan hasil kerja atau murid-murid dalam kelas. Dalam kerja pengurusan sudut dan ruang pembelajaran, guru harus memastikan bahawa sudut dan ruang itu adalah dikelolakan dalam keadaan yang kemas dan teratur serta dilengkapkan dengan bahan-bahan pelajaran yang sesuai digunakan oleh murid-murid yang menjalankan aktiviti pembelajaran. Untuk mencapai tujuan ini, guru boleh melantik seorang ketua daripada kumpulan murid untuk membantunya supaya menjaga dan membimbing rakan-rakan sedarjah menggunakan ruang dan sudut pembelajaran dengan cara yang betul. 1.3.5.4 Guru sebagai Penyebar Ilmu

Selain itu juga, peranan guru ini juga adalah seorang penyebar ilmu (Sulaiman. E, 2004). Menurut Mok Soon Sang (2003), ilmu merupakan kefahaman yang sebenar dan diperolehi daripada hasil pendapatan manusia, melalui pengalaman atau kajian secara sistematik mengikut kaedah sains. Seorang guru perlulah menguasai bidang ilmu yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar. Selaras dengan itu guru tersebut perlu banyak melakukan aktiviti seperti membaca, mempraktikkan ilmunya, berbincang atau berkongsi idea bersama-sama rakan sejawat dan mengajar ilmu yang didapatinya kepada murid-muridnya. Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan, salah satu ciri utama yang tersirat dalamnya ialah melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu pengetahuan, dan salah satu tumpuan utama dalam KBSR dan KBSM ialah pemupukan budaya ilmu di dalam jiwa murid-murid semasa mereka berada di sekolah. Matlamat pendidikan ini ialah melahirkan generasi yang sentiasa cintakan ilmu dengan meletakkannya sebagai nilai yang tertinggi dalam kehidupan mereka. Jesterunya, sekolah adalah diberi tugas untuk memupuk nilai budaya ilmu di kalangan murid supaya mereka dapat memiliki, memperkembang, memanfaat dan menghayati ilmu untuk kepentingan kehidupan diri sendiri serta dapat memberi sumbangan untuk kemajuan masyarakat dan Negara. Sehubungan ini, sekolah merupakan sebuah institusi keilmuan atau pusat perkembangan ilmu yang utama dengan menyebarkan ilmu melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai mata pelajaran.

27 1.3.5.5 Guru sebagai Pendidik dan Pakar Rujuk

Peranan guru yang seterusnya ialah sebagai seorang pendidik dan Pakar Rujuk (Mok, Soon Sang, 2003). Dalam merealisasikan matlamat pendidikan Negara, seorang guru bertanggungjawab untuk mendidik murid-murid iaitu dengan memberi ilmu, memberi pendedahan dan pengalaman serta mendidik murid-muridnya berakhlak mulia. Guru berperanan dalam mengajar, menyampai maklumat, berbincang, mengendalikan bengkel dan sebagainya. Hal ini kerana guru merupakan insan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid dengan segala ilmu pengetahuan supaya mereka dapat mengembangkan segala aspek yang ada dalam diri mereka iaitu dari segi jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial. Guru juga perlu mendedahkan murid-muridnya dengan pengalaman yang tertentu, antaranya pengalaman mengembara, ikhtiat hidup di hutan, dan menyertai pertandingan. Seterusnya, guru juga berperanan dalam mendidik murid-muridnya berakhlak mulia supaya mereka menjadi insane yang mulia. Dalam hal ini, pendidikan moral dan agama adalah penting. Guru hendaklah mendidik pelajarnya cara berhubung, berkomunikasi, adab makan, adab berpakaian, adab bergaul dan sebagainya supaya mereka menjadi insan yang berilmu dan bersahsiah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Adakalanya tugas seorang guru bukan sahaja mendidik anak muridnya tetapi juga guru ini dijadikan tempat rujukan kepada rakan sejawatnya. Ada di kalangan guru ini yang menjadi pakar rujuk dari pihak luar yang mana pandangan dan idea guru tersebut diperlukan bagi mempertingkatkan lagi mutu pendidikan. Guru juga menjadi kakitangan sumber dan pakar rujuk dalam kursus perkembangan staf bagi staf akademik Kementerian Pendidikan. Guru yang mana menghadiri kursus pula akan menyebarkan ilmunya disekolah dengan mengadakan kursus dalaman untuk rakan-rakan sejawat yang lain. Guru juga menyebarkan ilmu yang diperolehi untuk dimanfaatkan oleh pelajarnya. Pada masa yang sama guru juga menyemarakkan budaya ilmu di kalangan ahli masyarakat sekolah. Antara cara melaksanakannya adalah dengan menganjurkan minggu Bahasa, kem motivasi, pertandingan bahas dan lain-lain. Menurut J.M Cooper guru yang berkesan ialah guru yang memperoleh ilmu pengetahuan khusus dan kemahiran mengajar seperti:

28 (i) Menguasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran san psikologi manusia. (ii) Menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan pembelajaran serta mewujudkan interaksi yang positif dalam pelbagai hala. (iii) Memperoleh ilmu pengetahuan yang lengkap dalam mata pelajaran yang diajar (iv) Menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang memudahkan murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran mereka.

Perubahan system pendidkan dalam dekad 80-an dengan perkenalan program KBSR dan KBSM, memrlukan guru pula mereformasikan diri kea rah pandangan, sikap dan daya usaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar yang canggih, demi mempertingkatkan keupayaan dan prestasinya dalam bidang kerja yang kian mencabar. Perubahan peranan guru hari ini adalah diiringi dengan perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Ini bermakna system latihan perguruan dahulu telah dianggap kurang sesuai dan berguna lagi untuk mencapai matlamat pendidikan yang kompleks. Untuk menghadapi cabaran dan tuntutan daripada perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah supaya memainkan peranannya yang lebih berkesan, guru hari ini hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar dari semasa ke semasa.

1.3.5.6 Guru sebagai Penyelidik

Seterusnya peranan seorang guru ini adalah sebagai penyelidik (Mok Soon Sang, 2003). Di dalam konteks perkembangan profesionalisme keguruan, salah satu usaha utama ialah meningkatkan teknik pengajaran dalam bilik darjah. Dalam hal ini, guru harus sentiasa berusaha membawa perubahan dan penyesuaian teknik pengajaran dan pembelajaran demi meningkatkan prestasi dan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi dalam bidang profesion mereka. Usaha ini boleh dilaksanakan dengan menguasai beberapa kaedah asas seperti menjalankan kajian atas keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka

29 di dalam bilik darjah, menggunakan teknik reflesi dan menguasai kemahirankemahiran penilaian kendiri untuk mempertingkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Di dalam bilik darjah, guru sedikit sebanyak akan berhadapan dengan palbagai masalah ketika melakukan proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh masalah-masalah yang dihadapi ialah: (i) (ii) (iii) (iv) (v) Penggunaan bahan-bahan pelajaran Penggunaan strategi dan kaedah mengajar Pengurusan aktiviti kumpulan Pengurusan aktiviti pemulihan dan pengayaan Penyediaan lembaran kerja dan penilaian Masalah-masalah seperti ini walaupun dianggap remeh atau kecil, ia masih lagi mampu menjejaskan prestasi seorang guru dalam penyampaian pelajrannya. Untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi, guru bolehlah bekerjasama dengan rakan-rakan sejawat untuk menjalankan kajian dengan menggunakan kaedah penyelidikan tindakan.

1.3.5.7 Guru sebagai Kaunselor

Peranan guru yang seterusnya ialah sebagai kaunselor murid (Sharil @ Charil Marzuki & Habib, 1999). Kaunselor berperanan dalam membantu dan memberi nasihat kepada murid sekiranya mereka menghadapi masalah. Selain daripada ibu bapa,guru merupakan insan yang terbaik dalam membantu murid menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. Hal ini kerana sesetengah murid-murid gagal berkomunikasi dengan ibu bapa apabila mereka menghadapi masalah. Oleh yang demikian, guru memainkan peranan yang penting dalam menenangkan fikiran dan emosi mereka supaya mereka tidak melakukan perkaraperkara yang negatif. Guru juga harus meluangkan masa yang lebih dan memberi perhatian tambahan kepada murid-murid yang menghadapi masalah. Khususnya, mereka yang menghadapi masalah keluarga, kewangan, disiplin dan juga masalah kesihatan. Hal ini supaya murid-murid berasa selesa dan tidak menghadapi masalah untuk manjalani proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan mendapat percapaian yang terbaik.

30 Untuk memainkan peranan sebagai mentor kepada murid-muridnya dengan berkesan, guru hendaklah: (i) Mengutamakan kebajikan, kemajuan dan keselamatan murid-murid daripada hal-hal lain. (ii) Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. (iii) Membimbing dan mengajar murid-murid dalam bilik darjah tanpa meminta hadiah atau bayaran (iv) Memberi contoh teladan yang baik seperti berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas.

Di samping itu, guru juga berperanan sebagai penasihat kepada ibu bapa. Guru haruslah menjalinkan hubungan yang baik dengan ibu bapa supaya perkembangan murid di sekolah dan di rumah dapat diikuti. Sehubungan itu, guru haruslah mengetahui latar belakang keluarga muridnya. Guru juga bertanggungjawab dalam menyimpan semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka dan tidak membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. Hal ini kerana guru merupakan insan yang paling dipercayai oleh ibu bapa dalam menjaga dan mendidik anak mereka di rumah dengan cara yang terbaik dan berkesan. Sekiranya ibu bapa mempunyai masalah berkaitan dengan anak mereka, guru merupakan insan yang terbaik untuk mereka meluahkan perasaan dan masalah serta meminta nasihat dan dorongan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh yang demikian, peranan guru ketika ini amatlah penting dalam memberi nasihat, dorongan dan bimbingan kepada ibu bapa supaya mereka dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan anak mereka dan membantu anak mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta pengembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial anak mereka.

1.3.5.8 Guru sebagai Jurulatih

31 Berikutnya, bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,yang mana berbunyi, Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Berdasarkan falsafah ini guru juga berperanan sebagai jurulatih yang mencungkil bakat dan potensi murid. Setiap murid di sekolah mempunyai keistimewaan tersendiri. Guru merupakan insan yang terbaik dalam mengenalpasti dan mengembangkan bakat dan potensi murid-muridnya. Hal ini kerana, sesetengah murid yang mempunyai bakat tidak dapat atau tidak mempunyai keberanian untuk menonjolkan bakatnya kerana tidak mempunyai peluang dan tidak mengetahui cara yang betul untuk mengembangkan bakat mereka. Sekirannya guru disekolah peka terhadap bakat dan potensi yang ada dikalangan murid-muridnya, bakat mereka boleh diketengahkan dan dilatih ke tahap yang terbaik supaya dapat memberi sumbangan kepada pihak sekolah dan ke peringkat lebih tinggi. Sebagai contoh, sekiranya seseorang murid itu mempunyai potensi dalam acara sukan, guru boleh melatih, membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada beliau supaya bakat beliau dapat diasah dan menjadi atlet yang terbaik. Secara tidak langsung, faktor jasmani murid tersebut dapat dikembangkan dan mencapai salah satu matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

1.3.5.9 Guru sebagai Patriot

Pembentukan sikap kenegaraan amat penting untuk pembangunan negara. Pembentukan sikap kenegaraan bermaksud menyemaika perasaan cinta terhadap negara. Seseorang yang sikap kenegaraan akan sentiasa mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, misalnya sikap taat setia kepada raja dan negara, rela memberi

32 sumbangan dan rela berkorban untuk negaranya.Jesteru itu,sikap kenegaraan boleh dikatakan mempunyai ciri-ciri berikut:

(i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi)

Taat setia kepada raja dan negara Rela memberi sumbangan untuk kemajuan dan kemakmuran negara Meluhurkan Perlembangaan dan mendaulatkan undang-undang negara Berdisiplin dan bersopan santun Mempunyai semangat kekitaan Sentiasa sanggup bekerjasama dengan orang lain Pembangunan sesebuah negara bergantung kepada sikap rakyat negara

tersebut. Jesteru itu, palajar kita harus diasuh kearah menbentuk sikap ini supaya mereka:

(i)

Menyedari pentingnya sikap kenegaraan terhadap diri dan masyarkat untuk kemajuan, kemakmuran dan pembangunan negara.

(ii) (iii) (iv)

Memupuk perasaan cinta dan bangga terhadap negara Mempertahankan kemerdekaan dan kadaulatan negara Manjadi warganegara yang berdisiplin dengan mematuhi peraturan dan undang-undang

(v)

Berusaha bersungguh-sungguh untuk melengkapkan diri supaya bersedia memberi sumbangan kepada negara

(vi)

Menyedari kepentingan sikap toleransi sebagai asas kehidupan dalam masyarakat berbilang kaum

(vii)

Menghargai segala warisan sejarah dan hasil pembangunan Negara

Pembentukan sikap kenegaraan memangnya telah diambil kira dalam rancangan kurikulum sekolah. Jadi tugas membentuk sikap kenegaraan terletak di bahu guru kerana guru adalah orang yang diamanahkan untuk melaksanakan rancangan kurikulum sekolah. Dalam hal ini, guru haruslah memahamni kepentingan dan tujuan pembentukan sikap kenegaraan dikalangan pelajar kita. Diperingkat sekolah peneguhan pembentukan sikap kenegaraan boleh dilaksanakan melalui tiga cara iaitu aktiviti pengajaran dan pembelajaran, aktiviti kurikulum dan aktiviti budaya sekolah.

33 Tugas guru ialah menonjolkan sikap kenegaraan itu semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Peneguhan pembentukan sikap kenegaraan boleh dilaksankan secara langsung apabila guru mengajar matapelajaran seperti pendidikan moral, sejarah, bahasa melayu dan sebagainya, atau secara tidak langsung apabila murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan dimana murid-murid akan dilatih mengamalkan sikap-sikap seperti kerjasama, tolong menolong, hormat menghormati, tanggungjawab dan toleransi. Sikap-sikap seperti ini adalah penting dalam usaha meneguhkan pembentukan sikap kenegaraan. Dalam usaha menbina suatu system pendidikan yang berdasarkan perpaduan, kelima-lima prinsip rukun negara ini memangnya diambil kira untuk diterapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Semua rancangan kurikulum sekolah seperti KBSR atau KBSM, tidak terlepas daripada unsur-unsur prinsip rukun negara. Penerapan prinsip-prinsip rukun negara dalam rancangan kurikilum adalah atas kesedaran bahawa sekolah merupakan agen yang menjalankan tugas penyebaran ilmu pengetahuan dan pembentukan akhlak yang murni bagi kanak-kanak kita. Melalui system pendidikan, kanak-kanak akan dilatih atau diasuh mengikut nilainilai dan norma-norma masyarakat yang kita cita-citakan. Jesteru itu, adalah penting bagi kanak-kanak menyerapkan nilai-nilai murni ini dalam proses pendidikan dan mengamalkan dalam kehidupan mereka, demi mewujudkan perpaduan diantara kaum. Sehubungan dengan ini, guru sebagai patriot harus menbawa pembaharuan dan perubahan dalam kaedah penyampaian semasa mengajar matapelajaran tersebut, terutama matapelajaran Pendidikan Moral yang biasanya tidak diutamakan kerana tidak berorentasikan peperiksaan. Adalah ditegaskan, disamping mata pelajaran tersebut, mata pelajaran yang lain juga hendaklah diserapkan dengan nilai-nilai murni berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ringkas kata, semasa mengajar, guru haruslah menonjolkan nilai-nila, khasnya cinta dan taat setia kepada Negara. Kemajuan dan kemakmuran negara amat bergantung kepada perpaduan rakyat berbilang kaum. Dalam hal ini, adalah amat penting bagi guru sebagai patriot menyemaikan semangat cinta dan taat setia kepada negara dikalangan kanak-kanak. Sifat cinta dan taat setia ini juga merangkumi sikap hormat dan toleransi diantara satu sama lain. Pembentukan sikap ini dapat membantu kita mencapai cita-cita

34 perpaduan kaum dan menghapuskan polarisasi kaum, demi membentuk rakyat yang mencintai negara kita.

1.4

Sahsiah Guru

1.4.1

Konsep Sahsiah

Menurut kamus Dewan, sahsiah bermakna keperibadian atau peribadi yang utama ialah menuntut ilmu dan melengkapkan proses pembinaan peribadi atau sebagai insan yang terpuji. Sahsiah diri seseorang ditentukan mengikut ketekalan gerak balas seseorang di dalam pelbagai situasi. Semakin tekal sesuatu tingkah laku dan semakin kerap berlakunya tingkah laku yang tertentu di dalam pelbagai keadaan yang berlainan semakin nyata sahsiah seseorang (Atan Long, 1982. Model Konseptual Guru dibina berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang menekankan kepentingan tiga aspek asas iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang disepadukan merentasi semua disiplin mata pelajaran serta program yang dirancangkan seperti rajah 1.4.1 dibawah:

35

Rajah 1.4.1: Model Konseptual Pendidikan Guru

Selaras dengan FPK dan FPG, model ini menggambarkan suatu usaha membina kekuatan dan ketahanan diri guru berasaskan kepatuhan kepada Tuhan dan kesejahteraan bermasyarakat. Hasrat ini dapat dicapai menerusi pelaksanaan kurikulum pendidikan guru yang menyepadukan aspek-aspek pengetahuan, kemahiran ikhtisas dan amalan nilai-nilai keguruan.

1.4.2

Sahsiah dan Kualiti Keguruan

Profesion perguruan juga memerlukan seseorang yang mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dicontohi oleh murid. Menurut Aliah (2010), sahsiah dan ciri-ciri kualiti peribadi yang terpuji pada guru juga mempunyai pengaruh yang besar kepada pencapaian dan pembangunan diri murid dan kemajuan pendidikan di negara kita. Berikut adalah ciri-ciri guru berkualiti yang perlu kita miliki untuk memartabatkan profesion keguruan :

1.4.2.1 Berkualiti dari segi intelek:

Keperluan intelek yang perlu dimiliki terbahagi kepada beberapa aspek: (i) Berilmu pengetahuan Cabaran pada hari ini memerlukan kita sebagai guru untuk memiliki pelbagai ilmu pengetahuan dan kepakaran.

(ii)

Mahir IT

36 Kemahiran dalam teknologi maklumat ini perlu dikuasai sebagai pemangkin kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti. Menguasai Bahasa Inggeris dengan baik kerana perkembangan sistem pendidikan negara masa kini memerlukan para guru untuk menguasai bahasa bahasa inggeris dengan baik.

1.4.2.2 Berkualiti dari segi Kerohanian

Guru yang berkualiti kerohaniannya terdiri daripada mereka yang memiliki sifat-sifat berikut: Memiliki sahsiah atau tingkah laku yang baik dan terpuji. Di antara ciri-ciri seorang guru bersahsiah yang baik ialah menjalankan tugas tepat pada masanya, ikhlas dalam menjalankan tugas, menghormati rakan guru serta pelajar, rajin dan lain-lain. Nilaitara sahsiah atau tingkahlaku yang baik ini adalah terkandung di dalam Etika dan Tatasusila Profesion Keguruan . Memiliki pegangan agama yang kukuh. Dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Negara , agama diletakkan di tempat yang tertinggi. Pegangan agama yang kuat akan menyebabkan seseorang guru itu menjadi bertanggungjawab terhadap tugasnya, berilmu, berprinsip serta amanah.

1.4.2.3 Berkualiti dari segi jasmani

(a)

Di antara ciri-ciri seorang guru yang berkualiti jasmaninya ialah: i) Mempunyai penampilan dan imej diri yang baik, iaitu cara berpakaian, tingkah laku dan tutur kata. ii) Memiliki kesihatan tubuh badan yang baik agar dapat menjalankan tugas dengan berkesan.

(b)

Memiliki kemahiran bercorak fizikal iaitu : i) Kemahiran berkomunikasi iaitu semasa berhubung dengan pelajar, ibubapa masyarakat dan pihak pengurusan sekolah. ii) Kemahiran fizikal seperti mahir dalam sesuatu aktiviti sukan dan mana-mana unit beruniform bertujuan untuk melatih pelajar

37 melibatkan diri dalam kokurikulum yang penting untuk pembentukan jati diri pelajar.

(c)

Berkualiti dari segi Emosi i) Sentiasa menghayati nilai-nilai murni, norma dan Etika Perkhidmatan. Terdapat 12 nilai murni teras Etika Kerja Perkhidmatan Awam Malaysia yang juga dikenali sebagai tonggak 12 yang perlu diamalkan. ii) Mempunyai pemikiran yang positif dalam menjalankan tugasnya iaitu menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad dan kerja mengajar sebagai suatu ibadah tanpa sebarang alasan. iii) Mempunyai semangat patriotik dan cintakan negara.

1.5

Etika Profesion Perguruan

1.5.1

Definisi Etika

Perkataan etika berasal daripada perkataan Greek ethosethos dimana ia membawa maksud perangai atau keperibadian. Dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, (1995) etika ialah satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau ketatasesusilaan. Menurut Goree & Keith (1966) akhlak merujuk kepada sebahagian dari tingkah laku manusia yang boleh dinilaikan sama ada ia baik atau buruk. Ia juga merupakan suatu penyelidikan falsafah tentang kewajipan manusia serta tentang yang baik dan yang buruk. Ringkasnya, etika adalah falsafah tentang amalan dan kebiasaan hidup manusia.

1.5.2

Definisi Profesionalisme

38 Profesionalisme yang mengandungi kata akar profession dimana ia bermaksud pekerjaan yang memerlukan pengetahuan dan kepakaran tertentu (Kamus Dewan, 1995). Profesional pula bermaksud seseorang yang pakar dalam bidang tertentu, sentiasa mengembangkan pengetahuan dan kemahirannya, serta memberi perkhidmatan yang berkualiti (Kamus Dewan,1995). Jadi profesionalisme ialah satu sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara perlaksanaan sesuatu) sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh seorang profesional Mengikut Lieberman (Mok Soon Sang, 2005), seorang tokoh di Amerika Syarikat, sesuatu pekerjaan yang boleh digolongkan sebagai satu profesion haruslah mengandungi ciri-ciri berikut:

(i)

Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting dengan matlamat yang jelas untuk masyarakat dan Negara.

(ii)

Pekerja yang menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa member perkhidmatan.

(iii)

Orang professional yang pernah mendapat latihan khusus dalam sesuatu bidang kemahiran ikhtisas mengikut satu tempoh masa tertentu

(iv)

Ahli sesuatu profesion adalah pakar dalam bidang pekerjaan tertentu dan mempunyai kuasa autonomi semasa menjalankan tugasnya.

(v)

Orang professional adalah pekerja yang mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap pekerjaannya dan tidak mementingkan pendapatan atau ganjaran kewangan semasa member perkhidmatan.

(vi)

Pekerja terdiri daripada ahli-ahli satu organisasi yang berkuasa menentukan nilaitara-nilaitara untuk kemasukan, mengawal mutu perkhidmatan dan penyingkiran ahlinya.

(vii)

Setiap ahli profesion mematuhi sesuatu kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion itu.

(viii)

Setiap ahli profesion akan bertanggungjawab terhadap semua tindakan dan keputusan yang dibuat olehnya

39 Dengan adanya ciri-ciri profesion tersebut, konsep profesion itu boleh disimpulkan sesuatu pekerjaan yang khusus dan dilaksanakan oleh orang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.

1.5.3

Konsep Profesion Perguruan dan Keguruan

Perguruan mengikut Kamus Dewan (1995), didalam erti kata pendidikan guru bermaksud pengajaran, sebgai contoh perguruan kepda guru-pelatih, pelajar dan sebagainya. Manakala perkataan keguruan boleh ditafsirkan sebagai perkara atau hal yang berkaitan dengan guru iaitu yang berkait rapat dengan peranan tugascdan kelayakan sebagai guru. Dengan adanya konsep profesion, perguruan dan keguruan yang diterangkan diatas maka profesion perguruan dapatlah diberi maksud sebagai pekerjaan pengajaan yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas, sebagai contoh latihan yang dijalankan dalam maktab-maktab perguruan. Manakala profesion keguruan merupakan adalah pekerjaan yang berkaitan dengan peranan tugas tanggungjawab sifat dan kualiti guru.

1.5.4

Kod Etika Keguruan

Tidak kira profesion mana sekalipun sama ada dalam profesion kejuruteraan, sains, perubatan dan peguam mereka mempunyai kod etika mereka yang tersendiri ini termasuklah dalam profesion perguruan dan setiap guru hendaklah mematuhi kod etika untuk menjaga imej, status, akhlak, dan maruah dalam profesionnya. Kementerian Pelajaran telah menyarankan Tatasusila Profesion Keguruan, ia merupakan landasan dan garis panduan pada setiap guru di Malaysia.

1.5.4.1 Tatasusila Profesion Keguruan Malaysia

40 Tatasusila Profesion Keguruan Malaysia merupakan satu ikrar bagi guru selain menjadi garis panduan bakal guru dan guru yang sedia ada untuk menjaga tatatertib dan adab. Ini kerana guru akan menjadi contoh dan teladan kepada masyarakat. Berikut merupakan ikrar yang telah digariskan Kementerian Pelajaran Malaysia. Kami guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju kearah pembeentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab, dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju kearah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Neagara Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda mencapai kemjuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima Tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya.

(a)

Tanggungjawab terhadap pelajar (i) Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami dari hal-hal lain. (ii) Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktorfaktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. (iii) Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. (iv) Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. (v) Menunjuk suatu cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. (vi) Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas melalui pengajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setingi-tingginya.

41

(b)

Tanggungjawab terhadap ibu bapa (i) Menghormati tanggunggjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. (ii) Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama antara yang erat diantara institusi pendidikan dengan rumah tangga. (iii) Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. (iv) Memberikan maklumat kepada ibi bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada secara teliti dan bijaksana. (v) Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. (vi) Mengelakkan diri daripda mengeluarkan kata-kata atau melakukan seuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

(c)

Tanggungjawab terhadap masyarakat dan Negara (i) Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat dan negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. (ii) Memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang telah membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghoramti orangorang yang lebih tuadan menghoramti perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. (iii) Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebrang kegiatan masyarakat. (iv) Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan

42 kecendekiawanan masyarakat. Berpegang pada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.

(d)

Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan (i) Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan tau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseoranggur di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. (ii) Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecepakan kami sebagai guru. (iii) Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan dan ikhtisas dan sosial. (iv) Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kmai terutamanya mereka yang baru menceburkan diri dalam profesion perguruan. (v) Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. (vi) Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

1.5.5

Kepentingan Etika Guru

Seperti bidang profesion yang lain Etika Peruguruan mempunyai kepentingannya sendiri demi menjaga maruah dan imej sebagai guru selain memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana:

(i)

Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan.

(ii)

Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan.

43 (iii) Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Ia bermaksud uru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.

(iv)

Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Ini dimaksudkan dengan kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.

(v)

Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Dengan adanya kod etika ini ia akan membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.

(vi) Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi (INTAN, 1991).

1.5.6

Elemen-Elemen Yang Menjejaskan Profesionalisme Perguruan

Elemen elemen berikut telah menjejaskan profesionalisme perguruan (Mohd Salleh, 2000; Sufean Hussin, 1996):

(i)

Pelbagai skim dan kemahiran di kalangan guru. Terdapat banyak peringkat kelayakan untuk profesion guru; sijil perguruan, siswazah, bukan siswazah dan guru sandaran tidak terlatih.

(ii)

Ramai guru masih belum menganggotai Kesatuan Guru. Ini memberi gambaran keseluruhan bahawa profesionalisme perguruan masih kurang mantap.

44 (iii) Perkhidmatan pendidikan sukar diukur kerana hasil proses pengajaran adalah lambat berbanding profesion lain. Dalam konteks pendidikan Malaysia, selepas peperiksaan PMR ataupun SPM, barulah dapat dilihat hasilnya.

(iv)

Peranan guru dalam kejayaan pelajar kurang jelas kerana wujudnya faktorfaktor lain yang turut memainkan peranan seperti kecerdasan pelajar, penglibatan ibu bapa, kelas tambahan atau tuisyen.

(v)

Tugas guru banyak dan pelbagai, ini memaksa para guru menumpukan perhatian, masa dan tenaga kepada pelbagai jenis komitmen yang boleh menjejaskan pengajaran serta peningkatan profesionalisme.

(vi)

Autonomi guru dalam menjalankan tugas agak terbatas. Guru boleh memilih isi pelajaran yang diajar cuma berlandaskan kurikulum dan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

(vii)

Ramai guru tidak berpeluang mengikuti program dan kursus perkembangan staf. Program ini boleh meningkatkan profesionalisme guru. Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi juga terhad.

(viii)

Profesion perguruan dianggap suatu tugas yang murni oleh masyarakat. Apabila berlaku peristiwa atau kejadian yang tidak diingini, perkara ini boleh menjejaskan peribadi guru dan juga imej profesionalisme perguruan.

1.5.7

Memupuk Profesionalisme Perguruan

Pelbagai cara dan aktiviti boleh dilakukan untuk memupuk profesionalisme perguruan dikalangan guru-guru di Malaysia. Dengan cara ini sifat profesionalisme dapat diperbaiki dari semasa ke semasa. Antara perkara yang boleh dilakukan ialah:

(i)

Upacara kemasukan guru pelatih boleh dilakukan dengan kod pemakaian, hari sambutan terhadap guru pelatih boleh meningkatkan kesedaran mereka terhadap profesion.

45

(ii)

Penyelidikan dalam pendidikan.

(iii)

Pertubuhan guru dimana ia akan mengeratkan kemesraa diantara ahli, dengan mengadakan banyak aktiviti seperti forum, seminar, konvensyen dan penyelidikan.

(iv)

Bimbingan pengurusan atasan yang melibatkan pendidik guru atau pengetua adalah wajar merupakan model. Mereka harus menampilkan perkara yang baik dan berkualiti agar dapat dicontohi oleh guru permulaan dan guru pelatih.

(v)

Teladan yang baik ini termasuklah kualiti kerja, penyelesaian masalah yang sistematik, komitmen, dedikasi dan ikhlas.

(vi)

Seminar dan kursus dalam pendidikan dengan ini guru dapat memperbanyakkan ilmu yang berhubung rapat dengan pendidikan seperti sosiologi, kepimpinan dan isu semasa.

1.6

Peranan Guru dalam Masyarakat

Sebagaimana yang telah kita semua maklum, fungsi utama bagi sesebuah sekolah itu ialah memberi pendidikan dan latihan. Pendidikan dianggap sebagai proses membentuk seorang manusia yang mampu berfikir secara kritis dan mempunyai daya kretiviti. Latihan pula bertujuan memberi kemahiran teknikal dan kegiatan prikomotor. Oleh itu, peranan sekolah ialah memberi peluang ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai, demi meneruskan perkembangan masyarakat. Sekolah sebagai suatu institusi masyarakat juga mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku murid-murid mengikut arah aliran dan kehendak masyrakat yang sering berkembang. Jesteru itu, persekolahan yang berorganisasi ini memainkan peranan sebagai penggerak corak kehidupan dan budaya ilmu yang sering berkembang pula. Misalnya, pengenalan sekolah bestari memerlukan guru memainkan peranannya sebagai penggerak dengan daya usaha

46 menginovasikan teknik penggunaan computer sebagai alat media perhubungan, sesuai dengan keperluan sekolah dan masyarakat yang kian berkembang. Guru memikul tanggungjawab terhadap masyarakat sebagai agen sosialisasi dan penyebar budaya ilmu yang membawa perkembangan dan kemajuan sekolah dan masyarakat. Perhubungan diantara sekolah dengan masyarakat seperti isi dengan kuku. Ini bermaksud perhubungan seperti ini saling lengkap melengkapi. Pendidikan adalah salah satu proses atau aktiviti yang bertujuan membawa perubahan kepada seorang individu mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat. Pada masa kini, masyarakat perindustrian yang maju dalam teknologi sedang mengalami perubahan sosial yang sangat pesat. Oleh itu, guru memainkan peranan sebagai agen modenisasikan masyarakat dalam semua bidang perkembangan dan kemajuan. Ini bermakna, guru sebagai penggerak masyarakat perlu mementingkan nilai kemasyarakatan dan proses pembaruan. Sejarah perkembangan negara-negara tamadun di sepanjang zaman adalah berkaitan rapat dengan perkembangan ilmu dan menggunakannya untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara. M.Wasiullah Khan, Canselor East-West Universiti, USA, dalam Education and Society in the Muslim World (1981),menulis Sejarah telah membuktikan kebangunan dan keruntuhan sesebuah negara tamadun adalah berkaitan rapat dengan perolehan, perkembangan dan menggunakan ilmu secara penuhnya untuk kemajuan rakyat dan negara. Yang mengungguli ilmunya memegang pucuk pimpinan bangsa dan negaranya. Bangsa-bangsa yang diluhur dan disanjung tinggi adalah rakyat mereka yang mengungguli dan memiliki semangat untuk memperoleh, memperkembang dan menggunakan ilmu untuk membawa diri dan negara ke mercu kejayaan dan kegemilangan. Sekolah melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu pengetahuan dan mampu memberi sumbangan yang amat bernilai untuk perkembangan dan kemajuan masyarakat dan negara. Peranan guru sebagai penggerak masyarakat dan inovator adalah penting untuk membawa sekolah dan masyarakat bersama-sama menuju ke arah kejayaan dan kegemilangan.

1.7

Standard Guru Malaysia (SGM)

47 Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti.

1.7.1

Rasional

Standard Guru Malaysia ini digubal berdasarkan rasional yang berikut: (i) Guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai guru profesional dengan berkesan, (ii) Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan yang jelas dan lengkap seperti dasar, kurikulum, infrastruktur, tenaga pengajar, sumber pengajaran dan pembelajaran, serta jaminan kualiti untuk membolehkan proses latihan dijalankan dengan lancar, berkesan dan bermutu tinggi, (iii) KPM sedang berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan guru yang dapat dijadikan showcase. Justeru itu, adalah wajar standard bagi institusi latihan perguruan diwujudkan.

(iv)

Standard Guru Malaysia menggariskan kriteria dan standard am guru selaras dengan Malaysian Qualifications Framework (MQF) yang menggariskan kriteria dan standard am pendidikan tinggi.

1.7.2

Tujuan

Standard Guru Malaysia digubal bagi tujuan yang berikut:

48 (i) Mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

(ii)

Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai.

Standard Guru Malaysia akan dapat mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang patut ditambahbaik sejajar dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia pendidikan.

1.7.3

Rasional

Standard Guru Malaysia adalah dokumen rujukan yang patut diguna pakai oleh pihak yang berikut:

1.7.3.1 Guru

(i) (ii)

Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard. Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri.

1.7.3.2 Pendidik Guru di Institusi Latihan Perguruan

(i)

Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard.

(ii)

Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri.

(iii)

Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih (guru praperkhidmatan) atau peserta kursus (guru dalam perkhidmatan).

49

(iv)

Mengenal pasti strategi bagi membantu guru pelatih atau peserta kursus meningkatkan tahap pencapaian standard.

1.7.3.3 Pengurus dan Pentadbir Institusi Latihan Perguruan

(i)

Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus.

(ii)

Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh institusi.

(iii)

Mengenal pasti strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard dan keperluan.

1.7.3.4 Guru Besar dan Pengetua Sekolah

(i)

Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru.

(ii)

Menyediakan dan melaksanakan strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard oleh guru.

1.7.3.5 Agensi Latihan Perguruan

(i)

Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus di institusi latihan perguruan.

(ii)

Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan oleh agensi dan institusi latihan perguruan.

(iii)

Mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang boleh ditambahbaik.

50

1.7.4

Kerangka SGM

1.7.4.1 Pengertian Standard Guru Malaysia

Standard Guru Malaysia ialah pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru (Standard) dan pernyataan aspek yang patut disediakan serta dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan (Keperluan).

(a)

Asas Penentuan Standard Dan Keperluan Perincian Standard dan Keperluan adalah berasaskan kepada aspek yang berikut:

(b)

Misi Nasional Bagi mencapai prestasi yang tinggi dan impak maksimum daripada pembangunan nasional, Misi Nasional telah menggariskan lima teras utama seperti yang berikut: (i) (ii) Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi, Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama, (iii) Menangani masalah ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang berterusan secara membina dan produktif, (iv) (v) Meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

51 kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
(c)

Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin."
(d)

Tatasusila Profesion Keguruan

Bagi menjaga nama baik profesion keguruan serta meningkatkan lagi mutu profesion, semua guru di Malaysia tertakluk kepada Tatasusila Profesion Keguruan yang disediakan dalam bentuk ikrar seperti berikut: "Kami, guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha kami ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya akan demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukunegara. Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran masa hadapan. Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuhnya maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya"; (i) (ii) (iii) (iv) tanggungjawab terhadap pelajar, tanggungjawab terhadap ibu bapa tanggungjawab terhadap Negara tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan.

(e)

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia

52 Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan enam prinsip iaitu niat yang betul, perlakuan yang baik, penggerak ke arah kebaikan, memperkotakan apa yang dikatakan, berdisiplin dan beradab serta menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi. Standard Guru Malaysia juga digubal berdasarkan rujukan dan penandaarasan standard pendidikan di Malaysia dan standard pendidikan guru di beberapa negara maju. Standard Guru Malaysia mempunyai dua komponen utama yang saling berkait iaitu Standard (S) dan Keperluan (K) seperti dalam Rajah 1.7.4.1.

Rajah 1.7.4.1: Komponen Standard Guru Malaysia

Standard merangkumi tiga aspek berikut: (i) Standard 1 Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan Standard ini memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan berdasarkan domain diri, profesion dan sosial, yang patut ada pada seseorang guru.

(ii)

Standard 2 Pengetahuan dan Kefahaman Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada seseorang guru.

(iii)

Standard 3

53 Kemahiran Pembelajaran dan Pembelajaran Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang patut dikuasai oleh seseorang guru.

1.7.5

Keperluan

Bagi menyokong dan membantu guru mencapai tahap kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang diharapkan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan dan melaksanakan keperluan yang berikut: (i) Keperluan 1: Kelayakan dan Prosedur Pengambilan Calon Program Latihan PerguruanKeperluan ini memperincikan syarat dan kriteria serta prosedur pengambilan calon program latihan perguruan.

(ii)

Keperluan 2: Latihan, Pentaksiran dan Penilaian Keperluan ini memperincikan program latihan, sistem pemantauan, dan pentaksiran dan penilaian.

(iii)

Keperluan 3: Kolaborasi Keperluan ini memperincikan permuafakatan antara agensi dan institusi latihan perguruan dengan pihak sekolah, institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar negara, badan bukan kerajaan serta lain-lain institusi yang boleh memantapkan lagi latihan perguruan.

(iv)

Keperluan 4: Infrastruktur dan Infostruktur Keperluan ini memperincikan prasarana pengajaran dan pembelajaran, informasi dan komunikasi bagi mengoptimum kecekapan dan keberkesanan program latihan.

(v)

Keperluan 5: Jaminan Kualiti Keperluan ini memperincikan semua aspek perancangan dan pelaksanaan dasar, strategi, prosedur serta aktiviti bagi mewujudkan keyakinan bahawa

54 kualiti latihan sentiasa terpelihara dan ditingkatkan secara berterusan.

Perincian standard dan keperluan yang digariskan amat penting bagi menjamin program latihan yang dilaksanakan akan menghasilkan guru yang kompeten, kreatif, inovatif, dan berketerampilan.

1.7.6

Model SGM

Rajah 1.7.6: Model Standard Guru Malaysia

Guru (digambarkan oleh huruf G) yang dihasratkan oleh Malaysia mempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan (Standard 1), pengetahuan dan kefahaman (Standard 2) serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran (Standard 3). Ketiga-tiga standard tersebut digambarkan oleh tiga lingkaran kecil yang bertindan; membawa maksud ketiga-tiga aspek kompetensi yang dikuasai oleh guru adalah saling berkait dan bersepadu. Lingkaran besar putih yang melingkari Standard menggambarkan Keperluan utama yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi

55 menyokong dan membantu guru mencapai Standard. Keperluan yang dimaksudkan ialah kelayakan masuk dan prosedur pengambilan calon program latihan perguruan (Keperluan 1), latihan, pentaksiran dan penilaian program perguruan (Keperluan 2), kolaborasi (Keperluan 3), infrastruktur dan infostruktur (Keperluan 4), dan jaminan kualiti (Keperluan 5). Lingkaran besar yang memagari Keperluan menggambarkan asas penentuan Standard dan Keperluan iaitu Misi Nasional, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Tatasusila Profesion Keguruan, dan Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia Glob di tengah-tengah lingkaran Standard merujuk kepada kualiti guru bertaraf dunia yang dipertanggungjawab membangunkan modal insan berminda kelas pertama, iaitu menguasai ilmu dan kemahiran tinggi, menjunjung nilai budaya bangsa, memiliki semangat patriotisme yang utuh, mempunyai daya saing yang tinggi dan berwibawa.

1.8

Kesimpulan

Standard Guru Malaysia menetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada warganegara Malaysia kini dan akan datang. Buku Standard Guru Malaysia, bersama-sama dengan buku Panduan Standard Guru Malaysia dan Manual Instrumen Standard Guru Malaysia akan dapat memastikan guru yang dihasilkan mempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

1.9

Soalan-soalan

(i)

Soalan 1 Berikan definisi bagi Guru Cemerlang Jawapan 1

56 Definisi guru cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemhiran dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivati dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan

(ii)

Soalan 2 Sebagai orang yang terlibat dengan dunia pendidikan, bagaimanakah anda dapat menjamin diri anda kekal berkualiti sepanjang masa dalam usaha untuk memartabatkan profesion keguruan. Jawapan 2 Martabat Profesion Keguruan boleh didefinisikan sebagai darjat atau pangkat dalam bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan, kecekapan dan kemahiran yang tinggi dalam hal berkaitan tugas dan tanggungjawab guru. Guru berkualiti mempunyai pengaruh yang besar kepada pencapaian dan pembangunan diri murid dan kemajuan pendidikan di negara kita. Berikut adalah ciri-ciri guru berkualiti yang perlu kita miliki untuk memartabatkan profesion keguruan :

a)

Berkualiti dari segi intelek: Keperluan intelek yang perlu dimiliki terbahagi kepada beberapa aspek: (i) Berilmu pengetahuan Cabaran pada hari ini memerlukan kita sebagai guru untuk memiliki pelbagai lmu pengetahuan dan kepakaran. (ii) Mahir IT Kemahiran dalam teknologi maklumat ini perlu dikuasai sebagai pemangkin kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti.

57 (iii) Menguasai Bahasa Inggeris dengan baik kerana perkembangan sistem pendidikan negara masa kini memerlukan para guru untuk menguasai bahasa inggeris dengan baik.

b)

Berkualiti dari segi Kerohanian Guru yang berkualiti kerohaniannya terdiri daripada mereka yang memiliki sifat-sifat berikut: (i) Memiliki sahsiah atau tingkah laku yang baik dan terpuji. Di antaraciri-ciri seorang guru bersahsiah yang baik ialah menjalankan tugas tepat pada masanya, ikhlas dalam menjalankan tugas, menghormati rakan guru serta pelajar, rajin dan lain-lain. Nilaitara sahsiah atau tingkahlaku yang baik ini adalah terkandung di dalam Etika dan Tatasusila Profesion Keguruan . (ii) Memiliki pegangan agama yang kukuh. Dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Negara , agama diletakkan di tempat yang tertinggi. Pegangan agama yang kuat akan menyebabkan seseorang guru itu menjadi bertanggungjawab terhadap tugasnya, berilmu , berprinsip serta amanah.

c)

Berkualiti dari segi jasmani Di antara ciri-ciri seorang guru yang berkualiti jasmaninya ialah: a) Mempunyai penampilan dan imej diri yang baik, iaitu cara berpakaian, tingkah laku dan tutur kata. b) Memiliki kesihatan tubuh badan yang baik agar dapat menjalankan tugas dengan berkesan. c) Memiliki kemahiran bercorak fizikal iaitu : i. Kemahiran berkomunikasi iaitu semasa berhubung dengan pelajar, ibubapa masyarakat dan pihak pengurusan sekolah. ii. Kemahiran fizikal seperti mahir dalam sesuatu aktiviti sukan dan mana-mana unit beruniform bertujuan untuk melatih pelajar melibatkan diri dalam kokurikulum yang penting untuk pembentukan jati diri pelajar.

58 d) Berkualiti dari segi Emosi. Aspek-aspek yang perlu dimiliki oleh seorang guru berkualiti dari segi emosi ialah: (i) Sentiasa menghayati nilai-nilai murni, norma dan Etika Perkhidmatan. Terdapat 12 nilai murni teras Etika Kerja Perkhidmatan Awam Malaysia yang juga dikenali sebagai tonggak 12 yang perlu diamalkan. (ii) Mempunyai pemikiran yang positif dalam menjalankan tugasnya iaitu menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad dan kerja mengajar sebagai suatu ibadah tanpa sebarang alasan. (iii) Mempunyai semangat patriotik dan cintakan negara.

iii)

Soalan 3 Kod etika bagi profesion keguruan di Malaysia ialah Tatasusila Profesion Keguruan Malaysia yang merupakan ikrar untuk para guru-guru di Malaysia. Senaraikan tatasusila tersebut dan berikan 2 huraian pada setiap tatasusila yang telah diberikan.

Jawapan 3 Tanggungjawab terhadap pelajar (i) Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami dari halhal lain. (ii) Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. (iii) Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. (iv) Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. (v) Menunjuk suatu cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. (vi) Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas melalui pengajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan,

59 mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setingi-tingginya.

Tanggungjawab terhadap ibu bapa (i) Menghormati tanggunggjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. (ii) Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama antara yang erat diantara institusi pendidikan dengan rumah tangga. (iii) Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. (iv) Memberikan maklumat kepada ibi bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada secara teliti dan bijaksana. (v) Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. (vi) Mengelakkan diri daripda mengeluarkan kata-kata atau melakukan seuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

Tanggungjawab terhadap masyarakat dan Negara (i) Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat dan negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. (ii) Memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang telah membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghoramti orang-orang yang lebih tuadan menghoramti perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. (iii) Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebrang kegiatan masyarakat.

60 (iv) Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawanan masyarakat. Berpegang pada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.

Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan (i) Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan tau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseoranggur di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. (ii) Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecepakan kami sebagai guru. (iii) Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan dan ikhtisas dan sosial. (iv) Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kmai terutamanya mereka yang baru menceburkan diri dalam profesion perguruan. (v) Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. (vi) Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

iv)

Soalan 4

61 Berdasarkan Rajah yang diberi, huraikan dua komponen utama yang saling berkait iaitu Standard (S) dan Keperluan (K) yang terdapat dalam Komponen Standard Guru Malaysi

Jawapan 4 Standard merangkumi tiga aspek berikut: i) Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan Standard ini memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan berdasarkan domain diri, profesion dan sosial, yang patut ada pada seseorang guru. ii) Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada seseorang guru. iii) Standard 3: Kemahiran Pembelajaran dan Pembelajaran Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang patut dikuasai oleh seseorang guru.

Bagi menyokong dan membantu guru mencapai tahap kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang diharapkan, agensi dan institusi latihan

62 perguruan patut menyediakan dan melaksanakan keperluan yang berikut: i) Keperluan 1: Kelayakan dan Prosedur Pengambilan Calon Program Latihan Perguruan Keperluan ini memperincikan syarat dan kriteria serta prosedur pengambilan calon program latihan perguruan. ii) Keperluan 2: Latihan, Pentaksiran dan Penilaian Keperluan ini memperincikan program latihan, sistem pemantauan, dan pentaksiran dan penilaian. iii) Keperluan 3: Kolaborasi Keperluan ini memperincikan permuafakatan antara agensi dan institusi latihan perguruan dengan pihak sekolah, institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar negara, badan bukan kerajaan serta lain-lain institusi yang boleh memantapkan lagi latihan perguruan. iv) Keperluan 4: Infrastruktur dan Infostruktur Keperluan ini memperincikan prasarana pengajaran dan pembelajaran, informasi dan komunikasi bagi mengoptimum kecekapan dan keberkesanan program latihan. v) Keperluan 5: Jaminan Kualiti Keperluan ini memperincikan semua aspek perancangan dan pelaksanaan dasar, strategi, prosedur serta aktiviti bagi mewujudkan keyakinan bahawa kualiti latihan sentiasa terpelihara dan ditingkatkan secara berterusan.

Perincian standard dan keperluan yang digariskan amat penting bagi menjamin program latihan yang dilaksanakan akan menghasilkan guru yang kompeten, kreatif, inovatif, dan berketerampilan.

v)

Soalan 5 Peranan guru disudut Islam dalam amatlah luas dan besar. Berikan 3 huraian mengenai peranan tersebut.

Jawapan 5 (i) Menyampai aqidah dan keimanan yang tulen untuk menghidupkan hati dan menghubungkan manusia dengan Allah meyakinkan

63 pertemuan dengan Allah, mengharapkan rahmatNya dan takutkan siksaanNya. (ii) Menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran meliputi fardhu ain dan fardhu kifayah yang menjadi asas ubudiyah (pengabdian diri kepada Allah), hubungan harmoni sesama manusia dan alam. (iii) Membentuk akhlak atau peribadi mulia supaya menjadi contoh tauladan kepada orang lain.

RUJUKAN

Abdullah Sani Yahya & Abdul Rashid Mohamed. Ph.d, Abdul Ghani Abdullah (2007), Guru Sebagai Pemimpin,Cetakan Pertama. Malaysia: PTS Professional Publishing SDN BHD.

Alias, (2010). Artikel Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) Dicapai pada Januari 9, 2011, dari Sekolah Menengah Kamil (www.smkamil.com/blog/artikel/Alias.doc)

Esah Sulaiman (2004), Pengenalan Pedagogi. Malaysia: Universit Teknologi Malaysia.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Standard Guru Malaysia. Dicapai pada Januari 24, 2011, dari Kementerian Pelajaran Malaysia (http://www.moe.gov.my/sgm/index.html )

Mohd Salleh Bin Mahat, (2008), Pembentukan Awal Perwatakan dan Sahsiah Guru Pelatih Melalui Aktiviti GERKO-Olahraga. Satu Tinjauan Persepsi Guru Pelatih di Institut Perguruan Batu Lintang,Jurnal Penyelidikan IPBL Jilid 8. Malaysia: Institut Perguruan Batu Lintang.

Mok Soon Sang (2003) An Education Course for K.P.L.I (Professionalism of Teachers) Theme 3. Malaysia: Kumpulan Budiman SDN BHD.

Mok Soon Sang (2003) An Education Course for K.P.L.I Theme 1 (Philosophy of Education and Curriculum Development). Malaysia: Kumpulan Budiman SDN BHD.

2 Mok Soon Sang (2003), Siri Pendidikan Perguruan, Pendidikan di Malaysia untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 5, Edisi ke-8. Malaysia: Kumpulan Budiman SDN BHD.

Prof. Dr Abdullah Zakaria Ghazali & Prof. Dr Nik Anuar Nik Mahmud (2008), Warisan Cendekiawan Sejarah Perguruan Malaysia,Cetakan Pertama Malaysia Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia.

Robiah Sidin (1998), Pemikiran Dalam Pendidikan. Malaysia: Penerbit Fajar Bakti SDN BHD.

Shahril @ Charil Marzuki & Habib Mat Som (1999), Isu Pendidikan di Malaysia, Sorotan dan Cabaran. Malaysia: Utusan Publications & Distributors SDN BHD.

Yahya Buntat & Zainuddin Masrom (2003), Amalan Etika Profesion Perguruan Di Kalangan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu,Kulai Johor. Satu Tinjauan. Jurnal Tekonologi, 38 (E) Jun 2003: 6574, Universiti Teknologi Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai