Anda di halaman 1dari 37

PILIH SATU PRODUK DI DALAM PASARAN, BINCANGKAN MENGENAI FUNGSI DAN KAITKAN DENGAN AMALAN KONSUMER.

MENGAPA PENGGUNA MENGGUNAKANNYA?KEPERLUAN?KEHENDAK? DLL 8-10 m/s PENGENALAN Sejak pada zaman dahulu lagi, pengangkutan amat penting kepada manusia kerana ia memudahkan manusia bergerak. pada ketika dahulu, manusia banyak menggunakan haiwan peliharaan mereka sebagai aset untuk mereka bergerak ke tempat yang jauh. haiwan itu juga digunakan untuk mengangkut barang yang mereka kehendaki. kuantiti baran itu selalunya banyak dan membebankan. Masa silih berganti, teknologi semakin maju, setelah lama manusia hidup, maka terdapat idea untuk mencipta roda. Roda amat berguna untuk memudahkan kerja manusia. Kemudiannya, manusia mengkombinasikan fungsi roda dan haiwan untuk menjadi mesin atau alat untuk mereka bergerak. maka terciptalah kerata lembu, kereta kuda, kereta unta dan macam-macam lagi. Kenderaan seperti ini memangkinkan lagi dalam proses penghasilan kereta yang 100% menggunakan mesin tanpa memakai tenaga haiwan. Maka terhasillah kereta. Kini, pelbagai kenderaan telah di hasilkan. Kenderaan didarat banyak dicipta dan sistem jalan raya sudah diperkemas kinikan. pelbagai kenderaan darat yang dicipta. antaranya seperti motosikal,kereta,bas,lori,LRT dan macam-macam lagi. Kenderaan di air juga tidak kurang hebatnya. Kini banyak kapal-kapal telah dicipta dengan mewah digunakan dengan pelbagai kegunaan. kapal selam juga telah dicipta untuk tujuan tertentu seperti peperangan. Di udara pula, terdapat pelbagai kenderaan langit yang telah tercipta. Ia amat mewah dan

memudahkan proses penghantaran barang yang banyak dan boleh ketempat yang jauh dengan masa yang singkat. Kini kemajuan teknologi semakin meningkat. Pelbagai kenderaan telah dihasilkan. Kemajuan itu harus dibanggakan kerana kenderaan memainkan peranan penting dalam proses ketemadunan manusia. Di dunia ini sekarang terdapat beberapa jenis jenama kereta; yang terkenal ialah Toyota, Honda, Mitsubishi, BMW, Mercedes Benz,PROTON, Hyundai, Volvo, Isuzu, Mazda, Skoda, Nissan, Alfa Romeo dan Citroen.

1.0 Pengenalan Produk Nama Produk ini adalah Mouse Suit. Ia merupakan sarung tetikus. Kami menghasilkan banyak jenis sarung dari segi warna, saiz dan bentuk.
FUNGSI DAN KEGUNAANNYA Fungsi Kenderaan atau kereta adalah sepr Fungsi-fungsi kenderaan :- membawa manusia dari satu tempat, ketempat yang lain. - membawa barang-barang yang banyak ke tempat yang jauh. - Memberi kesenangan kepada manusia untuk bergerak. - Memudahkan lagi interaksi antara satu tempat dengan tempat yang lain. - Memudahkan manusia untuk berdagang

Kereta direka khas untuk bergerak di atas jalan raya dan mengangkut penumpang daripada membawa barangan, walaupun kadangkala kenderaan lasak (SUV - Sport Utility Vehicle) membenarkan penggunaan kereta di luar jalan raya.

Kajian Produk dan Amalan Konsumer Pengguna Keperluan pengguna

Rajah 1.1: Hierarki Keperluan Maslow Hierarki Keperluan Maslow merupakan piramid yang mewakili aras keperluan manusia. Setiap aras mempunyai kepentingan yang berbeza. Bahagian bawah aras piramid merupakan keperluan asas bagi setiap individu. Keperluan fisiologi ini akan cuba dipenuhi untuk memenuhi keperluan di peringkat yang

lebih tinggi iaitu keperluan yang lebih kompleks. Secara amnya manusia akan memenuhi keperluan pada peringkat bawah terlebih dahulu. Apabila keperluan ini telah disempurnakan, keperluan pada peringkat seterusnya akan menjadi kepentingan kepada mereka. Peningkatan ini akan berterusan sehingga pada peringkat tertinggi hierarki. Hierarki keperluan yang tertinggi ialah keperluan kewujudan diri. Semua hierarki keperluan yang telah disempurnakan akan membantu manusia untuk berkelakuan dan hidup sebagai seorang insan yang bahagia dan bersemangat dalam kehidupan mereka.

Faktor-faktor keperluan yang sama juga dipersetujui oleh Hertzberg dan rakan-rakannya dalam mencari kepuasan hidup. Mereka mendefinisikan dua faktor keperluan sebagai kepuasan dan ketidakpuasan atau faktor dorongan dan kesihatan. Faktor pertumbuhan atau dorongan merupakan faktor instrinsik kepada pekerjaan, merangkumi kejayaan, penghargaan terhadap kerjaya, kerja itu sendiri, tanggungjawab dan keupayaan untuk meningkatkan lagi kebolehan. Manakala faktor kesihatan pula merupakan faktor ekstrinsik kepada pekerjaan seperti polisi-polisi syarikat, gaji, status dan keselamatan kerja yang terjamin. Faktor-faktor ini merupakan faktor-faktor yang

menentukan kepuasan (Ahmad Atory Hussain, 1986). Maslow berpendapat sebilangan keperluan dalaman yang menggerak serta mengarahkan perlakuan yang dipamerkan oleh individu. Keperluan yang ditunjukkan oleh Maslow boleh dilihat dalam bentuk hieraki. Menurut beliau keperluan di tahap yang paling bawah/keperluan fisiologi harus dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang individu memikirkan tahap kedua. Dengan kata lain keperluan di peringkat kedua tidak akan wujud jika keperluan diperingkat pertama tidak mencapai tahap kesempurnaan.

Maslow juga menyebut terdapat perbezaan diantara keperluan peringkat bawah dengan keperluan di peringkat tinggi. Antaranya :

1. Keperluan Fisiologi Keperluan manusia yang paling asas adalah untuk hidup. Manusia perlukan udara, air, makanan dan tempat tinggal bagi memenuhkan kehendak pertama dan utama ini. Pada masa ini, keperluan lain tidak sama sekali menjadi tumpuan selagi kehendak asas ini dipenuhi.

2. Keperluan Keselamatan Setelah keperluan ini dicapai, manusia akan mencari keselamatan hidup, kestabilan kerja,

jagaan masyarakat, undang undang serta membebaskan diri daripada ancaman luaran mahupun dalaman. Tahap keselamatan ini amat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan hidup.

3. Keperluan Kasih Sayang dan Kepunyaan Dalam memenuhkan keperluan kasih sayang pula, manusia perlukan hubungan dengan insan lain. Kita semua pada asasnya ialah haiwan yang bersosial, iaitu kita perlukan kasih sayang daripada orang lain. Oleh itu manusia ini sememangnya tidak boleh wujud bersendirian 4. Keperluan Penghargaan Kendiri

Tahap seterusnya adalah kehendak untuk penghargaan kendiri. Kita mahu berkuasa, sekurang kurangnya ke atas diri kita sendiri. Pada masa yang sama, kita juga perlukan kekuatan, kebolehan, kepakaran serta kebebasan. Seterusnya manusia ingin dihormati, disanjungi dan kehendak status dalam hidup. 5. Keperluan Kesempurnaan Kendiri Akhir sekali usaha manusia yang teragung adalah untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Semua tahap kehendak sebelum ini perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang itu inginkan kesempurnaan kendiri.

i. Cars

Sesuai dengan peredaran zaman yang serba canggih, jika dahulu kereta menjadi kehendak manusia namun pada masa sekarang kereta sudah menjadi sebahagian daripada sesetengah masyarakat moden sekarang. Jika dilihat dengan situasi sekarang kita akan dapat melihat setiap isi rumah mampu mempunyai sekurangkurangnya sebuah kereta. Kereta yang saya akan keluarkan akan mengikut kehendak pelanggan dimana saya akan membuat kajian terlebih dahulu. Kajian tersebut samada secara temubual atau soal selidik. Kehendak dan citarasa pelanggan sangat penting bagi mengeluarkan sesuatu

produk baru yang mempunyai harga yang mahal supaya produk yang dikeluarkan nanti akan mendapat sambutan. Target sasaran untuk pelanggan bagi kereta keluaran saya adalah bagi yang berpendapatan sederhana dan tinggi. Selain itu, kereta keluaran saya juga bukan hanya untuk pelanggan yang bekerja kerajaan sahaja, tetapi pekerja swasta juga mampu membeli kereta saya tanpa membebankan mereka dengan jaminan pinjaman kewangan. Umur bagi sasaran pelanggan bagi kereta saya ialah antara 20an hingga 50an kerana kereta rekaan saya lebih kepada elegan dan sedikit sporty. Dari segi gender pula, saya mensasarkan semua lelaki dan wanita kerana

kereta rekaan saya akan dikeluarkan dalam limited edition dan special edition. Ciri-ciri utama kereta rekaan saya adalah dari segi kualiti. Rekaan luar kereta saya mestilah tahan lasak dari tekanan luar yang pantas seperti hentakan. Ciri- ciri keselamatan juga yang paling utama dimana kereta rekaan saya akan mempunyai beg udara bukan hanya di bahagian pemandu sahaja tetapi kesemua bahagian tempat duduk depan dan belakang bagi menjamin keselamatan kesemuanya. Selain itu, tali pinggang keledar juga akan disediakan disemua tempat duduk sesuai dengan saranan kerajaan yang mewajibkan pemakai tali pinggang keledar. Penggera keselamatan juga

disediakan dengan deringan muzik yang merdu. Kereta rekaan saya juga mempunyai CCTV dibahagian belakang kereta bagi keselamatan dan kesenangan untuk pemandu ketika memandu dan mahu mengundurkan kenderaan. Selain kunci kereta yang sedia ada, saya juga akan menyediakan kunci pendua yang berbentuk kad sentuhan dimana kad tersebut mestilah di letakkan dibawah bahagian duduk pemandu. Fungsi utama kad ini ialah untuk mengelakkan kejadian kecurian kereta dimana jika kereta yang dicuri tidak ada kad tersebut kereta itu hanya akan bergerak dalam 200 meter sahaja walaupun menggunakan kunci utama.

Warna sesebuah kereta sangat penting walaupun rekaan dalaman kereta adalah sama. Bagi kereta rekaan saya, saya akan mengikut citarasa pelanggan dimana saya menyediakan 3 jenis warna utama iaitu warna elegan, warna sporty dan warna feminin. Warna elegan terdiri daripada warna hitam metalik, putih, perak metalik, dan coklat metalik. Warna sporty pula ialah seperti biru metalik, merah lada metalik, hijau metalik, kuning metalik dan jingga. Bagi warna feminin pula pink metalik, biru cair metalik dan hijau lembut metalik. Sesuai dengan sasaran saya lelaki dan wanita, keluaran bagi limited edition untuk wanita adalah warna feminin dan keluaran limited edition bagi lelaki

ialah warna sporty. Bagi keluaran special edition, saya mensasarkan warna elegan . Namun begitu, permintaan pelanggan yang berterusan dengan warna-warna yang dikeluarkan akan memberi impak positif ke atas rekaan kereta saya. Rekaan dalaman kereta juga terdiri dari 3 warna iaitu hitam, krim dan perak. Kunsyen yang direka mempunyai rekaan corak yang elegan dan sedikit bercorak. Aksesori kereta menjadi kegilaan bagi semua lapisan masyarakat tidak kira usia. Antara aksesori yang saya akan sediakan bersama kereta rekaan saya ialah seperti pemain TV LCD yang sesuai diletakkan didalam kereta yang berfungsi untuk mendengar muzik dan

menonton filem. Rim tayar juga saya akan reka dalam 3 jenis bentuk supaya pelanggan boleh memilih keunikan bentuk rim yang diingini. Biasanya pelanggan akan lebih menyukai rim tayar yang lebih sporty. Enjin menjadi nyawa bagi sesebuah kereta. Oleh itu, saya mereka enjin yang mempunyai kuasa yang tinggi dan tahan lasak. Enjin kereta rekaan saya juga boleh memuatkan sebanyak 1.6 liter minyak. Kereta rekaan saya akan dikeluarkan dalm dua jenis iaitu dalm bentuk manual dan automatik. Walaupun permintaan kereta dalam bentuk automatik sangat tinggi namun masih ada pelanggan yang menyukai kereta manual.

Sesuai dengan sasaran saya kepada yang berpendapatan sederhana dan tinggi, harga bagi kereta rekaan saya juga akan bermula dengan harga yang sederhana., namun jika pelanggan ingin menambah aksesori yang lebih harga yang ditawarkan juga akan berbeza. Harga juga berbeza dari segi warna dan corak rekaan dalaman kereta. Namun harga yang ditawarkan tidak akan membebankan pelanggan kerana sesuai dengan permintaan dan kemampuan pelanggan sendiri. Setiap pembelian kereta rekaan saya, setiap pelanggan akan ditawarkan cenderahati seperti langganan astro atau TV plasma atau penghawa dingin rumah.

Kesimpulannya, pencapaian terhadap kemajuan teknologi automotif di negara kita memberi kesan positif kepada seluruh rakyat dengan terhasilnya kereta rekaan anak tempatan.

Rujukan : http://beritasemasa.com/reviewkereta-perodua-myvi-limited-edition-ladies

a) Iklan kereta MyVi LE

Teori hiraki maslow merupakan sebuah teori yang menceritakan mengenai peringkat keperluan manusia dalam kehidupan. Maslow telah mengatakan bahawa manusia akan memenuhi keperluan mereka secara berperingkat-peringkat, dan manusia akan memeunuhi satu peringkat keperluan sebelum berganjak pada peringkat yang lain. Peringkat kedua pula melibatkan keselamatan, dimana manusia memerlukan perasaan selamat yang merangkumi keselamatan diri, keluarga, harta benda, kesihatan dan sebagainya. Peringkat ketiga pula melibatkan rasadikasihi dan dimiliki,

manusia memerlukan hidup yang bermasyarakat, berkeluarga, berpasangan, dan diterima serta dihargai oleh orang disekeliling. Harga diri merupakan peringkat keempat dalam teori hiraki maslow, di peringkat ini, manusia memerlukan perasaan dihargai, perasaan yakin pada diri sendiri, perasaan dihormati oleh orang lain, dan dipandang tinggi oleh orang lain atau orang yang berada disekeliling. Pada tahap kelima, dimana hanya sesetenagan orang yang mampu mencapai tahap ini.

Tahap ini menggambarkan mengenai bagaimana manusia hanya focus pada satu

perkara spesifik dlam hidup mereka.. Contohnya, seseorang pelukis mistilah melukis dengan cantik dan mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang lukisan. Penulisan teori hiraki maslow sangat memainkan peranan yang penting dalam pembikinan iklan-iklan yang akan menarik minat pengguna. Jadi, setiap iklan akan memenuhi sebanyak mungkin peringkat dalam teori hiraki bagi menarik minat pengguna untuk mencuba produk mereka dan seterusnya mengekalkan pelanggan tersebut dengan produk mereka. Sesuai dengan zaman teknologi sekarang yang mengiklankan produk mereka di media elektronik terutama internet..saya dapatkan iklan ini juga di internet. Pada iklan

ini melibatkan teori moslow dengan beberapa peringkat iaitu peringkat pertama (keperluan fisiologi), peringkat kedua(keperluan keselamatan dan perlindungan), peringkat keempat (keperluan penghargaan kendiri/ego) dan peringkat kelima (keperluan kewujudan diri). Iklan ini boleh didapati pada laman web http://beritasemasa.com/review-keretaperodua-myvi-limited-edition-ladies yang telah diiklankan pada 8 Julai 2010 oleh Berita Semasa.com

Pada zaman sekarang kereta bukan lagi dianggap kehendak oleh sesetengah pihak,

malah ianya dikategorikan sebagai keperluan pada zaman sekarang. Bagi produa MyVi LE, aspek yang pertama yang ingin ditonjolkan dalam pengiklanannya ialah dari segi rekabentuk luaran yang mengandungi unsurunsur futurelistik serta erodinamik. Setiap manusia yang dewasa tidak kira sama ada berpendapatan rendah, sederhana atau tinggi, mereka memerlukan sebuah kenderaan bagi memudahkan kerja harian mereka mahupun untuk mencari rezeki dengan menjadikan kenderaan seperti kereta sebagai pengangkutan utama. Bukan itu sahaja kereta juga diperlukan untuk bergerak ketika waktu panas atau hujan yang membolehkan kita

menjadi lebih selesa. Maka dengan itu terciptalah sebuah kereta yang dapat memenuhi teori atau model maslow yang paling terbawah iaitu keperluan fizikal ataupun fisiologi.(peringkat pertama)

Produa telah mencipta sebuah kereta yang menjadikan golongan berpendapatan rendah serta sederhana sebagai sasaran utama dalam penjualan produk mereka. Kereta MyVi LE ini merupakan sebuah kereta mampu milik kerana harganya yang sederhana dan memenuhi aspek-aspek yang diperlukan oleh pelanggan itu sendiri. Dalam iklan yang telah dikeluarkan oleh

produa mengenai kereta MyVi LE ini, unsur rekabentuk luaran juga diambil kira. Walaupun mempunyai saiz yang kecil namun aspek penyempurnaan diri juga sedikit sebanyak diterapkan dalam rekabentuk kereta MyVi LE ini. Dengan bentuk yang boleh dikatakan menarik, kereta ini akan dapat menarik pelanggan sama ada golongan muda atau pun gologan tua serta berpendapatan rendah atau sederhana. Ini kerana konsep rekabentuk yang telah diterapkan oleh produa keatas kereta ini telah mengambil kira sedikit aspek penyempurnaan diri dalam teori maslow biarpun aspek ini merupakan berada pada heraki yang paling tinggi kerana dengan

memiliki sebuah kereta yang dikhaskan untuk wanita, pelanggan akan merasa telah sempurna untuk memiliki dan memcapai kereta yang hanya dikeluarkan secara terhad sahaja. Dengan tercapainya peringkat pertama, peringkat seterusnya akan cuba dicapai. Pada kedua iaitu keperluan keselamatan akan diambil kira terutama dalam bidang outomotif. Pada iklan ini unsur-unsur yang menunjukkan keperluan keselamatan jelas dimana iklan terbabit memberitahu pelanggan tentang cirri keselamtan yang dinaiktarafkan berbanding kereta produa MyVi LE sebelum ini. Kereta Perodua Myvi LE dilengkapi dengan dua beg

udara SRS pada ruang pemandu dan penumpang. Ini menunjukan pihak produa telah membuat analisis secara langsung mengenai aspek yang telah dikemukakan oleh maslow iaitu isu keselamatan menjadi pilihan utama pelanggan ataupun pengguna dan seterusnya dapat mempangaruhi pembelian terhadap produk ini. Walaupun kereta MyVi LE ini mempunyai saiz yang kecil, namun aspek keselesaan juga diberi keutamaan biarpun ianya sekadar memenuhi asas kepada kepada keselesaan yang sebenar. Dengan merekabentuk keselesaan yang manimun dalam ruang yang

sangat terhad maka sedikit sebanyak aspek penyempurnaan diri juga telah diambil kira bagi menarik hati pelanggan yang telah disasarkan. Keselesaan dari segi penggunaan juga diambil kira dalam pengiklanan kereta viva ini contohnya iklan turut memaparkan keselesaan dari segi pengudaraan ataupun sistem penyaman udara didalam kereta serta penggunaan cermin sisi secara automatik yang memudahkan pemandu menggunakannya dengan lebih baik dan berkesan. Selain itu iklan yang dikeluarkan juga menekankan isu keselesaan dari segi pemanduan. Iklan ini menunjukkan, walaupun dengan harga yang

rendah, kereta ini mampu memberI keselesaan yang maksimun didalam kelasnya tersendiri. Pada iklan ini, pada peringkat keempat iaitu keperluan penghargaan kendiri adalah kehendak untuk penghargaan kendiri. Kita mahu berkuasa, sekurang kurangnya ke atas diri kita sendiri. Pada masa yang sama, kita juga perlukan kekuatan, kebolehan, kepakaran serta kebebasan. Seterusnya manusia ingin dihormati, disanjungi dan kehendak status dalam hidup.dimana kereta produa MyVi LE kereta Perodua Myvi Limited Edition (LE) dikhususkan kepada pelanggan wanita, berdasarkan iklan yang lebih bersifat

kewanitaan yang dipaparkan. Penghargaan kepada wanita lebih terserlah dengan wujudnya warna-warna yang biasa sinonim dengan wanita iaitu Ivory-White(Solid), Ebony Black(Metallik) dan Dazzling Red (Metallik) yang lebih kepada warna pink atau ungu berbanding sebenarnya. Oleh itu, dalam iklan ini menunjukkan ketiga-tiga jenis warna yang menjadi idaman wanita untuk memudahkan pemilihan warna kelak. Sesuai dengan tahap penghargaan kendir dengan kehendak status, iklan tersebut memaparkan perkakasan kereta yang bertransmisi automotik yang telah dinaiktaraf demi status pengguna yang mementing lain dari yang lain.

Pada iklan ini juga menunjukkan keaadan pada aspek luaran, lampu hadapan telah dinaiktaraf kepada lampusmoke clear dimana menampakkan lagi imej eksklusif, penambahan panel pada pintu sisi, dan juga tidak lupa pada symbol LE yang eksklusif untuk menampakkan kelainan. Selain itu juga, iklan ini menunjukkan cirri-ciri pada aspek dalaman bagi kereta Perodua Myvi Limited Edition ini, ianya direkabentuk konsol tengah yang unik , pelapik tempat duduk yang direka khas, karpet alas kaki LE yang eksklusif, tambahan cermin vanity pada ruang pemandu, pembuka pintu dalam yang baru dan pada sistem audio yang kini ditingkatkan pencapaian dimana ianya sekarang

boleh digunakan bersama sambungan USB, dan juga Bluetooth. Kesimpulannya, pengiklanan kereta produa MyVi LE daripada produa ini adalah lebih kepada penyempurnaan diri manusia kerana produa telah menggunakan kebanyakkannya aspek yang tertinggi didalam teori maslow iaitu dengan meyediakan aspek keselamatan yang baik, aspek penghargaan kendiri serta fisologi yang baik kepada kereta yang direka bentuk untuk menarik perhatian pelanggan yang disasarkan.

KESIMPULAN

Dapat disimpulkan bahawa kereta yang berkualiti seperti Mercedes akan menjual lebih banyak dari kereta-kereta lain di negara-negara dengan sama profil sosio-ekonomi dan kebudayaan. Tetapi tidak semua orang mampu memilikinya. Oleh itu, banyak inisiatif dari pelbagai pihak bagi menghasilkan kereta yang sama bagus dan mampu dimiliki oleh rakyat jelata yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Selain itu, kualiti dan mutu perkhidmatan yang baik dapat meningkatkan keyakinan pembeli kereta tempatan di Negara kita.Keyakinan pengguna adalah kunci paling utama kejayaan bagi pengeluar dan penjual. Amalan consumer perlu dititikberatkan bagi kepuasan semua pihak.

RUJUKAN http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/polisi-awam/347-kualiti-danmutu-perkhidmatan-yang-baik-dapat-tingkatkan-keyakinan-pembeli-kereta-tempatan

http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/keselamatan-produk/137penarikan-balik-kereta-toyota-prius-camry-dan-lain-lain-model-toyota-di-seluruh-dunia

http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/isu-umum/230-tanggungjawabsosial-industri-automobil-tempatan-amat-membimbangkan

http://www.sabah.org.my/bm/konsumer/panduan_pengguna/hak_pengguna.asp http://bmpjbest.blogspot.com/

Jakrapan anurit, N. Karin and Bal Chansarkar, Consumer Behaviour of Luxury Automobiles http://www.economicswebinstitute.org/essays/carthai.pdf

Rujukan : http://beritasemasa.com/review-kereta-perodua-myvi-limited-edition-ladies

Anda mungkin juga menyukai