Anda di halaman 1dari 4

Aplikasikan Consider All Factor (CAF) Terhadap Cadangan Berkongsi Kereta Ke Tempat Kerja.

Consider All Factor (mengambil kira semua faktor) merupakan salah satu alat berfikir yang diperkenalkan oleh seorang tokoh pemikir dari malta yang bernama Dr. Edward De Bono dalam program Cognitive Research Trust (CoRT). Consider all factor adalah alat untuk berfikir yang memerlukan seseorang individu untuk mengambil kira semua faktor penting yang ada sebelum membuat keputusan yang baik. Teknik ini bertujuan untuk meluaskan sudut pandangan seseorang individu. Ini kerana seseorang individu akan berfikir dengan menyenaraikan semua faktor yang ada dan membuat keputusan sebaik mungkin setelah mengambil kira kesan baik dan buruknya keputusan yang diambil. Selain itu, teknik ini juga melatih seseorang individu untuk mengarahkan mindanya ke semua arah yang penting dan meninjau kepada semua aspek dengan lengkap dan menyeluruh. Ini akan mengelakkan seseorang individu terlupa faktor yang penting. Kaedah ini dapat dilaksanakan dengan menyenaraikan semua faktor penting yang ada dan seterusnya mempertimbangkan satu per satu faktor yang ada. CAF dapat diaplikasikan dalam menyelesaikan beberapa masalah harian yang mudah. Misalnya ialah masalah kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur. Masalah kesesakan lalulintas ini dapat dikurangkan dengan mengambil langkah berkongsi kereta ke tempat kerja serta mengambil kira beberapa faktor seperti faktor sosial, faktor alam sekitar, faktor masa dan faktor kewangan. Jadual 1 Faktor-faktor Sosial Huraian Dapat mengeratkan silaturrahim sesama rakan sekerja kerana

sering berbual dan berbincang semasa dalam perjalanan ke tempat kerja Dapat mewujudkan integriti antara kaum kerana kita bebas untuk menumpangkan rakan-rakan sekerja kita yang berlainan bangsa dan agama secara tidak langsung dapat mengekalkan perpaduan. Mewujudkan masyarakat yang hipokrit kerana ada rakan sekerja yang keberatan dan tidak ikhlas untuk menumpangkan rakannya ke tempat kerja Mengurangkan kebebasan untuk melakukan sesuatu kerana jumlah penumpang yang ramai menyukarkan kita untuk melakukan sesuatu yang privasi. Alam sekitar

Dapat mengurangkan kadar pencemaran di Kuala Lumpur kerana bilangan kenderaan yang berada di jalan raya telah berkurangan.

Dapat mengurangkan kesesakan di jalan raya terutamanya pada waktu puncak.

Masa

Dapat mengurangkan jumlah kereta yang digunakan untuk ke tempat kerja seterusnya mengurangkan kesesakan jalan raya secara tidak langsung membolehkan kita datang awal ke tempat kerja.

Dapat mengelakkan kemalangan yang dapat menyebabkan kesesakan yang teruk.

Kewangan

Dapat mengurangkan kos untuk membeli minyak petrol kerana kebiasaannya kita akan berkongsi dengan rakan sekerja yang lain untuk membelinya.

Kenderaan awam seperti bas dan teksi tidak mendapat sambutan yang mengalakkan kerana kita lebih memilih untuk menggunakan kenderaan rakan sekerja

Suasana di dalam kereta juga menjadi panas dan padat kerana kita terpaksa berkongsi kereta

dengan rakan sekerja yang lain.

Kesimpulannya, dengan mengambil kira semua faktor yang ada, kita akan mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai kebaikan dan keburukan keputusan yang kita ambil. Dalam masalah iniberkongsi kereta ke tempat kerja, ternyata cadangan berkongsi kereta ke tempat kerja merupakan cadangan yang

baik dan bernas kerana ia banyak memberikan faedah dan kesan yang baik terutamanya dari segi pengurusan masa dan alam sekitar.

Anda mungkin juga menyukai