Anda di halaman 1dari 5

Rahsia mendapatkan rezeki halal dan berkat Panduan dan tips untuk buat duit online

Disediakan oleh Ain , Shah Alam 01/11/2011


Rahsia mendapatkan rezeki halal dan berkat Panduan dan tips untuk buat duit online
1

Rahsia mendapatkan rezeki halal dan berkat Panduan dan tips untuk buat duit online

LAPORAN KHAS UNTUK PENCARI KERJA


Islam menuntut umatnya supaya bekerja mencari rezeki. Sekiranya seseorang itu gagal mendapat kerja makan gaji, dia perlulah berusaha sendiri. Perkara ini disebutkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis yang bermaksud: Jika kamu keluar (bekerja) pada waktu pagi dengan membawa kayu api untuk dijual (bagi mendapatkan rezeki) di pasar adalah lebih baik daripada meminta-minta kepada seseorang, sama ada orang itu memberi atau tidak, tidak akan memberi berkat kepada kamu. Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. (Riwayat Muslim). Bila memperkatakan mengenai berusaha sendiri, ramai yang melihat perniagaan sebagai satu sumber pendapatan. Benar, ramai yang berniaga untuk mencari rezeki. Walaupun ramai yang mengimpikan untuk memiliki perniagaan bernilai jutaan ringgit, namun perniagaan secara kecil-kecilan juga mampu memberi rezeki kepada kita. Benarlah bahawa berniaga kecil-kecilan itu mampu menampung hidup mereka yang menceburinya. Berniaga untuk menjadi kaya-raya pula, adalah perkara yang berbeza. Bagaimanapun, berusaha sendiri tidak terhad kepada berniaga makanan atau barangan semata-mata. Kita juga boleh menjual khidmat tenaga dan kepakaran kepada pelanggan. Malah, ia merupakan satu bentuk perniagaan yang lebih baik kerana ia tidak memerlukan modal tinggi dan tiada risiko kerosakan pada barangan yang hendak dijual. Kemahiran, kepakaran dan tenaga empat kerat adalah modalnya. Kebanyakan suami isteri yang bekerja dan tidak mempunyai pembantu rumah, mengupah pencuci pejabat yang terdiri daripada warga asing untuk membersihkan rumah pada hujung minggu. Biasanya, untuk sebuah rumah upahnya ialah RM50. Dalam sebulan ada lapan hari Sabtu dan Ahad. Ini bermaksud, seorang pencuci pejabat yang rajin boleh mendapat tambahan pendapatan sebanyak RM400 sebulan. Seorang bekas pekerja kilang yang baru diberhentikan mungkin tidak teruja dengan jumlah gaji sebanyak ini. Namun, pendapatan sebanyak RM400 dengan bekerja hanya lapan hari sebulan adalah sesuatu yang lumayan. Banyak lagi yang boleh diusahakan pada baki 20 hari dalam masa sebulan itu. Bahan buangan juga boleh memberi rezeki kepada kita. Seorang kenalan penulis mencari pendapatan tambahan dengan mengitar semula botol-botol plastik. Hasil jualannya itu kadangkala mencecah RM200 sebulan. Walaupun gajinya mencukupi untuk menanggung
Rahsia mendapatkan rezeki halal dan berkat Panduan dan tips untuk buat duit online
2

Rahsia mendapatkan rezeki halal dan berkat Panduan dan tips untuk buat duit online

keluarganya, namun secara peribadi, beliau merasakan tiada salahnya untuk menambah pendapatan dengan cara sedemikian. Jelas bahawa rezeki halal ada di mana-mana dan bukannya di dalam pejabat yang berhawa dingin semata-mata. Soalnya, apakah kita mahu mencarinya dengan apa cara sekalipun atau mahu menunggu rezeki itu datang bergolek? Ia juga banyak bergantung kepada cara kita melihat peluang-peluang yang terbuka luas itu. Sekiranya kita melihatnya sebagai satu cara mencari rezeki halal yang dituntut agama, kita akan melihatnya sebagai satu peluang. Sebaliknya, jika kita melihat usaha-usaha tadi sebagai pekerjaan yang memenatkan, tidak menjana banyak wang dan menjatuhkan air muka dan maruah, maka ia bukanlah pilihan sesuai untuk kita. Tetapi, tepuk dada, tanya selera.

TIPS UNTUK MURAH REZEKI, HALAL DAN BERKAT

Rezeki banyak melimpah tidak sama konsepnya dengan rezeki yang halal dan berkat. Biasa jadi seoserang mempunyai rezeki yang banyak tetapi tidak terdapat keberkatan di dalamnya. Makna kata berkah sendiri berarti al-ziyadah yang artinya bertambah dan alnamaa yang artinya tumbuh berkembang. Menurut Imam Al Baghawy, yang dimaksud dengan barakah adalah tetapnya kebaikan ilahiy dalam sesuatu. Maka di dalam Islam rezeki yang diinginkan adalah rezeki yang bertambah dan mengandung kebaikan di dalamnya. Sehingga bisa kita katakan, kalau seseorang mempunyai rezeki yang berkah, maka rezekinya bertambah-tambah di dalamnya dengan terdapat pula banyak kebaikan yang tiada berkurang. Adapun agar rezeki lancar , berkat dan halal sebagaimana tuntutan Rasulullah SAW Insya Allah sebagai berikut: 1. Menjauhi pekerjaan yang haram dan syubhat Kita hendaklah taat kepadaNya dan tidak melakukan dosa kerana dosa menutup pintu rezeki. Rasulullah bersabada: dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya. (Riwayat at-Tirmizi). Dekatkan diri kepada Allah dengan ibadah tambahan seperti sholat Dhuha dan Tahajud

2 .Bekerja sungguh-sungguh.
Rasulullah SAW bersabda Sesungguhnya Allah Taala senang melihat hambaNya bersusah payah (kelelahan) dalam mencari rizki yang halal. (HR. Adailami)
Rahsia mendapatkan rezeki halal dan berkat Panduan dan tips untuk buat duit online
3

Rahsia mendapatkan rezeki halal dan berkat Panduan dan tips untuk buat duit online

3. Mengadukan masalah rezeki ini hanya kepada Allah SWT.


Sebagaimana sabda Rasulullah SAW Barangsiapa tertimpa kemiskinan, kemudian ia mengadukannya kepada sesama manusia, maka tidak akan tertutup kemiskinannya itu. Namun, siapa saja yang mengadukannya kepada Allah, maka Allah akan memberinya rezeki, baik segera ataupun lambat.[HR. Abu Dawud dan Turmidziy, Abu 'Isa berkata hadits ini hasan shahih gharib]

4. Banyak membaca istighfar


Rasulullah SAW bersabda, Barangsiapa memperbanyak istighfar, maka Allah swt akan menjadikan setiap kesulitan kelapangan, dan setiap kesempitan jalan keluar, dan Allah akan memberinya rejeki dari jalan yang tidak pernah disangkasangkanya. [HR. Imam Ahmad dalam Musnad]

5. Sabar dan banyak membaca la hawla wa la quwwata illa billah.


Diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah, bahwasanya anak laki-laki Auf bin Malik al-Asyjaiy yang bernama Salim, telah ditawan oleh orang-orang musyrik. Kemudian, ia mendatangi Rasulullah saw dan mengadukan kesedihannya kepada Rasulullah, sambil berkata, Sesungguhnya, musuh telah menawan anaknya, dan ibunya menjadi sangat sedih. Lantas, apa yang engkau perintahkan kepadaku? Rasulullah saw menjawab, Bertaqwalah kepada Allah, bersabarlah, dan aku anjurkan agar kamu dan isterimu memperbanyak bacaan La Haulah wa Laa Quwwata Illa bi al-Allah. Lalu, ia kembali ke rumahnya dan berkata kepada isterinya,Rasulullah saw telah memerintahkan aku dan kamu untuk memperbanyak bacaan La Haulah wa Laa Quwwata Illa bi al-Allah. Isterinya menjawab, Baiklah. Keduanya segera melaksanakan apa yang diperintahkan Rasulullah saw. Akhirnya, anaknya berhasil meloloskan diri dari musuh, dan menggiring ternak-ternak mereka. Kemudian, ia membawa ternak-ternak itu di
hadapan ayahnya. Jumlah ternak itu adalah 4000 ekor kambing, dan Rasulullah saw memberikan ternak itu kepadanya.[Imam Qurthubiy, Tafsir Qurthubiy, surat al-Thalaq:3]

6. Tawwakal sepenuhnya kepada Allah SWT


Jika kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, nescaya Allah akan memberikan rezeki kepada kalian, sebagaimana Allah telah memberi rezeki kepada burung yang berangkat di pagi buta dengan perut kosong, dan kembali ke sarangnya dengan perut kenyang.[HR. Bukhari] 7. Bersedekah dan Nafkahkanlah harta tersebut kepada yang berhak Rasulullah bersabda Ada tiga hal yang aku bersumpah kepadanya dan aku akan menyampaikan suatu berita kepadamu, maka perhatikan benar-benar. Tiadalah
Rahsia mendapatkan rezeki halal dan berkat Panduan dan tips untuk buat duit online
4

Rahsia mendapatkan rezeki halal dan berkat Panduan dan tips untuk buat duit online

akan berkurang harta seseorang karena shadaqah.dan tiadalah seseorang membuka pintu meminta-minta melainkan Allah akan membukakan kepadanya pintu kemiskinan.[HR. Turmudziyy] Janganlah kamu menutup-nutupi apa yang kamu miliki, niscaya Allah akan menutupi rizkimu. Dalam riwayat lain dinyatakan, Nafkahkanlah hartamu serta jangan kamu menghitung-hitungnya, maka Allah swt akan menghitung-hitungnya untukmu; dan janganlah kamu menakar-nakarnya, niscaya Allah Alah menakar-nakarnya untuk kamu.[HR. Bukhari dan Muslim] 8. Tolonglah Agama Allah dengan menegakkan Syariat Islam secara kaffah. Allah SWT berfirman dalam surat Muhammad ayat 7: Hai orangorang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. Cara yang terakhir inilah yang harus diperhatikan dengan serius oleh umat Islam pada saat sekarang ini. Islam sebagai jalan kehidupan tidak tegak di masyarakat kita pada saat ini dengan tidak adanya Daulat Islam sebagai wadah tegaknya Syariat Islam. Sehingga membuat sistem perekonomian yang dimana umat mencari rezeki pada saat sekarang ini merupakan sistem perekonomian yang tidak mendukung mereka untuk mendapatkan rezeki yang banyak, lancar dan barokah. Lihatlah bagaimana susahnya sebagian orang hanya untuk mendapatkan sesuap nasi sehari, dan kemudian tidak lepasnya setiap usaha dari riba, sehingga untuk memastikan apakah harta yang kita cari pada saat sekarang ini berkah dan halal, sangatlah susah sekali. Sebenarnya Allah tidak memerlukan pertolongan kerana Allah Maha Kaya, tetapi itulah cara bagi kita untuk menolong diri kita sendiri, mari kita tolong Agama Allah, agar rezeki kita banyak, lancar, halal dan Berkat. Wallahuaalam Bishawwab

terima kasih kerana membaca laporan ini. AIN, SHAH ALAM


Rahsia mendapatkan rezeki halal dan berkat Panduan dan tips untuk buat duit online
5

Anda mungkin juga menyukai