Anda di halaman 1dari 4

KISAH MALIK BIN DINAR

Kisah benar ini dipetik dari Kitab Raudhar Rayyahin Fii Hikayatus Salihin karangan Syeikh Imam Abdullah bin As'ad Ali bin Fallah al-Yafli al-Yamany AsySyafie

Sebelum menjadi seorang ahli sufi yang terkenal, Malik bin Dinar pada mulanya adalah seorang yang berakhlak jahat. Pada suatu hari ada orang bertanya kepadanya bagaimana ia dapat, mengubah kelakuannya yang buruk itu. Pada mulanya Malik enggan memberitahu , tetapi setelah didesak, beberapa kali, akhirnya diapun bersetuju menceritakan kisah dirinya itu. Menurutnya, dulu dia adalah seorang askar. Kesukaanya tidak lain ialah suka berfoya-foya dan minum arak sehingga mabuk. Satu hari Malik membeli seorang jariah (hamba) untuk kegunaan perkhidmatan hariannya. Kebetulan jariah yang baru dibelinya itu sangat cantik, sehinggalah dia begitu tertarik kepadanya. Malik dan jariah itu kemudian dikurniakan seorang anak perempuan yang cantik. Anak itu dididik dengan penuh kasih sayang. Satu tabiat ganjil dimiliki oleh anak ini ialah suka merampas gelas minuman arak di tangan Malik dan kemudian menuangnya ke jubah bapanya, Malik. Walaupun Malik tidak suka perbuatan anaknya itu namun dia tidak memarahinyadisebabkan rasa sayang terhadap anaknya itu. Ketika berumur dua tahun, puteri kesayangan Malik bin Dinar ini telah kembali ke Rahmatullah. Betapa hancurnya hati Malik waktu itu kerana kehilangan mutiara yang tidak ada gantinya. Hidupnya menjadi muram disebabkan kematian puterinya itu. Pada suatu malam Nisfu Sya`ban, yang kebetulan jatuh pada hari Jumaat, Malik mengisikan malam tersebut dengan meminum arak sebanyakbanyaknya sehinggalah mabuk. Dalam keadaan mabuk itulah dia tertidur dan bermimpi dengan mimpi yang sangat mengerikan. Dalam mimpinya Malik melihat manusia bersesak-sesak keluar dari kubur masing-masing dan berhimpun di Padang Mahsyar termasuklah dirinya sendiri. Di dalam keadaan sedemikian beliau dikejutkan dengan satu suara tempikan yang kuat dan menakutkan. Apabila ditolehnya ke belakang didapatinya ada seekor ular yang sangat besar berwarna hitam kebirubiruan dengan mulutnya terbuka luas hendak menelannya. Tidak ada jalan lain bagi Malik untuk mengelakkan diri daripada ditelan ular itu kecuali lari sekuat tenaga. Dia berlari untuk menyelamatkan dirinya
1

namun ular itu terus mengejar dengan ganasnya. Akhirnya dia bertemu dengan seorang yang sangat tua sedang berjalan dengan lemah sekali dan bertatih-tatih. Bajunya bersih dan baunya sangat wangi. "Assalamualaikum ya Syeikh," Malik menegur dan menghampiri lelaki tua itu bagi maksud mahu minta pertolongannya. "Wa`alaikum salam ya Malik," jawab orang tua itu. "Tolonglah saya wahai Syeikh", pinta Malik. "Tolong ? Tolong apa ?" Tanya orang tua itu. "Tolong selamatkan saya daripada ular besar itu, " kata Malik sambil menunjuk ular besar yang mengejarnya. "Maafkan aku wahai Malik, aku sudah tua, badanku sangat lemah. Aku tidak berupaya untuk melawan ular besar itu" kata orang tua itu. "Jadi apa yang perlu saya lakukan ?" Tanya Malik. "Begini, engkau terus lari saja sehinggalah Allah akan menemukan engkau dengan penyebab yang boleh menyelamatkan engkau daripada serangan ular itu, " terang Syeikh itu. Setelah mendengar nasihat daripada orang tua itu, Malikpun terus berlari sehinggalah dia sampai ke sebuah bukit yang agak tinggi dan akhirnya sampai ke puncaknya. Apabila saja dia menjenguk ke bawah alangkah terkejutnya beliau kerana mendapati neraka terbentang luas. Beliau hampir terjatuh ke dalam neraka itu kerana terlalu takut dan terkejut dengan ular besar yang sentiasa mengekorinya itu. Kemudian Malik terdengar satu suara yang sangat kuat menyuruhnya berundur dari situ. "Wahai Malik, sila engkau mundur semula ! Engkau bukan termasuk daripada ahlinya," kata suara itu. Tenanglah hati Malik setelah mendengar suara itu dan bila dia berundur ke belakang didapatinya ular itu berhenti mengejarnya. Oleh sebab tidak ada jalan lain lagi, Malik terpaksa berpatah balik ke belakang sehinggalah dia bertemu kembali dengan orang tua tadi. "Wahai Syeikh ! Aku benar-benar minta pertolongan engkau untuk menyelamatkan aku daripada ular itu, tapi mengapa engkau enggan ? "Tanya Malik. "Sudah aku katakan, aku ini sudah tua, sangat lemah," jawab orang tua itu member alasan yang sama. Bagaimanapun orang tua itu menunjukkan ke arah sebuah bukit yang lain lalu menyuruh Malik bin Dinar pergi ke bukit itu. Tanpa berlengah-lengah lagi Malik berlari ke bukit itu. Ular itu masih juga mengejarnya dengan ganas. Apabila sampai di puncak bukit tersebut dia nampak ada sebuah bangunan yang berbentuk tirus kubah bertingkap.
2

Pada tiap-tiap tingkat itu kelihatan langsir yang teramat indah. Semua tingkap itu mempunyai pintu yang bersalutkan mutiara yang indah dan zamrud yang berkilau-kilauan. Apabila dia cuba memanjat pintu itu terdengar satu suara yang ada fikirannya ianya adalah suara malaikat berseru : "Bukalah tingkap dan selaklah kain langsir itu. Keluarlah kamu sekalian, barangkali ada di antara kamu yang dapat menolong orang jahat". Apabila mendengar suara tersebut, maka ramailah kanak-kanak keluar dari pintu itu dengan wajah muka yang berseri-seri. Mereka memandang kepadaku dengan penuh belas kasihan kerana mereka nampak aku sedang di dalam ketakutan dikejar ular. Tiba-tiba aku ternampak anakku yang berusia dua tahun ada bersama-sama kumpulan kanak-kanak itu. Sebaik saja dia terpandang kepadaku, dia pun menangis, lalu berlari mendapatkan aku. Kemudian anakku menunjukkan tangannnya ke arah ular itu dan secara tiba-tiba ular itu pun pergi dari situ. Binatang yang amat menakutkan aku itu kemudiannya ghaib pada pandanganku. Malik meneruskan ceritanya. " Aku pun meletakkan puteriku itu dalam pangkuanku dan dia asyik bermain dengan janggutku. Kemudian puteriku itu membaca sepotong ayat al-Qur'an surah al-Hadid (ayat : 16) yang demikian tafsirnya :

"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyu' hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (al-Qur`an) yang diturunkan kepada mereka ? ".
Tatkala mendengar ayat yang dibacakan tiba-tiba aku menangis serta menyesali akan segala dosa-dosa yang lalu. Kemudian aku bertanya kepada puteri kesayanganku itu. "Wahai anakku, fahamkah engkau segala isi kandungan al-Qur'an itu.?" Puteriku menjawab : "Sesungguhnya saya faham akan segalanya ayah, bahkan lebih daripada ayah sendiri." Kemudian aku terus bertanya lagi : "Apakah maksudnya ular itu wahai anakku?" Maka dia mengatakan kepada ku bahawa ular itu adalah perbuatan jahat yang hampir menjerumuskanku ke dalam api neraka. "Tetapi siapa pula orang tua itu wahai anakku ? tanya Malik lagi. "Dia adalah perbuatan baik ayah yang telah menjadi lemah kerana perbuatan jahat yang telah ayah lakukan. Dia tidak dapat menolong ayah
3

tetapi dia boleh menunjukkan cara untuk melepaskan ayah daripada kesusahan." jawab puteriku. Aku bertanya lagi : "Apakah yang kamu buat di bukit itu anakku ?" Lalu puteriku menjawab : "Ayahku yang dikasihi ! Kami semua adalah anak-anak Islam. Kami menunggu kamu sekalian sehingga Hari Akhirat. Kemudian kami meminta Allah untuk keselamatan ayah-ayah kami." Sampai di sini, Malik terjaga daripada tidurnya. Dia melihat ke kiri dan ke kanan, tiada sesiapa di sisinya, ternyata dia hanya bermimpi. Daripada mimpinya itulah dia terus sedar bahawa itu merupakan satu peringatan baginya. Malik merasakan sudah sampai masanya dia insaf dan menghentikan semua amalan buruknya dan bertaubat kepada Allah. Maka akhirnya Malik bin Dinar menjadi seorang ahli sufi yang terkenal. Kesimpulannya seperti yang disebutkan di dalam sebuah hadis bahawa semua amalan manusia akan dikuburkan bersama-sama di dalam kubur. Jika ternyata amalannya itu baik, amalan itu akan menemaninya di dalam kubur untuk memberi suasana yang menggembirakan, menerangi dan melapangkan kubur tuanya sepanjang berada di alam Barzakh.

Anda mungkin juga menyukai