Anda di halaman 1dari 3

MAKMAL ZNF 9/7/2008

Sinopsis
Zainuddin, Fauzi dan Norhaiza telah mereka satu mekanisme yang
membolehkan gelombang otak seseorang manusia diselarikan dengan
gelombang perisian komputer dan apabila kedua-dua gelombang itu
bersatu, ia akan menyebabkan dia berada dalam ‘alam’ tiruan.
Mekanisme itu telah dicuba di Makmal ZNF. Semasa mencubanya,
secara tiba-tiba Norhaiza lenyap daripada skrin besar di makmal itu.
Zainuddin telah memasuki ‘alam’ tiruan itu untuk mencari Norhaiza.
Semasa dalam ‘alam’ tiruan, dia ditarik ke dalam sebuah lubang yang
tidak berdasar menuju ke kegelapan yang infiniti. Zainuddin
terserempak dengan musuh lamanya, Syarif yang dulunya seorang
perompak yang menggunakan sebuah komputer untuk merompak
yang ingin membalas dendam kepada Zainuddin yang dulu
menggagalkan usaha Syarif merompak bank di serata dunia. Semasa
kedua-dua laki itu berlawan berhabis-habisan, Fauzi telah
meyelamatkan Norhaiza dan menewaskan Syarif yang lalu terjatuh ke
dalam satu lingkaran data yang panjang yang membunuhnya. Rumah
bunglow Syarif terbakar bersama-sama dengan makmal kecilnya
tetapi mayatnya masih belum dijumpai.
Tema
Usaha adalah tangga kejayaan
Persoalan
-Etika menggunakan teknologi
-Sabar membawa faedah
-Bijak menyelesaikan masalah
Plot
Permulaan
Norhaiza tidak kelihatan pada skrin besar makmal
Pertengahan
Zainuddin berlawan dengan musuh lamanya, Syarif
Peleraian
Rumah bunglownya habis dijilat api tetapi mayat Syarif tidak
dijumpai.

Watak
1) Zainuddin – Kreatif, bertanggungjawab, tidak berputus asa,
bijak dan cepat hilang sabar.
2) Fauzi – Penyabar, bijak dan tidak berputus asa.
3) Norhaiza – Baik hati dan penyayang.
4) Syarif – Bijak, Tidak berputus asa, tidak beretika dan jahat.

Latar
1) Tempat – Makmal ZNF, ‘alam’ tiruan, pangkalan memori
komputer dan rumah bunglow Syarif.
2) Masa – petang
3) Masyarakat – Orang bandar dan moden.

Gaya Bahasa
Sinkof – “Semuanya salahku!”
Personafikasi – Hanya alatan elektronik sahaja bersuara,
berkomunikasi sesama sendiri.
Bahasa Inggeris – Platlet, Virtual Reality, Street fighter.
Unsur Bunyi

Ansonansi – Zainuddin ditarik masuk ke lubang yang tidak


berdasar.(Vokal ‘A’)
Aliterasi – Hatinya menyumpah-menyumpah.(Konsonan ‘Y’)
Nilai
-Bersabar
-Tidak mudah berputus asa
-Bijak
-Kreatif
Pengajaran
-Kita hendaklah bijak menyelesaikan masalah
-Kita perlu bersabar dalam semua rintangan dalam hidup
-Kita mesti beretika menggunakan sesuatu
-Kita harus bertanggungjawab atas perbuatan kita.

Anda mungkin juga menyukai