Anda di halaman 1dari 4

KEBOLEHPERCAYAAN SEBAGAI KETEKALAN (RELIABILITY AS CONSISTENCY)

ABDULLAH BIN NGAH Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia

1.0

Pendahuluan

Kebolehpercayaan (Ketekalan) adalah satu konsep penting dalam pengukuran. Thorndike (1997) dalam bukunya Measurement and Evaluation in Psychology and Education menyatakan When we ask about a test's reliability, we are asking not what the test measures, how accurately it measures whatever in does measure. What is the precision of the resulting score? How accurately will the score be reproduced if we measure the individual again?. 2.0 Teori Kebolehpercayaan (Ketekalan)

Beliau menambah, dalam konteks Classical Test Theory (CTT) indeks kebolehpercayaan ujian dihitung berdasarkan kolerasi antara skor sebenar dengan cerapan skor calon seperti formula berikut: X Yang mana, = T + e

X = Pengukuran (Measurement) T = Skor sebenar, dan e = Ralat Pengukuran ( Error of Measurement)

Ketekalan menentukan kualiti dan kredibiliti bagi seseorang pemeriksa terhadap kertas ujian sesuatu peperiksaan (Bhasah Abu Bakar, 1999). Dengan kata lain ketekalan membawa maksud pengekalan standard yang sama bagi semua pemeriksa yang berlainan apabila mereka memeriksa skrip yang sama. Perbezaan yang ketara antara pemeriksa akan mencerminkan ketekalan yang rendah. Ketekalan yang paling ideal dalam sesatu pemeriksaan kertas ujian terjadi apabila perbezaan sifar antara pemeriksa. Menurut Mohd Ali Isnin (1987), jika sesuatu skrip itu diperiksa oleh lebih daripada seorang pemeriksa dua kali atau lebih daripada dua kali markah yang diberikan itu mungkin tidak sama. Secara umumnya jika sesuatu skrip itu diperiksa berkali-kali maka markah yang diberikan itu jika disebarkan akan menunjukkan satu sebaran seperti berikut:

Jelasnya pemeriksaan skrip itu akan menunjukkan hasil atau keputusan yang sama atau hampir-hampir sama jika diperiksa berkali-kali dalam keadaan pembolehubah-pembolehubah yang lain dikawal, peraturan pemakahan (Marking Scheme) yang stabil umpamanya.

3.0

Aplikasi di Peringkat Sekolah

Dalam situasi pengujian dan penilaian karangan Bahasa Melayu guruguru Bahasa Melayu di Tingkatan 4 dan 5 contohnya, guru-guru boleh mengadakan mesyuarat penyelarasan karangan di peringkat sekolah atau daerah dengan kerjasama Pegawai Pendidikan Daerah (PPD). Melalui mesyuarat penyelarasan bersama, Skrip Contoh (Sample Script) bagi semua peringkat pencapaian iaitu Skrip Contoh bagi markah tinggi, Skrip Contoh bagi markah sederhana dan Skrip Contoh bagi markah rendah diperoleh berpandukan satu Peraturan Pemakahan ( Marking Schame) yang telah ditetapkan bersama. 4.0 Penutup

Kebolehpercayaan (Ketekalan) dalam pemeriksaan karangan (Essay Test) antara guru-guru Bahasa Melayu amat penting. Justeru, melalui pemeriksaan bersama kaedah Repeated Measure akan meninggikan tahap kebolehpercayaan disamping dapat membantu murid mengekalkan standard sebenar mereka apabila menghadapi peperiksaan berpusat pada peringkat SPM nanti, juga to write well under pressure in an examination.

1.

Rujukan

Abdullah Ngah (1998) Kebolehpercayaan dalam Ogif Bil.5 (Tidak Bercetak) Kuala Lumpur : Lembaga Peperiksaan Malaysia. Bhasah Abu Bakar (2000) Kajian Ketekalan Pemeriksaan Kertas Agama Islam dan Moral SPM 1999 dalam. Siri Kajian SPD. (Tidak Bercetak) Kuala Lumpur : Lembaga Peperiksaan Malaysia. Mohd Ali Ithnin (1987) Kebolehpercayaan dalam Ogif Bil.3 Kuala Lumpur : Lembaga Peperiksaan Malaysia. Thorndike, R.L (1997) Measurement and Evaluation in Psychology and Education Sixth Edition. Merrill. Upper Saddle River, New Jersey, Colombus, Ohio. Kaplan Robert M 2. Rujukan Tambahan Robert M. Kaplan, Dennis P. Saccuzzo (2001) Psychological Testing : Principles Application, and Issues . Fifth Edition Thomson Learning : USA. 3. Layar WEB

http://www.ecel.uwa.edu.au/ols/C-outlines/units/HRM344/wk2.html/sld001.htm Lecture on measurement and reliability in personnel selection http://edweb.sdsu.edu/Courses/Ed690DR/Class05/reliabilitybackground.html Example of reliability with discussion http://www.math.yorku.ca/Who/Faculty/Monette/Ed-stat/0102.html Example of calculation of Cronbach's alpha http://www-stat.cc.utexas.edu/cc/faqs/stat/sas/sas29.html Instructions on estimating internal consistensy using the SAS computer program http://www.uic.edu/classes/socw/socw560/MEASURE/sld001.htm Powerpoint presentation on measurement from the University of Illinois, Chicago http://www.utexas.edu/Courses/gillam/reability.html Tutorial on reliability relevant to speech research http://www.cpa.ca/guide9 Guidelines for Educational and Psychological Testing (A publication of the Canadian Psyhological Association, 1996) http://ericae.net/scripts/cat An online, interactive, computer adaptive testing mini-tutorial by Lawrence M. Rudner (ERIC Clearinghouse on Assessment and Evaluation)

http://trochim.human.cornell.edu/kb/Constval.htm An overview of construct validity http://www.uic.edu/classes/socw/socw560/MEASURE/sld051.htm Section of Powerpoint presentation from University of Illinois, Chicago, discussing problems with construct validity. http://www.ncs.com/ncscorp/research/95-8.htm Brief overview of validity

Anda mungkin juga menyukai