Anda di halaman 1dari 10

Transformasi Sistem Pendidikan Khas Golongan OKU Transformasi Pendidikan Kebangsaan

Semua pihak yang terlibat dengan pendidikan negara mungkin masih ingat amanat yang telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 53, yang bersabit dengan transformasi pendidikan.Perkembangan pendidikan negara di bawah kepimpinan kini telah mula menunjukkanbeberapa perubahan yang drastik. Kolabrasi antara matlamat dan halatujupendidikan antara kepimpinan yang lepas dengan yang terkini juga adalah jelas.Mungkin corak dan pendekatan aplikasinya sedikit berbeza disebabkan perbezaandari segi idea dan pengalaman serta latar belakang pemimpin. Namun matlamat danhala tujunya tetap sama, iaitu untuk membangunkan modal insan dan membina negarabangsa. Kejayaan dan kemajuan sesebuah negara adalah terletak di tangan bangsadan modal insan melalui keluhuran pelaksanaan sistem pendidikan negara.Lahirnya seorang guru, doktor, jurutera, bidan, pencari fail,dan tukang kebunadalah daripada sistem pendidikan negara. Tapi wujudnya penagih dadah,pembunuh, perogol bersiri, perempit, pencopet dan perompak adalah hasil daripadakecelaruan sistem sosial sesuatu bangsa yang terdidik daripada pendakyah sosialyang sentiasa mencari jalan untuk memusnahkan kehidupan rakyat dan keharmoniannegara.

Walaupun Malaysia berada di dalam kekangan ekonomi kesan daripada resesi ekonomiglobal, namun sistem pendidikan tetap akan berjalan. Kajian, pembangunan danpelaksanaan sistem pendidikan tetap berterusan sejajar dengan keperluanpersekitaran semasa. Di tahun-tahun 2007 hingga ke tahun 2010, di mana-manapelusuk dalam negara kita akan didendangkan dengan lagu tranformasi.

Tranformasi pendidikan melibatkan keseluruhan sistem pendidikan di negara kita,bermula daripada pendidikan Awal Kanak-kanak hingga ke peringkat universiti.Malah telah menjadi NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha melaksanakanbeberapa perubahan dalam sistem pendidikan. Antara yang jelas adalah denganperubahan Program Pendidikan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)kepada Program Memertabat Bahasa Melayu dan Meningkatkan Bahasa Inggeris(MBMMBI), Literasi dan Numerasi (LINUS) mengambil tempat Kemahiran Individu AsasMembaca dan Mengira (KIA2M) dan perluasan Program Pendidikan Prasekolah.Perkara yang menjadi teras utama dalam sistem pendidikan negara apabilaberlakunya transformasi adalah perubahan dalam Kurikulum Pendidikan Kebangsaan.Kurikulum merupakan nadi dalam sistem pendidikan yang akan mencorak keseluruhansistem pengurusan, pentadbiran dan pembangunan negara kita. Sebab itu setiapkali berlaku perubahan dalam sistem pendidikan dan dasar pendidikan negara,semua pihak akan terlibat sama dalam merangka kurikulum, agar tidak berlakuunsur-unsur ketidakadilan dan double standard terhadap kehendak pelbagai kaum dinegara ini. Ini jelas bila YAB Perdana Menteri memperkenalkan Konsep GagasanSatu Malaysia. Dengan tercetusnya idea Gagasan Satu Malaysia, lantasKementerian Pealajaran Malaysia bergerak dengan mewujudkan jawatankuasa mejabulat, yang terdiri daripada cendikiawan, pemegang amanah dan badan-badan bukankerajaan, bagi menentukan bentuk dan

dasar pendidikan yang bagaimana akandibangunkan bagi memenuhi keperluan Gagasan Satu Malaysia. Pegawai-pegawai diKementerian Pelajaran Malaysia akan menjana idea dan pemikiran untuk merangkadasar pendidikan kebangsaan selaras dengan keputusan yang telah diambil olehjawatankuasa meja bulat. Sebab itu, Kementerian Pelajaran Malaysia amatberhati-hati di dalam memilih dan melantik pegawai untuk bertugas di KementerianPelajaran, agar KPM tidak ketandusan kepakaran yang mampu menjana fikiran untukmembangunkan dasar pendidikan kebangsaan bagi memenuhi keperluan dan aspirasirakyat dan negara. Mereka adalah kalangan pendidik yang kreatif, kritis daninovatif dalam menghasilkan buah fikiran untuk melaksanakan tanggung jawabsebagai penggubal dasar pendidikan kebangsaan. Individu yang ingin menanamhasrat untuk menunjukkan kuasa sebagai fungsi Pegawai Kementerian bukantempatnya berkhidmat di Kementerian Pelajaran, khususnya dalam bidang pengurusandasar dan pembangunan kurikulum. Pegawai-pegawai yang terpilih seharusnya bolehbekerja secara kolektif dan kolaboratif dalam menjana pengetahuan dan pengalamanuntuk pendidikan negara. Setiap pegawai seharusnya mempunyai etika danintergriti yang tinggi. Ini kerana setiap amanah yang dipertanggung jawabkanmelibatkan jutaan ringgit wang negara dalam melaksanakan apa sahaja bentuk usahauntuk pendidikan negara. Tidak menghairankan kalau kita melihat seorangPengarah dan Timbalan Pengarah Kurikulum masuk ke pejabat seawal 7.00 pagi danbalik selewat 7.00 malam. Bersama-sama melaksanakan tanggung jawab yangdiamanahkan dengan pegawaipegawai bawahan. Namun begitu masih ada segelintirpegawai yang burnt-out yang dilantik menjadi Ketua Sektor atau Ketua Unit yanghadir 7.30 pagi dan balik 4.00 petang dengan mengambil masa 30 minit di akhiruntuk ke tandas dan berjalan ke mesin pengetap waktu. Malah ada yangmenggunakan etika kerja yahudi Law no. 1, Boss is always right. Berlagaksebagai boss. Mengerah tenaga pegawai bawahan dengan ugutan Nilai PrestasiTahunan di tangan saya. Inilah penyebab utama ada pegawai-pegawai kementerianyang tertekan , diserang penyakit darah tinggi dan angin ahmar. Bukan keranadik tekanan kerja tetapi disebabkan kerenah pegawai atasan yang tidak mempunyaihati perut, etika dan integriti perkhidmatan.

Melaksanakan Amanah Negara

Apabila disarankan sesuatu perubahan dalam sistem pendidikan negara,pegawai-pegawai KPM, JPN, PPD dan guru-guru yang komited tidak lekang tangan danmasa bekerja siang dan malam demi untuk memenuhi aspirasi kementerian pelajarandan negara. Setiap perancangan pendidikan negara dirangka dalam satu pelanperancangan seperti Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Dalampelan induk pendidikan negara, akan disarankan beberapa teras yang harus dicapaiselaras dengan kehendak dan aspirasi rakyat, pemimpin dan negara. Setiap pegawaikementerian pelajaran akan diberi peranan dalam menjana fikiran untuk merangkapembangunan Dasar Pendidikan, merangka Kurikulum, menyediakan modul Pengajarandan pembelajaran, menyediakan buku teks, merancang pembangunan infrastruktur danperalatan, merangka latihan pedagogi dan merangka sistem pentaksiran danpenilaian.Dalam usaha merangka perancangan pembangunan pendidikan negara, matlamat danhalatuju akan merujuk ke arah usaha membangunkan modal insan bagi membina negarabangsa. Sekiranya di akhir putaran perancangan sistem pendidikan tidak mencapaiteras-teras utama yang telah dirangka, ini akan memberi gambaran bahawakeseluruhan sistem pendidikan gagal mencapai matlamat.

Sehingga saat ini, sistem pendidikan di Malaysia masih lagi berada di persadadunia sebagai negara yang mempunyai kurikulum dan pelaksanaan sistem pendidikanyang membanggakan. Kesan terhadap kejayaan itu, maka terdapat pemimpinpendidikan dari Malaysia yang telah diberi kepercayaan menduduki kerusi jawatankuasa dalam organisasi di peringkat anatarabangsa seperti UNESCO dan UNICEF.Dalam usaha merangka perancangan sistem pendidikan negara, sebagaimana termaktubdi dalam PIPP 2006-2010, tidak tertinggal golongan anak-anak kurang upaya (OKU)yang juga berada dalam sistem pendidikan negara. Anak-anak OKU yang terdiridaripada OKU pekak, OKU penglihatan, OKU bermasalah pembelajaran dan OKU anggotaseharusnya golongan yang turut sama mengharungi arus perubahan sistem pendidikannegara. Golongan OKU tidak seharusnya dipinggirkan dalam apa jua perubahandalam sistem pendidikan negara. Mereka adalah rakyat Malaysia yang akanmengharungi kehidupan dalam kelompok masyarakat majmuk. Modal insan merekaperlu dibangunkan dan dipenuhi supaya dapat menjadi sebagai bangsa yang bergunadalam negara sebagaimana mereka yang berada di arus perdana. Anak-anak OKUseharusnya boleh hidup dan boleh diterima sebagai bangsa Malaysia bukan sebagaibangsa yang tersisih dan terpinggir. Anak-anak OKU seharusnya tidak lagidianggap sebagai golongan masyarakat insentif. Malah guru-guru yang mendidikgolongan ini juga terdiri daripada kalangan guru insentif. Insentif dalamertikata, dibayar elaun insentif khas kerana mengajar OKU, mengajar bilanganmurid yang paling minimum dalam satu kelas dan diberi peluang untukmenlaksanakan sistem yang boleh disesuaikan selaras dengan kecacatan anakanakOKU. Adalah menjadi tanggung jawab KPM untuk memberikan ruang kepada golonganOKU bagi menikmati sistem pendidikan negara, bukan sekadar melaksanakan simpatiterhadap golongan itu. Sehingga menjadikan golongan OKU terdiri daripadamasyarakat kebajikan tanpa menilai impak kehidupan mereka bila berada di dalammasyarakat. Untuk membangunkan keinsanan golongan OKU mereka perlu diberikanmodal. Modalnya adalah pendidikan yang sesuai untuk mereka. Hampir setengahabad sistem pendidikan untuk golongan OKU telah berjalan di negara kita, tapisejauhmanakah modal insan untuk mereka telah dipenuhi?.

Transformasi Pendidikan, Pendidikan Khas

Selaras dengan perubahan dalam sistem pendidikan maupun transformasi dalamkurikulum pendidikan, pendidikan untuk golongan OKU perlu selari dengan golongananak-anak di arus perdana. Sistem pendidikan khas di Malaysia seharusnya tidaklagi berada di takuk lama. Kalau selama ini anak-anak OKU berada di tahap kelasketiga disebabkan oleh ketidakmampuan mereka menguasai akademik, stigma iniperlu berubah. Segala perubahan ini perlu dilaksanakan secara menyeluruh.Kalau OKU pekak gagal dalam akademik disebabkan ketidakmampuan menguasai bahasa,mesti difikirkan cara untuk mengatasinya. Kerajaan telah berbelanja jutaanringgit bagi membiayai keperluan pemerolehan bahasa untuk anak OKU pekak.Guru-guru telah dihantar untuk menjalani latihan kemahiran pakar audiologi danjurupulih pertuturan. Pusat-pusat perkhidmatan pendidikan khas yang lengkapdengan peralatan telah dibina; perjawatan guru pertuturan juga telah diwujudkandan elaun insentif telahpun diberi kepada guru yang mengajar OKU. Tapi majoritianak-anak OKU pekak masih lagi di tahap lama, tiada bahasa. Namun begitu ada

juga terdapat guru-guru yang benar-benar berusaha memanfaatkan bayaran insentif RM250.00 dengan mendidik anak-anak OKU pekak sehingga berjaya ke peringkat IPTA, IPTS dan IPGM. Tidak menghairankan kini telah ada OKU pekak jadi cikgu, jadi chef, jadi pelukis pelan, dan jadi pelukis grafik. KPM seharusnya meletakkan guru-guru yang telah dilatih dengan kepakaran audiologis dan jurupulih pertuturan ini di sekolah-sekolah dan program pendidikan khas pekak. Kalau tidak kerajaan hanya membazirkan wang rakyat membiayai latihan kepada guru tapi tidak dapat digunakan kepakaran di tempat yang sesuai.

Begitu juga dengan anak OKU penglihatan. Sejarah telah membuktikan bahawa anak-anak OKU penglihatan boleh berjaya dengan cemerlang dalam pendidikan. Kejayaan anak-anak OKU penglihatan memang terserlah. Tidak hairan kalau di Malaysia OKU penglihatan boleh menjadi Professor, Penasihat Ekonomi kerajaan, menjadi peguam dan menjadi pendidik yang berjaya. Malah ada OKU penglihatan menjadi pendidik mengajar anak-anak normal di arus perdana. Hanya KPM belum berkeyakinan untuk memberikan jawatan di peringkat penggubal dasar pendidikan. Di Jabatan Pendidikan Khas, KPM pun masih belum berkeyakinan untuk memberi peluang OKU Penglihatan menjawat jawatan walaupun sebagai operator telefon.

Dibanding dengan negara-negara maju seperti Jepun, pengalaman berada di negara Jepun berbeza kalau Pensyarah universiti dan Kolej Peguruan ramai kalangan OKU penglihatan. Amat menkjubkan bilamana seorang Professor Sains Anatomi di universiti, yang OKU penglihatan, berulang alik dari Yokohama ke Tokyo setiap hari dengan menaiki kereta api laju tanpa pembantu. Terdapat juga OKU penglihatan yang berjawatan Doktor menjadi Ketua Jabatan Sains di sebuah Universiti Pendidikan. Malah ramai yang bergelar Doktor yang mengendalikan pusat atau klinik terapi kesihatan sebagai juru urut dan juru refleksologi secara

profesyenal. Di Malaysia mungkin kita boleh berbangga dengan Allahyarham Professor Dr. Ismail Salleh seorang OKU penglihatan yang telah menempa kejayaan dalam hidup.

Sebenarnya OKU penglihatan kurang menghadapi masalah dalam sistem pendidikan formal bersama anak-anak normal di arus perdana. Dengan adanya teknologi moden yang mudah di dapati sekarang OKU penglihatan tidak menghadapi masalah untuk menerima pendidikan formal. Apa yang perlu adalah sedikit penyesuaian perlu dilakukan kepada kurikulum untuk anak-anak OKU penglihatan. Perlu ada dalam sistem pendidikan untuk OKU penglihatan mata pelajaran seperti Pendidikan Transkripsi Braille, Pendidikan Seni Visual Suaian, Pendidikan Jasmani Suaian, Pendidikan Orientasi dan Mobiliti, Pendidikan Sains Suaian, Kemahiran Hidup Suaian dan Pendidikan Muzik. Adalah lebih baik kalau Kemahiran Juru Urut, Juru Refleksologi dan Fisioterapi diwujudkan dalam sistem pendidikan kebangsaan untuk diikuti oleh anak-anak OKU penglihatan. Ilmu dan kepakaran ini amat memberi munafaat kepada OKU penglihatan. Mata-mata pelajaran ini masih belum lagi diberi perhatian sejak berkurun pendidikan OKU penglihatan berjalan di Malaysia. Kemungkinan dengan adanya transformasi pendidikan untuk golongan OKU penglihatan memberi ruang untuk melakukan perubahan yang lebih jitu dalam keperluan kurikulum yang sesuai. Kita tidak lagi dapat melihat OKU penglihatan mengemis di tempat-tempat awam, di kedai-kedai makan dan di gedung-gedung besar di bandar-bandar dengan menjual tisu. Cukuplah mereka menjadi pemuzik jalanan, tetapi mereka mempunyai kemahiran yang sukar dikuasai oleh orang normal sendiri.

Mengimbau kembali sistem pendidikan OKU masalah pembelajaran merupakan sistem yang paling muda dilaksanakan di negara ini. Selama ini pendidikan untuk

golongan ini dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui Badan-badan Bukan Kerajaan seperti KIWANIS, Persatuan Autisme, Persatuan Sindrom Down, Persatuan Kanak-kanak terencat akal dan lain-lain Ngos. Walaupun telah berjalan hampir suku abad, pelaksanaannya masih kurang mantap. Malah konotasi bagi masalah pembelajaran itu sendiri masih kabur di kalangan semua pihak. Adakah ia hendak diinterpretasi berdasarkan kecacatan yang dihadapi atau masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid itu?. Kalau di negara maju kita lihat ada kelas untuk anak OKU down sindrom, kelas untuk OKU autistik dan kelas untuk OKU terncat akal. Kelas untuk golongan ini diasingkan mengikut kategori, tidak dilonggokkan dalam satu kelas sebagaimana di Malaysia. Sindrom down, autisme, terencat akal dilambak dalam satu kelas. Bayangkan bagaimana seorang cikgu pendidikan khas hendak menangani satu kelas yang terdiri pelbagai kategori. Akhirnya cikgu tidak lagi mendidik sebaliknya menjadi pengasuh dari jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Malah anak-anak autisme atau down sindrom yang berpotensi untuk belajar terpinggir.

Kurikulum OKU masalah pembelajaran di Malaysia cukup gah. Kalau murid sekolah rendah aliran perdana belajar lapan subjeks tapi anak OKU belajar berbelas mata pelajaran. Begitu lah hebatnya anak OKU masalah pembelajaran di Malaysia. Akhirnya anak-anak OKU ini tak tentu hala tujunya. Sukatan pelajaran untuk

OKU bermasalah pembelajaran dibangunkan seolah-olah anak-anak ini tidak akan berlaku perkembangan dalam memperoleh ilmu. Sebab itu kurikulum untuk golongan ini kerap dianggap tidak mempunyai kualiti dan standard. Standard kandungan dan standard pembelajarannya sama sahaja untuk sekolah rendah dan menengah. Kalau belajar mata pelajaran teknologi maklumat sampai ke tua tidak mempunyai peningkatan. Cuba bayangkan seorang murid autistic atau sindrom down hanya belajar memegang tetikus dari umur 7 tahun hingga 19 tahun. Bagaimana anak-anak

OKU bermasalah pembelajaran hendak berkembang dalam pembelajaran. Di rumah pula mereka dah mampu menggunakan laman facebook. Sebab itu, ramai dalam kalangan pendidik anak OKU bermasalah pembelajaran enggan menggunakan kurikulum pendidikan khas yang dibangunkan oleh pihak KPM sendiri, malah badan-badan NGOs yang menjalankan pendidikan golongan OKU sendiri tidak menggunakan Kurikulum yang dibangunkan oleh KPM. Standardnya terlalu rendah dan langsung tidak memberikan apa-apa impak terhadap perkembangan pembelajaran. Kalau terdapat anak-anak OKU autistik yang berpotensi untuk mengikuti akademik, peluangnya dinyahkan dan dipaksa untuk mengikuti kurikulum Masalah Pembelajaran hingga ke tua. Impaknya ibu bapa kepada anak-anak OKU masalah pembelajaran keciwa, kerana anak-anak mereka tidak memperoleh apa-apa setelah bertahun-tahun berada di sekolah atau program pendidikan khas kendalian KPM.

Apa perubahan atau tranformasi yang dilakukan oleh KPM untuk merealisasi kurikulum pendidikan khas supaya ia benar-benar memberikan munafaat kepada anak-anak OKU dan boleh diletakkan di persada dunia? Bagi guru pendidikan khas yang kreatif dan berani, cuba melaksanakan aktiviti vokasonal kepada anak-anak OKU pembelajaran. Sekurang-kurangnya ada impaknya kepada anak-anak OKU dengan berbekalkan kemahiran apabila keluar dari alam persekolahan.

Khabar kini tersebar luas melalui tranformasi pendidikan, pendidikan khas kini dalam usaha merubah paradigmanya. Sistem Pendidikan Khas di Malaysia akan keluar daripada kepongpong stigma pinggiran. Satu bentuk sistem yang dapat membangunkan modal insan telah dijana bagi melahirkan negara bangsa yang berfaedah dalam pembangunan negara. Selaras dengan itu, satu bentuk kurikulum yang komprehensif perlu dibangunkan dengan kerjasama pakar-pakar, NGOs dan para pendidikan yang komited dan berpengalaman.

Keliru Antara PPI, RPI, RTI

Sistem pendidikan khas seharusnya tidak melencong jauh daripada sistem pendidikan khas di dunia. Kalau di peringkat dunia mengikhtiraf teknik dan pendekatan melalui Rancangan Pendidikan Individu (RPI) dan Rancangan Transisi Individu (RTI), mengapa sistem pendidikan khas di Malaysia kurang memunafaatkannya?. Peranan Rancangan Pendidikan Individu sekadar dokumen bagi tujuan pemantauan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK). Itu pun kerana adanya Pekeliling Ikhtisas yang perlu dipatuhi. Tanggungjawab dalam menangani pelakasanaan sistem pendidikan untuk golongan OKU perlu di selaraskan di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia. Apa yang berlaku kini, pelbagai pihak berusaha menonjolkan identiti untuk membentuk dan melaksanakan satu-satu perancangan. Contoh yang jelas berlaku ketika ini, apabila satu pihak cuba menghasilkan Pelan Pendidikan Individu (PPI), satu pendekatan berbentuk pengakalan data dalam menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran untuk OKU pendidikan Khas, di satu pihak yang lain pula cuba menghasilkan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) yang merupakan dokumen bagi perancangan proses pengajaran dan pembelajaran untuk golongan OKU. Malah satu pihak yang lain pula cuba membangunkan key-stages yang merupakan satu perancangan pelajaran berdasarkan penanda aras pencapaian anak OKU.

Amat menghairankan ketiga-tiga program ini dikendalikan oleh tiga pihak yang berbeza dan yang berkepentingan terhadap pendidikan OKU di Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri. RPI dibangunkan oleh Bahagian Pendidikan Khas, PPI dibangunkan oleh Bahagian Perancangan Dasar dan Penilaian Pendidikan, manakala key-stages dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum. Seandainya

terlaksana ketiga-tiga program tersebut, yang mana satu hendak digunakan oleh guru-guru pendidikan khas di sekolah di bawah kendalian Kementerian Pelajaran. Kalau ketiga-tiganya diwartakan dalam Dasar Pendidikan Khas, maka pendidik wajib melaksanakannya. Sudah pasti akan berlaku kecelaruan perlaksanaan dalaam kalangan guru-guru pendidikan khas di sekolah. Mengapa tidak ada kolaborasi antara ketiga-tiga bahagian dalam usaha memertabatkan pendidikan khas di Malaysia. Apa yang berlaku, bak kata pepatah, bagaikan enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Entah berapa banyak wang kerajaan dibelanjakan untuk membangunkan satu-satu program yang akhirnya tidak dapat memberi munafaat kepada anak-anak OKU. Anak-anak OKU masih tetap di takuk lama. Kalau dibandingkan perancangan yang dibuat oleh Ngos untuk anak-anak OKU, adalah lebih tersusun dan meyakinkan. Dunia Pendidikan khas mengikhtiraf penggunaan RPI dan Rancangan Transisi Individu(RTI) yang banyak digunapakai oleh program pendidikan khas kendalian Ngos, malah di negara-negara luar. Seharusnya sektor dasar dan penilaian pendidikan khas menilai apa yang telah dilaksanakan oleh pihak Ngos dan seandainya dapat bekerjasama dengan pihak terbabit adalah lebih bermunafaat. Dari segi kepakaran dalam melaksanakan program pendidikan khas pihak NGOs adalah lebih tinggi berbanding dengan KPM walaupun KPM sendiri ramai pegawai dan guru yang memegang MA dan PHD dalam bidang pendidikan khas, namun ia hanya sekadar lambang prospek guru dan pegawai dan tidak dapat di jana demi untuk pendidikan khas di Malaysia.

Apa itu Dokumen Standard dan Key Stage?

Selaras dengan perubahan dalam transformasi pendidikan, khususnya dalam bidang kurikulum, seharusnya pendidikan khas juga turut sama dalam melaksanakan transformasi. Mungkin akan berlaku beberapa perubahan dalam kurikulum pendidikan

khas. Apa yang mengeciwakan, sekolah-sekolah dan program pendidikan khas meminggirkan diri. Hanya tunggu dan lihat apa yang berlaku di aliran perdana. Sekolah dan program OKU buta dan pekak tetap terpinggir daripada aktiviti perlaksanaan program transformasi. Setakat ini murid OKU pekak dan buta langsung tidak terlibat secara menyeluruh dalam perancangan tranformasi. Mereka dialunkan dengan lagu mereka sendiri. Ini jelas bila mana bidang OKU pekak hanya merintis empat mata pelajaran sahaja untuk tahun satu, bidang OKU buta hanya merintis dua subjek baru sahaja. Apa jadi dengan mata-mata pelajaran yang lain. Adakah mata pelajaran teras seperti Sains, Matematik, Agama, Pendidikan Jasmani, Bahasa Melayu tidak perlu dirintis untuk melihat akan kesesuaian dan keberkesanannya kurikulumnya kepada OKU pekak dan buta? Adakah Kurikulum duplikasi OKU masalah pembelajaran sahaja yang perlu dirintis?

Kini satu lagi masalah timbul, kalau telah dibangunkan Dokumen KurikulumStandard Pendidikan Khas berserta dengan Modul Pengajaran dan Pembelajaran,mengapa masih hendak dibangunkan key-stages. Apa yang jelas, kefahaman terhadamaksud key-stages pun masih kabur dalam kalangan pihak yang membangunkannya.Adakah ia merupakan konten pengajaran dan pembelajaran atau ia merupakan satuproses mentaksir kemenjadian anak-anak OKU? Akan berlaku lagi kecelaruanperlaksanaan sama ada ingin mengikut Dokumen Standard yang telah dibangunkandengan modal ratusan ribu ringgit atau key-stage yang dibangunkan berlandaskanDokumen standard. Apa yang telah terjadi di program pendidikan khas masalahpembelajaran pada tahun-tahun kebelakangan akan berlaku lambakan buku-bukudokumen standard, modul pengajaran dan pembelajaran, bku garis panduanpengajaran dan pembelajaran, buku teks dan buku-buku dokumen key-stage, sehinggamembingungkan guru pendidikan khas sehingga tak tahun nak guna dan hendakdirujuk. Adalah lebih baik satu badan penyelaras dan pengkaji tentang sistempendidikan khas yang meliputi semua bidang perlu diwujudkan di KPM. Anggotanyaharus terdiri daripada kalangan mereka yang betul-betul memahami tentangpendidikan khas dari sudut pengetahuan dan pengalaman. Bukan daripada kalanganmereka yang hanya ingin menjadi wira dan wirawati pendidikan khas di KementerianPelajaran Malaysia. Badan ini berperanan untuk mengkaji, menilai danmencadangkan semua aspek keperluan pendidikan kepada golongan OKU agar menepatimisi dan visi untuk membangunkan modal insan dalam kalangan OKU

Anda mungkin juga menyukai