Anda di halaman 1dari 4

SKBD Wakil Negara ke Festival Kanak-Kanak Sedunia 2011 di Amerika Syarikat

Oleh Jes Izman Izaidin [21 Oktober 2011]

Apabila dua pelajar SK Bukit Damansara, Kasih Leia Ixora Azhar, 12 tahun, dipilih sebagai pemenang pertama mewakili Negara didalam kategori seni lukis dan Sarah Batrisyia Areeff, 11 tahun didalam kategori seni digital anjuran the World Childrens Festival 2011, seluruh warga sekolah menyambut kemenangan ini sebagai satu lagi pencapaian pengantarabangsaan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ini. Dengan kerjasama sebuah NGO Tree Theatre Group Malaysia yang juga telah dijemput untuk membuat persembahan eco-show di festival sama yang berlansung daripada 17-19 Jun 2011 bertempat di Washington DC, Amerika Syarikat, bermulalah program persediaan yang melibatkan beberapa murid daripada SK Bukit Damansara dan sekolah lain yang menjadi ahli NGO tersebut. Festival Kanak-Kanak Sedunia adalah sebuah festival terbesar yang berlangsung setiap empat tahun di Washington DC. Ia dianjurkan oleh International Child Art Foundation yang menjadi sekutu Majlis Olimpik Antarabangsa yang mempromosikan seni dan sukan didalam pendidikan kanak-kanak seluruh dunia. Berbagai ajensi kerajaan terlibat dan para sukarelawan yang terdiri daripada mahasiswa universiti diberikan sijil khidmat masyarakat oleh Rumah Putih menjadikan festival ini beriktiraf acara rasmi di ibukota Amerika Syarikat. Kontijen pelajar SK Bukit Damansara terdiri daripada 17 orang murid termasuk dua pemenang pertandingan seni festival diiringi oleh seorang guru berserta 15 ibubapa telah berlatih untuk membuat persembahan yang menggabungkan tarian tradisional dan wayang kulit bertajuk Bumi Kosong atau Empty Earth yang membawa mesej kepupusan kehidupan akibat perubahan cuaca ke pentas dunia. Kontijen perwakilan Negara memulakan program lawatan di New York City kemudian ke New Jersey dan berakhir di Washington DC. Program lawatan telah dibuat mengikut tema-tema seperti tema sejarah, tema kesenian dan kebudayaan, tema persekitaran, tema keilmuan dan tema perhubungan antarabangsa.

Lawatan tema sejarah dimulakan dengan kunjungan ke Statue of Liberty dan Ellis Island Immigration Centre yang menjadi tanda sejarah konsep kebebasan atau liberty dan sejarah kemasukan berbagai bangsa sebagai pendatang yang menjadikan kota New York sebagai wadah tumpuan atau melting pot of the world. Kunjungan diteruskan ke Empire State Building yang bersejarah kerana menjadi bangunan pencakar langit tertinggi dunia daripada 1931-1971 cukup menarik kerana ia juga adalah bangunan ikonik dimana ia telah dipanjat oleh King Kong satu ketika dahulu. Lawatan tema kesenian dan kebudayaan ke Times Square yang terkenal dengan iklan lampu neon yang terbesar di dunia dengan persembahan tepi jalan atau busking dan kesempatan menyaksikan persembahan Broadway Lion King yang mengambil masa 3 jam memberikan pengalaman baru mengenali kebudayaan teater dan kebudayaan iklan komersil dunia barat. Sementara itu melihat patung-patung lilin di Madame Tussaud Wax Museum yang dibuat begitu teliti memberikan peluang untuk bergambar dengan personaliti terkenal seperti bintang-bintang Hollywood, Presiden-Presiden Amerika Syarikat, Pemimpin Dunia dan ramai lagi. Sememangnya kota New York adalah ibunegara teater atau theatre capital of the world. Lawatan tema persekitaran ke Muzium Natural History memberikan peluang untuk melihat dengan mata sendiri tulang-tulang dinosaur, ikan paus, gajah mammoth serta spesis-spesis yang sudah pupus memang menginsafkan. Muzium ini juga adalah lokasi yang digunakan untuk filem A Night at the Museum. Ini disusuli dengan lawatan ke Central Park yang menjadi paru-paru kepada kota New York cukup menarik kerana ia adalah taman buatan manusia yang terbesar didunia atau The Largest Man-Made Urban Park in the World. Renjer Taman bernama Uncle Bob menjadi jurupandu telah membawa masuk pelawat ke lalaun didalam hutan kota yang begitu indah dan tenang sekali. Lawatan tema keilmuan berlangsung dengan kunjungan ke sebuah sekolah bernama Thomas Jefferson Middle School, Teaneck, New Jersey. Satu sesi taklimat oleh murid-murid SKBD serta persembahan eco-show Tree Theatre Group di Dewan Sekolah yang kemudianya diikuti dengan sesi dalam kelas dimana murid-murid

Malaysia bergabung bersama murid-murid Amerika Syarikat menjadi pengalaman yang sungguh bernilai. Dari sebuah sekolah rendah, rombongan juga melawat sebuah universiti terkemuka iaitu New York University (NYU) untuk melihat persekitaran suasana pendidikan tinggi dan juga berpeluang melihat pokok yang ditanam oleh Tree Theatre Group pada tahun 2007 didalam perkarangan kota konkrit NYU. Kunjungan ke Bodies Exhibition yang mempamerkan badan-badan manusia didalam semua keadaan fizikal dan biologikal mengakhiri lawatan bertema keilmuan. Lawatan tema perhubungan antarabangsa ke United Nations Headquarters dengan dapat melihat dewan perhimpunan agung yang begitu besar dimana pemimpinpemimpin dunia berucap serta tiang-tiang bendera lebih 200 buah Negara anggota yang lazimnya dilihat dalam kaca TV sebelum ini amat bermakna. Kesempatan bertemu dan mendengar taklimat dari Encik Jim Sniffen wakil United Nations Environment Programme telah membuka jalinan baru diantara sebuah ajensi PBB dengan pihak NGO. Selain itu ahli tunas puteri sekolah juga telah membuat kunjungan hormat ke ibu pejabat pandu puteri Amerika Syarikat di New York City. Tidak juga ketinggalan adalah peluang melawat Taman Tema Six Flags yang terkenal dengan lebih 20 jenis roller coaster untuk menguji keberanian ahli kontijen telah menjadikan lawatan ke sana lebih mencabar dan menarik. Akhir sekali, kontijen sampai ke Washington DC untuk mewakili Negara ke Festival Kanak-Kanak Sedunia. Di tapak festival begitu banyak bengkel kerja diadakan serta pameran lukisan dan poster digital bertemakan My Favourite Sports menghiasi festival. Peserta daripada lebih 60 buah Negara dan masyarakat tempatan turut serta di Festival 3 hari itu. Kumpulan Tree Theatre Group Malaysia yang dianggotai oleh murid-murid SKBD telah membuat dua persembahan eco-show di atas pentas yang dibina di tengahtengah padang Washington DC yang menghadapi bangunan Capitol Hill dan National Monument. Ini adalah padang di mana beratus ribu rakyat Amerika akan berkumpul untuk menyaksikan upacara angkat sumpah Presiden mereka setiap empat tahun.

Di Washington DC, rombongan juga telah melawat Rumah Putih, Lincoln Memorial dan Smithsonian Air and Space Museum yang terkenal. Pada malam anugerah pemenang pula, kedua-dua murid SKBD yang telah memenangi pertandingan seni lukis dan seni digital telah menerima sijil kemenangan masing-masing. Sekali lagi kumpulan Tree Theatre Group yang menjadi satusatunya kontijen diberikan penghormatan untuk membuat pertunjukan wayang kulit untuk menyerikan lagi majlis pada malam itu. Pendek kata, semua yang hadir tidak akan melupai ketrampilan serta persembahan yang ditunjukkan oleh murid-murid SKBD dan sebaliknya murid-murid SKBD dan ahli rombongan Tree Theatre Group juga tidak akan lupa perjalanan mereka yang jauh mengelilingi dunia ke Amerika Syarikat.

Anda mungkin juga menyukai