Anda di halaman 1dari 2

SITI KHATIJAH BT.

PARALI PPRMT1 891203-13-5258 PENUTUP Tamadun Islam amat berbeza dengan tamadun dunia yang lain kerana Tamadun Islam mempunyai asas pembentukan yang berbeza iaitu al-Din. Tamadun Islam merupakan sebuah tamadun yang lahir daripada asas agama. Tamadun Islam tidak hanya mementingkan pencapaian fizikal semata-mata sebaliknya mengukur kejayaan merangkumi setiap aspek terutama aspek rohaniah. Inilah yang membezakan antara Tamadun Islam dengan Tamadun Dunia yang lain. Tamadun Islam mengalami beberapa perubahan serta revolusi sebelum berkembang menjadi sebuah tamadun yang hebat dan kemudian semakin merosot akibat beberapa faktor. Tamadun Islam bermula semasa peristiwa penerimaan wahyu yang pertama oleh Nabi Muhammad s.a.w. Peristiwa penerimaan wahyu ini juga boleh dianggap sebagai pemisah antara Zaman Jahiliah dan zaman yang bertamadun. Jadi, kedatangan Islam telah mengubah kehidupan rakyat semasa Zaman Jahiliah secara keseluruhannya. Kedatangan Islam memberi impak dan revolusi yang besar kepada dunia. Perkembangan Tamadun Islam seterusnya menjadi tulang belakang kepada kebangkitan Zaman kegelapan di Eropah. Ini menunjukkan kehebatan Tamadun Islam sehingga mampu menjadi contoh kepada Tamadun lain yang lahir setelah Tamadun Islam. Ini juga menunjukkan betapa berkuasanya ilmu pengetahuan dan kerohanian sehingga boleh mengubah taraf sesebuah tamadun. Inilah unsur yang dimiliki oleh Tamadun Islam yang tiada pada tamadun lain pada masa itu. Ini dibuktikan dengan kehadiran ramai cendekiawan dan ilmuan Islam yang banyak menyumbang kepada kemajuan dunia pada hari ini. Tamadun Islam merangkumi semua aspek kehidupan. Agama Islam yang menjadi tunjang kepada pembentukan tamadun telah menjadikan tamadun ini kuat dari segi pentadbiran dan lahiriah. Inilah yang menjadikan tamadun ini unik dan kukuh semasa zaman kegemilangannya. Pada zaman kemerosotan Tamadun Islam, tidak bermakna Agama Islam turut merosot. Agama Islam sebaliknya semakin berkembang

SITI KHATIJAH BT. PARALI PPRMT1 891203-13-5258 di luar Semenanjung Tanah Arab. Kemerosotan Tamadun Islam berlaku akibat beberapa faktor. Pencapaian dan sumbangan tokoh-tokoh Islam banyak memepengaruhi kemajuan dunia pada hari ini. Ini menunjukkan bahawa ilmu itu mampu mengubah sesebuah tamadun dan isinya. Jadi, untuk melahirkan sebuah tamadun yang unggul, rakyatnya perlu diisi pengetahuan yang cukup serta kerohanian yang tinggi.

Anda mungkin juga menyukai