Anda di halaman 1dari 2

Cara solat Witir 3 rakaat

September 5, 2008 at 9:46 pm | Posted in SOAL JAWAB | 2 Comments

SOALAN: Ustaz, saya nak tanya tentang solat witir. 1) Sekiranya saya melakukan tiga rakaat sekaligus, adakah saya patut duduk dua tahiyat ataupun satu sahaja, yakni pada rakaat ketiga. Kerana tak silap saya ada hadith yang mengatakan Nabi saw ada buat witir dengan bilangan 3, 5 dan lebih dengan duduk satu rakaat. 2) Sekiranya saya menjadi Imam dan ingin melakukan solat witir dengan tiga rakaat sekaligus, bagaimana kah bacaan yang patut saya lakukan. Adakah jahar pada tiga rakaat semuanya ataupun hanya dua rakaat yang pertama sahaja. Mohon pencerahan JAWAPAN: : Solat witir dikerjakan sebanyak 3 , 5 , 7 ,9 dan 11 rakaat .Bagi yang mengerjakan solat witir 3 rakaat , hendaklah ia tidak duduk (tahiyyat awal) kecuali pada rakaat yang akhir.Iaitu membaca tasyahhud akhir dan salam.Ini berdasarkan hadis Rasulullah saw , daripada Saidatina Aisyah ra : . (Baginda saw) tidak duduk sama sekali semasa mengerjakannya melainkan pada rakaat yang terakhir. (HR Muslim no : 737) Berkata Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah : Tidak harus menjadikan solat witir seperti solat Maghrib. Apa yang dapat difahami daripada kata-kata Ibn Taimiyyah ini ialah solat witir itu mestilah berbeza dengan solat maghrib , walaupun sama dari segi bilangan rakaatnya.Maka pada solat witir itu tidak boleh dilakukan tahiyyah awal yang mana jika dilakukan akan menyebabkan persamaan pada keduadua solat tersebut (maghrib dan witir). Hujjah di atas juga dikuatkan dengan dalil hadis Rasulullah saw :

Janganlah Kamu mengerjakan solat witir 3 rakaat seperti solat maghrib. (HR Al-Hakim.Ibn Hajar al-Asqalani mengatakan sanad hadis ini sahih mengikut Bukhari dan Muslim.Rujuk Fath al-Bari m jilid 4 ,ms :301) Bagi soalan kedua : Sekiranya solat witir yang dilakukan secara jahr , maka bacaan yang perlu dijahrkan hanyalah pada 2 rakaat pertama sahaja , iaitu rakaat pertama dan kedua.Manakala pada rakaat ketiga dibaca secara perlahan (sirr) Walaubagaimana pun dibolehkan juga untuk membaca secara jahr pada ketiga-tiga rakaat solat witir tersebut sebagaimana yang di amalkan di Masjid Nabawi , Madinah Al-Munawwarah.WaAllahu Alam Ruj : Al-Mulakhkhas Al-Fiqhi , Asy-Syaikh Dr.Salih bin Fauzan Taysir al-Allam syarh umdatu al-Ahkam , Asy-Syaikh Abdullah bin Abd Rahman Al-Bassam.

Anda mungkin juga menyukai