Anda di halaman 1dari 2

Mengaminkan Doa Qunut Imam Ketika Qunut Subuh

http://www.pelitabrunei.gov.bn/template/irsyad-hukum/item/...

FRIDAY, 23RD OCTOBER 20151:18:42PM

Utama

Hasrat Negara

RENCANA

CERPEN
CERPEN

Utama

Agama

PUISI
PUISI

Haluan
CETUSAN
CETUSAN MINDA
MINDA

Irsyad Hukum

Nasional

Agama

TINJAUAN
TINJAUAN

Kesihatan

SASTERA
SASTERA DAN
DAN BUDAYA
BUDAYA

Pendidikan
IKON
IKON REMAJA
REMAJA

IKLAN
REMAJA
REMAJA

Sukan

BISNES
BISNES

Carian...

ARKIB
ARKIB

Mengaminkan Doa Qunut Imam Ketika Qunut Subuh

Mengaminkan Doa Qunut Imam Ketika Qunut Subuh


Oleh: -

Tuesday, 10 March 2015 22:24

Saiz fon

Cetak

E-mel

(Dengan nama Allah, segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam,
keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
MEMBACA doa Qunut merupakan salah satu daripada sunat abadh dalam sembahyang fardhu Subuh, iaitu setelah selesai daripada itidal pada rakaat kedua.
Perkara ini berdasarkan hadits-hadits shahih bahawa Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam tidak meninggalkan membaca doa Qunut dalam sembahyang Subuh
sehingga kewafatan Baginda.
Mengapa doa Qunut dikhususkan dalam sembahyang? Ini adalah kerana kemuliaan sembahyang Subuh dan ia lebih singkat berbanding sembahyang fardhu yang
lain, maka adalah lebih layak untuk ditambah dengan doa Qunut. Selain itu, sembahyang Subuh juga merupakan sembahyang terakhir yang dikerjakan oleh malaikat
Jibril Alaihissalam bersama Nabi Shallallahu alaihi wasallam di sisi al-Bayt (Kabah).
Oleh itu, untuk mencapai kesempurnaan sembahyang, merebut pahala sunat dan mendapat keistimewaan doa Qunut seperti yang terdapat pada maknanya,
hendaklah dipastikan agar ia dilaksanakan dengan sempurna dan sebaiknya. Oleh yang demikian, berikut dibawakan penjelasan bagaimana cara membaca doa
Qunut bagi mereka yang sembahyang sendirian (munfarid), imam dan mamum.
Lafaz Doa Qunut
Lafaz doa Qunut adalah petikan doa sepertimana yang dibacakan oleh Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam (ittiba). Diriwayatkan oleh Al-Hakim Rahimahullah
dalam al-Mustadrak, Abu Hurairah Radhiallahu anhu berkata bahawa Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam dalam sembahyang Subuh apabila selesai mengangkat
kepala Baginda daripada rukuk pada rakaat kedua, Baginda mengangkat kedua tangannya lalu berdoa dengan doa ini sehingga ke akhirnya. Doa Qunut yang
lengkap, beserta sedikit tambahan yang dibuat oleh para ulama, kemudian sunat diakhiri dengan shalawat ke atas Nabi Shallallahu alaihi wasallam adalah seperti
berikut.

Lafaz doa Qunut bagi orang yang sembahyang sendirian adalah seperti lafaz di atas. Manakala sunat bagi imam untuk membaca doa Qunut dengan lafaz jama,
iaitu menggunakan gantinama kami, seperti berikut.

1 of 2

10/23/15, 1:19 PM

Mengaminkan Doa Qunut Imam Ketika Qunut Subuh

http://www.pelitabrunei.gov.bn/template/irsyad-hukum/item/...

Membaca Doa Qunut Bagi Orang Sembahyang Sendirian


Menurut Imam Ibnu Hajr Rahimahullah, orang yang sembahyang Subuh secara sendirian (munfarid), sunat baginya membaca doa Qunut. Doa Qunut bagi munfarid
sunat dibaca dengan suara yang sirr, iaitu perlahan, tanpa ada perselisihan ulama dalam perkara ini.
Membaca Doa Qunut Bagi Imam
Imam yang membaca doa Qunut dalam sembahyang Subuh, sunat baginya untuk menjaharkan, iaitu menyaringkan suara ketika membaca doa Qunut, sama ada
dalam sembahyang tunai mahupun yang diqadha.Demikian juga sunat bagi imam menyaringkan suaranya ketika membaca qunut Nazilah dan doa Qunut dalam
sembahyang sunat Witir pada separuh kedua Ramadhan. Perkara ini disunatkan kerana ittiba.
Doa Qunut adalah doa (permohonan), oleh kerana itu dituntut bagi imam untuk menyaringkan suara ketika membacanya agar didengar dan diaminkan oleh mamum
akan doa tersebut.
Disunatkan bagi imam menyaringkan suara pada keseluruhan doa Qunut dari awal sehingga akhir, iaitu ketika membaca doa Qunut yang berbentuk doa,
pujian, termasuk shalawat ke atas Nabi Shallallahu alaihi wasallam. Bagaimanapun kadar suara imam yang dinyaringkan ketika membaca doa Qunut itu adalah
lebih rendah daripada suara yang dinyaringkannya ketika membaca surah al-Fatihah, lebih-lebih lagi jika bilangan mamum tidak begitu ramai. Sekiranya bilangan
mamum adalah ramai, maka suara imam dinyaringkan atau dinaikkan untuk disesuaikan dengan keramaian mamum agar boleh didengar oleh mereka semua.
Sekiranya imam membaca doa Qunut dengan suara perlahan (sirr), maka tetap akan mendapat pahala atau ganjaran sunat membaca doa Qunut, bagaimanapun
pahala sunat menyaringkan suara akan luput.
Membaca Doa Qunut Bagi Mamum
Membaca doa Qunut Subuh bagi mamum yang bermazhab Syafii, sama ada dibaca oleh mamum sendiri ataupun mengikut imamnya, tertakluk sama ada dia boleh
mendengar lafaz doa Qunut imamnya ataupun tidak.
Mamum yang tidak mendengar lafaz doa Qunut imamnya, disebabkan imam membaca dengan suara perlahan (tidak menyaringkan suara), ataupun mamum
berada jauh daripada imam ataupun mamum seorang yang tuli ataupun mamum mendengar suara yang tidak difahaminya, maka sunat bagi mamum untuk
membaca sendiri doa Qunut dengan suara yang perlahan, sepertimana bacaan dzikir-dzikir sembahyang yang lain.
Manakala mamum yang mengikut imam yang tidak membaca doa Qunut, sebagaimana yang biasa dialami apabila menunaikan sembahyang fardhu Subuh
berjemaah di Masjidil Haram, Makkah atau selainnya, maka mamum disunatkan membaca doa Qunut jika dia sempat melakukan sujud bersama-sama dengan
imam pada sujud yang pertama.
Dalam keadaan seumpama ini, sunat bagi mamum untuk membaca doa Qunut dengan suara perlahan dan dia juga boleh memendekkan bacaan doa Qunut selama
mana bacaan itu mengandungi doa dan pujian. Menurut ulama, untuk mendapatkan pahala membaca doa Qunut adalah dikira memadai jika dia membaca doa dan
pujian seperti berikut:

Ertinya: Ya Allah, ampunkanlah aku, Wahai Tuhan Yang Maha Pengampun, dan rahmatilah aku wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani.
Bagaimanapun jika mamum tidak sempat membaca doa Qunut dan sujud bersama-sama imam pada sujud yang pertama, maka hendaklah dia mengikut apa yang
dilakukan oleh imam. Kemudian selepas itu, sama ada dia sempat membaca doa Qunut ataupun tidak, disunatkan lagi bagi mamum untuk melakukan sujud sahwi
kerana terdapat kekurangan di dalam sembahyang imamnya.
Apa yang perlu diambil perhatian ialah jika mamum itu memilih untuk membaca doa Qunut, maka hendaklah dia memastikan supaya tidak akan tertinggal dua rukun
fili daripada imamnya ketika membaca doa Qunut itu kerana jika tertinggal dua rukun fili itu tanpa ada keuzuran, maka batallah sembahyang mamum tersebut.
Bersambung
Tweet

Like Be the first of your friends to like this.

Lebih dalam kategori ini:

Isu-isu mengerjakan sembahyang ketika khatib duduk di atas mimbar pada hari Jumaat

Qunut Subuh

PAUTAN JABATAN

Mengaminkan Doa Qunut Imam ketika


Kembali ke atas

NOMBOR KECEMASAN

RADIO TELEVISYEN BRUNEI

PAUTAN KE AKHBAR-AKHBAR

INFORMATION DEPARTMENT WEBSITE


INFOFOTO GALLERY
NATIONALDAY WEBSITE

2 of 2

10/23/15, 1:19 PM

Anda mungkin juga menyukai