Anda di halaman 1dari 2

SOLAT TARAWIH

Latar Belakang
Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan
sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai
majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-
senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan
kelapangan hati selepas solat fardhu Isya’. Biasanya jemaah duduk berehat setelah
mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum
disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh
rakaat.
Tarawih itu disebut juga dengan Qiyamu Ramadan. Sembahyang Tarawih dikerjakan
setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir
malam.
Dalil
Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih. Abu Hurairah berkata;
“Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak
mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan
semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-
dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan
mengerjakan sembahyang.
Aisyah r.a. berkata; “Rasulullah s.a.w mengerjakan sembahyang tarawih di masjid,
kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda
S.A.W. mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai.
Pada malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di masjd menunggu kedatangan
Rasulullah S.A.W. tetapi beliau tidak hadir. Besok paginya Rasulullah berkata kepada
mereka; “Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada
malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu.” Dan peristiwa
itu terjadi pada bulan Ramadan.

Hukum
Hukum mengerjakan sembahyang tarawih adalah sunat muakkad (sunat yang sangat
dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap
malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Sembahyang
tarawikh lebih afdal dikerjakan secara berjemaah di masjid, sebagaimana yang telah
dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.
Menurut Imam Al Ghazali dalam buku Rahsia-Rahsia Solat, walaupun solat terawih boleh
dilaksanakan secara sendirian tanpa berjemaah, solat terawih yang dilakukan secara
berjemaah lebih afdal, sama seperti pendapat Umar r.a. yang mengingatkan bahawa
sebahagian solat nawafil telah disyariat dalam solat berjemaah. Solat terawih termasuk
solat Tahajjud atau shalatul lail dengan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat dan
membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.
Cara Solat Tarawih
Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu [Isyak]
sehinggalah ke larut malam. Sembahyang Terawih ditunaikan dengan kumpulan dua
rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga
genap rakaat yang dikehendaki. Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja
dengan rukun sembahyang yang lain.
Solat sunat Tarawih tidak perlu dibuat sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyak.
Sebaliknya, pengamal boleh melewatkan menunaikan solat sunat Tarawih mengikut
pilihan, kerana solat sunat tarawih boleh dibuat sehingga sebelum solat Subuh. Biasanya
di Malaysia, solat Tarawih dimulakan selepas jemaah selesai menunaikan solat sunat dua
rakaat selepas solat Isyak. Sembahyang Tarawih dilakukan dengan Imam menyaringkan
bacaan seperti mana bacaan semasa solat [Subuh].
Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.
Walaupun demikian, ada beberapa cara dalam mengerjakan solat Tarawih, salah satunya
dengan formasi 2 kali 4 rakaat masing masing dengan sekali salam setiap selesai 4
rakaat. Oleh kerana itu, dalam niat solat Tarawih, niatnya disesuaikan menjadi “arbaa
raka’ataini”.
Bilangan Rakaat
Umat islam menunaikan sembahyang tarawih di bulan Ramadan
Pada zaman Rasulullah S.A.W., sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja
supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Rasulullah S.A.W. juga tidak
memberatkan solat ini ditunaikan di masjid kerana tidak mahukan sahabat berfikiran
solat ini solat yang wajib. Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau
menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang
Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
Sembahyang ini juga dibuatkan sebanyak 20 rakaat dan ditambah 3 rakaat sembahyang
witir. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih
sebanyak 20 rakaat dengan ditambah dengan 3 rakaat sembahyang witir.
Sembahyang tarawikh boleh dibuat sebanyak lapan rakaat, sesuai dengan keterangan
Aisyah r.a. : “Rasulullah S.A.W. tidak pernah mengerjakan sembahyang sunat, bulan
Ramadan atau bulan lainnya, lebih dari empat rakaat, kemudian beliau kerjakan lagi
empat rakaat (Jangan tanya tentang baik dan panjangnya), kemudian beliau tambah lagi
tiga rakaat yakni witir.” Riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim; “Rasulullah
mengerjakannya sebelas rakaat, temasuk di dalamnya sembahyang witir.”
Di Masjidil Haram di Makkah, sembahyang terawih dilakukan dengan diikuti oleh jemaah
yang besar. Kebiasaannya imam membaca satu juzuk al-Quran pada setiap kali tarawih
dan menamatkan seluruh al-Quran (30 juzuk) pada malam ke-29 Ramadan.
Kelebihan Sembahyang Tarawih
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda
Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih)
dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan
diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.

Anda mungkin juga menyukai